kata Khairul kepada salah seorang barber Kedai Salon Jin Jin, yang terletak di Desa Ilmu.
Fateh yang menemaninya,duduk bersandar di hujung penjuru kedai, hidungnya kembang kempes menghidu,
agaknya tidak tahan dengan bau salon rasanya.
"ohh,adik,kami sudah ada pekerja lelaki." katanya sambil tersenyum.
biasanya,dulu-dulu kedai ni memang tiada pekerja lelaki, semuanya wanita. dah la pakaiannya, EHEM tahulah kan macammana, terpaksa.Bukannya tidak mahu ke kedai gunting rambut islam, tapi selalunya tutup. Dah lah jauh pulak tu.
"Fateh,kau tunggu aku ye, nanti kita pergi KFC."
Fateh mengangguk,tanda mengiyakannya.
Dah lama Khairul mengidam nak makan KFC, lagi-lagi siang tadi mereka bersama-sama berpuasa. Puas
Khairul memujuk Fateh untuk turut ikut sekali. Penat jugak Fateh menolaknya dengan berbagai alasan.
baginya, alah, makan, jadi tahi jugak. setelah dipujuk-pujuk, akhirnya hatinya cair juga dengan muka 10sen Khairul.
"iye iyelah,tapi jangan balik lewat sangat, banyak lagi kita kena study nih."
sambil menunggu Khairul berguntingan, mata Fateh meliar, sesekali matanya tertumpu pada jualan barang kecantikkan yang sudah dilesskan harganya,sesekali matanya tertumpu pada pohon buluh comel dalam pasu yang berbentuk seperti bakul.
"subhanallah,begitu indah ciptaan-Mu, buluh yang sebegitu simple sahaja, namun mampu menyayingi mawar yang wangi baunya, bunga matahari yang indah warna untuk bertakhta berkerajaan di dalam pasu tu.subhanallah." monolognya.
tangannya diseluk ke dalam kocek,mengeluarkan henfon dan earphone hijaunya.
earphonenya dilekatkan pada telinganya,kadang-kadang Fateh tersalah juga,selalu terletak earphone untuk telinga kanan ke telinga kiri.
playlist 'nasyid hatiku' dibuka.
"Bidadari - Munif Hijjaz"
"eh,lagu faveret ni". Fateh menekan button segi tiga "play",dipasang dan volumenya dimaksimumkan.
Fateh suka buat begitu, sangat suka,terasa seperti dia berada dalam dunianya sendiri. bebas daripada
busuk bicara manusia yang melalaikan. at least bila dengar ayat-ayat cinta Tuhannya dan nasyid dapat menyelamatkannya daripada terjatuh dalam gaung bersama mereka.
Bidadari
Temanilah resahku
Bidadari
Tenangkanlah jiwaku
Sumpah setia hidup mati
Semuanya kerana kau isteriku
Isteriku tercinta pelengkap rusuk kiriku
Bidadari
Jadilah pedampingku
Bidadari
Jadilah sang setia
Kerna cinta cinta suci
Buktinya tidak pernah sepi
Sepi daripada cubaan yang tak terduga
Kau umpama bintang utara
Penunjuk jalan yang terang
Kau beri harapan saat ku jatuh bangun semula
Dan berikan sakti cintamu
Penawar racun berbisa
Dan ikatan kita cinta abadi hanya disyurga
Fateh terkilas ingat pada sepotong hadith daripada Ummu Salmah;
Daripada Umm Salamah, isteri Nabi SAW, katanya :
Aku bertanya, "Ya Rasulullah, manakah yang lebih utama, wanita dunia ataukah bidadari bermata jeli?
Baginda menjawab, "Wanita-wanita dunia lebih utama daripada bidadari-bidadari seperti kelebihan apa yang nampak dari apa yang tidak terlihat."
Aku bertanya, "Mengapa wanita-wanita dunia lebih utama daripada bidadari?"
Baginda menjawab, "Kerana solat mereka, puasa dan ibadah mereka kepada Allah. Allah meletakkan cahaya di wajah mereka, tubuh mereka adalah kain sutera, kulitnya putih bersih, pakaiannya berwarna hijau, perhiasannya kekuningan, sanggulnya mutiara dan sisirnya terbuat dari emas."
Mereka berkata : "Kami hidup abadi dan tidak mati. Kami lemah lembut dan tidak jahat sama sekali. Kami selalu mendampingi dan tidak beranjak sama sekali. Kami reda dan tidak pernah bersungut-sungut sama sekali. Berbahagialah orang yang memiliki kami dan kami memilikinya."
