Metamorfosis kebaikan

Friday, February 8, 2013

Nak Lagi?


8.00 a.m

"Man, oh Man. Dah lah tu Man. Dari tadi kau ni asyik tengok cerita Naruto tu je. Bila kau nak belajar ni ha?" Tanya Makcik Joyah kepada anaknya, Rahman. Dia hanya mampu menggelengkan kepalanya melihat sikap anaknya yang sulung itu.

Tengoklah tibi tu sampai juling ha.


"ala mak ni, kejaplah mak. Man nak habiskan cerita Naruto ni. Man baru je ambil semua episod daripada kawan Man ni, mak" Kata Man tanpa menoleh kepada maknya. Matanya khusyuk menatap aksi-aksi si Naruto yang lincah berlawan dengan Sasuke.

"Haish Man, Man. Kau ni nak jadi apa ni?" Kata maknya sambil mengutip baju-baju kotor Man, dan berlalu darinya.

"Mak, Man kena habiskan cherita Naruto ni mak, Man baru je habis episod 8. Ada beberapa ratus lagi episod untuk dikhatamkan ni." Bisik hatinya. Jarinya menekan mouse untuk beralih ke episod yang seterusnya.

"Kage bushin no Jutsu!"

2.00 p.m

"Hahahaha" tergelak besar Man melihat gelagat Naruto.

"Mann! Eh kau dah solat ke belum nih?" tanya maknya sambil tercekak pinggang, dengan mata memandang tajam ke arah Man.

tergelupur Man sebentar.

"Eh mak, dah lama ke mak dekat situ? Kejap tau tau mak. Man baru je sampai episod 89 ni, sikit je lagi mak."
katanya sambil matanya bersinar-sinar memandang ibunya. Comel, seperti Pus in The Boot lagaknya.

"Kau buat muka comel-comel ni ingat kau boleh melambat-lambatkan solat? Dah! Pausekan. Pergi solat! Dah lah tak pergi solat jemaah! Melambat-lambatkan solat pulak tu" Marah ibunya. Ialah, ibu mana yang tak marah anaknya apabila lalai,kan? Marah itukan tanda sayang :-)

"Iyelah mak. Man pergi solat ni.."
Perlahan langkahnya. Seperti tidak ingin meninggalkan laptopnya.


4.00 p.m

"Man! Kau ni tak bosan-bosan lagi ke tengok Naruto tu ha? dah nak juling mata kau dah aku tengok ni. Dah Dah berhenti!" Ibunya mula kusut dengan Man. Dah kena sihir ke apa tak berganjak-ganjak daripada pagi tadi.

"Tapi mak... Man baru je sampai episod 124 ni mak.. bagilah chance lagi mak untuk Man. Hari ini kan hari Ahad.." Rintih Man. Sambil buat muka sepoloh sen.

"Sudah sudah Man, hari Ahad ke Sabtu Isnin ke Hari Raya ke Deepavali ke, tak pernah pun ada ketetapan untuk kita membaziaq masa you know? Ada ke ayat al-Quran ke, takpun sabda Baginda yang menyatakan sedemikian?" Habislah Man. Bila maknya mula berhujah, pasti hujahnya kuat. Hujah-hujah yang dikeluarkan  bukan senang untuk dipatahkan.

Man terkaku. Tergagap. Terkentut sebentar.

Menggaru kepalanya yang mungkin tak pernah pun dihinggap si kutu. "Err.. Baiklah mak.. Man tutup."

Namun di hati Man, di jiwanya meronta-ronta ingin menghabiskan semua episod Naruto.

"Nak lagi.."


jangan tinggalkan daku Naruto.. I'll come back. I promise!



******* 


Macam terlalu exaggerated je cerita aku nih. Haha
(Garu kepala)


Hati yang sakit


Darah mengalir keluar, kita tahu bahawa ada bahagian yang terluka.

