Metamorfosis kebaikan

Tuesday, January 17, 2012

Dunia diganti dengan dunia.Apa bezanya?



Dengan nama Allah, yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Segala puji buat-Nya,
Tuhan sekalian a'lam.
Kerana cinta-Nya,
aku masih lagi bisa bernafas,
melihat segenap ciptaan atas kekuasaan-Mu, Ya Allah.
Subhanallah,
aku bersyukur kerana nafasku yang dikau beri,
masih lagi aku gunakan untuk mendekatkan diri
dengan-Mu, duhai Kekasih.
Alangkah indahnya,
tatkala nafasku ditarik,
saat tubuhku rebah jatuh menyembah bumi,
hati ini penuh dengan kecintaan kepada-Mu,
hingga kelabu mengaburi cinta keduniaan.
oh Allah yang menguasai hati ini,
janganlah Dikau palingkan hati ini setelah
Engkau berikan hidayah kepada kami,
tsabatkan hati-hati kami di atas jalan redha-Mu.
Moga-moga bertamu gembira di Syurga nanti.
inshaALLAH..

aaa fobia nombor!statistics!


Alhamdulillah,
setelah bertungkus-lumus, akhirnya exam dunia
sudah melabuhkan tirai, alhamdulillah.
tinggal exam akhirat,
yang dilalui sehari-hari untuk mendapatkan
gred mark prestasi yang terbaik di hadapan Allah.

Masalah hati

Semua orang pasti punyai masalah hati,kan?
apatah lagi apabila masalah hati itu berkaitan dengan fitrah.
sudah tertanam sejak azali lagi,
setiap manusia yang dilahirkan pasti dan pasti
punyai fitrah,
fitrah untuk bertuhan,
sebagai satu-satunya tempat
bergantung harap,
fitrah untuk mempunyai Rasulullah sebagai qudwah hasanah
dalam kehidupan,
dan fitrah yang seringkali menjadi fitnah,
fitrah kecenderongan terhadap berlainan
jantina.
lelaki kepada perempuan,
perempuan kepda lelaki.
Memang tidak dapat dinafikan,
hampir segenap manusia melalui masalah ini,
namun bagaimana cara untuk kita melaluinya?

dalam hati ada taman

"Awak,saya sayangkan awak..
tapi saya lagi sayangkan iman yang ada pada awak..
saya tak mahu, kerana saya, awak semakin jauh, jauh
dan kian menjauh daripada rahmat Allah..
saya... ingin... berpisah..."
gulp.
Air liyur ditelan dalam-dalam.
tersentak dengan kata-katanya.
benar katanya, selama Farhan bersama Dini,
banyak dosa yang telah mereka lakukan.
SMS-SMS cinta yang dikirimkan berjela-jela,
tapi ayat-ayat al-Qurán, setengah muka surat pun tidak habis.
call-bergayut-sampai-dahan-patah daripada malam sampai ke pagi,
sanggap korbankan masa tidur,
sehinggakan terkorban subuh jama'ah di masjid.

Memanglah sukar untuk Farhan melepaskan Dini,
apatah lagi si Dini itu adalah cinta pertama buat Farhan.
Namun, kerana dasar iman,
Farhan lepaskan jua,
biarpun perpisahan itu amat menyakitkan,
meragut hampir separuh daripada hatinya.

Masa kian berlalu,
akhirnya Farhan ditawarkan melanjutkan degreenya di luar negara.
Azamnya agar dirinya menjadi jiwa-jiwa yang baru.
agar tidak lagi kecundang dalam permainan si syaitan yang suka menyesatkan.
tatkala kakinya mula melangkah ke alam Universiti,
pandang kanan, terlihat pasangan berpacar-pacaran.
pandang kiri, terlihat pasangan sedang berpegangan berpimpin tangan.
terkejut.
hatinya membenci.
kadang-kadang Allah berinya kekuatan untuk menegur mereka,
tapi resultnya, air matanya sendiri yang mengalir
kerana dek ketegaran mereka,
hatta tidak diendahkan langsung walau ucapan salam.

hari berganti hari,
waktu berganti waktu..

kemaksiatan yang dilihatnya kini sudah kelihatan
seperti perkara biasa.
mula-mula memang terasa kebencian atas kemungkaran,
namun si syaitan tak pernah lelah mencucuk-cucuk hatinya
sehinggakan dirinya mula berjinak-jinak untuk tunduk patuh
kepada si durjana.
mula terasa kesan adaptasi persekitaran ke atas dirinya.

