Metamorfosis kebaikan

Saturday, November 26, 2011

Peluang untuk kali ke-2

Assalamua'laikum.
Salam pertemuan dan Salam Maal Hijrah 1433.

Mafhum sebuah hadith. :"Seandainya iman Abu Bakar ditimbang dengan imannya ummatku maka iman Abu Bakar akan lebih berat". Awkama qol.


Kenapa Saidina Abu Bakar digambarkan dengan sebegitu?
Kerana beliaulah sahabat Rasulullah yang paling rapat,
tatkala mendengar khabar berita bahawa Rasulullah di Isra' Mikraj kan,
beliaulah orang pertama yang mengiyakannya.
Beliaulah orang yang sanggup membiarkan tubuhnya digigit ular
kerana mempertahankan Rasulullah di dalam Gua Thur dalam peristiwa hijrah.
Dan Saidina Abu Bakar jualah yang sanggup menginfaqkan 
keseluruhan hartanya demi Jalan-Nya,
hanya Allah dan Rasulnya yang tercinta tinggalan buat isteri
dan anak-anaknya.
APATAH LAGI
Beliaulah orang yang pertama selepas Rasulullah (selepas pengislamannya)
menyampaikan da'wah atas kalimah syahadahnya.
Menjentik hati-hati para sahabat,
dan kebanyakkannya yang dibawanya adalah calon-calon
ni'mat syurga Allah.

Antum semua pernah dengar sistem MLM (Multilevel Marketing)?



ianya bermula daripada seorang,
mencari downline dan seterusnya downline di bawahnya pun akan buat
kerja yang sama. Berterusan. Dan berterusan.
Dan biasanya , orang yang berada di ranking teratas,
akan peroleh banyak faedah dan ganjaran.
Sama seperti Saidina Abu Bakar.
Saidina Abu Bakar merupakan downline pertama Rasulullah dalam
sistem MLM Da'wah dan Tarbiyyah ini. (DnT)
Menyampaikan islam dan nasihat diganjarkan pahala.
APATAH LAGI
membawa manusia kembali kepada fitrah beriman berakidah yang shohih.

Cuba bayangkan berapa banyak sahabiyyah yang menerima
da'wah dan tarbiyyah daripada Rasulullah dan Abu Bakar?
Banyak.
124000 yang hadir di dalam Haji Wida'
tapi hanya dalam 8000 kubur para sahabat ditemui
di Mekah.
Mana lagi 93.5% para sahabat?
Bertebaran ke utara, selatan, timur dan barat.
Semuanya membawa 1 akidah dan 1 kefahaman yang shohih untuk
disampaikan buat segenap manusia.
Agar manusia bisa merasa sepertimana yang mereka rasa.
SYAHADAH.
suatu bentuk penyerahan diri secara totalitas kepada Allah.
(inshaALLAH ana akan post di entry yang lain inshaALLAH biizdnillah)

Sehinggalah ke zaman sekarang, ke detik sekarang,
Alhamdulillah, berkat usaha Rasulullah dan generasi al-Qurán yang unik,
(dengan bantuan Allah)
kita masih lagi berpaksikan pada 1 keimanan yang benar,
masih merasai ni'mat islam.
Bayangkan berapa banyak ganjaran dan pahala dibank-inkan
ke dalam Akaun Abu Bakar?
Subhanallah! Banyak!
tidak tertanding dek dunya seisinya.

Persoalannya: Antum semua nak jadi seperti Abu Bakar?
Pastinya tiada sesiapa akan menafikan keinginan indah seperti ini.
Allahuakbar~

mari ana bawa antum semua,
ana relatekan dengan graf Ini Sejarah Kita (ISK)
bahawa betapa bertuahnya kita sebenarnya sekarang seandainya
kita benar-benar teliti jangka masa ini dengan mata hati.



kita berada ditakuk mana ye duhai saudara-saudariku sekalian?
Jauh tersasar.
jauh.jauh dibawah par.lebih teruk daripada zaman jahilliyyah.
(nak tahu,kena datang ISK.)

Selepas jatuhnya sistem khilafah Islam pada 3 Mac 1924,
keadaan umat islam sangat parah.

Diperkotak-katikkan, dipermainkan.
Umat islam dibunuh, diseksa.
Ayah-ayah ditembak di depan mata,
Ibu dan anak-anak dirogol sesuka hati!

Apakah umat islam sudah hilang kekuatannya?
Bilangannya?
"tidak,bahkan umat islam ramai ketika itu,seperti buih-buih dilautan."

Apakah umat islam sudah hilangnya tempat pergantungan dan bantuan dari-Nya?
TIDAK.
Allah tetap ada.
tapi kita semua yang meng'hilang'kan-Nya.
lihatlah.....