Seringkali hingus mengalir, sukar untuk bernafas. Kita tahu bahawa kita selsema.

Kita ada thermometer sebagai indikator mengkalkulasi suhu badan bahawa kita menghidap penyakit demam.

Tapi hati yang sakit?
Hati yang rosak?
Kita tiada indikasi yang menetapkan bahawa hati kita mengalami sebarang 'penyakit'.
Apatah lagi iman.
Kita tiada kayu ukur yang zahir untuk mengukur tahap 'kesihatan' iman kita.
samada tinggi atau rendah, tiada siapa yang tahu.

Namun,
Bukanlah Allah telah menurunkan Al-Qur'an sebagai penawar?



"Dan Kami turunkan dari Al-Qur'an (sesuatu) yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman, sedangkan bagi orang, yang zalim (Al-Qur'an itu) hanya akan menambah kerugian."
(Surah Al-Isra' 17 : 82)

Ya, bukan sahaja sebagai petunjuk dan panduan yang kita selamanya tidak akan sesat dengannya,
bahkan sebagai penawar dan rahmat.
Penawar dan rahmat bagi orang yang beriman.

Tapi, pernah tak kita rasa?
Al-Qur'an selalu dibaca, namun hati kita tetap gundah gulana.
Ayat-ayat Firman-Nya begitu lancar bermain dibibir, tetapi hati kita tetap juga tiada tenang.
Pernah,kan?




"Dan apabila Kami berikan kesenangan kepada manusia, niscaya dia berpaling dan menjauhkan diri dengan sombong; dan apabila dia ditimpa kesusahan, niscaya dia putus asa."
(Surah Al-Isra' 17: 83)


"Kesenangan" itulah Al-Qur'an.
Tapi ramainya manusia memilih untuk berpaling darinya.
Bahkan dengan sombong menolak segala ketetapan yang termaktub di dalamnya.
Begitu banyak janji-janji yang 100% akan ditepati, tiada janji-janji palsu, tapi manusia sendiri yang mungkiri.

Tanya diri.
Kenapa manusia masih lagi lalai, sedangkan Al-Qur'an adalah cintanya?
Kenapa manusia masih lagi alpa, sedangkan Al-Qur'an itu adalah rutin hariannya?

Kerana mungkin Al-Qur'an itu hanya dianggap sebagai suatu adat yang perlu dilaksanakan,
bukannya sebagai panduan, malah isi kandungan jauh bara dari api untuk diamalkan.

Al-Qur'an seumpama tiada lagi nilai dalam hidup.

Mungkin, ya. Adalah sesekali Al-Qur'an itu diangkat dan dijulang tinggi, Barangkali bila tibanya
Pertandingan Musabaqah Antarabangsa, Barangkali?
Barangkali sebagai mahar? Dicarinyalah Al-Qur'an yang bersulamkan emas bertitipkan berlian,
bermegah-megahlah pada hari kejadian,
namun akhirnya si Al-Qur'an indah itu hanyalah menjadi perhiasan pengindah laman ruang tamu.

Al-Quran bukanlah kitab hiasan [kredit]


Ataupun Al-Qur'an itu hanya dibaca sebagai "penghibur rohani"?

Gulp. Resah.

Mungkinkah aku tergolong dalam golongan yang tiada apa yang aku dapat, melainkan hanya kerugian?
Akhirnya bila diuji, aku terjatuh lalu berputus asa.
teraba-raba aku mencari tempat bergantung.
Akhirnya menggantung diri dek kecewa membelenggu.
Tanya diri.
Siapakah kita? Dimanakah kedudukan kita?

Allahuakbar.. T.T


Nak Lagi?

Jadi, apa kaitannya di antara sketsa pendek Man dengan ibunya, dengan Al-Qur'an?

