Metamorfosis kebaikan

Sunday, December 25, 2011

Ketika EHEM&EHEM Bertasbih

Assalamua'laikum dan salam kerinduan,

Bunga bunga bunga bunga bunga bunga
Bunga bunga bunga bunga bunga bunga
Bunga bunga bunga bunga bunga bunga
ada bunga biru,ada bunga oren,ada bunga ungu.
Bunga bunga bunga bunga bunga bunga
Bunga bunga bunga bunga bunga bunga
Bunga bunga bunga bunga bunga bunga
....... erk?








Amboih kau Fath, kebenda kau merepek merapu meraban ni?
dah buang tebiat?
hehe.takdelah~

InshaALLAH today aku ada cerita besh!
bukan nak cerita tentang bunga kemengarut apa ntah tadi,
bukan jua cerita ada orang nak ludah mahasiswa,
pun bukan jua cerita perkahwinan gay berbangsa melayu di Ireland,
tidak juga video "I've been proposed"
apelah nak jadi dengan dunia sekarang ni...
tapi..
cerita tentang Temasya Pesta bergembira!
yeah yeah! Awshem,kan?
Hooyeeah!


"Apa yang ada di langit dan di bumi bertasbih kepada Allah. Dialah Yang Maha Perkasa, Maha Bijaksana."
(Surah Al-Hadid 57 : 1)

cuba antum bayangkan,
segala apa yang ada di langit, dan segala apa yang ada bumi,
baik di dalam atau dipermukaannya,
semuanya bertasbih memuji Allah subhanallahu taála.
tidak kiralah, benda hidup ke, mati ke ,
lori, bas, kerengge, kucing yang kiut miut, hamster yang montel,
hatta laptop,mouse yang sedang antum gunakan sekarang ni pun,
keselurahannya membisik bertasbih memuji-Nya.
Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar!

cuba kita bersama-sama selami perasaan itu..

bertasbih ini seumpama air,yang di dalamnya ada ketam
dan di permukaan air itulah nilai tasbih kita.
analogi ini bermaksud, kita melihat sesuatu ciptaan Allah (e.g Ketam.hehe nak makan masakan mak!)
dan kagum dengan ciptaan-Nya, maka kita bertasbih
memuji-Nya melebihi ketam tadi dan segala apa yang terkandung di dalamnya,
kerana kita meletakkan pujian kita bukan pada ketam itu,
tapi di tingkat yang teratas,
Yakni memuji si Maha Pencipta!
Subhanallah Maha Suci Engkau ya Allah,Pencipta sekalian A'lam!
Tiada sekutu bagi-Mu,Ya Allah..

:: Ramai yang melihat mahakarya cipta,tapi sering melupakan Maha Pencipta ::

Jadi, apa kaitannya dengan temasya pesta yang mula-mula aku cakap tadi?
Inilah Temasyanya.
Inilah Pestanya duhai sahabatku.
Pesta Temasya memuji Ilahi.*wink wink* =)


"Bang Fath yang comel, abes tu, pesta-pesta macam JomHeboh tu,
pesta Konvo yang penuh dengan kejahiliyyahan tu macammana?ada beza,kah dengan
'pesta' kita ni?"




Oklah, aku bagi contohlah.
Contohlah kan, JomHeboh sedang berlangsung.
Pulak tu tengah ada konsert, memang haruk pikuk la.
dengan manusianya yang tidak balut tutup aurat,
bercouple berpimpinan tangan,
ada yang mengambil minuman yang mengkhayalkan.
Tengah syok-syok dalam keadaan 'maksiat',
tiba-tiba datangnya seorang hamba Allah,
berjubah putih,berserban,berjanggut,memegang tasbih,
dan di tengah manusia yang ramai tu,
si dia bertasbih,bertasbih dan bertasbih memuji Allah tanpa
menghiraukan pandangan manusia lainnya.



Antum rasa apa pandangan manusia yang lain yang sedang berseronok duaronok beronok-ronok
kepada si hamba Allah tadi?

"Mestilah dipandang pelik,iyelah mana taknya,orang tengah berseronok,dia berzikir."

"Janggal kot.dan zalim,dia tidak meletakkan sesuatu ditempatnya.nak zikir-zikir pun,zikirlah
dekat masjid.haduyaii~"
hehe banyaklah kau

ehh adik-adik abang sayang..
bukan macamtu tau..
islam itu tidak pernah dibatasi tempat dan waktu..
sepatutnya mereka yang sedang asyik dalam kemungkaran
itulah yang patut dipandang Janggal,ganjal dan ginjal!

