"hmm,pakcik kena beli obat di Pharmacy tok kaki ya,tapi duit pakcik ada RM10 jak."
kata si tua itu.Balutan di kakkinya diketat-ketatkan.
"Obat ya RM28 tapi kamek ada RM10 jak."
Sekali lagi dia ulangi phrase 'RM10',seperti ingin memberitahukan sesuatu
kepada Fateh. Fateh tidak memahaminya.
Blur.
Si pakcik tiba-tiba menyeluk saku baju melayunya,mengeluarkan dompet berwarna hitam
dan seutas jam tangan seakan-akan G-Shock.
"Nangga ya,RM10 jak"
translate: Tengok ye,RM10 je
sambil mengeluarkan sekeping kertas berwarna merah.
Fateh seolah-olah jadi lampi*.Dia tidak mengerti bahawa si tua inginkan sesuatu daripadanya.
"Adik mok beli sik jam tok?"
sambil menunjukkan seutas jam berwarna putih solid.
"eh,sekpa lah pakcik.kamek sudah ada jam bha."
tersenyum menolak offer sambil mengangkatkan tangan kirinya,memperlihatkan seutas jam tangan Orient pemberian ayahnya.
pakcik itu tertunduk.
kedua-dua belah tangannya digenggam erat-erat.
kemudian,kepalanya mendongak,
senyum melihat raut wajah Fateh yang berjanggut.comel.
"erm,senang ceritalah dik,erm,malulah nak cakap..."
kata-katanya terberhenti.
"erm. . . adik ada 'sikit-sikit' sik?"
suaranya tersangkut-sangkut.
akhirnya Fateh mengerti.Rupa-rupanya si tua itu kekurangan wang.
Dia agak pelik akan dirinya.dari tadi tak faham.entah mengapa.
kesian pakcik tu terpaksa mengeluarkan perkataan 'meminta'.
tanpa berfikir panjang,Fateh berpaling 180 degree, mengeluarkan
dompet hijaunya yang sudah berkurun lama.
diselak satu-satu duit yang ada.
"Cukup-cukup RM83.60. Nak bagi berapa ek?
dua puluh ringgit?
RM20 + RM10 = RM30
Ubat = RM28
RM30 - RM28 = RM2
Cornetto = RM2
haa baki duit ni nanti bolehlah pakcik beli cornetto Disc Strawberry Cheesecake, takpun
cornetto Love,kan"
monolog Fateh seorang diri.
err.hahaha hebat betul math aku!
Diambilnya dua keping RM10,
pada awalnya, Fateh tidak kesah dengan pemberiannya.
Namun, tiba-tiba dalam hatinya lahir perasaan
ragu-ragu dan berprasangka.
Biasalah,sudah menjadi sunnatullah,syaitan tidak akan
pernah puas menyesatkan anak-anak Adam sehingga ke Hari Qiamat.
Hai anak Adam, janganlah sekali-kali kamu dapat ditipu oleh SYAITAN sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapakmu dari surga, ia menanggalkan dari keduanya pakaiannya untuk memperlihatkan kepada keduanya auratnya. Sesungguhnya ia dan pengikut-pengikutnya melihat kamu dari suatu tempat yang kamu tidak bisa melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan SYAITAN-SYAITAN itu pemimpin-pemimpin bagi orang-orang yang tidak beriman.(Surah Al-A'raaf 7 : 27)
"Hish, pakcik ni mesti mengepaw* aku,kan. Ambil duit aku,lepas tu
berfoya-foya, lepas tu beli rokok, lepas ni beli slurpee , lepas tu ...."
Dan bermacam-macam lagi bad expectation mula bermain-main di minda Fateh.
Pakcik yang tidak buat apa-apa salah, tiba-tiba bertukar,
seolah-olah menjadi watak antagonis di pentas lakonan dunya di matanya.
seumpama peragut.perompak.pengepaw.
