Metamorfosis kebaikan

Saturday, September 23, 2023

Baju Sukan Muslimah: Tak jarang & Tak Ketat

Baju Sukan Muslimah: Tak jarang & Tak ketat

Kalau korang jenis yang active, suka berjalan-jalan, hiking, cycling, aku sangat rekemenkan baju sukan muslimah dari Kimyra.

Nak tahu sebab apa?

Baju sukan muslimah dari Kimyra ni sangattt best & patuh syariah.



1. fabrik yang diorang guna sangat berkualiti. 

Tidak panas waktu beraktiviti, sejukk je tau. And tak jarang. So takde la nampak kesan peluh bila bersukan takpun bila berjalan-jalan. 

Selain itu, baju sukan muslimah Kimyra tak kepam! Tu yang lagi konfiden tu! kebanyakan baju jersey muslimah kat luar sana cepat kepam, sebab brand lain guna material yang kurang berkualiti.

2. Cutting baju sukan Muslimah Kimyra sangat mengikuti sesuai untuk para muslimah. 

Cutting bajunya tidak ketat sehingga menampakkan bentuk badan. Nampak sopan, tapi tetap nampak fashionable.

3. Features yang ada pada baju Kimyra sangat praktikal. 

Contohnya bahagian poket yang dalam, sesuai untuk letak pelbagai barangan berharga seperti handphone, kunci. Tak perlu bawa handbag kalau nak beraktiviti. Renyah, kan?

Selain itu, baju Kimyra juga ada skirt yang digabungkan dengan baju. Skirt tu labuh dan cover bahagian punggung kita. Tak perlu dah pening nak cari skirt extender sebab anda sekali sarung baju Kimyra ni, terus dah lengkap dah.

Ada juga baju Kimyra, KimActive yang mempunyai thumbhole. Part ni pun best jugak, sebab dah tak perlu dah pening-pening cari handsock waktu nak beraktiviti, pakai je baju KimActive yang ada thumbhole ni, gerenti aurat tangan dah tak terdedah dah. Senang sangat tau!

kebanyakkan produk Kimyra mempunyai zip breastfeed. Sangat memudahkan para ibu yang mempunyai anak yang masih kecil.



4. Mempunyai saiz XS sehingga 8XL.

Jadi para muslimah yang struggle mencari baju yang sesuai untuk saiz badan anda, Kimyra menyediakan baju plus size tau. Lubuk design cantik-cantik semua ada di sini.

5. Set lengkap tudung, baju dan seluar. 

Yes, ni lah yang paling best. Muslimah dah tak perlu pening cari tudung atau seluar yang sedondon dengan baju anda. Kalau korang beli seluar kimyra, ada button yang anda boleh connect kan dengan baju Kimyra. So bila anda berenang, baju anda tidak akan terangkat!

6. Baju yang sangat multifungsi!

Bukan sekadar boleh buat aktiviti bersukan dan bersiar-siar sahaja tau, baju Kimyra pun boleh di bawa pergi berenang! Praktikal untuk di bawa pergi travel, senang satu baju boleh dipakai untuk banyak occasion.

Best sangat baju Kimyra. Korang boleh la dapatkan di website Kimyra, atau search je Kimyra.os di Shopee!

Wednesday, September 20, 2023

Baju Swimming Muslimah: Tak lengkaplah percutian kalau tiada baju ni

Tak lengkap percutian kalau takde baju Swimming Muslimah


Hari tu kitorang pergi bercuti ke KL. Eh pelik pulak bercuti kat KL. Biasanya orang bercuti kat Pulau Langkawi ke, Pulau Pangkor ke kan. Hehe. Sebenarnya kitorang ada meeting kat KL, so lepas meeting tu, alang-alang pergi la mandi-manda release stress. Healing la bak kata orang.

So, bila nak mandi tu, tukar baju swimming muslimah.

Dari jauh nampak cantik jugak. Sebab design dia tu menampakkan my wife cantik je. And cutting pun nice je.


Mandi Swimming Pool.



Sangat seronok tengok wife dapat mandi-manda dengan anak. Spend masa dengan anak tanpa perlu risau pasal aurat. And aku tengok, bila wife lompat-lompat, kain tu tak terangkat! Biar betul.


Bila check, rupanya ada button yang connect antara skirt dengan seluar. Bijak betul. Patutlah wife swim selamba je.


Cutting Sangat Muslimah Friendly

Kalau based on my opinion as a husband

Aku sangat suka la baju ni. And I would buy more attires from this brand from Kimyra. At least aku dah provide a better attire for my wife. And sangat menutup aurat. Kudos to the Kimyra RND team. Memberi pilihan yang bagi orang yang betul-betul nak jaga aurat dalam zaman yang penuh cabaran ni.

Korang kena try baju swimming Kimyra!

Serius kalau tak try rugii. Sebab brand lain kat luar sana ada yang jarang, melekap. This one would be a very good buys.
korang boleh pergi ke website diorang, Kimyra.


Ni la website Kimyra

Atau boleh je pergi ke Shopee, search je Kimyra.os.