Dari Abdullah bin Amru bin Ash, beliau berkata, “Wahai Rasulullah saw., berapa lama aku sebaiknya membaca Al-Qur’an?” Beliau menjawab, “Khatamkanlah dalam satu bulan.” Aku berkata lagi, “Sungguh aku mampu lebih dari itu, wahai Rasulullah?” Beliau menjawab, “Khatamkanlah dalam dua puluh hari.” Aku berkata lagi, “Aku masih mampu lebih dari itu, wahai Rasulullah.” Beliau menjawab, “Khatamkanlah dalam lima belas hari.” “Aku masih lebih mampu lebih dari itu, wahai Rasulullah.” Beliau menjawab, “Khatamkanlah dalam sepuluh hari.” Aku menjawab, “Aku masih lebih mampu lagi, wahai Rasulullah.” Beliau menjawab, “Khatamkanlah dalam lima hari.” Aku menjawab, “Aku masih lebih mampu lagi, wahai Rasulullah.” Namun beliau tidak memberikan izin bagiku. (HR. Tirmidzi)

Begitulah para sahabat.
Cintanya mereka pada ayat-ayat Al-Qur'an.
Ingin lagi.. Lagi, lagi dan lagi.

Lihatlah Man, dirinya mencintai Anime Naruto, sehinggakan
seboleh-bolehnya dalam sehari, dia ingin habiskan semua episod.
Terlalu cinta. Terlalu sayang. Tidak inginnya berenggang.

Sehari satu juzu', ada bran? aku pun tergugup juga. uhuk.

Betapa tingginya nilai cinta para sahabat terhadap Al-Qur'an.
Ingin Al-Qur'an sentiasa berada dalam dakapan hatinya.
Khatamkan dalam 1 bulan? tak mahu. ingin lagi.
Khatamkan dalam 20 hari? Tak mahu. Nak lagi.
Khatamkan dalam 15 hari? Tak mahu. Hati risau merindui.
Khatamkan dalam 10 hari? Tak mahu. Hati ingin sentiasa dekati.
Khatamkan dalam 5 hari? Tak mahu. Aku mampu lagi.

Sehinggalah, ada dalam riwayat lain Baginda menjawab, " Tiada lagi rukhsah selepas itu "

Rukhsah?
*Googling: Define Rukhsah* Rukhsah ialah keringanan yang diberikan oleh Allah dalam
melaksanakan ibadah kepada Allah.

Semakin banyakkali khatam, Rasulullah sebut sebagai "Rukhsah"?
What the?
"keringanan untuk khatam banyak kali dalam sebulan"
Urgh. Allahuakbar.
Kalau kita pula?
"Keringanan untuk khatam sekali setahun." Mungkin. Barangkali?
ke tak pun :: "Keringanan untuk khatam sekali seumur hidup"?

Nauzubillahimindzalik.
Moga allah tsabatkan kecintaan dalam hati kita untuk mencinta
ayat-ayat-Nya, terus lalu mengamalkan segala suruh perintah-Nya.
Aamiin.

Mari mencintai Al-Qur'an :-)



:: Memahami Al-Qur'an kunci memahami hakikat duniawi ::


p/s : Dengan memohon keampunan dari-Nya, inshaaAllah aku akan kembali menulis.


2 comments:

  1. Ayat-ayat cintaNYA...
    membuat hidup penuh makna..
    membalut luka lama..
    dengan lilitan cinta tiada tara..
    moga istiqamah berselimut mujahadah..
    kerana manisnya syurga yang tiada dua...

    *Sentuhlah jiwamu dengan ayat-ayat cinta Allah*

    ReplyDelete
  2. Jazakillah ya ukht.

    Sungguh, jiwa tenang dengan cinta-Nya.
    Manisnya merajai jiwa.
    Jauh susah sengsara.
    Kerna Allah, puncak segala-galanya.

    InshaaAllah, moga tsabat terus gagah.
    Moga jiwa selalu basah.
    Moga Islam kembali gah!

    ReplyDelete

kencang sikit!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...