"aku bagi jela RM20 ni, lepas itu aku chowlah."
Hati busuk Fateh mula berbicara.
Dua keping duit kertas RM10 digenggam kuat menjadi kecil dalam
tangan kanannya.
"Hmm, baiklah pakcik, kamek adahal, kamek masuk dulu ke
dalam kedai ya."
kata Fateh. Senyumannya sudah tidak semanis tadi.
Senyumannya telah diracuni limpahan buruk sangka hatinya,
sambil tangannya menyalam ala-ala di dalam majlis berkahwin.
Duit di tangannya dilepaskan ketika bersalaman.
"Tetapi kamu menyangka bahwa Rasul dan orang-orang mukmin tidak sekali-kali akan kembali kepada keluarga mereka selama-lamanya dan SYAITAN telah menjadikan kamu memandang baik dalam hatimu persangkaan itu, dan kamu telah menyangka dengan sangkaan yang buruk dan kamu menjadi kaum yang binasa." (Surah Al-Fath 48 : 12)
Tanpa melengahkan masa, Fateh segera berlalu melarikan diri.
Dia risau dan takut dia akan dipaw untuk kali kedua.
tap tap.
tap tap.
tap tap.
bunyi sliper fipper hijaunya memang bising.
Pintu Kedai Salon Jin Jin ditarik,
sekali lagi hidungnya kembang kempis,
sekali lagi, bau salon yang tidak menyenangkan menyucuk-cucuk
nasal cavitynya. Langsung tidak suka.
tersandar Fateh dipintu.
dalam hatinya,LEGA.
"Fuh~~~~"
"Alhamdulillah aku sempat melepaskan diri.hohohohoho.
Andai tak, habis semua duit aku kena paw.
Macammana nanti aku nak makan KFC, nak beli softener,
alat-alat tulis, buku. Naya aku!"
bisikan si hati busuk mula menapak subur di hatinya.
maka, bertepuk tangan berpesta bergembiralah si syaitan
dengan kejayaan mereka menyesatkan si Hamba Allah ini.
p/s:makan KFC boleh plak!
p/s:makan KFC boleh plak!
"SYAITAN telah menguasai mereka lalu menjadikan mereka lupa mengingat Allah; mereka itulah golongan SYAITAN. Ketahuilah, bahwa sesungguhnya golongan SYAITAN itulah golongan yang merugi."
(Surah Al-Mujadilah 58:19)
Fateh menyusun langkahnya menuju bangku kayu tempat duduknya tadi.
earphone hijaunya diambil, diuraikan yang terbelit.
Dipasangkan pada Nokia ExpressMusicnya.
button play ditekan.
sesekali matanya meliar melihat Khairul yang masih
lagi di atas barber chair.(yeke term ni?hahaha)
sesekali matanya meliar melihat Khairul yang masih
lagi di atas barber chair.(yeke term ni?hahaha)
Rambutnya dijemput-jemputkan dengan 'klip kertas'.
Khusyuk si pemotong rambut, memegang senjatanya, si gunting
menebas si rambut.
Khusyuk si pemotong rambut, memegang senjatanya, si gunting
menebas si rambut.
"Demi Cinta Suci - UNIC"
"Demi cinta yang suci
ku rela korbankan kepentingan diri
Demi sinar bahagia
ku hambakan diri pada-Nya yang Esa."
gulp.
air liyurnya di telan dalam-dalam.
terasa seperti nafas terhenti seketika dek
tersentak dengan lirik lagu yang powerful.
tepat memanah ke arah jantung Fateh.
seperti Neytiri memanah Colonel Quaritch dalam Movie Avatar.
aduh,sakit.
Teringat Fateh akan beberapa buah hadith;
tersandar rapat Fateh dibangku.
kecewa dengan sikapnya tadi.
terlalu kecewa.
sangat kecewa.