Kalau tengok design-design baju Kimyra ni, serius memang rambang mata! Semua cantik-cantik! Fuhh.


"Dah ada 3 pasang koleksi ni
Kain sedap pakai
Anak2 pun suka drg ckp cantik
Cutting buat efek nampak kurus
Tq seller.. Sehari je dah sampai.. Sempat bwk pergi bercuti"
- Customer Kimyra

Barulah seronok bercuti macamni. Wife pun dapat bergembira sekali dengan anak-anak. Dah tak perlu duduk tepi kolam, atau pantai sebab takut nak mandi, sebab takde baju yang sesuai. Alhamdulillah.

Thank you Kimyra!




Friday, February 8, 2013

Nak Lagi?


8.00 a.m

"Man, oh Man. Dah lah tu Man. Dari tadi kau ni asyik tengok cerita Naruto tu je. Bila kau nak belajar ni ha?" Tanya Makcik Joyah kepada anaknya, Rahman. Dia hanya mampu menggelengkan kepalanya melihat sikap anaknya yang sulung itu.

Tengoklah tibi tu sampai juling ha.


"ala mak ni, kejaplah mak. Man nak habiskan cerita Naruto ni. Man baru je ambil semua episod daripada kawan Man ni, mak" Kata Man tanpa menoleh kepada maknya. Matanya khusyuk menatap aksi-aksi si Naruto yang lincah berlawan dengan Sasuke.

"Haish Man, Man. Kau ni nak jadi apa ni?" Kata maknya sambil mengutip baju-baju kotor Man, dan berlalu darinya.

"Mak, Man kena habiskan cherita Naruto ni mak, Man baru je habis episod 8. Ada beberapa ratus lagi episod untuk dikhatamkan ni." Bisik hatinya. Jarinya menekan mouse untuk beralih ke episod yang seterusnya.

"Kage bushin no Jutsu!"

2.00 p.m

"Hahahaha" tergelak besar Man melihat gelagat Naruto.

"Mann! Eh kau dah solat ke belum nih?" tanya maknya sambil tercekak pinggang, dengan mata memandang tajam ke arah Man.

tergelupur Man sebentar.

"Eh mak, dah lama ke mak dekat situ? Kejap tau tau mak. Man baru je sampai episod 89 ni, sikit je lagi mak."
katanya sambil matanya bersinar-sinar memandang ibunya. Comel, seperti Pus in The Boot lagaknya.

"Kau buat muka comel-comel ni ingat kau boleh melambat-lambatkan solat? Dah! Pausekan. Pergi solat! Dah lah tak pergi solat jemaah! Melambat-lambatkan solat pulak tu" Marah ibunya. Ialah, ibu mana yang tak marah anaknya apabila lalai,kan? Marah itukan tanda sayang :-)

"Iyelah mak. Man pergi solat ni.."
Perlahan langkahnya. Seperti tidak ingin meninggalkan laptopnya.


4.00 p.m

"Man! Kau ni tak bosan-bosan lagi ke tengok Naruto tu ha? dah nak juling mata kau dah aku tengok ni. Dah Dah berhenti!" Ibunya mula kusut dengan Man. Dah kena sihir ke apa tak berganjak-ganjak daripada pagi tadi.

"Tapi mak... Man baru je sampai episod 124 ni mak.. bagilah chance lagi mak untuk Man. Hari ini kan hari Ahad.." Rintih Man. Sambil buat muka sepoloh sen.

"Sudah sudah Man, hari Ahad ke Sabtu Isnin ke Hari Raya ke Deepavali ke, tak pernah pun ada ketetapan untuk kita membaziaq masa you know? Ada ke ayat al-Quran ke, takpun sabda Baginda yang menyatakan sedemikian?" Habislah Man. Bila maknya mula berhujah, pasti hujahnya kuat. Hujah-hujah yang dikeluarkan  bukan senang untuk dipatahkan.

Man terkaku. Tergagap. Terkentut sebentar.

Menggaru kepalanya yang mungkin tak pernah pun dihinggap si kutu. "Err.. Baiklah mak.. Man tutup."

Namun di hati Man, di jiwanya meronta-ronta ingin menghabiskan semua episod Naruto.

"Nak lagi.."


jangan tinggalkan daku Naruto.. I'll come back. I promise!



******* 


Macam terlalu exaggerated je cerita aku nih. Haha
(Garu kepala)


Hati yang sakit


Darah mengalir keluar, kita tahu bahawa ada bahagian yang terluka.

Seringkali hingus mengalir, sukar untuk bernafas. Kita tahu bahawa kita selsema.

Kita ada thermometer sebagai indikator mengkalkulasi suhu badan bahawa kita menghidap penyakit demam.

Tapi hati yang sakit?
Hati yang rosak?
Kita tiada indikasi yang menetapkan bahawa hati kita mengalami sebarang 'penyakit'.
Apatah lagi iman.
Kita tiada kayu ukur yang zahir untuk mengukur tahap 'kesihatan' iman kita.
samada tinggi atau rendah, tiada siapa yang tahu.

