Metamorfosis kebaikan

Friday, December 2, 2011

aku ada lembu,kau ada?

Assalamua'laikum dan salam mahabbah.

:: Spot the differences ::



  • aku ada lembu,kau orang ada?
  • aku memelihara lembu,kau orang ada?

.
.
.
.
.

dah jumpa dah?
hehe pastinya orang-orang hebat semacam korang semua
dapat mendetect perbezaannya.

apa bezanya the words 'ada' dan 'memelihara'?
okaylah,aku bagi analogi yang mudah.
contohnya lah kan,
Pak Mat ada lembu, tapi 'cuma' ada,
tidak menjaganya, tidak memberinya makan,
tak berinya minum,tak mandikan
apatah lagi tak bersihkan tahi-tahinya yang bersepah-sepah.
abes lembunya, andai tak mati, hidup pun tak dapat
nak memberi manfaat pada manusia umumnya.
itu adalah 'ada'.

contoh yang kedua;
Pak Tam ada lembu,
setiap hari dia menjaganya,memberinya makan,
memberinya minum,mandikan si lembu,
apatah lagi membersihkan tahi-tahinya yang bersepah-sepah.
gemuk lembunya boleh bermanfaat pada manusia umumnya.
itu adalah 'memelihara'.



"Dan barangsiapa yang berkehendaki kehidupan akhirat dan
berusaha ke arah itu dengan bersungguh-sungguh, sedangkan dia 
beriman, maka mereka itulah orang yang usahanya dibalas dengan baik"
(Surah Al-Isra' 17 : 19)

begitulah iman kita (tak bermaksud untuk aku menyamakan lembu dengan iman,cuma analogi)
Ramai manusia yang mengaku bahawa dirinya beriman,
namun jauh sekali untuk menzahirkannya dalam perbuatan.
Ramai manusia yang mendakwa islam agamanya,
tapi pernahkan dia mengamalkan segala suruhan-Nya?

"walaupun aku pakai seksi-seksi,tapi dalam hati ni ada baik tahu tak?"
uh?apakah?
sedangkan iman itu akan mempengaruhi penampilan,
akhlak, kata-kata dan seri segalanya.

Seperti kata Muáz bin Jabal r.a ketika mengingatkan sahabatnya,
"Duduklah bersama kami, kita beriman sejenak"
sedangkan sahabat yang hebat imannya pun katakan sebegitu,
kita?

"Duduklah bersama kami, kita tengok movie/bola/manchester united/korea /gossiping sejenak"

uhhh. jauh,kan perbezaannya?
hatta malu sekali untuk kita mula mengungkapkan kata bicara
yang membesarkan Allah.
terasa macam ketinggalan zaman,tak up-to-date dengan
trend zaman sekarang.

jadi macammana untuk kita memelihara iman kita?
gilaplah hati dengan amalan-amalan mahmudah.
perbanyakkan membaca Al-Qurán.
dan menyeru manusia ke arah kebaikan =)


janganlah malu mengibarkan 'panji kebenaran'.
sedangkan mereka si jahiliyyah megah menunjukkan kejahiliyyahan mereka?
sepatutnya kita perlu merasa izzah sebab kita berada
di atas
JALAN ALLAH.
jalan yang telah dijanji-Nya syurga.
jadi,
kamu adalah orang yang sangat special!
ya,kamulah.
kamulah yang akan memikulnya!
kamukan sebaik-baik ummah =)



"Kamu (umat Islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia,
(karena kamu) menyuruh (berbuat) yang makruf, dan mencegah dari yang 
mungkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya ahli kitab beriman, 
tentulah itu lebih baik bagi mereka. Di antara mereka ada yang beriman, 
namun kebanyakkan mereka adalah orang-orang yang fasik.
(Surah Ali 'Imran 3 : 110)


kamu memikul
MISI MENYELAMATKAN MANUSIA.





"Dan orang yang membawa kebenaran (Muhammad) dan orang
yang membenarkannya, mereka itulah orang yang bertaqwa."
(Surah Az-Zumar 39 : 33)



kamulah akan menyelamatkan manusia daripada mensyirikkan Allah kepada mentauhidkan-Nya.
Kamulah akan menyelamatkan manusia ke arah perlaksanaan ibadah yang shohih.
dan kamu jualah yang akan menyelamatkan manusia daripada akhlak jahiliyyah kepada akhlak nan mulia.

buat sahaja. heee =)
muntij tak muntij itu adalah hak Allah.

Duhai ikhwah dan akhwat yang amatku cintai sekalian,
biarpun usaha yang dikau bawa,
seumpama engkau menolak dinding,
tiadanya bergerak , tiadanya hasil.
namun yakinlah dan percayalah.
bahawa Allah pasti membantumu.
hasilnya bukan sekarang,
namun pasti dan pasti disuatu hari akan datang.
bukanlah hak kita untuk mendapatkan kecintaan daripada orang yang kita cintai,
kerna Allah sahaja yang bisa menjentik hati-hati mereka.
sabarlah duhai sahabat seperjuanganku.
janganlah risau, janganlah sedih.
seandainya mereka lari meninggalkanmu,
pasti Allah akan menggantikannya dengan pejuang yang lain.



p/s : ingatkan nak tulis tntg hijrah dengan armada hijrah Rasulullah,tapi bykla plak input yg perlu diisi.huhuhu.ringan-ringan dan bertahap-tahap.he he.banyak actually dalam post ni aku padam,sbb macam .... erm datang usrah dulu! hehe. umumnya utk korang semua,khasnya utk aku. =)
seandainya ada yg xpaham,jgnlah segan2 nak kumen ataupun PM my fb.

No comments:

Post a Comment

kencang sikit!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...