“Assalamua’laikum,nama saya Hairul,boleh kita berkenalan?” bicara Hairul. Memang bukan resmi dia memulakan perbualan dengan orang yang dia tidak kenal, namun kecintaannya kepada akhlak pemuda tersebut menjadi assebab untuk dia memberanikan diri.
“Waa’laikummussalam warahmatullah. Ohh sudah tentu boleh. Nama aku Iyyad. Iyyad Zahiruddin bin Ismail. Tak payahlah ber’saya-saya-awak-awak’ ni. Kitakan lelaki.” Katanya sambil tersenyum. Bibirnya yang tebal menambah lagi kemanisan dalam resepi senyumannya. Walaupun suaranya agak garau, namun ia amat sesuai dengan personalitinya. Badannya sedikit gempal. Sengaja dia menghindarkan diri daripada keformalitian, mungkin dia tahu, persahabatan itu tidak akan indah seandainya rigid dengan suasana yang skema. Susah nanti nak masuk agaknya.
“uhh. Iyyad Zahiruddin? Indahnya nama!” monolog Hairul. Iyyad dalam bahasa Arab membawa maksud sokongan atau kekuatan, dan Zahiruddin pula bermaksud pejuang agama. Jika digabungkan, maka jadilah ‘kekuatan pejuang agama’. Subhanallah. Doa Hairul moga-moga Allah zahirkan namanya pada amalannya.
“hmm,kau duduk mana ya? Maksud aku tinggal di mana?” Iyyad menyambung kembali bicara. Peramah orangnya. Pandai dia bergaul dengan orang.
“aku tinggal di Bangi. Engkau?” tanya Hairul.
“aku tinggal di Cheras. Dekat Batu 14. Alaa yang dekat dengan Sungai Congkak tu” Iyyad cuba memberi gambaran yang jelas kepada Hairul. Hairul dapat mengenalpasti, kerana Sungai Congkak tu memang port bagi Hairul sekeluarga berkelah dihujung minggu.
“ohh ok ok. Rasanya aku tahu.” Kata Hairul. Ringkas. Tabiat dia memang tidak berkata banyak.
Berkenalanlah mereka selama lebih kurang 15 minit. Tiba-tiba Iyyad memberi soalan yang tidak dijangkanya.
“Hairul. Kau main bola tak? Sekarang ni abang-abang senior buat liga bola Form 1. Kitorang kekurangan pemainlah. Joinlah petang-petang” soal Iyyad. Matanya bersinar-sinar seperti menanti sebuah harapan.
“erm, bolehlah. inshaALLAH aku join” jawab Hairul ragu-ragu. Bukan dia tidak mahu join, tapi sebenarnya Hairul kaki bangku. Tidak reti bermain bola sepak. Mana tidaknya, di sekolah rendah dahulu mana ada padang. Tempat parking guru adalah! Tapi Hairul melihat disudut lain, mungkin inilah masanya untuk dia berkenalan dengan lebih rapat, bukan sahaja dengan Iyyad, malahan dengan seluruh ahli kelas.
vvvvvvvvvvvvvvv
“priitttttttttt” panjang wisel ditiup oleh Abang Fadil, merangkap pengadil perlawanan memulakan pertandingan. Perlawanan antara kelas 1 Ali dengan 1 Umar.
Hairul yang diletakkan diposisi striker rasa gementar dan risau. Risau takut-takut dia akan mengecewakan pasukannya, dan risau juga menjadi bahan ejekkan.
“Iyyad!! Pass bola dekat aku!!” jerit Fauzan. Bola sampai di kaki Fauzan, kepalanya didongakkan, mencari rakan pasukannya yang bebas daripada jagaan defender untuk dipass . ke kanan ke kiri matanya meliar, tercari-cari. Akhirnya dia terlihat Hairul seperti kosong, dan dilambungkan segara kepadanya.
“ahh! Kenapa kau passing dekat aku!” keluh resah Hairul dibuatnya.