Namun,
Bukanlah Allah telah menurunkan Al-Qur'an sebagai penawar?



"Dan Kami turunkan dari Al-Qur'an (sesuatu) yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman, sedangkan bagi orang, yang zalim (Al-Qur'an itu) hanya akan menambah kerugian."
(Surah Al-Isra' 17 : 82)

Ya, bukan sahaja sebagai petunjuk dan panduan yang kita selamanya tidak akan sesat dengannya,
bahkan sebagai penawar dan rahmat.
Penawar dan rahmat bagi orang yang beriman.

Tapi, pernah tak kita rasa?
Al-Qur'an selalu dibaca, namun hati kita tetap gundah gulana.
Ayat-ayat Firman-Nya begitu lancar bermain dibibir, tetapi hati kita tetap juga tiada tenang.
Pernah,kan?




"Dan apabila Kami berikan kesenangan kepada manusia, niscaya dia berpaling dan menjauhkan diri dengan sombong; dan apabila dia ditimpa kesusahan, niscaya dia putus asa."
(Surah Al-Isra' 17: 83)


"Kesenangan" itulah Al-Qur'an.
Tapi ramainya manusia memilih untuk berpaling darinya.
Bahkan dengan sombong menolak segala ketetapan yang termaktub di dalamnya.
Begitu banyak janji-janji yang 100% akan ditepati, tiada janji-janji palsu, tapi manusia sendiri yang mungkiri.

Tanya diri.
Kenapa manusia masih lagi lalai, sedangkan Al-Qur'an adalah cintanya?
Kenapa manusia masih lagi alpa, sedangkan Al-Qur'an itu adalah rutin hariannya?

Kerana mungkin Al-Qur'an itu hanya dianggap sebagai suatu adat yang perlu dilaksanakan,
bukannya sebagai panduan, malah isi kandungan jauh bara dari api untuk diamalkan.

Al-Qur'an seumpama tiada lagi nilai dalam hidup.

Mungkin, ya. Adalah sesekali Al-Qur'an itu diangkat dan dijulang tinggi, Barangkali bila tibanya
Pertandingan Musabaqah Antarabangsa, Barangkali?
Barangkali sebagai mahar? Dicarinyalah Al-Qur'an yang bersulamkan emas bertitipkan berlian,
bermegah-megahlah pada hari kejadian,
namun akhirnya si Al-Qur'an indah itu hanyalah menjadi perhiasan pengindah laman ruang tamu.

Al-Quran bukanlah kitab hiasan [kredit]


Ataupun Al-Qur'an itu hanya dibaca sebagai "penghibur rohani"?

Gulp. Resah.

Mungkinkah aku tergolong dalam golongan yang tiada apa yang aku dapat, melainkan hanya kerugian?
Akhirnya bila diuji, aku terjatuh lalu berputus asa.
teraba-raba aku mencari tempat bergantung.
Akhirnya menggantung diri dek kecewa membelenggu.
Tanya diri.
Siapakah kita? Dimanakah kedudukan kita?

Allahuakbar.. T.T


Nak Lagi?

Jadi, apa kaitannya di antara sketsa pendek Man dengan ibunya, dengan Al-Qur'an?

Dari Abdullah bin Amru bin Ash, beliau berkata, “Wahai Rasulullah saw., berapa lama aku sebaiknya membaca Al-Qur’an?” Beliau menjawab, “Khatamkanlah dalam satu bulan.” Aku berkata lagi, “Sungguh aku mampu lebih dari itu, wahai Rasulullah?” Beliau menjawab, “Khatamkanlah dalam dua puluh hari.” Aku berkata lagi, “Aku masih mampu lebih dari itu, wahai Rasulullah.” Beliau menjawab, “Khatamkanlah dalam lima belas hari.” “Aku masih lebih mampu lebih dari itu, wahai Rasulullah.” Beliau menjawab, “Khatamkanlah dalam sepuluh hari.” Aku menjawab, “Aku masih lebih mampu lagi, wahai Rasulullah.” Beliau menjawab, “Khatamkanlah dalam lima hari.” Aku menjawab, “Aku masih lebih mampu lagi, wahai Rasulullah.” Namun beliau tidak memberikan izin bagiku. (HR. Tirmidzi)

Begitulah para sahabat.
Cintanya mereka pada ayat-ayat Al-Qur'an.
Ingin lagi.. Lagi, lagi dan lagi.

Lihatlah Man, dirinya mencintai Anime Naruto, sehinggakan
seboleh-bolehnya dalam sehari, dia ingin habiskan semua episod.
Terlalu cinta. Terlalu sayang. Tidak inginnya berenggang.

Sehari satu juzu', ada bran? aku pun tergugup juga. uhuk.

Betapa tingginya nilai cinta para sahabat terhadap Al-Qur'an.
Ingin Al-Qur'an sentiasa berada dalam dakapan hatinya.
Khatamkan dalam 1 bulan? tak mahu. ingin lagi.
Khatamkan dalam 20 hari? Tak mahu. Nak lagi.
Khatamkan dalam 15 hari? Tak mahu. Hati risau merindui.
Khatamkan dalam 10 hari? Tak mahu. Hati ingin sentiasa dekati.
Khatamkan dalam 5 hari? Tak mahu. Aku mampu lagi.

