Metamorfosis kebaikan

Friday, July 6, 2012

'Monster' waiting to be unleashed


ggrr... ngaummm!!


bersiap siagalah wahai ummat!
[credit]
bergegar seluruh pelusuk dunia
tatkala dengan ngauman itu.
Setiap makhluk yang mendengar,
bergetarlah hati-hati mereka.
kaki mereka menjadi kaku,
seumpama tertanam mendasar dek tanah.
Ada sebahagian yang cuba untuk lari,
Maka,larilah sekuat hati sekuat jiwa.
namun, tiada lain yang mereka peroleh melainkan lelah,
kerana akhirnya mereka sedar,
sudah tiada lagi tanah untuk mereka
menapak lari menyelamatkan diri.

Sedangkan di suatu sudut,
ada suatu kuasa yang sudah lama terpendam,
ingin menyerlahkan kekuatannya.

Matanya yang merah,
tajam memerhatikan keadaan,
kukunya yang berkilauan seumpama pedang para syuhada',
mencengkam sesiapa
sahaja yang cuba menghalangnya.
kepaknya yang bersisik keras,
bersiap sedia,
bila-bila masa sahaja
ianya akan mengembangkan sayapnya
untuk terbang ke daerah-daerah 'baru'.
bahang mulutnya,
bisa mencairkan sesiapa jua
yang mendengarnya.
ia adalah raksasa yang menggerunkan!
menggerunkan bagi si para penentang,
namun,penyelamat bagi mereka yang memerlukan!

aku tak mampu lihat,terlalu banyak gambar yang menyayat hati,
sekadar inilah selepas ditapis untuk tontonan umum. :'(





Sabarlah duhai sahabat-sahabatku seperjuangan seaqidah di sana,
telur si raksasa itu semakin merekah,
merekah dan merekah.
menanti masa sahaja untuk menetas.

rekahan pertama,


air mata mengalir bilamana Dr.Morshi
diumumkan sebagai presiden.
Allahuakbar![kredit]



dan pasti akan ada banyak lagi
"rekahan-rekahan" yang bakal menyusul.




inshaALLAH,
bila tiba masanya,
pertolongan Allah itu pasti akan tiba.
seandainya sejuta tangan yang cuba untuk menghalangnya,
nescaya bantuan Allah itu tetap akan hadir,
kerana janji Allah itu janji yang PASTI!
sungguhlah,Allah tidak pernah memungkiri janji-janji-Nya.

*****

"Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan."
(Surah An-Nasr 110:1)


teringat aku pada kata-kata naqibku,
"Sewaktu para sahabat diseksa oleh golongan musyrikin,
mereka sentiasa ditekan dan ditekan.
oleh kerana ketiadaan kemampuan untuk terus bertahan,
maka sahabat pun bertanya kepada Rasulullah;
"Ya Rasulullah,bilakah kan datangnya pertolongan Allah?"
maka Rasulullah menjawab;
"Sesungguhnya engkau adalah berada dalam golongan orang yang gopoh".
sedangkan yang bertanyakan itu adalah
para sahabat yang disiksa ketika itu,
disiat-siat kulitnya,
dibakar hidup-hidup,
sehinggakan badan yang terbakar itu,
menitis-nitiskan lemak dan memadamkan api yang membakarnya."

Allahuakbar..
Para sahabat yang berada dikeadaan itu,
minta bantuan Allah itupun dikatakan gopoh.
kita pula? berbezakan?
Allahuakbar,malunya.
jauh sekali.
"manja",enough kot untuk menggambarkan keadaan kita.
kerana kita tidak ditekan.
sehingga perkara furu' itulah menjadi topik sensasi 
untuk diperdebatkan dan diperjuangkan.
maaf.
mungkin kerana ketiadaan 'fitan',maka kita tidak cukup 'dibakar'.

Mengapa para sahabat masih tetap dalam
jentera ini,jentera da'wah?
sedangkan mereka tahu akan hakikat risiko yang
bakal mereka hadapi?
kerana apa?
kerana dunia?
tidak..
tapi kerana mereka merasai kemanisan dalam berda'wah,
kerana mereka tahu, siksa ini cumalah sementara
seandainya hendak dibandingkan
dengan nikmat syurga yang selamanya.
kerana mereka yakin, inilah jalan yang bisa mendekatkan
mereka dengan Tuhan mereka.

biarpun badan mereka luka seribu,
patah sejuta,
namun di dalamnya,
hati mereka,
cinta mereka,
tidak pernah berubah
hatta terluka sedikit pun.
kaki mereka tetap kukuh melangkah,
sehingga ke akhir hayat mereka

sungguh,
inilah cinta luar biasa!


"Sungguh, kami telah memberikan kepadamu kemenangan
yang nyata."
(Surah al-Fath 48:1)


Maka,
sungguh berbeza akan keadaan 
manusia yang masuk secara berbondong-bondong
ke dalam Islam,
tatkala Islam sudah kelihatan sudah
hampir mengecapi kemenangan.
kualiti iman yang mereka ada,
seandainya hendak dibandingkan dengan
kualiti golongan-golongan awwalun itu
jauh berbeza.
kerana mereka tidak melalui fasa mereka diuji.
sungguhlah,
iman itu tiada buktinya
melainkan diberikan ujian kepadanya.


"Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum
datang kepadamu (cobaan) seperti (yang dialami) orang-orang terdahulu 
sebelum kamu. Mereka ditimpakan kemelaratan, penderitaan dan 
digoncang (dengan berbagai cobaa), sehingga rasul dan orang-orang
yang beriman bersamanya berkata,"Kapankah datang pertolongan Allah?"
Ingatlah,sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat.
(Surah al-Baqarah 2:214)



jadi?
raksasa itu siapa?
raksasa itulah kita, masyarakat muslim.
kebangkitan kita kembali ke puncak kegemilangan,
amat digeruni oleh musuh-musuh islam,
tapi bangunnya kita,
maka akan terbelanya semua orang islam!

Maka peranan kitalah
dalam memastikan bahawa setiap daripada
anggota badan raksasa ini sempurna.
bagaimana?
tarbiyyah hati dan tarbiyyah jiwa.
bersamalah dalam deru da'wah ini,
menyebarkan kebaikan,
moga yang haq itu kembali tertegak.

wallahua'lam,
sungguh aku rindu akan cahaya mentari islam,
kembali membiaskan cahayanya,
menghasilkan pelangi indah buat 'mereka'
supaya tenang memandangnya.



Inche Nombor 8,
Universiti Malaysia Sarawak.

No comments:

Post a Comment

kencang sikit!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...