Metamorfosis kebaikan

Thursday, November 10, 2011

oh Akhweks



"Fath, ana sedih lah... "
kata Hasyim kepada kawan baiknya, Fathul.

"kenapa sahabat ana seorang ini, enta ada problem ke akhi?"
Fathul yang sedang berdiri, segera duduk bersebelahan dengan Hasyim,
tangannya didepa,kan, memeluk sisi sahabatnya.

"Ceritalah pada ana, inshaALLAH seandainya ana mampu tolong, ana
tolong, inshaALLAH."
kata Fathul lagi. kali ini pelukkan dierat-eratkan lagi.

"Ana.. hmm.. ana.."
mulutnya diketam-ketamkan. Seumpama masalah yang bakal diceritakan sangatlah
besar.

"Actually ana ada minat pada seorang ukhti ni, sejak daripada zaman sekolah
lagi. Subhanallah, bagi ana, ukhti ni memang perfect, cukup melepasi
segala piawaian KPI yang Rasulullah beri. Nak cakap pasal agama, hebat kot dia ni.
Naqibah dan penggerak bahagian akhwat dekat University Johor. Qari'ah pulak tu.
Ya Allah, power suara dia tau. Kalau keturunan pulak, anak ustaz dekat kawasan
perumahan ana. Ayah dia imam kariah. Semua orang respect pada family dia. Lagi 2 KPI apa
eh Fath?ana lupa."

"harta dan kecantikkan."
jawab Fathul sempoi.

"haa. Dia sederhana je. ada harta, tapi tidak menunjuk-nunjuk. Cantik, Allahuakbar Fath..
cantik.. cantik sangat.. namun tabaruj dia jaga. Memang natural beauty lah. Sejuk mata ana
memandang wajahnya. Bersih dengan wudu' agaknya."
kata Hasyim. Bantal yang berada dihujung katil diambil, diletakkan di atas riba.

"ohh jadi maknanya enta selalu usha dia lah ni?Hasyim.. Hasyim.. mana taknya, pandangan
mata, bila dah tertarik, jatuh lah ke hati."
Fathul menggelengkan kepalanya.

"ehh tak lah Fath. Ana kan membesar bersama-sama dia. jadi by time, ana tahu
sedikit sebanyak tentang dia."
Hasyim cuba mempertahankan dirinya.

"iye laa iye laa. tapi apa problemnya? oklah dah cukup KPI dah tu."
bicara Fathul. dia sendiri tak pernah terjumpa akhwat sebegitu. tapi apa dia kesah.

"tapi ukhti tu dah ada orang tunang...."



********


LAAA~~
itu sebab ka?
ingatkan masalah ummat ke apa ke Palestin ke masalah da'wi.

KENAPA KITA SELALU 

MELETAKKAN KERISAUAN KITA

KEPADA PERKARA YANG BUKAN HAK KITA?


kita mengakui kita beriman pada Allah,
pada Kitab-Nya, pada Rasul-Nya,
kita percaya akan berlakunya Qiamat,
tapi kenapa kita 'kurang' beriman pada Qada' dan Qadar?

Hakikatnya, segala ketentuan telah tertulis di Luh Mahfuz.
perjalanan hidup kita, keputusan peperiksaan, jodoh.
JODOH?

bagi keputusan peperiksaan, serahlah pada Allah.
tapi jangan serah bulat-bulat pada Allah tanpa sebarang usaha!
usaha + tawakal , bukan usaha dahulu, then baru nak bertawakal.
itu silap.

ok lah, apa yang menyebabkan kita, seorang hamba Allah
hilang pengharapan kepada-Nya?

Jawapan cepu mas 1000 dinar :: bila kita rasa Allah sudah lagi tak sayang kepada kita.

contohnyalah kan,
calon yang memang kita target untuk memperisterikan/mempersuamikan
berkahwin dengan orang lain.
tang tu lah kita terasa diri kita jauaaUUHH sangat daripada cinta Allah.
mana taknya, kita mula meletakkan kesalahan kepada-Nya.

"hish! kenapa aku tak dapat kahwin dengan dia???
aku tak cukup hensemkah?apa kekurangan aku?
aku dah beri macam-macam dah pada dia.
teddy bear, novel, but Phua Chu Kang etc."
"kenapa ya Allah,kenaaapaaa!!"




"Mahakuasa berbuat apa yang Dia kehendaki"
(85 : 16)

Jadi, apa hak kita menyalahkan ALLAH?


Allah Maha Mengetahui siapa yang layak buat kita.
kau tahu?aku pun tak tahu siapa jodoh aku.
mungkin Anna Althofunnisa'?mungkin juga Wardina Safiyyah?
entah-entah kanak-kanak ceriang yang minat keroro?
mungkin juga seorang nurse, tak pun seorang botanist?
Siapa tahu,kan?
kalau kau/enta/tuan hamba/ nak isteri yang baik,
jadilah baik.
takperlu risau akan hal sebegitu,
kerana Allah telah meletakkan keseimbangan dalam
proses, yakni Sunnatullah


"Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezki yang mulia (surga)"
(surah An-Nur 24 : 26)



jadi si ikhwah, matamu tak perlulah meliar
mencari si akhwat.
sabarlah ye.aku pun xsabar actually.hehehe
kerana takut, ia bisa menjadi fitnah buatmu,buat jalan da'wahmu,
fitnah buat hatimu.

akhwat bukan lah untuk dijadikan 'akhweks'.
Akhwat + Aweks = Akhweks
tetapi untuk menjadi sayap kiri perjuanganmu yang halal,
membuatmu bisa terbang dengan lebih tinggi dan lancar lagi
di dalam atmosphere pemanifestasian cintamu pada Allah.



p/s :  adeh,diri ni pun KPI xlepas lagi. 1 juzu' sehari asek kantoi. Qiamullail lagi lah! nak kawen?hmm..

Teka-teki :: hehe. dalam banyak-banyak tempat di bumi ni,kan, tempat mana paling kukuh, dapat menampung beban yang hebat berbanding gunung?
jawab-jawab =)

3 comments:

  1. takde orang nak jawab ke? T.T wuwuhuuu

    P/s : baru tulis hal ni, tiba2 hati jadi rindu pada Tea Lipton KL Sentral. :')

    ReplyDelete
  2. ehh.ha ha ha.ada apa2 masalah ke?
    bukan 'dan' ok,atau. enta ni....

    ReplyDelete

kencang sikit!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...