Sehinggalah, ada dalam riwayat lain Baginda menjawab, " Tiada lagi rukhsah selepas itu "

Rukhsah?
*Googling: Define Rukhsah* Rukhsah ialah keringanan yang diberikan oleh Allah dalam
melaksanakan ibadah kepada Allah.

Semakin banyakkali khatam, Rasulullah sebut sebagai "Rukhsah"?
What the?
"keringanan untuk khatam banyak kali dalam sebulan"
Urgh. Allahuakbar.
Kalau kita pula?
"Keringanan untuk khatam sekali setahun." Mungkin. Barangkali?
ke tak pun :: "Keringanan untuk khatam sekali seumur hidup"?

Nauzubillahimindzalik.
Moga allah tsabatkan kecintaan dalam hati kita untuk mencinta
ayat-ayat-Nya, terus lalu mengamalkan segala suruh perintah-Nya.
Aamiin.

Mari mencintai Al-Qur'an :-)



:: Memahami Al-Qur'an kunci memahami hakikat duniawi ::


p/s : Dengan memohon keampunan dari-Nya, inshaaAllah aku akan kembali menulis.


Sunday, December 30, 2012

Saturday, September 29, 2012

Allahuakbar,sebaknya.

daripada 5,tinggal 2 budak hitam+ 2 budak putih, tinggallah 4.
rindu.
sedang mencari video yang sesuai untuk presentation pada adik-adik,terjumpa video lama.
Allah..
dada sebak sangat.

post tertangguh inshaAllah ada masa aku post.
busy. Ahh! pada perkara yang bukan pada prioritynya.
tanggungjawab berkejaran.

inshaALLAh;
#Mist net Vs Harp trap
#cladistic/phylogenetic Muslim.

InshaAllah moga Allah permudahkan. :D
*perasan je macam ramai peminat.
well,ini salah satu medium aku,kan.

Thursday, September 6, 2012

Kucing berak lagi.

Milo and Coffee.


"Ahh,kau berak lagii,Cappuccino?" Aku menggaru kepala.Pagi-pagi bau busuk dah menyucuk-nyucuk rongga hidung.Ahh,pagi-pagi lagi hidung aku dah di'stimulate'kan dengan aroma yang tidak menyenangkan!

Geram.

ahh kau nak apa ni Cappuccino?rasa hati membeluak nak marah,mungkin seandainya tak mampu kawal,mungkin dipukulnya si kucing kurap tu.

kucing kurap?
Ya.kucing kurap.

For the first time I met her,she was really in bad condition.Ugly.Her legs was injured.Terhincut-hincut berjalan.Matanya sakit.berlendir hijau.ahh gross! Geli juga pun ada bila tengok dia.

But after I finished buying groceries for my mother,I saw Cappuccino was being tortured. Dipijak-pijak oleh budak-budak yang lalu lalang di situ. Tiba-tiba adik si bongsu berkata,"memang bang,budak-budak kat sini memang suka buli kucing tu. Hari tu Amie nampak diorang baling mercun kat kucing tu." bicara adikku.

Hati mana yang tak luluh mendengarnya.
Kucing yang tiada dosa,disiksa-siksa,dipijak-pijak dihinakan.
Allahurabbi.

"Amie,pi ambil kucing tu.kita bawak balik."
"eh bang,tapi nanti mak tak marah ke?" 
"Ambil je." Ringkas. Marah tak marah itu cerita kedua. Yang penting sekarang ni,selamatkan
makhluk Allah tu.

Hampir menitis air mataku melihatnya.
badannya luka-luka.
perutnya kurus,hinggakan bila dipegang,terasa ke tulang.
Allahuakbar.

Si kucing itu memandangku,
bersinar-sinar matanya.
seolah-olah ingin mengatakan sesuatu,Allahuakbar,
seandainya aku mampu memahami bicaramu,engkau tidak perlulah untuk meluahkannya,
kerana aku bisa mendalami hatimu.
aku memahami apa yang engkau alami.

Dibawa balik, dijaga, diberikan makanan,dimandikan. Alahai comel betul bila dia lari-lari masa
nak shampukan. Habis semua dinding dia nak panjat,tapi tak boleh.kelakar :3
Mak ayah pula bawa si Cappuccino ni pergi ke klinik,untuk menerima rawatan.
Kurap pun sudah kian berkurangan.
dah makin comel dah pun.

oh ya lupa,Si Cappuccino ni dapat nama minuman sebab tema nama kucing kali ini nama minuman.
Nescafe la, Milo la,Coffee la. Macam-macam. Semuanya suka menggedik-gedik. haish!

but lately,si Cappuccino tu dah mula berak merata. Dah nyanyok agaknya. Acetylcholine receptor dah mengecutlah tu sampai neurotransmitter tak boleh buat kerja.

habis satu rumah bau busuk. Ialah,rumah kecil,satu bom je meledak,affect satu rumah.

