Assalamua'laikum dan Salam kecintaan sekalian A'lam.
quick post dikala mata berpinar baca General Genetics.
"Sasuke,kitakan sebaya,tapi macammana kau boleh sampai pangkat Jounin,
sedangkan aku ni masih lagi terangkak-rangkak nak habiskan Genin ni?"
tanya Naruto,curious.
"Boleh tak kau bagi tips macammana untuk aku cepat naik?" keinginannya menzahirkan persoalan sebegitu.
"Seandainya itulah tujuan kau dalam gerakan ini, untuk lihat gah, hebat, kuat (qowiyy) di hadapan
manusia, dan bukannya atas tujuan yang 'sebenar', aku boleh bagitahu kau, tapi dengan syarat..."
Sasuke mula membaca instinct hati Naruto.
"Apa syaratnya?! Aku sanggup asalkan aku cepat naik!"
kata Naruto,bersinar-sinar matanya.semangat.
"Aku boleh bagitahu kau, tapi dengan syarat, lepas ini kau jangan tegur aku,
jangan bercakap dengan aku."
bicara Sasuke sambil menundukkan wajahnya.kesal.
Naruto tersentak.sedar akan kesilapannya.
p/s: Inche murrabbiku yang comel sangat suka naruto!hehe.
*****
Ramai yang beranggapan,bahawa qowiyy itu berdasarkan dengan ilmu yang kita ada.
dah lama ikut tarbiyyah,dah banyak pergi daurah(siap banding-banding lagi dengan kawan-kawan yang lain),mukhayyam,buku usrah dah penuh
sampai 4-5 buku(hardcover pulak tu,bukan buku lebik 90ms),jaulah dan macam-macam
lagi.
TAPI.
APA GUNA ANDAI QOWWIYY DIFIKRAH,SEANDAINYA MASALAH
HATI SENDIRI MASIH TAK SELESAI LAGI?
masalah hati dengan Allah.
masalah hati dengan manusia.
masalah hati dengan alam.
masalah hati dengan diri sendiri.
sedangkan hatilah raja, mengadun sebagaimana terbentuknya fikrah.
seandainya hati diselaputi 'coklat hitam yang masam',
makanya fikrahnya dihasilkan nanti 'cirit-birit',
dan seandainya hati diselaputi 'coklat putih yang manis dan berkhasiat',
makanya fikrah yang dihasilkan,
manfaat buat dirinya, tubuh badannya jadi 'sihat' dan dapat digunakan
untuk 'menolong' sekalian manusia.
Apalah nilaian, seandainya segala ilmu agama yang kita ada, untuk dijual belikan
dengan 'nilaian murah' hakikat dunia?
sangat merugikan.tak cool langsung.
bakpenya nak dapatkan sanjungan manusia?
apalah sangat pangkat dan harta?
kau nak terkenal di dunia yang sementara ni ke,
ATAU TERKENAL DALAM KALANGAN MASYARAKAT 'LANGIT'?
"Dan Kami akan perlihatkan segala amal yang mereka kerjakan, lalu
Kami akan jadikan amal itu (bagai) debu yang berterbangan"
(Surah Al-Furqán 25 : 23)
Saidina Umar pernah berkata kepada Muádh bin Jabal yang sedang menangis;
"Kenapa engkau menangis?"
Muádh menjawab; "kerana ada hadith yang telah aku dengar dari Rasulullah
yang menyatakan bahawa; yasiirul riya' syirku"
(sedikit sahaya riya' itu adalah syirik)
Rasulullah menamakan riya' sejenis syirik yang paling halus sebagaimana sabdanya;
"Yang amat kutakuti atas kamu ialah syirik yang paling kecil(halus)",
apabila ditanya,Rasulullah menjawab "itulah riya'" awkama qol.
(riwayat Ahmad)
aku risau, ilmu kita yang tidak seberapa ini, apatah lagi pinjaman daripada Allah,
kita gunakan untuk dapatkan pandangan manusia,
sehingga si 'kurang berilmu' dipandang sangattt hina.
Sedangkan,seorang islam itu,seperti yang digariskan oleh
Shiekh Abdul Qadir Al-Jailani,
"Jika engkau bertemu dengan seseorang,maka yakini bahawa dia
lebih baik darimu.Ucapkan dalam hatimu;
"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku."
"jika bertemu dengan seseorang yang berilmu,maka ucapkanlah
di dalam hatimu;
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi,
mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai,
mengetahui apa yang tidak aku ketahui dan dia mengamalkan
ilmunya,tentu dia lebih baik dariku."
Setelkan hadith 1 habis-habis,
bukan sekadar pada akal, tapi biarlah terkesan dalam hati.
sebagaimana Al-Qurán diturunkan,
bukannya untuk dikaji.tapi difahami dengan hati nurani yang bersih.
kita yang kipas-susah-mati dalam jalan da'wah ni,
sepatutnya sedar,celikkan mata walaupun sepet sikit,
bahawa matlamat kita bukanlah nak jadi 'Jounin' mahupun 'Hokage',
tapi kita ingin mencapai satu hadaf tujuan yang lebih besar!
lebih marbeles,fabelus!
Mardhatillah!Selamatkan Ummah!Syurga!yeah yeah.
*wink wink* hee
P/s: buat apalah jadi Jounin,tapi amalan harian seperti Genin,kan?jeng.jeng.
"boleh kami penggal kepala mereka ya Rasulullah?"
p/s: geng-geng 'roundabout keimanan' sarawak je faham term 'penggal' ni kot rasanya.
kenalah ikut taujihat Ustaz Ali Fathullah.hehehe.
muhasabah untuk ana juga.(-_-")
"Pencinta dunia menangis,
kerana dunia yang hilang.
Perindu Akhirat menangis,
kerana dunia yang datang."
No comments:
Post a Comment