Allahuakbar! tewas dengan bisikan lembut di telinganya.
digaru-garu kepalanya,
habis rambutnya jadi serabai.
mendagulah dia disitu sambil menunggu Khairul.
matanya termenung panjang memandang ke arah jalan raya.
(to be continue inshaALLAH)
P/s: Ibu bapa menegur kerna kasih akan anak-anaknya.
Guru menegur kerna risau akan pelajar-pelajarnya.
Rakan menegur kerna caring.
Tegur.tanda.sayang.
namun teguran jangan disalah tafsir ye. :)
*
pernah hati ku luka pedih
kerana dicalari cinta penuh duri
lemas aku dalam dilema
kata janji manis sungguh tak bermaknakucarimu kasih bagai mencari mutiara putih
walau ke dasar lautan sanggup ku selami
aku tak percaya apa yang telah aku terjumpa
bak sebutir pasir tak berhargademi cinta yang suci
kurela korbankan kepentingan diri
demi sinar bahagia
ku hambakan diri padaNya yang Esa*baru kini kurasai nikmatnya cinta yang suci
bila tak terbanding dengan cinta yang kau beri
ranjau yang berduri akan aku tabah menempuhnya
meneguh iman di dalam jiwaulang *
demi cinta yang suci
kurela korbankan kepentingan diri
demi sinar bahagia
ku hambakan diri padaNya yang Esa
demi cinta hakiki
ku sanggup redahi apa yang terjadiapalah erti cinta suci andai janji-janji sering dimungkiri?
apalah erti cinta murni andai kata-kata sering didustai?
ku rela korbankan kepentingan diri
Demi sinar bahagia
ku hambakan diri pada-Nya yang Esa."
gulp.
air liyurnya di telan dalam-dalam.
terasa seperti nafas terhenti seketika dek
tersentak dengan lirik lagu yang powerful.
tepat memanah ke arah jantung Fateh.
seperti Neytiri memanah Colonel Quaritch dalam Movie Avatar.
aduh,sakit.
Teringat Fateh akan beberapa buah hadith;
Daripada Abu Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “ Sedekah tidak mengurangkan harta. Allah tidak melebihkan seseorang hamba dengan kemaafan-Nya melainkan kemuliaan dan tidak merendahkan diri seseorang melainkan Allah mengangkatnya.” (Muslim, ad-Darimi dan Ahmad)
Dari ‘Asma binti Abu Bakar as-Siddiq r.a katanya, dia datang kepada Rasulullah s.a.w, lalu dia bertanya:”Ya nabi Allah! Aku tidak mempunyai apa-apa untuk disedekahkan selain yang diberikan Zuber (suamiku) kepaku (untuk belanja rumahtangga). Berdosakah aku apabila wang belanja itu kusedekahkan ala kadarnya ?”Jawab nabi s.a.w :”Sedekahkanlah ala kadarnya sesuai dengan kemampuanmu dan jangan menghitung-hitung kerana Allah akan menghitung-hitung pula pemberian-Nya kepadamu dan akan kedekut kepadamu.” (Muslim)
tersandar rapat Fateh dibangku.
kecewa dengan sikapnya tadi.
terlalu kecewa.
sangat kecewa.
Allahuakbar! tewas dengan bisikan lembut di telinganya.
digaru-garu kepalanya,
habis rambutnya jadi serabai.
mendagulah dia disitu sambil menunggu Khairul.
matanya termenung panjang memandang ke arah jalan raya.
(to be continue inshaALLAH)
P/s: Ibu bapa menegur kerna kasih akan anak-anaknya.
Guru menegur kerna risau akan pelajar-pelajarnya.
Rakan menegur kerna caring.
Tegur.tanda.sayang.
namun teguran jangan disalah tafsir ye. :)
*
lampi = Lambat pickup
paw = memeras ugut dengan tujuan mendapatkan duit daripada si mangsa
chow = pergi
No comments:
Post a Comment