Metamorfosis kebaikan

Wednesday, October 26, 2011

Monolog :: Ainul Mardhiah


Oleh: Muhammad Hussaini bin Khairudin
Ada yang bertanya, akhwat bagaimana idaman kalbu ana? Soalan ni senang sahaja untuk dijawab. Tentulah 4 sifat yang disabdakan Ar-Rasul dalam hadis riwayat bukhari (Harta, Keturunan, Kecantikan, Agama). Tapi, cukup ke semua tu?
Mana boleh ek?
Kita dah la nak tatap muka dia setiap hari.. Pagi, petang, siang, malam. Mana boleh kita amik mudah je perkara ni..
Sudah pastinya, seorang akh yang ditarbiyyah dan faham memahami kehendak masing-masing. Suka hati la kan? Pilihan di tangan kita (Asy-Syam:8-10).

Kalaulah diberi pilihan,,, ana nakkan isteri yang sangaaat cantik, secantik Puteri Diana atau Miss Universe 2008. Matanya jernih, secantik mutiara, seanggun mata Zinnirah. Dahinya licin bersih, bebas dari sebarang inflamasi, apatah lagi jerawat batu. Pipinya putih gebu, berlesung pipit. Tang tersipu, berubah merah ibarat Aisyah Humaira. Semestinya seanggun Ratu Cleopatra, menjadi buah mulut seluruh bumi agung Mesir. Lagi muda lagi bagus, paling kurang 5 tahun la lagi muda…

Kalau diberi pilihan,,, ana impikan isteri yang sangaaat kaya. Tidak kalah hartanya dek harta Ratu Balqis. Berderet pesuruh yang akan menyenangkan kehidupan ana ni. Baru boleh ana fokus dakwah ni. Takyah fikir pasal kerete, servis kereta, minyak kereta, tol, sewa rumah etc. Bila-bila masa je boleh buat jaulah, daurah etc. Boleh infaq duit banyak-banyak untuk ikhwah. Supaya makin licin dakwah kami ni. Biiznillah.

Kalau diberi pilihan,,, ana mendambakan isteri yang sangaat hebat! Seorang hafizah, fikrahnya mantap, tarbiyyahnya teliti. Kefahamannya memandu setiap gerakan dakwahnya yang tidak kenal henti. Setiap kata-katanya sarat makna, ucapannya penuh semangat, menggetarkan sekalian audien yang mendambakan tarbiyyah.

Kalau diberi pilihan,,, ana mendambakan isteri yang penuh nilai seorang suri rumah. Setiap masa tanpa kenal penat lelah menjaga anak-anak. Setiap masalah anak-anak diteliti dan segala makan minum pakai kami anak beranak dihiraukannya. Bab memasak, tak perlu beritahu laa. Segala jenis masakan dikuasainya. Dari masakan timur ala minangkabau dan padang besar, hinggalah masakan barat moscow semuanya di hujung jari insan bernama isteri ini. Dialah naqibah di rumah, mentarbiyyah anak-anak, dari segala aspek.

Banyak lagi ciri-ciri idaman yang ingin ana tulis, sekadar ingin mewakili diri menyatakan betapa besarnya cita-cita yang tertanam sejak bergelar lelaki bujang ni. Apa yang ditulis di atas sekadar menulis sedikit yang kini terfikir di benak pemikiran ana.

Ikhwah akhwat sekalian,
Sesungguh ana tahu, hanya seorang sahaja yang mampu memuaskan nafsu liar seorang lelaki, jika itulah pemandu hatinya.

Jika inilah dia garisan syarat-syaratnya… hanya seorang sahaja yang mampu memenuhinya:::

Bidadari

Ya Allah, alangkahnya tertipunya aku ya Allah dengan dunia ciptaan-Mu yang fana ini!
Alangkah aku menyangka aku akan hidup selamanya di dunia ini. Menipu diri ini. Sedang kelak ia akan sirna, seperti yang lain jua.
Sungguh aku lupa yang bukan dunia ini matlamatku, sekadar jambatan ke akhirat.
Mustahil akan ku ketemu seorang insan sesempurna kerana tetaplah ia insan kerdil di sisiMU.
Yang ada hanya syurgaMu yang tak tertanggung enaknya. Betapa lazatnya setiap sungai yang mengalir, indahnya bidadari yang menghiasinya.
Layakkah aku untuk, walaupun sekadar untuk berniat memilikinya kelak? Betapa rendahnya diriku ini disisi-Mu.

“Sungguh, orang-orang yang bertaqwa mendapat kemenangan”

“Kebun-kebun dan buah-buah anggur”
“Dan gadis-gadis montok yang sebaya”
“Dan gelas-gelas yang penuh”
“Di sana mereka tak mendengar percakapan yang sia-sia mahupun dusta”
(An-Naba’:31-35)
“Maka Allah melindungi mereka dari kesusahan hari itu, dan memberikan kepada mereka keceriaan dan kegembiraan”
“Dan dia memberi balasan kepada mereka kesabarannya surga dan sutera”
Di sana mereka duduk bersandar di atas dipan, di sana mereka tidak melihat matahari dan tidak pula merasa dingin yang berlebihan”
“Dan naungannnya dekat di atas mereka dan dipermudahkan-semudahnya untuk memetiknya”
Dan kepada mereka diedarkan bejana-bejana dari perak dan piala-piala yang bening laksanan kristal”
“Kristal yang jernih terbuat dari perak, mereka tentukan ukuran yang sesuai”
“Dan di sana mereka diberi segelas minuman bercampur jahe”
“Sebuah mata air yang bernama Salsabil”
“Dan mereka dikelilingi oleh pemuda-pemuda yang tetap muda…”
(Al-Insan: 11-19) 


(dakwah.info/karya)

No comments:

Post a Comment

kencang sikit!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...