Metamorfosis kebaikan

Saturday, July 21, 2012

berkesempatan.man.fa.at.kan.

Assalamua'laikum dan Salam bulan penuh barokah!

Allahuakbar,
alhamdulillah wa syukurillah,
diri ini masih lagi diberi peluang untuk bernafas,
meni'mati sisa-sisa umur yang entah bila tarikh luputnya tammat.

Apatah lagi berganda-ganda kesyukurannya dipanjatkan buat-Nya,
kerna masih memilih diri ini ber'fiesta' dalam bulan penuh kerahmatan,
penghulu sekalian bulan,Ramdhan Kareem.

Sungguh,hati ini gementar menanti tibanya bulan tercinta.
dalam meniti saat demi saat,detik demi detik,
satu per satu jiwa-jiwa, Allah panggil pulang menemui-Nya.
kakiku menggeletar. air liur ditelan dalam-dalam.
hatiku berdebar-debar,
masih adakah Ramadhan buatku kali ini?

Sungguh, tidurku tidak selena semalam,
memeluk tubuh memikirkan mengenai pilihan Allah. Tapisan Agung-Nya.

Jauh aku merenung.
Aku masih punyai berdozen-dozen dosa,
apakah kukuh lagi kakiku berdiri untuk bertaubat pada-Nya?
Aku masih terlalu banyak ni'mat-Mu yang telah aku dustakan,
kapankah ada masa lagi untukku bersyukur atas segala kurniaan-Mu?

Aku selimuti wajahku,
cuba untuk lelapkan mata.
aahhhh kapan bisa!


maka berakhirnya harimu,tidakkah kamu
mengambil iktibar darinya?


*****


"As-solatut tarawikh rahimakumullah"

aku seperti terbangun daripada sebuah lamunan panjang,

tertunduk segala keangkuhanku,

"Ya Allah, terima kasih ya Allah, terima kasih kerana kau masih lagi
memilih jiwa ini untuk mengabdikan diri buat-Mu"

mataku berkaca.

aku memandang ke sekeliling,
melihat jiwa-jiwa yang bangun dengan penuh tawaddu',
wajah-wajah nan suci mengangkat takbir dengan khusyuk.

Allahurabbi,
sungguh jiwaku meruntun keharuan.
meremang hati jiwa ini melihatkan sang hamba mengangkat panji-panji "fastabiqul khairat",
agar setiap dari diri mereka tiada ketinggalan.
Masing-masing berlumba-lumba cuba untuk mempersembahkan persembahan
yang terbaik buat Sang Pencinta Agung.
Agar Sang Pencinta Agung menyaksikan jiwa mereka dengan
pandangan penuh kasih sayang dan rahmat.

agar jiwa-jiwa itu kelak akan bersama-sama meni'mati
kurniaan yang tiada tolok bandingnya!
Syurga! Jannah! Firdausi!

aku juga tidak mahu 'kalah'.


"Wahai orang-orang yang beriman! diwajibkan atas kamu berpuasa
sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa."
(Surah al-Baqarah 2:183)


Ayat yang sungguh biasa,
bilamana menjelang bulan ramadhan,
pasti telinga kita akan dibisik-bisik dengan ayat ini.
tidak kiralah dalam radiokah,televisyenkah, ataupun ceramah.

Wallahua'lam.
aku tiada berkemampuan untuk menafsir ayat ini,
atas kekurangan ilmuku dan keterbatasan fikiranku.

Namun,
Sungguhlah, sebagaimana yang dicoretkan oleh Sayyid Qutb,
menjelaskan bahawa frasa "yaa aiyyuhallazi na aamanu" itu
sebenarnya merupakan panggilan 'manja' Allah buat hamba-hamba-Nya.

"sayang.. jom makan,saya belanja"

pasti hati ini cair,kan?
cair dek panahan madah cinta.

Apatah lagi madah cinta firman daripada Pencinta Agung,kan?
pasti cair seumpama ais-krim cornetto dalam microwave.
cair-secair-cairnyaaa.
Hati ini jatuh cinta pasti tidak pada yang lain,hanya buat Allah,kan?

begitulah,
Sesungguhnya Allah kurniakan fardu puasa ini untuk kita,
manfaatnya buat kita, agar kita bertaqwa!

Agar kamu bertaqwa.
saya pun nak puasa!yeay!

mungkin acapkali telinga ini sudah tersumbat beku,
tiap jumaat ada sahaja kalimat 'taqwa' ini dilaung-laungkan.
ada apa?
tidak terasa tiada terkesan akan hati ini pada seruan itu.
mungkin tidak memahami akan apa sebenar-benarnya maksud taqwa,bukan?
.
.
.

Agar kamu bertaqwa.
.
.
.

Ramai sahaja berpuasa,
namun segelintir sahaja yang peroleh manfaat daripadanya.
raaaaamai yang sekadar cuma lapar dan dahaga.
tak best,kan?
berdoalah agar Allah bimbing hati kita ini kembali dekat pada-Nya.
phew,risau.
taknak Ramadhan kali ini tidak melahirkan apa-apa,
malah riiisaaaau sangat seandainya ramadhan kali ini,
tiada langsung meningkatnya jika dibandingkan dengan ramadhan-ramadhan
yang sebelumnya.
AllahuRabbi.

Aku agak tertarik dengan sebuah analogi daripada suntingan youtube.
-jazakallahu khair :)

Sungguh,kita diberikan sebuah lombong emas yang sangat besar!
tapi ramai yang membawa pulang darinya sekadar beberapa biji tembaga.
sedangkan masih berlambak lagi timbunan-timbunan emas di dalamnya.
tidak rasa rugi,kah?ataupun orang itu memang seorang yang 'kurang pandai'?
memang kurang bijak,kan?

makanya,
marilah kita ambil iktibar.
rugi-serugi-ruginya seandainya tidak dimanfaatkan segala kurniaan
umur kita di hari yang penuh barakah ini.

pahala berganda-ganda.
amalan solat sunat sama seperti pahala solat fardu.
amalan fardu digandakan 70 kali ganda.
dan banyak lagi! [klik]

namun,adakah iman kita hanya sekadar pada fadhilat,
ataupun memang ianya ikhlas semata-mata pengabdian diri kita
buat-Nya yang Esa? :D



Wallahua'lam.



jiwa yang penuh khilaf,
Enciknombor8,
Universiti Malaysia Sarawak,
sekarang di Bangi,bersama family terchenta.
alhamdulillah~


:: Jadilah hamba Rabbaniyyun, bukan sekadar hamba Ramadhaniyyun ::


p/s: jangan mudah berburuk sangka pada manusia,mungkin dianya tiada salah.
dan mungkin salah itu bukan pada dia,mungkin pada kita.
Mungkin pada aku? :D

No comments:

Post a Comment

kencang sikit!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...