Hari ni dia berak kat bilik aku. aduhh.

Rasa nak pukul-pukul je,marah kot.tiba-tiba teringat akan kisah si pelacur dengan seekor anjing.

“Sesungguhnya seorang wanita pelacur melihat seekor anjing sedang mengelilingi sebuah perigi pada hari yang sangat panas. Anjing itu berusaha menjelirkan lidahnya kerana kehausan. Beliau kemudian menggunakan kasutnya yang diperbuat daripada kulit iaitu khuf untuk mengambil air telaga tersebut sehingga anjing tadi dapat minum. Oleh kerana perbuatannya itu, dosa wanita tersebut diampunkan.” 
(Riwayat Muslim ).
  

Allahuakbar,seorang pendosa pun bisa masuk ke syurga kerana binatang,tapi takkan aku hendak diri diheret ke neraka juga kerana seekor binatang?

Sungguhlah,sekalian makhluk Allah dimuka bumi ini tidak putus-putus berzikir memuji Allah.
Aku yang kurang amalnya,mulut kurang sekali berzikir,malah banyak bicara kosong,mungkin banyak bicara dosa, apakah aku layak berbuat demikian?
mungkin martabatnya lebih tinggi daripada aku di sisi Allah!

Begitulah sifat manusia

Manusia gemar sangat menilai manusia lainnya dengan nilaian luaran.
Paras rupanya,hartanya,dan pangkatnya.
Kerana itulah yang dilihat hebat nilaian.
Maka tak peliklah seandainya kau lihat,seluruh dunia semua manusia
'berfastabiqul khairat' ke arah dunia. Kalau boleh semua hendak dikautnya.
Tidak cukup henfon Samsung,hendak kejar Iphone.
Tidak cukup Honda,hendak kejar Mercedes,Lamborghini.
Tidak cukup rumah biasa,hendak dikejarnya Banglo yang luasnya mata memandang.
Tidak cukup G2000,hendak dikejarnya Zaraa.

Aku tak faham.
kalau ada barang cokia-cokia tu,malu nak jumpa kawan-kawan.
Erk?
Kenapa? jatuhkah martabatmu di hadapan Allah kerananya?
masuk ke nerakakah seandainya tidak miliki dunia?

Namun,itulah label manusia yang hatinya bengkak dengan dunia.
seorang demi seorang dicop 'hina'.

Macam si Cappuccino tu la.
oleh kerana dia berkurap,tak cantik,
manusia memandang rendah kepadanya malah disiksa.

kesiankan?
kesian pada siapa?kesian pada mereka yang buta mata hatinya!

"Maka tidak pernahkah mereka berjalan di bumi, sehingga hati (akal) mereka dapat
memahami,telinga mereka dapat mendengar? Sebenarnya bukan mata itu yang buta,
tetapi yang buta ialah hati yang ada di dalam dada."
(Surah al-Hajj :46)


Mereka tidak dapat menilai apa yang baik,dan apa yang buruk.
kerana mereka menilai sesuatu menggunakan pancainderanya,
yang dapat melihat dan merasai secara zahirnya.
tapi mereka tidak menggunakan mata hatinya yang bisa menembusi hijab.

Sungguh,orang yang hebat itu bukanlah kerana pencapaian dunianya,
tapi orang yang hebat itu hebat kerana hebatnya hubungannya dengan Allah.

Bila hati dekat dengan Allah,maka segala amalannya,segala tindak tanduknya
akan tepati segala nilaian Allah.
Hati yang dekat dengan Allah menzahirkan keperibadian insan yang dicintai-Nya.

Lihatlah manusia disekelilingmu,
ya,ada yang hebat,hebat dengan kata-kata,tapi jauh daripada Allah.
Andaikan seorang pemimpin yang zalim.
kata-katanya memang hebat,semua orang takut akannya.
segala kata-katanya terpamer disetiap ceruk dada-dada akhbar.
memang boleh dikatakan semua orang kenal dia.

tapi,when times goes by,sedikit demi sedikit,kata-katanya mulai luput,
mulai lenyap,mulai hilang.

Nilaian 'hebat' yang dibanggakan itu sekadar seumpama gadget,memang pada zamannya,ianya dibangga-banggakan,dikejar-kejar,tapi bila zamannya telah berlalu,maka kegunaannya sudah dilihat ketinggalan.

Ma favorite :3


hilang si zalim itu,maka hilanglah segala kehebatannya.

Namun yang sebaliknya berlaku bagi mereka yang hebat kerana hebatnya hubungan mereka dengan Allah.

Lihatlah para Anbiya',para Sahabat,Salafussoleh,dan para pejuang agama,
biarpun jasadnya telah tiada,rohnya telah ditarik Allah,
tapi kata-kata mereka masih lagi rancak menari dibibir-bibir manusia,
seumpama mereka masih hidup, melangkah menuturkan kata-kata agar manusia kembali kepada-Nya.

