Metamorfosis kebaikan

Monday, August 22, 2011

eh oh..eh eh?dah sampai dah?


Assalamua'laikum.
fuhh fuhh, dah berhabuk dah blog nih.hehe.
asif,maaf lama dah tak update.
bukan apa,tapi ada perkara lain yang lebih priority.

Dalam kerdipan mata,
dalm segar menghirup nafas Ramadhan yang penuh ni'mat,
sedar tak sedar,
kita sudah berada dalam fasa yang ke-3,
Fasa 'Itqu Min An Nar.
yakni Fasa Pembebasan daripada Api Neraka.
sekejap sahaja rasanya,kan?
Ingat lagi tak masa kecil-kecil dahulu,
puasa terasa derita.
lapar terasa sengsara.

"kenapalah lama sangat ni Ramadhan nak berlalu?
tak sabar betul nak raya! Nak makan ketupat lemang!"

tengok jam di dinding,"alahai baru pukul 12.00 tengah hari!"
"mak,lapar... nak berbuka..." suara dilemah longlaikan.
"sabarlah ye sayang,lagi beberapa jam je lagi.Sabarlah ye.. "
Madah kasih sayang ibunda melenyapkan perasaan kebulur.


tengok jam tangan pula, alahai baru pukul 5 petang!
"Ayah,abang lapar.."
Ayah yang sedang bertilawah,berhenti sebentar melayan kerenah
anaknya,
"Sabarlah ye nak,Rasulullah dan para sahabat dahulu berperang
menentang kafir musyrikin sedangkan mereka berpuasa.
takkan kita yang tidak berbuat apa-apa ni nak berbuka,kan? "
malunya pada kekasih Allah membarakan lagi semangat untuk
bertahan sehingga ke maghrib,

begitulah rona warnanya,kan?(ke aku je sorang?hehe)

tapi apabila kita sudah meningkat dewasa,
apabila hati berada di bawah lembayung iman,
apabila fikrah islami sudah semakin subur matang dalam aqal fikiran,
sebulan dirasakan terlalu singkat untuk meraih apa-apa.

"Eh,alamak! dah habis fasa 1! aku tak sempat lagi
untuk mengutip sebanyak-banyaknya
butir-butir mutiara rahmat Allah"

"Dah 20 Ramadhan dah?mata aku ni tak lagi menitiskan manik-manik
keinsafan di hadapan Al-Ghaffaar... berdoa bersungguh-sungguh
untuk keampunan-Nya apatah lagi"

"kuang kuang kuang,dah nak masuk asar dah,tilawah aku ni sekerat
pun tak habis lagi"


Terasa seperti masa begitu cepat berlalu..
kadang-kadang dhuha tertinggal...
kadang-kadang terawikh tidak dilaksanakan...

Namun ikhwah dan akhwat fillah,
adakah kita inginkan ianya terus berlaku?
tewas dengan empayar jajahan takluk nafsu dalam hati?
muhasabah.
adakah apa yang kita keluhkan ini berulang kembali dalam
10 malam terakhir Ramadhan?
Apatah lagi di dalamnya dijanjikan suatu keistimewaan.
1 malamnya lebih baik daripada 1000 bulan.
yakni MALAM Al-Qadr.



1.Sesungguhnya kami telah turunkannya (al Qur’an) pada malam al qadr.

2.Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?

3.Malam al qadr itu lebih baik daripada seribu bulan

4.Turun malaikat2 dan malaikat Jibril padanya(malam al qadr) dengan izin Tuhan mereka membawa segala urusan.

5.Selamat sejahteralah ia(malam al qadr) sehinggalah terbit fajar (Subuh).