"ehh,kenapa pulak abang?kan dorang dalam pesta yang betul?"

'mungkin',tapi antum tahu tak sebenarnya
ada temasya yang BESAR,LEBIH BESAR daripada JomHeboh tadi
yang sedang berlangsung. Tahu?
Pesta JomHeboh hanyalah subset kepada
satu 'pesta' yang merangkumi segenap ruang penjuru dunia,
hatta yang dilangit pun sama.
Mereka seluruh alam bersama-sama bergembira dan berkasih sayang.
Jika nak dibandingkan bilangan yang hadir dalam pesta JomHeboh
dan 'Pesta' ini,jauh sangat kecil.
Tahu tak Temasya apa yang abang cuba maksudkan ini?

Itulah 'Temasya Ilahi'.
mereka si pemaksiatlah yang janggal kerana melakukan kemungkaran
di dalam pesta kita ini.
pesta di dalam 'Pesta'.
merekalah yang sepatutnya malu akan diri mereka sendiri.
Jadi sayangku sekalian,
kenapa kita perlu merasa pelik,janggal dan malu bila kita jadi 'islam' dan
mengamalkan keseluruhannya 'kandungannya'?


 "Dia memasukkan malam ke dalam siang dan memasukkan siang ke dalam malam. Dan Dia
Maha Mengetahui isi hati kamu."
(Surah al-Hadid 57 : 6)



"Belum tibakah waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk secara khusyuk
mengingati Allah dan mematuhi kebenaran yang telah diwahyukan(kepada mereka) dan
janganlah mereka (berlaku) seperti orang-orang yang telah menerima kitab sebelum itu,
kemudian mereka melalui masa yang panjang sehingga hati mereka menjadi keras.
Dan banyak di antara mereka menjadi orang yang fasik."
(Surah al-Hadid 57 : 16)


Allah Maha Mengetahui apa dalam hati kita.
buat sahaja,kan.*wink wink* hee
andai kita dikeji,dikutuk,dihina kerana cuba
mempraktikkan islam kita,
ketahuilah,
bahawa seluruh alam bersama-sama kita,
apatah lagi Allah,yang sentiasa ada buat hamba-Nya yang tercinta.
Tatkala mereka berkata,

"Eh,pesal kau pakai tudung labuh haa?tak panas ke?tak trendy langsung.
you are so last year.so pleistocene."

"ehh pakcik,kau tu pergi surau solat berjemaah,da'wah sana-sini.eleh,kau ingat diri kau
tu baik la sangat?oh pliezz." dan etc.

janganlah engkau jatuh,
janganlah engkau kecewa,
kerana sesungguhnya Allah melihatmu dengan pandangan penuh
kasih sayang.
Sedangkan mereka 'berbahagia' di dalam murka Allah.

Jalannya sudah terbentang buat kita,sahabatku sekalian.
Tinggal kita sahaja yang perlu mengeluarkan sedikit
tenaga untuk mengorak langkah melaluinya.
mudah-mudahan,Allah senantiasa thabatkan kita
dalam jalan ini,
dan mudah-mudahan kita dijauhkan
daripada jalan yang cikai,jalan murahan,jalan yang busuk.
yakni jalan orang-orang yang fasik..
Nauzubillahiminzalik.

"Setiap kali matahari terbenam, maka aku akan merasa menyesal kerana umurku
semakin berkurangan, sedangkan amalanku tidak bertambah."
(Ibnu Mas'ud)

.wallahua'lam.
:: Ketika seisi Langit & Bumi bertasbih ::



p/s: Study week.ngee.hehe.doakan kami di sini ya.Final Exam.maan najah buat semua.huhuhu~ <3


1 comment:

  1. tidak bermaksud utk aku mengatakan,bagi lelaki,utk menjadi baik perlulah memakai jubah,berjanggut panjang etc,itu cuma gambaran bagi suasana yang cukup kontra.kan seluruh makhluk bertasbih,t-shirt pun bertasbih juga.jadi apa salahnya memakai t-shirt 'islam' as long ianya menutup aurat,kan?hee.

    ReplyDelete

kencang sikit!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...