(Hadis Riwayat ath-Tabrani)
p/s: subhanallah! betapa mulianya darjat seorang wanita solehah..
Termenung.sambil khusyuk mendengar,pandangan matanya tembus melepasi pintu lutsinar.
terfikir.terkenang akan bidadari-bidadari yang telah penat lelah mendidiknya sejak daripada kecil sehingga besar panjang.
Ibu bapanya.
"dah 2 hari ni tak telefon mak,rindunya ya Allah."
henfonnya sekali lagi dicapainya,
"017257****"
pantas jarinya menaip.rindu sangat rasanya.
button dial ditekan,Fateh bangun daripada tempat duduk,earphonenya dicabut,diletakkan baik-baik di atas bangku dan meluru keluar ke kaki lima.
"tut tut... tut tut..."
"Assalamua'laikum,hello,hello,hello.ni bomba.kecemasan kecemasan.hehehe."
Fateh suka bergurau senda dengan ibunya,walaupun si Fateh ni anak sulung tapi,perilakunya agak seperti anak bongsu.manja.bak kata kawan-kawannya,"anak mak".
sikit-sikit call mak,nak keluar kuching call mak,nak pergi jaulah call mak,nak exam call mak,takde duit call mak (abes tu nak call siapa lagi? (= ).
"Waa'laikummussalam.haa iyee incik bomba! mana kebakarannya. hehe."
emaknya juga pandai melawak, tergelak-gelak mereka berdua. tersenyum-senyum. kadang-kadang disalah anggap, dikatanya call makwe.ohh,makwe? sorry sikit.tak mainlah makwe-makwe ni, upgrade terus jadi isteri.sampai ada yang tembak,"dahlah organize ABJZ(ABKC), tapi ada Gf."
biarlah,diorang nak anggap macamtu,Fateh tak kesah diorang taknak wala' ke taat ke thiqah ke,tidak mengapa.
sebab Fateh tahu,kecintaannya yang sebenar bukan pada manusia,tapi pada sang Pencipta.
biarlah manusia mentafsir sebegitu,kerana dia yakin,bukanlah pandangan manusia yang diterhegeh-hegehkan,
tapi pandangan Si Kekasih Tercinta.
"Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak hartabenda yang banyak berpikul-pikul, dari emas dan perak kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih dan binatang- binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah) pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga)."
(Surah ali- 'Imran 3:14)
seronok benar Fateh berborak dengan ibunya,gelak terbahak-bahak.
***
sedang seronok melepaskan rindu, jauh disudut mata Fateh,dia terlihat seorang kudung,berbaju melayu maron berserban di atas wheelchair meniti di bahu jalan.
perlahan.
sesekali kayuhan tangannya diberhentikan,lengan panjangnya dilipat-lipatkan agar tidak kotor.
tangannya kembali memegang erat tayar,untuk dikayuh kembali.
Fateh yang melihatnya daripada jauh,hatinya tiba-tiba tersentuh,sayu.
"abang sekarang dah kaji binatang apa?" tanya ibunya. Suara ibunya betul-betul menarik kembali Fateh daripada dunia lamunannya.
(katak pelangi,Ansonia latidisca yang ditemui pelajar Unimas setelah lama menghilang.)
respect pada Dr.Hafidzi,Presiden Aqsa Syarif,juga seorang zoologist.
beritahu Fateh.Anak matanya masih tertumpu kepada si istimewa.hatinya rasa tidak tenteram.terasa sangat ingin cuba dekati pakcik tu.
"hmm,mak... k lah.abang adahal kejap,nanti abang kol mak balik ye." Fateh cuba menamatkan perbualan.
"ohh.ada kerja ye.ok la abang.jaga diri baik-baik ye." pattern intonasi suara ibunya berbeza.agaknya tadi seronok berbual,tiba-tiba je anaknya yang comel ni minta diri.tak sempat habis luahkan rindu rasanya.
"inshaALLAH,mak pun sama tau.kirim salam pada family.k la mak,Assalamua'laikum"
"inshaALLAH,nanti mak kirim salam pada diorang.waa'laikummussalam.. tutt ttuutt."
usai panggilan ditammatkan, Fateh segera berlari-lari anak ke arah pakcik berkerusi roda itu,dengan harapan ,dapat memberikan sedikit pertolongan.
