Metamorfosis kebaikan

Friday, December 30, 2011

terharu

Hatiku terharu, tersentuh
dibuai tenang kisah sepasang manusia biasa.
biasa, memang biasa.
namun cukup luar biasa bagiku.
Tatkala kubersendirian,
hati mulai menyanyikan kembali melodi-melodi indah suara mereka,
sehingga terjatuh menitis butir-butir manik
air mata.
walaupun tidak diminta,
walaupun tidak dipujuk hati,
tapi desiran semangatnya yang tidak pernah goyah dek cabaran,
terngiang-ngiang di gegendang telinga,
mengingatkanku, bahawa masih lagi wujud insan hebat sebegitu.
subhanallah..
tidak kusangka,
hebat perjalanan hidupmu, hidup jua ujian yang menimpamu.
Bukankah Allah sudah berfirman bahawa Dia sesekali tidak akan
membebani hamba-Nya dengan bebanan yang dia sendiri tidak mampu?
7 tahun tertangguh degree di Bumi Kenyalang.
Bukan kerana resultmu yang jatuh,
bukan jua kerana engkau sudah mulai berputus asa,
namun kerana tanggungjawab besarmu kepada seorang
insan yang bergelar suami yang amat mencintaimu,
dan cahaya mata-cahaya mata yang mendamaikan.
Suamimu merintih-rintih menceritakan perihalmu,
yang bertekad untuk berhenti daripada jihadmu mencari ilmu di menara gading.
Kerana dirimu sedar,
bahawa dikau punyai jihad yang lebih besar,
yakni keluargamu.
Engkau menangis, air mata sucimu mengalir,
melihat anak-anakmu yang kian membesar,
ditambah lagi dengan berita bahawa si bongsumu menghidap Congenital Heart Disease.
Engkau menangis sayu melihat suamimu yang seringkali diuji Allah
dengan ujian yang besar.
Kecelakaan di jalanraya sudah banyak kali, barangkali.
Tapi engkau tidak pernah cuba lari apatah menjauh daripada kenyataan,
malahan itu yang kian mengikat kukuh tautan cintamu,
dan kekal sentiasa disisi mereka.
Engkau tidak pernah lelah menyumbang bakti, 
karena cintamu kepada suamimu,cahaya matamu melebihi segala-galanya!
kerana cintamu kepada mereka tulus ikhlas kerana Allah Subhanallahu WaTaa'la.
Duhai ukhti,
sesungguhnya dirimu dicemburui oleh bidadari-bidadari syurga...

hanya untuk yang halal


*****

sangat terharu,
besarnya pengorbanan seorang isteri.
(Nizzal ceritakan kisah naqibnya)
bila balik je bilik,
tiba-tiba air mataku mengalir.
aku taknak ingat,tapi cerita tu menjadi initiator.
teringat kisah dahulu,kisah zaman yang agak rumit,
zaman aku belum mengenal erti islam sebenar biarpun berlatar belakangkan
keluarga islam dan bersekolah islam.
zaman aku masih belum mengenal erti kata sebenar ikhtilat.
zaman masing-masing berlumba-lumba mengejar hala tuju.
aku amat terharu bila teringat,lama dahulu ada seorang akhwat pernah berkata 
kepadaku,

"awak,kita kahwin awal nak?awak nak jadi doktor,kan?lama lagi tu nak tunggu 6-7 tahun baru
awak habis belajar. takpelah, saya taknak jadi doktor, saya ambil perguruan. kan
guru cepat habis,kan. lagipun saya memang nak jadi ustazah. boleh lah saya kumpul
duit untuk awak dulu,perbelanjaan kahwin kita."
.
.
.
.
.

erm,terbaring-melihat siling-termenung-menitis air mata.
aku mengangkat sepuluh jari,
dengan berlinangan air mata,merintih,
berdoa,
diredhakan hati atas pemergiannya,
entah berapa kali aku ulang "Ya Allah redhakan aku."
kerana aku tahu dia bukanlah halal buatku,
siapalah aku untuk mendapatkan cinta orang yang
amat aku cintai?
dan siapa jualah aku untuk memastikan dia menerima 
cintaku?