Subhanallah.
Pahala yang berterusan! Pahala yang berangkai!

*****

Cappuccino berak,hmph?

If manusia pulak berak?ops,what I mean is if manusia pula buat salah?

Takkan kita terus nak hambur pelbagai kata-kata nista tanpa sepatah soal bicara?
tanpa mengetahui mengapa, tanpa mengetahui situasi sebenar mereka?

Ada satu kisah ni.
Suatu hari ni,Pak Mat balik daripada kerja.iyelah,pukul 5,peak time,memang belambak la
kereta,macam semut la katakan.
tengah sesak-sesak, tiba-tiba Pak Mat terlihat sebuah kereta Saga SL yang laju memecut,
daripada penglihatan side mirrornya, dilihat kereta itu memotong mencilok satu per satu kereta.
Melihat keadaan itu,Pak Mat yang baru sahaja balik bekerja ni naik beranglah.

"Semua orang pun nak balik! sabarlah! Kau ingat ini jalan kau seorang?" Jerit hatinya.

"Kau sampai je jalan sebelah aku,siaplah kau! aku akan himpit kereta kau ke tepi border!"
kemarahan melampaui batas fikirannya. Dia sudah tidak dapat membuat timbangan.

Bila Kereta Saga tu mula hendak memotong kereta Pak Mat, Pak Mat segera pusing steering sehingga
menghimpit kereta Saga SL tu ke kanan border. Kedua-dua buah kereta itu terberhenti.
Bila dah berhenti je,Pak Mat apa lagi, keluar mencapai si pemandu itu,mencekiknya.
Tanpa sebarang bicara,ditamparnya berkali-kali si pemuda itu ditemani kata-kata kesat,marah kepada sikapnya.

Setelah beberapa minit,Pak Mat pun berhenti.Sakit tangan dibuatnya.



Pemuda yang longlai itu terjatuh menyembah bumi,
sesekali dia cuba untuk bangun,jatuh lagi sekali.Pening agaknya.
Setelah beberapa kali mencuba, akhirnya dia dapat bangun.

Dia melihat wajah Pak Mat.
Mulutnya kelihatan berdarah.
Perlahan-lahan dia berkata;

"Pak cik dah habis dah? seandainya pakcik dah habis, boleh izinkan saya ke hospital
sekejap. Saya ingin menghantar anak saya yang diserang asma. Tenat sangat sekarang ni.
Izinkan saya ye pakcik."
Pemuda itu segera menghidupkan engine keretanya,terus melaju membelah jalan raya.

Sekilas tadi,Pak Mat terlihat anaknya, comel.kecil lagi,tapi sudah terbaring.

Pak Mat sudah tidak mampu berkata apa-apa.
lidahnya membeku, bibirnya terkelu.
Seluruh tubuhnya menggeletar.
Jantungnya berdegup kencang,
perasaan bersalah menguasai hatinya.
dia terjatuh terduduk,
lemah,tidak mampu berfikir apa-apa melainkan keadaan si anak kecil yang tidak berdosa itu.

Dalam hatinya,
"Seandainya si kecil itu meninggal dunia,sebabnya adalah AKU!"
dia sudah merasakan dirinya seumpama seorang pembunuh.

Pak Mat menjenguk, melihat-lihat seandainya dia dapat lagi mengejar si pemuda itu
untuk memohon maaf, tapi semuanya sudah terlambat.
Kereta Saga SL itu sudah tiada lagi kelihatan.
Hospital mana yang dituju pun dia tidak tahu,entah jauh entah dekat.
Entah sempat entah tidak.

Macam Cappuccino jugalah,dia berak rata-rata mungkin sebab dia sakit perut ke,
tandas terkunci ke,kan?Alahai~

*****

Begitulah manusia,
sifatnya terburu-buru.
Terburu-buru membuat keputusan.
Terburu-buru membuat penilaian.
Terburu-buru semuanya!

Kesian,mereka yang tidak bersalah selalu menjadi 'bersalah' pada mata mereka,
dicerca sekadar untuk memuaskan nafsu amarahnya!

Maka,berlapang dada itu perlu.cliche sangat ayat ni.
tapi taklah se'cliche' dihati dan diamalan,kan? Ouch!


"Man was created of haste(tergesa-gesa). I will show you My Signs, so do not
impatiently urge me."
(Surah al-Anbiyaa' 21 : 37)

Sesungguhnya Rasulullah bersabda yang bermaksud; "Sesungguhnya sesiapa yang memiliki dua sifat, nescaya dikasihi oleh Allah, iaitu lemah lembut dan tenang". (Hadith Riwayat Muslim)

InshaAllah,hati itu perlu dididik.
dididik,ditarbiyah.
Masakan seketul bata dapat dihasilkan dengan baik seandainya tidak melalui fitan(pembakaran) yang sempurna,tidaklah terlalu panas,tidaklah terlalu sejuk.
Tarbiyyah itu proses.
Proses menjadi hamba yang mencintai-Nya! Moga kita bersama-sama menjadi hamba-Nya
yang sentiasa ingin dekat dengan-Nya! Aamiin inshaAllah.