Namun apa yang berlaku adalah sebaliknya, tidak seperti apa yang Hairul sangkakan. Tiba-tiba kakinya seperti patuh dengan arahannya. Dia mampu menggelecek dan mampu berlari pantas. Ya! Berlari pantas! Tidak tersangka. Di sekolah dahulu, bila ada sukan tahunan, dirinya bukanlah berada dalam top list sebagai pelari pecut rumah , apatah lagi untuk acara larian panjang. Dia terlalu sibuk dengan ‘kehidupan’ caturnya, sehingga lupa untuk beriadah ke luar.
Seorang demi seorang Hairul gelecek, sehinggalah dia betul-betul berada di depan gol.
“erm,mampu ke aku skor ni?” dalam cungapan Hairul berfikir.
Dilepaskannya satu rembatan, yang nak dikatakan laju, tidak laju pun, kencang pun tidak tapi tepat ke arah gawang gol.
“prittttttttttttt. Gol!” wisel ditiup. Gooooooooooolllllll! Hairul sendiri tergamam. Tergamam dengan kemampuannya yang dia sendiri tidak terfikir.
Berlari-larianlah rakan sepasukannya kepadanya dan memeluknya. Bau peluh menhiasi sambutan mereka. Tapi apa hendak Hairul kesah, malah dia bersyukur. Dia tidak sangka dia punyai kelebihan dalam permainan yang berbentuk fizikal.
“hebatlah kau Rul!” tepuk Zamil di bahunya.
“Alhamdulillah,eh tidak ada apa-apalah. Rezeki Allah” membalasnya dengan senyuman. Merendah diri dengan nikmat Allah.
Hari demi hari, satu demi satu pasukan yang ditumpaskan. Banyak kejayaan pasukannya dibantu oleh Hairul. Dia seumpama playmaker dalam kumpulannya. Akhirnya pasukannya dinobatkan sebagai johan liga. Gembira sakan mereka meraikan kejayaan mereka bersama dihari itu. Hadiah hamper dijamu bersama-sama. Semakin erat hubungan yang terjalin. Hairul juga makin mengenali kawan-kawannya, bukan sahaja sekelas , malah semuanya. Bahkan, assabiah antara antara pelajar luar dan pelajar dalam (asrama) dilihat semakin pudar.
Peluh di mukanya dikesatkan. “Alhamdulillah,bersyukur. Bersyukur, setelah berpenat lelah, akhirnya Allah kurniakan kita kejayaan. Tahniah buat korang semua.”
“Alhamdulillah, jika tidak kerana kau, Rul, kita tidak akan menang” celah Fauzan.
“betul tu. Kau star doh!” ujar Siddiq. Minuman berkarbonat di tangannya kembali diteguk.
“ehh,jangan kata begitu. Bukan aku, bukan aku. Tapi kita bersama berjuang dalam padang tadi,kan. Bukan aku seorang. Tapi kita bersama. Team work. Malahan, kejayaan itu adalah hak milik kekal Allah, semuanya daripada Allah, masakan aku yang lemah ini bisa menjadi sebab untuk kejayaan? Sebenarnya Allah yang kurniakan kejayaan kepada kita atas usaha kita. Bersyukurlah ye kawan-kawan. Siapa bersyukur, Allah pasti akan menambahi lagi nikmat-nikmatnya.” Kata Hairul. Cuba membetulkan persepsi kawan-kawannya dilihat seperti ada kekeliruan sedikit. Firman Allah dalam surah Ibrahim ayat 7 benar-benar subur dalam hatinya.
“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu memaklumkan , “sesungguhnya jika kamu bersyukur , niscaya Aku akan menambah (nikmat) kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka pasti azab-Ku sangat berat”
(Surah Ibrahim 14 :7 )
Seluruh pasukannya tersenyum. Tersenyum sambil mulut mereka terkumat-kamit memuji Allah.
“Alhamdulillah.” Monolog Hairul kesyukuran.
vvvvvvvvvvvvvvvv
“bangun semua. Assalamua’laikum cikgu” Rahman selaku ketua kelas member hormat apabila cikgu melangkah masuk ke kelas.