"Ya Allah ketemukan dia seseorang yang lebih baik daripadaku,
lebih baik akhlaknya,lebih baik tutur katanya,lebih manis bicaranya,
lebih beriman dan soleh,dan mampu membimbingnya menggapai redha-Mu Ya Allah."
.
.
.
.
.
.
sakit.
sangat sakit,seumpama pisau menghiris melapah nipis-nipis hatiku
untukku mengungkapkan doa ini.
tapi,
apalah cinta tanpa pengorbanan.
jadi,inilah pengorbananku.
sayang tidak bermaksud untuk memiliki,kan.
sayang jua bermaksud untuk melepaskan.
sekiranya berjauh terus daripada aku adalah lebih baik,
maka aku redha.
daripada terus membina sarang maksiat dalam hati.

tengah baca al-quran-nak habiskan 1juzu' sehari-yang kian-macam dah tak habis-habis-masalah iman kot.

terjumpa satu ayat yang amat. . .




"Dan nikahilah orang-orang yang masih membujang di antara kamu,
dan juga orang-orang yang layak (menikah) dari hamba-hamba sahayamu
yang laki-laki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan
memberi kemampuan kepada mereka dengan karunia-Nya.
Dan Allah Maha Luas (Pemberian-Nya), Maha Mengetahui."
(Surah An-Nur 24 : 32)
.
.
.
.

"Awak tak kesah ke andai kahwin dengan saya,nanti hidup kita susah.saya risau saya
tak mampu berikan sepenuh tanggungjawab saya sebagai seorang suami.
saya tak dapat nak janji awak akan hidup senang,mewah bersama saya..."

"tak apa la awak. awak janganlah risau. kan saya ada,kita boleh berusaha sama-sama.
susah senang kita hadapi bersama. kekayaan dunia bukanlah segalanya awak,tapi kayanya
hati.."
.
.
.
.
.

itu cerita lama.
sudah lama berlalu.
kian terpadam dek zaman,
terungkit kembali buat peringatan.
buka lembaran baru,
mulakan dengan hati yang baru.
hati di sini mulai bahagia,
merasai ni'mat cinta Agung-Nya.
janganlah ditanya ke mana mengapa dimana kenapa?
karena pasti jawapanku hanya satu.
Cintaku kepada Allah =)


kredit to adik Nazhan Borhan for this nice picture =)


:: Allah berikan kita apa yang kita perlukan, bukan apa yang kita mahukan ::



p/s : kacau berbilau betul hati hari tu.hehe.Dan maaf sebab lagu amat lagho.

10 comments:

  1. nice~
    entry yg dpt bntu mslh hati cm aq
    sgt mnrik.

    ReplyDelete
  2. hanya pengalam hidup shj yg mmpu mengajat kita siapa diri kita yg sebnr....
    jgn prnh mengalh dgn apa yg brlaku... sntiasa tetp kn iman dan yakin pda hati..
    tnsya ALLAH... hari2 yg baik akn tiba jua....

    ReplyDelete
  3. awak..sy syg awak..ingat cinta akan hadir bila tiba waktu n ketika..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy pun sygkannnn awkkk. ukhwafillah abadan abadaaa. inshaALLAH, jodoh ada,kan :)

      Delete
  4. semoga berjaya dgn hidup yg baru, buku yg baru, hati yg baru.

    ReplyDelete
  5. “Sesungguhnya kami milik Allah dan sesungguhnya kepada-Nyalah kami akan kembali. Ya Allah, berilah pahala atas musibah yang menimpaku dan berilah aku ganti yang lebih baik darinya.”

    Sesungguhnya hanya Allah yang tahu segalanya baik dan buruk. Selesaikan lah dengan cara yang baik untuk semua pihak.

    ReplyDelete
  6. One of my favourite songs ; Inspirasi Hati. A very nice song kan? ^^

    ReplyDelete
  7. inshaALLAH.terima kasih,kawan-kawan.T.T
    yep,this is my favorite song since I was in darjah 6.

    ReplyDelete
  8. inspirasi hati..=)love this song so much...
    moga Allah permudahkn urusan kite..insya-Allah.

    ReplyDelete

kencang sikit!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...