::let picture do the talking::



bagaimana pertolongan Allah hendak turun seandainya
keadaan hamba-Nya sebegini?


"Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu
dan meneguhkan kedudukanmu."
(surah Muhammad 47 : 7)

Jadi bagaimana duhai ikhwah dan akhwat yang
dirahmati Allah sekalian?
Apa yang perlu kita buat?

::Manhaj Nubuwwah::

Da'wah dan Tarbiyyah merupakan agenda utama baginda SAW
tatkala memulakan da'wahnya di Mekah.

Negara Islam Madinah tidak akan tertegak kukuh kalau bukan kerana tarbiyah. Kegemilangan di Badar tidak akan datang bergolek kalau bukan kerana tarbiyah. Keutuhan daulah selepas kewafatan Nabi SAW tidak akan berlaku kalaulah bukan kerana adanya golongan al awa`iel yang ditarbiyah. Malah kelangsungan daulah di kala khilafah Islam lemah juga adalah kerana wujudnya RIJAL yang ditarbiyyah oleh para ulama` Amilin sehingga mereka sedia 
mempertahankan Islam.


Persoalan sekali lagi untuk kali keduanya;
Antum nak jadi seperti Saidina Abu Bakar?



Dari Nukman bin Basyir, katanya…

‘Suatu ketika kami sedang duduk2 di Masjid Nabawi dan Basyir itu seorang yg tidak banyak bercakap.

Datanglah Abu Saklabah lalu berkata
” Wahai Basyir bin Saad, adakah kamu hafaz hadis Rasulullah tentang para pemerintah?’

Huzaifah RA lalu segera menjawab.
” Aku hafaz akan khutbah Rasulullah SAW itu.”

Maka duduklah Abu Saklabah Al Khusyna untuk mendengar hadis berkenaan.

Maka kata Huzaifah RA, Rasulullah SAW telah bersabda.

“Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah Zaman Kenabian sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu seperti
yg Dia kehendaki.”

Kemudian belakulah zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan sepertimana Zaman Kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya.

Lalu berlakulah zaman pemerintahan yang mengigit (Zaman Fitnah -keamiran/beraja /zaman kesultanan ) Berlakulah zaman itu seperti yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya pula.

Kemudian berlakulah zaman penindasan dan zaman  penzaliman(Zaman pemerintahan diktator dan demokrasi) dan berlakulah zaman itu seperti mana yang Allah kehendaki.

Kemudian berlakulah pula zaman kekhalifahan (Imam Mahdi dan Nabi Isa as ) yang berjalan di atas cara hidup Zaman Kenabian.”

Kemudian Rasulullah SAW pun diam….

~Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad bin Hanbal di dalam
kitabnya Musnad Al Imam Ahmad bin Hanbal, Juzuk 4, halaman 273.
Juga terdapat dalam kitab As-Silsilatus Sahihah, Jilid 1,
hadis nombor 5.]



Hadith di atas menceritakan bahawa, setelah terjatuhnya
Empayar 'Ustaziatul A'lam' Islam,
akan berlakunya kebangkitan untuk kali kedua sebelum Qiamat.
YA.KALI KEDUA.
sehinggakan islam dimasa itu digambarkan
seluas siang dan seluas malam,
di mana disetiap pelusuk dunya menjalankan islam sepenuhnya.
hatta singa dan kambing pun berkawan.








Okay, kita ditahap mana di dalam graf tadi?
di bawah,lebih bawah lagi daripada arab jahiliyyah,kan?

sudah menjadi sunnatullah,
bangkitnya Islam sehingga wujudnya sebuah negara islam
seperti Madinah,
terkenalnya islam seperti di era Khulafa' Arrashidin,Umayyah dan Abbasiyyah,
Bukanlah kemenangan itu jatuh kedebub dari langit,
tiba-tiba je islam jadi kuat.
tidak.
TIDAK! Bahkan Allah bisa sahaja berbuat sedemikian.
Namun, Allah ingin mengajarkan manusia melalui seerah.
Yakni seerah mengenai modus operandi Rasulullah sebagai qudwah, sahabiyyah
dan umat sebelumnya.
Bagaimana jalan juang mereka, jihad mereka, pengorbanan serta
penyerahan secara totalitas jiwa dan raga mereka kepada
yang Satu,yakni Allah.

Da'wah dan Tarbiyyah tak dapat lari daripada
sunnatullah dan syaria'tullah.
Yang perlu dibalancekan dan diintegratekan.

Buat kali ketiganya ana bertanya;
Antum nak jadi seperti Saidina Abu Bakar?