Seperti dalam Tafsir Ibnu Katsir,
Allah Taa'la memberitahukan bahawa Dia menurunkan Al-Qur'an
pada waktu lailatul Qadar,yaitu satu malam yang penuh
berkah,yang oleh Allah difirmankan:

"Sesungguhnya Kami telah menurunkan al-Qurán pada suatu malam yang
penuh berkah."
(Surah ad-Duhhaan : 3)

Dan itulah malam al-Qadr, yang ada pada bulan Ramadhan,
sebagaimana yang difirmankan Allah ta'ala:

"Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan al-Qurán."
(Surah al-Baqarah:185)

Ibnu 'Abbas dan juga yang lainnya mengatakan:
"Allah menurunkan al-Qur'an itu sekaligus (30 Juz),dari
Lauhul Mahfuzh ke Baitul 'Izzah di langit dunia. Kemudian diturunkan
secara bertahap,sesuai konteks realitasnya dalam kurun waktu 23 tahun,
kepada Rasulullah."

Selanjutnya, dengan mengagungkan keberadaan Lailatul Qadr
yang Dia khususkan dengan penurunan al-Qur'an al-'Azhim padanya,
Allah Taa'la berfirman:

"Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu?Malam
kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan."

Ketika malam kemuliaan itu menyerupai ibadah
selama seribu bulan, maka ditegaskan di dalam
kitab ash-Shahihain dari Abu Hurairah, bahawa
Rasulullah bersabda:
"Barangsiapa yang bangun untuk mendirikan solat pada malam
Lailatul Qadr dengan penuh keimanan dan pengharapan akan
pahala, maka akan diberikan ampunan kepadanya atas
dosa-dosanya yang lalu."

Dan firman Allah Taa'la:

"Pada malam itu turun Malaikat-malaikat dan Malaikat Jibril
dengan izin Rabb-Nya untuk mengatur segala urusan."

Yakni, banyak turunnya para malaikat pada malam itu
karena banyaknya berkah yang terdapat padanya.
Dan para Malaikat itu selalu turun bersamaan turunnya berkah,
sebagaimana mereka senang untuk turun saat al-Qur'an dibaca.
Selain itu, para Malaikat ini akan mengelilingi halaqah-halaqah
dzikir (Majlis ilmu) dan meletakkan sayap mereka bagi pencari
ilmu dengan penuh kejujuran, sebagai bentuk penghormatan.

Bak kata Ustaz Zambri dalam kuliah subuhnya,
pada malam al-qadar,keadaan di bumi adalah lebih
baik daripada di langit.
mengapa malaikat turun?
oklah,then Ustaz Zambri tanya kembali.
kenapa kita pergi ke makkah?
kerana beramal ibadat di sana dilipatkali gandakan pahalanya,kan?
seandainya di Masjidil Haram,Makkah,pahalanya 10000 kali ganda.
dan di Masjid Nabawi (madinah) sebanyak 1000 kali ganda.
Andai Malaikat bersungguh-sungguh mengejar malam ini,
kenapa tidak kita?



La Rahbaniah fil Islam.
"tiada istilah kerahiban dalam Islam"
Rahib, sepertimana yang kita tahu,kan.
Ahli ibadah.
yang andai untuk lebih simple dalam era kita ini,
seperti yang sering dipropagandakan oleh media massa.
ORANG BAIK yang berperwatakkan berjanggut panjang,
berjubah putih, pegang tasbih, pakai serban dan duduk dalam
masjid sepanjang waktunya, TIADA APA YANG INGIN
DIMANFAATKAN KEPADA MASYARAKAT.

Namun apa yang berlaku apa yang berlaku pada 10 Ramadhan
yang terakhir di zaman Rasulullah,adalah berbeza.
Saidatina Aisyah mengatakan Rasulullah seumpaman rahib.
baginda mengikat dan mengetatkan kainnya untuk
bersungguh-sungguh dalam beribadah.
sehinggakan ada riwayat yang menyatakan,
hatta untuk Saidatina Aisyah menyikatkan
rambut baginda pun melalui tingkat.
Betapa Rasulullah komited dengan amal ibadahnya
kepada Kekasihnya Yang Maha Agung.
Para sahabat juga begitu.
subhanallah.