"Alahai, cemburunya aku tengok diorang ni. belajar sama-sama,
makan sama-sama. aku pun rasa perlukan seseorang yang memahami
hati aku." detik hatinya.

Alhamdulillah, assebab sentiasa berada dalam golongan yang soleh,
dirinya terjaga apatah lagi Farhan antara yang komited dalam
amal islami dan di atas jalan da'wah.

namun, masalah hati itu tidak pernah hilang,
biarpun kadang-kadang pudar. tapi tetap ada kewujudannya.

Farhan cuba untuk melupakan si Dini daripada meng'contact'nya.
Farhan sedaya upaya untuk menjaga dirinya, dan imannya,
risau amal ibadahnya akan terganggu.
Dalam masa yang sama, hatinya kian tergugat.

Jadi Farhan memilih untuk cuba meletakkan seseorang yang
solehah di dalam hatinya,
agar sedikit sebanyak dapat meneguhkan dirinya.
biarpun si solehah itu,
Farhan hanya mampu melihatnya daripada jauh,
tidak mengenalinya apatah lagi berbual dengannya.
Mungkin jua sebagai calon pilihan,mungkin.

Suatu hari,
usai kelas General Genetics,
tiba-tiba mata Farhan tertumpu pada seorang akhwat(mungkin?)
redup matanya,
sederhana gaya jalannya,
sering mengenakan shawl labuh berwarna ungu.
hatinya tertarik dengan keperibadian si ungu.
cair seperti kek blueberry yang baru dikeluarkan daripada peti ais.
cair seperti ais krim kerana dek cahaya matahari.



"Ya Allah,indahnya.. astargfirullahala'zim.."
Farhan cepat-cepat beristighfar dan menundukkan pandangan.
Dia merasakan bahawa si ungu itu amat sesuai untuk menjadi
separuh,melengkapi hatinya yang telah hilang dahulu.






"Katakanlah kepada laki-laki yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya,
dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu lebih suci bagi mereka.
Sungguh, Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat."
(Surah An-Nur 24 : 30)


Pada peringkat permulaan,
tatkala hati mula terikut-ikut sosial peredaran masa,
Farhan segera mengingati si ungu.

"lelaki yang baik kan untuk perempuan yang baik.fuh! baik
aku jaga diri daripada sekarang. Aku nak calon
isteri aku seperti si ungu itu." tegas hatinya.

Alhamdulillah, hatinya berprinsip,
malah amalannya pun sering meningkat dari sehari ke sehari,
mengadap buku pun semangat,
hendak buktikan sesuatu pada si ungu,barangkali walaupun
namanya pun Farhan sendiri tidak tahu.

seperti biasa, syaitan mana pernah
muncul di episod cerita yang pertama.
tapi muncul di episod yang pertengahan,
seterusnya bagaimana kita menghadapi si syaitan itulah
akan mencorak episod terakhir kita,
samada "happily ever after", atau... nauzubillahiminzalik.
berdoalah agar mendapat husnul khatimah.

Syaitan ligat bermain-main di telinga Farhan, membisikkan
kata-kata syahdu.
mengingatkan Farhan pada si ungu.

termenung sendirian.
"eh siapa agaknya ye nama si ungu itu. Dia orang mana ye.
comel sangat!"
fikirannya mula merewang ke angkasa, dipandu gembira oleh syaitan
si durjana.

Mulalah si Farhan mencari-cari,
siapakah gerangan perampas hatinya.


Dunia diganti dengan dunia

Itulah yang terjadi apabila bukanlah Allah
yang diletakkan sebagai paksi hidup di dalam hati.
Apa bezanya seandainya
dunia digantikan kembali dengan dunia?
kekaratan,kejahiliyyah yang lama dibuang,
tapi diambil pula kejahiliyyah yang baru,
untuk menambah lagi kekaratan yang ada.



rosak + Rosak = 2kali rosak
 [kredit]


Kenapa tidak meletakkan Allah di dalam hati,
sedangkan Dia Penguasa atas segalanya?

