Metamorfosis kebaikan

Tuesday, July 3, 2012

Sungguhlah

Assalamua'laikum dan salam kecintaan,


suka bokeh.hee
Sungguhlah,
nilaian syurga itu sungguh tiada taranya.
Masakan mereka golongan umat terdahulu sanggup
mengorbankan jiwa raga mereka,
masa yang mereka punya,
harta yang sementara,
untuk dijadikan bukti cinta hakiki mereka buat si Ilahi.
kerana mereka sedar, dan yakin,
sungguhlah hidup ini sangat sementara,
tiada terbanding dek kehidupan dalam nikmat yang abadi,
Syurga Firdausi.
Biarpun diri mereka disiat-siat,
ditikam dan dihinakan,
namun kalimah 'Ahad' tetap kukuh merajai
kerajaan jiwa.
Tunduknya,sujudnya patuhnya cumalah pada yang Esa.
Langkahnya subur mewarnai bumi dengan keindahan kuntuman-kuntuman akhlak.
Membasahi jiwa-jiwa mereka yang gersang ketandusan daripada cinta-Nya.

Sungguhlah,
aku melihat jiwa-jiwa ini
mulai bangkit dan lahir dalam hati para pemuda.
budi bicaranya,
kata-katanya,
akhlak amalannya,
masing-masing berlumba-lumba ingin menyamai tahap para sahabat,
walaupun disedari,
ianya jauh,
sangat jauh seumpama langit dan bumi.



"Dan di antara manusia ada orang yang mengorbankan dirinya untuk
mencari keridaan Allah. Dan Allah Maha Penyantun kepada hamba-hamba-Nya."
(Surah al-Baqarah 2:207)

Allahuakbar,
hati mana yang tidak tersentuh,
melihat jiwa-jiwa suci yang bersama-sama 
dalam satu saf 'akidah ini berjuang berkorban,
demi mengintai redha Allah di atas jalan da'wah ini.

Subhanallah.

Aku lihat mereka disekelilingku,
bertungkus-lumus
memerah keringat untuk menyebarkan da'wah,
dan seruan kepada-Nya.
walaupun pelbagai mehnah dilalui,
tribulasi dalaman mahupun luaran,
namun tangan-tangan mereka tetap bergenggaman erat,
eratnya bukan kerana harta mahupun pangkat,
tapi kerana akidah.
kita bersama-sama beriman dengan iman yang satu.
maka tujuan kita juga satu,
Redha Allah.

Cuti yang ada,dimanfaatkan untuk 'adik-adik'.
habis burn tiket flight.
di hati,risau sungguh seandainya balik
dan tinggalkan adik-adik
dalam keadaan adik-adik
masih belum diberikan cinta.

Subhanallah.

Duit yang ada,dibelanjakan diinfaqkan
untuk mad'u.
sehingga dompet&ATM kering,
"tak pelah, meggi ada lagi kat bilik tu"

Subhanallah.

Study week.
orang lain semua sibuk belajar,tapi jiwa-jiwa
ini semuanya sibuk turun ke medan.
sungguhlah,
aku terpana melihat kesungguhan mereka.



" Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah,
nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu." 
(Surah Muhammad 47:7)

dahulunya, ayat 47:7 ini sungguh lancar dibicarakan dibibir.
namun bila sebenar-benar bergerak,dan berkorban,
ayat inilah menjadi pasak dalam hati.
menjadi basis dalam perjuangan dan
keyakinan kepada Allah.
Sungguhlah,
soalan exam dijawab,alhamdulillah,lancar.inshaALLAH.

Subhanallah.

Apa yang cuba untuk persembahkan buat-Nya,
cumalah setitik daripada luasnya lautan.
jauh sekali untuk ditukarkan buat Syurga tertinggi.
cukup bersyukur seandainya jasad-jasad ini dilihat oleh-Nya dengan
pandangan kasih sayang dan rahmat-Mu ya Allah.
Allahuakbar..

D.A.P.O













Riadhah








Rehlah


Moga agama Allah ini akan terus berkembang!

1 comment:

  1. smoga Allah permudahkan urusan dalam membantu agamaNya dan dalam menguruskan khidupan sebagai seorang pelajar.. :)

    ReplyDelete

kencang sikit!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...