"Mak,andai result UPSR abang cemerlang, abang nak mohon belajar ke SMAP Kajang,boleh?" Tanya Hairul dengan nada yang bersungguh-sungguh kepada ibundanya,Wan Faridah.
"ehh kenapa pula hendak ke SMAP? Kan sekolah mak ada. Nanti senang sikit nak uruskan abang" lembut bicara emaknya seolah-olah memujuk hatinya untuk ke sekolahnya, SMKA Maahad Hamidiah.Puan Faridah bekerja di sana sebagai seorang guru mata pelajaran Pendidikan Islam dan Pendidikan Al-Qurán dan As-Sunnah.
"Maahad? Sekolah mak itu?" Hairul tertanya.
Dalam fikirannya langsung tidak terfikir untuk menyambung pembelajarannya ke Maahad Hamidiah. Kenal benar dia akan perangai pelajar-pelajar Maahad. Maklumlah, sudah bertahun dia menetap di salah sebuah kuaters guru di situ. Bermacam ragam yang didengarinya.
Wan Hairul Azzam bin Wan Mokhtar,atau lebih dikenali sebagai Hairul,merupakan pelajar di SK Dato' Abu Bakar Baginda. Bertubuh kecil,kulitnya hitam-hitam manis. Namun kecil jangan disangka kecil,dia merupakan seorang pelajar yang aktif,berpersatuan,bersukan dan juga memegang tampuk kepimpinan di sekolah. Hairul juga dilantik sebagai ketua Badan Persatuan Pengangkap,presiden Kelab Catur, dan juga sebagai Kapten kontinjen caturnya. Seringkali kumpulannya menempuh ke peringkat negeri. Sehinggakan pengadil negeri tertarik dengan cara permainannya dan mempelawa Hairul untuk satu permainan. Lihat, kecil bukan sebarangan kecil.
"hmm,yelah mak,abang ikut je la apa yang mak cakapkan" tidak melawan,tapi Hairul merasakan ibunya tahu apa yang baik buatnya.
"haa macam tu la anak mak.hehe" sambil tersenyum. Dalam hatinya,Puan Faridah bersyukur sangat kerana dikurniakan anak yang taat seperti Hairul.
vvvvvvvvvvvvvvv
Saatnya telah tiba, saat keputusan kemasukkan pelajar ke sekolah menengah.
"WAN HAIRUL AZZAM BIN WAN MOKHTAR : SMKA MAAHAD HAMIDAH BDO53"
Ohh alangkah bersyukurnya Hairul bila mendapati resultnya cuma 4A1B dalam UPSR mampu menjadi tiketnya dalam mengorak langkah ke sekolah idaman ibunya.
"Alhamdulillah, bersyukur. Kali ini berjuang pula di Maahad! " bisik hatinya dengan penuh semangat.
"abang,abang dapat mana?" Tanya ibunya,dengan penuh tanda Tanya.
"Alhamdulillah,mak. Abang dapat Maahad" jawabnya perlahan. Cuba untuk menenangkan hati ibunya.
"Alhamdulillah. Mak banyak doa tau untuk abang!" beriya sungguh kelihatan ibunya. Hairul tahu dia sudah memenuhi hasrat ibunya.
Biarpun Hairul kelihatan seakan-akan kanak-kanak,namun jauh disudut lain,pemikirannya amat matang,matang menjangkau usianya. Ini semua hasil berkat usaha tarbiyyah yang cuba diwujudkan oleh ibu bapanya di rumah. Bapanya, Encik Wan Mokhtar tidak pernah jemu mendidik enam orang anaknya. Kadang-kadang,beliau terpaksa berkasar juga,namun berkasar pada tempatnya. Beliau amat pantang seandainya anak-anaknya gagal dalam memenuhi jadual 5 waktu mereka bertemu Allah. Pantang sekali. Namun itulah yang mendidik Wan Hairul dan 5 lagi adik beradiknya, yaitu Faris Audah , Nurul Sufiyyah , Adam Haris , Ana Faqirah dan Fanni Afnan Jannati untuk lebih mentaati perintah Allah Subhanallahu taa'la. Seringkali mereka 6 beradik diajak untuk ber'jungle tracking' di gunung-gunung. Bukanlah bertujuan untuk berbangga dengan berapa buah gunung yang telah ditawan, namun Encik Wan Mokhtar merancang sesuatu yang lebih baik kepada mereka, bukan setakat hanya untuk menyihatkan badan. Malah lebih daripada itu. Beliau ingin mengajak anak-anaknya mengenal siapa sebenarnya yang Maha Pencipta. Mengenal apa erti susah payah dalam mengejar matlamat. Mengajar erti bekerjasama berkasih sayang. Biarkan hutan tanda kekuasaan Allah ini mengajar mereka.
Di Hari Pendaftaran SMKA Maahad Hamidiah, Kajang.