Biarpun mungkin bukanlah dalam usia nafasku,
khalifah islam dan ke'ustaziatul a'lam' akan kembali gemilang,
tapi inginku menjadi batu-bata,
batu-batu yang mengukuhkan dalam pembina
Istana buatnya (khalifah islam).

 Wahai pemuda-pemudi Islam sekalian,
Buat pemuda yang dahaga lahirnya kegemilangan baru...
buat ummah yang kebingungan di persimpangan jalan...
Buat pewaris generasi pejuang yang pernah mengukir sejarah agung...
buat setiap muslim yang yakin ketuanan di dunia dan kebahagiaan di negeri abadi,
Ayuh, teguhkan iman, kuatkan jati diri,
mari kita melangkah dengan penuh izzah dan pengharapan pada Allah.
Sampaikan yang Hak dari-Nya.
seandainya dikau jatuh terkulai,
bangunlah dan bangkit kembali.
yakinlah,
apa yang kau hadapi itu mungkin suatu penyiksaan dalam
mata kasar,
namun lihatlah
pada ganjaran yang bakal engkau perolehi.
kenanglah kembali peristiwa silam,
peristiwa Ashabul Ukhdud dalam Surah al-Buruj,
kisah para anbiya' dan sahabiyyah,
mudah-mudahan memberi impak motivational
dalam hatimu, duhai sayangku
ikhwah dan akhwat seperjuangan sekalian.



"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri maupun
harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang
di Jalan Allah; sehingga mereka membunuh dan terbunuh, (sebagai) janji
yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al-Qurán. Dan siapakah yang lebih
menepati janjinya selain Allah? Maka bergembirialah dengan jual beli 
yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang agung."
(Surah At-Tawbah 9 : 111)




"Mereka itu adalah orang-orang yang bertaubat, beribadah, memuji (Allah),
mengembara (demi ilmu dan agama), ruku', sujud, menyuruh kepada
yang ma'ruf dan mencegah dari yang mungkar dan yang memelihara
hukum-hukum Allah. Dan gembirakanlah orang-orang yang beriman."
(surah At-Tawbah 9 : 112)

p/s: andai mampu,hafallah ye :)

Ucapan Imam Syahid Hasan al-Banna
Bingkisan silam yang utuh dan membara buat masakini yang muda dan keliru...
Persediaan masakini yang marak untuk masa depan yang gemilang...
Wahai pemuda... Wahai pencari sinar kehidupan...
mereka yang rindu untuk membantu agama Allah...
Wahai mereka yang menyerahkan jiwa raganya di hadapan Allah...
Di sinilah jalan hidayah dan petunjuk...
Di sinilah jalan hikmah dan betul...
Di sinilah tempat untuk merasai lazatnya sebuah pengorbanan dan jihad...
Segeralah bersama angkatan tentera yang melangkah senyap...
Marilah beramal di bawah panji pimpinan para nabi...
Bergabunglah bersama angkatan Pemuda Islam...
"Sehingga tidak ada lagi fitnah, dan menjadilah agama itu seluruhnya bagi
Allah semata-mata"

 p/s: Wallahua'lam.sedangkan tangan yang menulis, mulut yang berkata lebih dekat
dengan hati sendiri,makanya post ini lebih ana tujukan pengislahan diri ana sendiri sebelum
antum semua.

dan p/s 2 : mungkin pelik,kan, bila aku guna ana dan antum,biasa 'aku kau'. kerna da'wah itu
disampaikan dalam bahasanya,kan =)
aku kau lebih universal di 'era' sekarang dan aku lihat aku kau lebih sampai
buat pemuda genre sekarang.

p/s 3 : janganlah tsiqah padaku, tsiqah pada apa yang aku sampaikan.
kerna manusia bisa berubah. penampilan aku ganas. tapi inshaALLAH still
dalam batas-batas syariah.mudah-mudahan begitu hendaknya.
seumpama kata-kata Syed Qutb,
"Kata-kata kita ibarat patung, ia mati. Tetapi ia akan hidup apabila kita mati."


"Aku tak tahu,apa yang kurasakan
dalam hatiku saat pertama kali
'lihat' 'diri'-Mu,'melihat'-Mu,
Seluruh tubuhku terpaku dan membisu,
detak jantungku berdebar tak menentu
sepertinya aku tak ingin berlalu.
berikan Cinta-Mu,juga Sayang-Mu,
Percaya padaku,ku akan 'menjagamu'
hingga akhir waktu,menjemputku
kuberikan 'cinta'ku juga 'sayang'ku
percaya padaku, ku akan menjaga-Mu
hingga akhir waktu, menjemputku.."
inshaALLAH biizdnillah.

::INILAH CINTAKU::
::INILAH JALANKU::
::INILAH HIJRAHKU:: 





No comments:

Post a Comment

kencang sikit!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...