“Assalamua’laikum cikgu” suasana yang tadinya senyap kini bergema dengan suara 38 orang pelajar memberi salam.
“Waa’laikummussalam waramatullah.” Jawab Cikgu Asma. Cikgu Asma merupakan guru yang mengajarkan matapelajaran Sejarah. Kedua-dua belah tangan diangkat, menadah doa.
“baiklah, Iyyad, kamu baca doa” ujar Cikgu Asma. Lembut suaranya.
“Bismillahirrahmanirrahim. Rabbishrahlana sudurana wa yasirlana umurana, wafluh u’datammillisani yafqahu qauli. Amin” lancar bacaannya. Tiada sangkut-sangkut. Mikhraj hurujnya juga sedap didengar. Jelas.
“aminn. Bagus bacaan kamu ye Iyyad. Tapi seandainya ingin menambah lagi kecantikkan doa tu, tambahlah puji-pujian dan kesyukuran kepada Allah dan Rasulullah di depannya ye. Kita ingin meminta sesuatu daripada-Nya, namun kita tidak memuji-Nya, gelojoh,kan?” tegur Cikgu Asma. Hairul berasa kagum, kerana Cikgu Asma bukanlah guru matapelajaran Agama Islam, namun dia mampu menyampaikan sesuatu yang bermanfaat daripada kefahamannya.
“Subhanallah, hebat-hebat guru di Maahad ni.” Kagum Hairul dengan tegurannya.
Bagi Hairul, teguran dan kritikan itu adalah rezeqi daripada Allah. Itulah tandanya masih ada yang sayang pada kita. Teguran ni seumpama ular yang menjalar di bawah kaki kita sewaktu kita sedang duduk. Kita tidak perasan ,namun pihak lain yang perasan tegur kita dengan bahasa yang tidak elok.”Weh bodoh,dekat kaki kau ada ularlah! Lari lah bodoh!” kata si penegur. Dalam masa yang sama di tangan kita ada kayu. Biasanya kita akan pukul siapa? Pukul si penegur,kan? Bukan ular. Makanya ular pun patuk. Begitulah umpamanya. Seandainya kita tidak mahu belajar menerima teguran , sampai bila kita ingin terus merasa diri kita hebat dan betul? Bagi siapa yang bijak menerima teguran dan kritikan, dia adalah orang yang maju. Seumpama cermin, sentiasa dilihat untuk melihat seandainya ada kekotoran atau tidak di muka. Seandainya tiada cermin , muka akan terus kotor. Teringat Hairul kepada kata-kata Sheikh Jumáh Amin Abdul Aziz, dalam bukunya “Fiqih Da’wah”. Ringkas,tapi penuh makna
Kepada orang yang mengajari kita,
“Kenalilah Tuhanmu, perbaiki dirimu, ajaklah orang lain, dan dirikanlah daulah
Islam di hatimu, nescaya ia akan tertegak di bumimu”
“Baiklah murid-murid, hari ini kita belajar Bab 2, tentang zaman Paleolitik. Buka muka surat 24 ye” kata Cikgu Asma.
gambar hiasan
Satu jam berlalu. Mata pelajaran Sejarah ini penuh dengan fakta. Banyak pelajar yang dilihat terhuyung hayang kemengantukkan. Hairul juga begitu. Kelopak matanya seumpama ada beban, asyik-asyik saja tertutup. Ada juga yang sudah syahid, terutamanya budak-budak asrama. Entah mengapa, agaknya selalu stay up belajar , tidak pun berqiamulail rasanya. Namun tidak bagi Iyyad, Iyyad kelihatan begitu bersemangat. Tangannya laju menulis nota-nota penting. Sesekali soalan diajukan kepada kelas, pasti Iyyad yang akan terlebih dahulu mengangkatkan tangan untuk menjawabnya walaupun dia sendiri tidak tahu akan hakikat jawapan yang sebenarnya. Hairul dibuai asyik memerhatikan gelagat kawan barunya.