Tunduk.malu.sesekali anak matanya berlari-lari mencari kenalan, kenalan yang bisa dibawa bicara. Namun tidak kelihatan. Yang hanya terlihat, akhwat-akhwat anggun berpakaian solehah. Berjilbab labuh. Sesekali ternampak sosok ikhwah yang berkopiah putih. Sejuk matanya memandang.
"Subhanallah, indahnya suasana di sini" hati nuraninya berbicara.
"Inilah tempatnya,kan Ya Allah." Tersenyum sendirian. Bersyukurnya Hairul kerana dipilih dalam beribu yang memohon untuk belajar di sini. Baginya, keadaan seperti ini sudah biasa, kerana tiap-tiap hari dia akan melalui Perhimpunan Harian abang-abang dan kakak-kakak senior berpakaian indah seperti itu sewaktu dia masih bersekolah rendah. Namun hari ini perasaannya cukup berbeza. Terasa dia seperti berada dalam kebun bunga yang indah. Bi'ah yang sangat solehah. Berbeza dengan sekolahnya dulu, pakai tudung tidak ubah seperti tidak pakai tudung, nampak leher, mungkin mereka masih tidak faham, agaknya. Tapi pakai tudung labuh, akhlak tidak baik, apa gunanya, kan?
"Ni la tempat belajar abang nanti. Cantik tak?" teguran mak menyedarkan daripada lamunannya. Lamunan cintanya kepada sekolah barunya.
"hehehe.abang rasa abang dah start mula sukalah mak" jawab Hairul.
"Baguslah macam tu. Haa jom daftar, dah sampai giliran kita dah" kata ibunya sambil menunjukkan ibu jarinya ke kaunter pendaftaran.
"Assalamua'laikum, apa yang boleh kami bantu?" indah bicara si penjaga kaunter tu. Senyuman indah terukir di bibir.
"Cikgu ini rasanya" monolog Hairul.
"ehh Kak Faridah. Ingatkan siapa tadi! Oh ni lah anak kak Faridah ye?" katanya bila terlihat kelibat ibu Hairul yang baru sahaja duduk berhampiran dengannya.
"Haah, ni lah anak akak, Hairul namanya.Hairul,ini kawan mak, Cikgu Ameera namanya." kata ibunya. Memperkenalkannya.
"betullah ni cikgu" akhirnya tanda tanyanya terjawab.
Mereka bergurau senda, seperti adik-beradik. Tersenyum kecil Hairul dibuatnya.
"hmm,baiklah Hairul, Hairul ambil boring ini dan isi ye, pukul 9 pagi selepas ini, akan ada ujian Bahasa Arab untuk tentukan kedudukan kelas,ok" katanya. Senyuman tidak pernah lekang daripada bibir Cikgu Ameera. Pasti dapat mewujudkan ketenangan bagi mereka yang menatapnya.
"baiklah cikgu, terima kasih" kataku sambil berlalu pergi daripada kaunter itu.
Tepat pukul 8.50, Hairul telah berada di tempat peperiksaannya. Risaunya bukan kepalang. Mana tidaknya, sudah lama dia tinggalkan bahasa tertua di dunia itu.
"adehh,macam mana nih nak jawab.takpelah.salah aku sendiri tak revise semalam" keluh Hairul.
Dalam keresahannya, tiba-tiba dia terpandang dua orang lelaki berjalan bersama-sama.
"eh macam kenal je raut wajah tu" matanya cuba dibesarkan , sangkanya boleh focus macam binocular,tidak pun seperti kamera DSLR.
Semakin lama semakin mereka menghampiri Hairul yang sedang berdiri di hadapan kelas 1 Ali. Kelas tempatnya peperiksaan Bahasa Arab.
"ehh laaa. Aku ingatkan siapa tadi, rupanya korang!" kata Hairul, kedengaran sedikit kegembiraan terserlah. Baginya,akhirnya adalah juga kenalan yang boleh berbicara. Al-maklumlah,Hairul seorang yang pemalu, malu untuk memulakan sesebuah perbualan dengan orang yang tidak dikenalinya. Namun bila sudah kenal, peramahnya bukan main.
"Hassan, Ammar. Korang exam dekat mana?" tanya Hairul sambil melihat jam tangan Orient pemberian ayahnya. Hassan dan Ammar, masing-masing merupakan rakan sekolah lama, malahan rakan sekelas selama 5 tahun. Rapat benar mereka bertiga bersahabat. Dahulu, sewaktu mereka bersekolah rendah, masing-masing ada buku komik sendiri (buku latihan yang berharga RM0.60 yang dijadikan komik). Kadang-kadang mereka bertukar-tukar buku untuk lukiskan jalan cerita baru. Seronok dirasa Hairul bila berjumpa kembali dengan rakan baiknya.
"kitorang exam dekat kelas 1 Ali,kau dekat mana Hairul?" kata Ammar. Mukanya masih putih,putih seperti yang dia kenal dulu.
"ohhh! Samalah! Aku pun sama! Dekat kelas ini" kataku sambil memandang ke kelas itu, seumpama menunjukkan arah kepada mereka berdua.