Wallahua'lam,
EncikNombor8,
Universiti Malaysia Sarawak.



P/s: Uhuks.dah nak balik.waaa macam taknak balik je.
manyak lagi perkara-perkara yang tak setel lagi.
adoh adoh Allahuakbar bizi juga.
niat di hati sebelum balik rumah hari tu ingat nak bina 'baitulMuslim'.nonono bukan kahwin,
jangan salah anggap.BM bukan bermula melalui perkahwinan al-akh dengan ukht sahaja,
tapi bermula daripada sekarang. peranan kita sebagai anak, membina adik-adik, menjelaskan kefahaman kepada ibu bapa, memimpin tangan atuk nenek ke Syurga. yeay, tapi rasanya tak dapat buat sepenuhnya.
sikit-sikit je mampu. harapan inshaAllah the next baliks I want to tell them again again and again.inshaAllah. tapi macam tak balik je next sem,bizi dengan field trip.huaa :'(
takpelah.
hmm,ingat cuti ni nak jumpe someone's mother.haha gile!
belum belum belum lalalagigigigigi. entah siapa pun aku tak tahu.
Syndrome Pak naqib baru kahwin lah ni. Barakallahu lakuma wa baraka alikuma ya akh wal ukht yang suka stalker blog anak-anaknya.hak3.
impian nak daki gunung dengan ayah tak tercapai.dapat Broga je.
iyelah,dengan mak memanglah kamceng,dengan ayah kureng sikit.itu je cara nak selami hati ayah.
ayah pun asyik sibuk outstation je.kesian ayah.Sabah-Sarawak-Perak-Johor non-stop.kesian ayah.
aku sebenarnya rasa macam aku dah kurang kemampuan untuk menulis,entah,lebih suka berbicara kot.huk3 perasan. update pun jarang-jarang. yang selalu update pun dekat blog yang lagi satu.
nak register kos lagi,haiya server asyik lag je.
oklah,papaio
Ohana,means "family"."Family" means "no one gets left behind".




 papa mama papa mama papa mama papa mama papa mama papa

Thursday, August 9, 2012

Malam bersama Kekasih

Assalamua'laikum dan Salam Ramadhan yang penuh barokah.

Jiwa ini bersyukur, kerna bisa lagi diberi peluang bernafas,
mengutip butir-butir mutiara yang berguguran daripada Langit Ramadhan,
disetiap celah,disetiap detik,disetiap masa,
agar si pengutip itu bisa menjadikannya secantik-cantik perhiasan,
dipakainya menghadap-Nya,
agar Sang Pencipta melihat pesona dirinya atas segala apa yang telah Dia kurniakan.
dengan harapan dirinya dipandang dengan kasih sayang-Nya,
Moga-moga bisa menjadi kekasih,
menyemai cinta di Sana.
Sungguh cinta itu perlukan bukti,
Maka inilah buktiku pada-Mu ya Allah!

*****

Sungguh, makhluk Allah bernama si masa ini sungguh cemburu padaku,
sebentar sahaja sudah menjejakkan kaki ke dalam 10 Ramadhan yang terakhir.
Sangat pantas.
Entah apakah segala jenis tawaran Ilahi sudah aku kecapi?

"Awaluhu Rahmah,wasotuhu maghfirah,wa akhiruhu itqun min an-Nar."

mengira jari,ahhh tidak cukup! Masih lagi tak cukup!

Sungguh,seandainya engkau sujud kepada Allah 300 tahun pun,
belum tentu dapat menandingi timbangan berat segala ni'mat yang
telah allah kurniakan.

Maka siapalahlah kita untuk merasa hebat & cukup dengan segala amalan kita?
malah lebih hinalah jiwa itu sekiranya amalan yang dilakukan sekadar berniat menunjuk-nunjuk.
Allahu rabbi.
nauzubillahiminzalik.
tiada apalah kita melainkan hanyalah seorang hamba.
Ya,seorang hamba yang tidak punyai apa-apa.

Masa

Jika hendak dilihat pada senarai tawaran yang dijanjikan oleh Allah,
Woha! Subhanallah! Tawarannya hebat-hebat!

Ditawarkan rahmat,diberikan keampunan,malah dibebaskan daripada api neraka!
Segala pintu Syurga dibuka luas!
Subhanallah! Maha Pemurahnya Allah pada kita!

tapi,
jiwa-jiwa kita ini kadang-kadang tak dapat nak memanfaatkan
segala peluang yang ada di hadapan mata.

kenapa?
tidak cukup masa?
hati terkunci?

seandainya hendak mengomel betapa tidak cukupnya masa kita
untuk beribadah,
maka lihatlah orang disekeliling.
mereka jua dikurniakan jumlah masa yang sama dengan kita.
24 jam,tiada yang terlebih,tiada yang terkurang.
lihatlah para sahabat,
bagaimana mereka beribadah.
sehingga ada seorang sahabat ini mengatakan;
"seandainya engkau hendak berjumpa/berurusan denganku, jumpalah
selepas Ramadhan."
betapa masa yang ada,mereka cuba penuhi dengan amalan-amalan
yang membenarkan hati mereka taqarrub kepada Allah.
Rasulullah apatah lagi,kan?

hargailah masa sebelum datangnya
masa sibuk.


