Assalamua'laikum dan Salam ukhuwwah teras kegemilangan.
erk.
*sigh* hehe
.
.
.
.
.
.
"saya risau,Palestina akan terus tersiksa daripada dulu sehingga sekarang,dan sehinggalah Qiamat, kerana tiadanya semangat jihad dalam hati para pemuda zaman sekarang."
lihatlah sendiri di kaca television antum semua,
pembunuhan berlaku setiap hari,
tanpa mengira usia,pangkat dan bangsa.
umat Islam di sana diseksa,
disekat keperluan makanan,
bekalan ubat-ubatan.
Sistem ekonomi yang seandainya dibandingkan
dengan negara kita, jauh 10 tahun kebelakang.
Anak-anak yatim piatu,
balu kehilangan isteri,
kehilangan sanak saudara,
kemusnahan harta benda,
adalah sesuatu perkara yang biasa.
dengan anak-anak batu digenggam di dalam tangan."
sepenuh jiwa raga mereka disalurkan di atas jalan Allah.
jalan yang amat mulia.
kerana jauh di dalam sudut hati mereka,
mereka percaya, dengan sebenar-benar kepercayaan,
bahawa inilah jalan mereka,
jalan juang mereka,
jalan yang mereka yakin,
SYURGA adalah pengakhiran buat mereka.
Syurga yang mempunyai 99 ni'mat seandainya dinisbahkan
dengan nilai 'ni'mat' dunia,seperti dalam hadtih Rasulullah;
"Allah menciptakan 100 rahmat, satu rahmat dibahagikan kepada seluruh
isi dunia ini, sedangkan 99 bahagian lagi dibahagikan di akhirat (iaitu di dalam Syurga)."
(Riwayat Muslim)
.
..
...
....
.....
kita?
dimanakah kita letakkan jiwa raga kita?
Di pentas maksiat?
Alangkah ruginya seandainya seluruh hidup kita,nyawa kita,
tiada apa yang ingin dimanfaatkan buat Islam.
Adakah golongan seperti ini yang kita harapkan untuk
memikul panji-panji Allah di atas muka bumi ini?
Nauzubillahiminzalik..
"Di masa ini, dunia Islam amat merindui pemuda-pemuda Islam yang gagah seperti
Musáb Bin Umair, Salahuddin Al-Ayyubi, Sultan Muhammad Al-Fateh untuk mengangkat
kembali kegemilangan Islam."
Tiada lain formulanya melainkan dengan menggunakan kembali
Manhaj Nubuwwah.
Da'wah dan Tarbiyyah.
(ish tak habes2 da'wah dan tarbiyyah mamat ni!)
kerana ianya penting, sangat penting,
kerana kita sudah mula melupakannya!
kita merasakan kita sudah berada ditahap yang selesa,
sedangkan tidak!
lihatlah sendiri sekeliling antum.
apa yang antum dapat lihat?
cuba lihat dan tafsir.
kerja kita masih banyak lagi duhai sayangku.
tanggungjawab kita melebihi masa yang kita ada.
ketahuilah duhai sayangku ikhwah dan akhwat sekalian,
Islam bukanlah untuk mereka si 'pemerhati'.
memerhati sambil menggoyangkan kaki.
tidak.
tidak sama sekali.
tapi Islam adalah untuk mereka yang merasakan izzah,
keindahan untuk bergerak menyampaikannya.
bergeraklah sahabat seperjuanganku.
rancanglah dengan hadaf dan bermatlamat.
jangan pecut tidak semena-mena.
karang enjin rosak,terkulai dah tak mampu berdiri kembali.
kita tidak mahu menjadi golongan mutasabiqun(golongan yang berciciran).
kenali kapasiti diri dan 'j'.
"berjogginglah seandainya tidak mampu pecut kerana tiada stamina"
Ayuh sebarkan cinta!
*wink wink*
kerana memang tabiat da'wah kita berasaskan mahabbah dan ukhuwwah.
sebarkanlah cinta seluas-luasnya,
agar sekalian ummat merasakan kemanisan cinta-Nya.
jaga hubungan kita dengan Allah.
kerana dari-Nya jualah Hidayah.
jauhi maksiat,kerna ianya akan menjadi hijab hatimu mengenal Allah.
Ana sedang bercakap dengan orang yang inginkan syurga,kan?
*wink wink* hee
janganlah kamu rasa rendah diri atas kapasiti dirimu,
walaupun antum kurang ilmu,kurang amal, banyak melakukan dosa.
janganlah ianya menjadi alasan buatmu menjauhi tugas mulia ini.
sampaikanlah walaupun sepotong ayat.
Kata Hasan al-Basri; "Aku ini tidak pernah lari daripada menasihati manusia(da'wah),
namun aku juga tidak lari daripada melakukan khilaf."
mudah-mudahan, apa yang kamu sampaikan,
ianya akan menjadi tarbiyyah buat hatimu,
untuk mengislah diri kita ke arah yang lebih baik.
inshaALLAH.
p/s: Palestin simbolik akidah
international student, pelajar daripada indonesia yang terserempak dengan aku masa
aku pakai mafla palestin ke kelas,semuanya bagi salam, hatta yang negro sekali.
nilaian iman, kerana mereka faham <3
okay sekarang sy dah tahu serba sedikit. thanks sbb post pasal ni. =)
ReplyDeleteeh?erm sama-sama.
ReplyDelete