Langkahnya semakin pantas tatkala melihat si tua itu menghadapi sedikit kesukaran untuk menaiki slope yang agak tinggi. Perasaan simpatinya masih lagi berbuai enak di hatinya. Susuk itu dirasakannya sangat membuntuhkan bantuan daripadanya.
semakin hampir.
semakin dekat.
langkahnya semakin perlahan.
dan terhenti dalam kira-kira approximately 5 langkah daripada pakcik tu. (0.02+-) err.hehe
"Assalamua'laikum pakcik,bolei kamek tolong sik?" bicara Fateh,sambil senyum sejuta keikhlasan terukir di bibirnya. Dia terpaksa berbahasa Sarawak kerana risau takut-takut kata-katanya tidak difahami.
Si serban itu tersenyum. Terzahir giginya yang hanya tinggal bahagian depan sahaja. comel.
"Waa'laikummussalam.Alhamdulillah,bolei-bolei."
Fateh terus melangkah ke belakang wheelchair, tombol wheelchair dipegangnya ketat-ketat, dan perlahan-lahan daya dikenakan agar pergerakannya smooth sesmooth sutera.
"Pakcik mauk pergi sinei?"
translate:"Pakcik hendak pergi ke mana?"
tanya Fateh sopan.
"Pakcik mauk pergi dobi,hantar pakaian.Boleh adik hantarkan pakcik ke kedei dobi tok?"
jawab pakcik tu.
"Boleh,inshaALLAH pakcik. kamek akan tolong hantarkan."
perlahan Fateh menolak wheelchairnya. Sesekali mereka berdua berduet terbatuk dek asap-asap kenderaan, lagi-lagi lori.
"hish diorang nih,betul-betul threatening the biodversity lah! tahu tak asap boleh contribute kepada greenhouse effect."
Rungut hatinya,teringat padanya Prof.T yang bagi lecture tentang biodiversity,selalu mencucuk-cucuk akal pelajarnya untuk berfikir hingga ke tahap high-order-thinking.
"adik asal mana?"
tanya si serban tua itu.
"kamek asal selangor.Tapi belajar di Unimas."
jawab Fateh.ringkas.
"ohh.Selangor,Selangor di mana tek?"
soalnya. Seperti tahu benar dengan keadaan di sana.
"Selangor,di Bangi pakcik.kenak?"
translate:Selangor,di bangi,pakcik.kenapa?
tanya Fateh,curious dengannya.
"ohh Bangi.. tempat pakcik cari kerja dulu-dulu."
jawabnya,perlahan nadanya.
"oh yeke."
Fateh terlihat balutan di kedua-dua belah kakinya.Kudung.
fahamlah kenapa nadanya tiba-tiba perlahan.
berjuang demi mencari sesuap rezeki yang halal bukan mudah.
Allahuakbar.
"Sesungguhnya yang halal itu nyata,dan yang haram itu nyata"
ada yang punch kad awal,tapi sepanjang masa pekerjaan meronggeng je,
main fesbuk lah,goyang-goyang kaki lah,guling-guling tidur,
gaji yang diperoleh disalurkan pada isteri,anak-anak.
Memanglah halal,tapi "halal" sebagaimana tu?
rezeki kita yang halal dikotori dengan akhlak yang "tak halal".
abes sumber rezeki tercemar,
darah daging anak-anak dan isteri?
na'uzubillahiminzalik.
macam-macam ragam dunya.
Kekayaan dunya yang dikejar cumalah sementara.
ahh apakah kau tidak sedar?
"Adik,adik,kedei dobi yang warna ijo tok,bukan yang oren."
katanya sambil tangannya menunjukkan ke arah Kedai Dobi Cuci 4U.
"baiklah pakcik."
wheelchair ditolaknya ke kanan kerana kedudukan Kedai Dobi 4U bertentangan dengan Kedai Speed Laundary.
kerreek..
kerrreek..
kereekk..
(bunyi wheelchair)
Akhirnya mereka berdua sampai di hadapan kedai tersebut. Disebabkan longkang besar menjadi batasan,Fateh tidak dapat menghantar pakcik itu betul-betul depan kaunter.loceng ditekan,dan baju-bajunya dihantar.
(to be continue inshaALLAH)
P/s: alhamdulillah.dah 'kebah' daripada insomnia!boleh tidur!alhamdulillah.
exam.practical.report.jualan.adik-adik yang comel.daurah.sukan borneo.bakal mengemudi kapal abjz unimas.Allahuakbar!
"hidup mulia atau mati syahid!"
terselit
SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA :)
makanan pagi raya.wuuuwwuuu sedihhh T.T
biskut tiger dengan bubur cendawan.
at least,ada,kan :) alhamdulillah.
yeay! alhamdulillah!dapat juga makan nasi minyak+ayam masak merah+ayam kari+
udang-udangan+acar nenas ala-ala masakan mak!
No comments:
Post a Comment