Akhirnya peperiksaan tamat,dan keputusan keluar.
Alangkah terkejutnya Hairul bila mendapati dirinya dan Ammar berada di kelas kedua,yaitu kelas 1 Ali,namun tidak bagi Hassan. Hassan ditempatkan di kelas yang ke-4 yaitu kelas 1 Umar. Kelas Ali sahajalah kelas berorientasikan perdagangan dalam matapelajaran Kemahiran Hidup, manakala empat kelas yang lain, Hamzah , Umar , Osman dan Abu Bakar berkonsepkan pertanian. Itulah istimewanya kelas Ali pada tahun itu.
Maka bermulalah perjalanannya sebagai seorang pelajar tingkatan 1 di sekolah itu. Dia tidak tahu, berbagai pengalaman yang bakal ditimbanya di sana.
Sepanjang Orientasi Pelajar Tingkatan 1, Hairul dan rakan-rakannya menerima pengukuhan kembali akan selama ini apa yang telah mereka belajar. Seperti kaedah solat yang betul, kaedah bertayamum dan kaedah mengambil wudu'. Mungkin kelihatan terlalu remeh dan sepatutnya bukan yang itu mereka patut belajar, kerana itu seperti terlalu basic. Namun yang basic itulah yang selalu kita terlepas pandang.
Mujurlah sepanjang minggu orientasi itu, Hairul tidak tinggal di asrama. Kerana andainya dia menetap di asrama, pasti dia akan menerima 'ragging' daripada abang-abang senior seperti yang diceritakan kawan-kawannya di kelas.
"korang perasan tak malam tadi,OBH (Operasi Burung Hantu),kita kena siram dengan air longkang." Kata Hasni.
"yeke?mana kau tahu?bukan ke mata kita kena tutup" provoke Nasri. Sengaja menimbulkan tanda tanya kepada Hasni.
"betullah! Kau tak perasan ke bau air tu busuk! Abes barang amanah aku!" marah Syamsul,yang juga merupakan ketua kelas Ali. Barang amanah mereka sepanjang minggu orientasi tu adalah biskut coklat Merrie. Setiap masa perlu ada bersama, sudahlah biskut tu rapuh. Masakan tidak rosak. Memang menguji sikap ketanggungjawaban mereka yang masih lagi berusia setahun jagung itu.
Dalam minggu itu, cerita itu sahaja yang berkumandang di kelas. Macam tiada channel lain. Baik puteri ataupun putera, sama sahaja bahan bualannya. Namun bagi Hairul, apa yang perlu dia kesahkan. Bukan dia yang kena. Jadi mengapa perlu dia terlibat sekali dengan "program" umpat-umpatan.
"ahh, ridiculous. Malas aku nak join. Baik aku tidur je" monolog Hairul berseorangan sambil melipatkan tangannya di atas meja,lalu dijatuhkan kepalanya di atas tangan. Terlelap sebentar.
vvvvvvvvvvvvvv
Sudah tiga bulan lamanya berlangsungnya persekolahan, namun Hairul terasa seperti kekosongan. Kosong. Seperti kekurangan. Tiada teman. Ya! Tiada teman! Berbeza sewaktu di sekolah rendah dahulu, Ammar dan Hassan sentiasa menjadi penemannya. Hairul antara rakan yang paling disayangi di sekolah dahulu. Pernah dahulu dia sampai ke sekolah, kawannya datang dan membukakan pintu dan lagi seorangnya tolong angkatkan beg. Huh? Bukannya Hairul ni anak orang kaya pun untuk dibuat sebegitu. Pernah jua Hairul diberikan GameBoy Advance sebagai hadiah. Hairul tidak pernah minta semua tu, tapi.. ye kan.. tapi kenapa ye? Soalan itu masih lagi tak terjawab. It will kept remains as a mysteries. Wallahua'lam. Siapa tahu,kan?
Rindu. Rindunya dia pada teman-teman.
Dalam kerinduan itu, tiba-tiba matanya terpandang tepat kepada seorang lelaki, putih kulitnya , agak berjerawat sedikit, bibirnya terjuir, namun bukan itu yang dinilai, tapi sikapnya! Ohh baiknya budi pekertinya, senantiasa menyediakan tangan kepada yang memerlukan. Kepada cikgu-cikgu. Buku-buku latihan pelajar pasti akan menjadi rebutannya untuk berbakti dengan menolong mengangkatnya ke bilik guru.
"siapa ya dia?adeh apa aku nih. Budak kelas sendiri pun tidak kenal!" dalam diam Hairul tertanya-tanya. Siapakah gerangannya yang telah menarik hatinya. Indah akhlaknya.
vvvvvvvvvvvvvvv
salam...
ReplyDeletemacam kenal je muslimin yang enta describe last2 tu... hehe
*menanti sambungannya..
waa'laikumussalam/ erk,hehehe.
ReplyDeleteHAHAHA.xpe2,inshaALLAH lepas ni ana sambung lagi.adehh.hehe -_-"