Rasulullah yang sudah dijanjikan ganjaran syurga,
yang sudah diampunkan segala dosanya sebelum dan yang
akan datang,
ibadatnya seumpama baginda tidak punya apa-apa janji daripada-Nya,
seumpama baginda seorang pendosa. . .
tapi,
baginda Rasulullah seorang maksum, sebaik-baik manusia.
amalannya mengalahkan kita, si hamba yang tidak pernah
tahu kesudahan sendiri,
yang tidak pernah pernah tahu lelah penat dalam melakukan
dosa.


Oh Allah. . .
Layakkah aku,
untuk segala janji-janji-Mu,
yang telah kau sediakan buat mereka,insan bertaqwa.
hanya pada-Mu daku berserah,
ruku' dan sujudku menyembah mengharap
ampun-Mu yang Maha Berkuasa.
Maafkanlah oh Allah,
maafkahlah. . .
Pergilah kau oh dunia,
jauh dari hati ini,
kerna kasihmu cuma sementara,
aku cuma mengharap,
redha Tuhanku,
menemani jiwaku yang lemah dan tak berdaya.
oh Allah,
Dengan kuasa-Mu,
hati ini telah terpaut,
ditawan cinta indah yang kau limpahkan.
Allahu Rabbi ya Kareem,
aku si pendosa,
apakah masih ada ruang bagiku di syurga-Mu nanti.
oh Allah. . .
Hamba-Mu ini si hina,
kapankah lagi aku bisa mengecap erti bahagia,
bahagia dalam iman atas redha-Mu.
Oh Allah ar-Rahman ar-Rahim,
aku risau hatiku berbolak balik dalam mengenal
erti sebuah keikhlasan,
aku keliru antara ikhlas dan 'ikhlas',
bagaimana untukku meraih pandangan-Mu,
seandainya amalanku cuma debu-debu
berterbangan,
cuma fatamorgana,
menipu si musafir di dunia,
yang menyangka telah kecapi kebahagiaan selamanya.
aku tidak mahu menjadi seperti Qazman,
disangka syahid, rupanya kafir.
aku ingin menjadi seperti Usayrim yang tulus beriman. . .
tiada apa yang kudambakan,
melainkan hanyalah pada-Mu. .
Pandangan dunia,manusia si perosak jiwa,

"Dan Kami tujukan perbicaraan kepada apa yang mereka telah kerjakan dari jenis amal (yang mereka pandang baik), lalu Kami jadikan dia terbuang sebagai debu yang berterbangan"
(Surah al-Furqan:23)

Saidina Ali berkata,
"tanda ikhlas itu ialah apabila pujian tidak menyebabkan
kau menambah amal. Dan kejian manusia tidak menyebabkan
kau mengurangkannya. Di hadapan dan di belakang
manusia, ibadahmu tetap sama."

Yaa muqallibal qulub, thabit qulubana a'la dini'..
Aku sering tertipu dengan kesenangan yang melalaikan. .
pimpinlah daku,
bawalah daku,
kembali menghadap-Mu,oh Tuhan. .

jom sahabatku sekalian,
siapa yang dapat guarantee bahawa dia
bakal bertemu kembali dengan Ramadhan pada
tahua akan datang?
tiada siapa,kan?
ayuh beramal kita beramal sepenuhnya.
syurga itu mahal,
lihatlah didompet amal.
cukupkah untuk membelinya?
wallahua'lam,
hamba hina dina,
teguran untuk aku jua.
aku si khilaf,
punyai banyak dosa,
andai ada salah silap,
maafkanlah,
andai punya khilaf,
tegurlah.
segala yang baik datang
daripada Allah,
yang lemah itu juga datang daripada
Allah,atas kelemahan diriku sendiri...

Pergilah Dunia :: Varianz

kencang sikit!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...