“Kringgggggggggggggggggggg” bising bunyi loceng. Satu bunyi yang entah berapa harkat entah, namun mampu mencerahkan mata-mata yang mengantuk. Mengejutkan yang tidur menjadi segar. Memberhentikan tangan yang sedang menulis. Menutup buku yang terbuka dirinya. Dan yang paling disukai para pelajar, mampu menutup mulut cikgu yang sedang mengajar.
Cikgu Asma melihat jam dinding quartz yang berada betul-betul di atas kepalanya.”Baiklah murid-murid,jam sudah menunjukkan pukul 10. Kamu boleh berehat. Jangan lupa nota ye. Jumaat ini saya akan check.”
“Bangun semuaaa”. Lantang suara Rahman. Bunyi kerusi bergesel dengan lantai membisukan apa yang hendak disampaikan oleh Cikgu Asma.
“Terima kasih,cikgu.” Serentak seirama suara pelajar kelas 1 Ali.
Hairul melihat dari jauh sosok si Iyyad. Tenang sahaja dirinya. Tidak seperti pelajar-pelajar lain, berlari-lari keluar daripada kelas. Hairul cuba untuk mendekati Iyyad. Atau lebih specific, mendekati hati Iyyad.
“Assalamua’laikum Iyyad,jom kita rehat sama-sama.” Ujar Hairul dengan lemah lembut. Senyuman semanis-manisnya dilontarkan kepada Iyyad.
“Waa’laikummussalam warahmatullahiwabarakatuh” jawab Iyyad penuh.
“jom,tapi kita pegi masjid dulu nak? Kita solat dhuha dulu jom” katanya lagi. Manis juga senyuman Iyyad, semanis kurma.
Dalam hati Hairul, terdetik perasaan hormat dan kagum kepadanya.
“SubhanALLAH,hebatnya peribadimu wahai Iyyad. Ingin aku untuk mengenalimu lagi!”
.
.
Usai solat dhuha, Hairul mengambil peluang untuk beristighfar. Dilihatnya Iyyad sedang membaca al-Qur’an. Ditunggunya 5 minit untuk Iyyad menghabiskan pembacaannya. 5 minit berlalu, namun Iyyad masih membaca al-Qur’an. Ditunggunya lagi 5 minit,pun sama jua. Hairul melihat jamnya. “alamak,lagi 15 minit je tinggal untuk rehat.” Resah Hairul. Risau tidak dapat menjamah nasi lemak kegemarannya di kantin.
“erm,asif menggangu,kau taknak keluar rehat ke Iyyad?jomlah rehat,tinggal 15 minit je nih.karang lambat,tak sempat aku nak makan nasi lemak kantin.” Kata Hairul member cadangan.
“ohh laa. Kau tunggu aku ke?asif asif asif jiddan. Aku tak pergi kantin hari ni. Hari ini kan Isnin, aku puasa sunat.asif sangat sangat.” Rasa bersalah kelihatan jelas diriak wajah Iyyad.
“ohh. Aku tak tahu. Salah aku juga,kan yang tidak bertanya.ok lah Iyyad. Aku pergi kantin kejap. Assalamua’laikum.” ujar
“waa’laikummussalam. Erm Hairul,aku minta maaf sangat sangat tau.” Masih lagi jelas muka bersalahnya.
“ehh tidak ada apa-apalah! Hish kau ni. Janganlah kau risau. Bukan salah pun. Tapi salah jugak sebab kau tak ajak aku sekali berpuasa.hehe” kedua-duanya tersenyum.
Hairul berlalu dengan wajah gembira. Kerana dia terasa makin dekat dengan Iyyad. Iyelah, siapa yang tidak mahu berkawan dengan penjual minyak wangi,kan? Kagum sungguh Hairul dengan keperibadiannya. Baiknya akhlaknya tidak terzahir dengan kata-katanya yang membesarkannya. Tapi terzahirnya melalui akhlaknya, biarpun rahsia, namun itulah adilnya Allah. Amalannya bukan kerana berkepentingan di hadapan manusia, namun berkepentingan di hadapan Allah. Subhanallah.
vvvvvvvvvvvv
No comments:
Post a Comment