Namun apa yang membezakannya adalah bagaimana kita
memanfaatkannya sehingga membuahkan natijah di akhir Ramadhan.

Ada sahaja yang berpuasa,namun kuntuman taqwa itu tiada berputik.
ada sahaja yang berpuasa,namun pucuk tawadhu' tiadanya bercambah.
ada sahaja yang berpuasa,namun masih lagi tidak dapat membebaskan diri daripada
kepompong jahilyyah!
*wuhuu T.T

Sungguh,rugilah bagi sesiapa yang memasuki Ramadhan,
dan keluar daripadanya tanpa mendapat apa-apa...

Rasulullah SAW bersabda; Mafhumnya;
"Kalaulah seandainya umatku tahu keutamaan bulan puasa,
tentu mereka akan meminta supaya bulan yang ada dijadikan puasa selamanya."
[HR Ibn Majah]

Seandainya Allah perlihatkan ganjaran-ganjaran yang ada pada bulan Ramadhan ini,
nescaya kita akan jatuh terkejut ternganga mulut terbeliak mata akannya.
Maka kita akan berkejar-kejar berebutan untuk melakukan kebaikan.

Tapi Allah tidak menzahirkannya,
yang yakin akan terus beramal,
yang ragu-ragu akan terus kecundang.


Pengiktirafan

Olympic London 2012.
setiap atlet masing-masing mempamerkan kehebatan mereka.

Yang bermain bola,menunjukkan skilnya.
ni emas ori ke tak ni?
yang bermain badminton,menunjukkan smash tajamnya.
yan bermain hoki,menunjukkan pukulan padunya.

Karena alasan mereka satu.
yakni kerana inginkan medal dan pengiktirafan
seluruh dunia.
bahawa dia ranking nombor #1 dunia!

Ya,sebenarnya medal itu tiadalah nilai sangat,
alah emas tu berapa juta je pun.*cewah!
namun apa yang lebih bernilai adalah pengiktirafan.
karena seluruh dunia akan melihat mereka.
seluruh dunia akan menyanjungi mereka
malah nama mereka akan menempa di hati setiap manusia!

siapa tidak kenal Usain Bolt,kan?*kenal Fathihi Hakimi tak?hehe

Begitulah jualah kita,
siapa tidak mahu diiktiraf oleh Allah,kan?
Malah sungguh itulah sebesar-besar pengiktirafan.

kita jadi wakil/atlit rumah sukan itupun sudah kembang hidung semangkuk,
inikan pula jadi wakil daerah,negeri takpun kebangsaan,
hidung mesti kembang besar bermangkuk-mangkuk.

Tapi aku ingin berbicara tentang pengiktirafan Allah terhadap kita!
susahnya nak dapat!
kena 'lari' lagi laju nih!

Allah iktiraf segala amalan kita,
sehingga kita diiktiraf untuk memasuki Syurga.

Allah iktiraf segala taubat kita,
sehingga kita diiktiraf untuk bersama-sama dengan golongan Anbiya' dan Soleh.

Allah iktiraf segala tawadhu' kita,
sehingga kita diiktiraf untuk berteduh di bawah naungan-Nya.

Allah iktiraf segala cinta kita pada-Nya,
sehingga diiktiraf untuk bersemuka dan berbual-bual dengan-Nya!



"(Kepada mereka dikatakan),"Salam,"sebagai ucapan selamat
dari Tuhan Yang Maha Penyayang."
[Surah Yasin 36:58]

Subhanallah.

bagi atlit,berbaloilah bagi mereka atas segala jerih perih latihan mereka
dengan menerima gelaran nombor #1 dunia.

Tapi bagi kita,
biarlah segala amalan kita,segala pengorbanan menempatkan
kita dalam golongan yang diberi rahmat dan pengampunan,dan akhirnya Syurga Allah!
aamiin inshaAllah.

Sempena Ramadhan masih lagi berbaki ini,
marilah kita bersama-sama tingkatkan amalan kita
agar membuahkan taqwa.
taqwa ni bukan macam cerita Mr.Bean,tiba-tiba ada cahaya
daripada langit jatuhlah taqwa kepada kita.
bukan.
Sungguh,taqwa itu merupakan buah bagi pencarinya.

Seandainya Ramadhan yang sebelum ini kita Super Saiya 1,
biarlah Ramadhan kali ini kita Super Saiya 2!
nanti dah habis Ramadhan boleh buat Kamehamehaa dekat Shaytan!
yehaa!

хајде да сустигну успех :)



EncikNombor8,
Universiti Malaysia Sarawak.
Sekarang di Bangi,sakit perut.



p/s: tajuk entry ni macam tiada kaitan.lari isi sebenarnya ni.
rasa macam kurang hati dalam penulisan kali ini :'(

kencang sikit!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...