"Kenapa sedih ni sahabatku, putus cintakah?
rileks la,cinta manusia memang sebegitu.
kadang-kadang bila kita mulai menyintai seseorang,
dan si dia tidak membalas kembali 'ketulusan' hati kita menyintainya,
kita sedih.
bila si dia tidak membalas segala SMS yang kita kirimkan kepadanya,
kita marah.
tapi kau tahu tak, ada Satu ni,
Dia sering memberikan cinta-Nya kepada kita,
Dia sering menaburkan kasih sayang-Nya kepada kita,
kau tahu siapa?
Dialah Allah Subhanallahu wataa'la.
tapi pernahkah kita membalasnya apatah lagi
mensyukuri-Nya?pernah?
tidak malah jauh sekali untuk membalas kembali
segala kasih sayang-Nya.
Tapi pernahkah Allah marah, sedih bila hamba-hamba-Nya
tidak menghiraukan ni'mat-ni'mat-Nya?
tidak.
malah setiap hari,setiap jam,setiap minit,setiap saat,dan setiap detik,
Allah memberikan sahaja kasih sayang-Nya.
Subhanallah.. malu,kan kita sebagai hamba yang dicintai-Nya,
namun langsung tiada apa yang dibuat untuk membalasnya."

[ayat femes inche Badar]

bilamana nama si ungu sudah diketahui,
mulalah si Farhan mencari kelibatnya di laman sesawang Facebook.


tatkala button itu ditekan,
maka bermula kisah noda.

mula-mula memanglah bertanya khabar,
tanya course apa, tinggal dimana.

lama ke lamaan,
"boleh saya nak nombor telefon awak?"
"Saya cintakan awak."
"I love you."

bertepuk tangan-bergembira-berpestalah si syaitan kerana
keterberjayaan mereka menyesatkan seorang lagi anak adam.

Sebegitu mudah melafazkan 'Tiga kata'

Cinta itu bukanlah semudah melafazkan tiga kata.
kita menganggap bahawa itulah sebenar-benarnya cinta,
cinta agung kononnya.
tapi hakikatnya,
cinta itu datang bersama-sama tanggungjawab,
yakni tanggungjawab membahagiakan pasangan kita.
Bukan bahagia di dunia semata,
bahkan sehingga ke akhirat kelak.
Cinta bukan sekadar pemuas nafsu,
tapi adalah menjadi salah satu jalan kebahagian
menggapai redha Illahi.

"Cinta bermaksud, hendak bersamanya di Syurga"

Apa guna cinta yang kita kata 'cinta',
tapi kita melontarkan diri bersama-sama pasangan kita ke
neraka?
apakah itu namanya cinta agung yang kita tinggi-tinggikan darjatnya?

Betapa orang hari ini kononnya menyelit-nyelitkan
nama Allah dan kalimah-kalimah islamik dalam percintaan mereka
untuk menghalalkan hubungan mereka.
Padahal cinta manusia sesama manusia masih lagi ditahap biasa
sekiranya tidak dibumikan cinta kepada Allah dalam
bentuk amalan - [Hilal Asyraf]

betapa dhaifnya cinta manusia.
Syaitan menghias-hias cinta dhaif itu menjadi agung.
tinggi melangit.
"Lautan api sanggup kuredahi."
Mahu merentas neraka bersamakah? - [Hilal Asyraf]









"Aku (burung Hud) dapati dia dan kaumnya menyembah matahari, bukan kepada
Allah; dan setan telah menjadikan terasa indah bagi mereka perbuatan-perbuatan (buruk)
mereka, sehingga menghalangi mereka dari jalan (Allah), maka mereka tidak
mendapat petunjuk."
(Surah An-Naml 27 : 24)


bercintalah kerana Allah (pada yang halal) sehingga ke Syurga!

Rasulullah SAW bersabda kepada seorang lelaki yang
bertanya kepada Baginda bilakah akan tibanya Kiamat,

"Apakah yang telah kamu sediakan untuknya?"

"Aku mencintai Allah dan Rasul-Nya sepenuh jiwaku."

Rasulullah SAW menjawab, "Maka kamu akan bersama dengan orang
yang kamu cintai di akhirat sana."
(Riwayat Bukhari)

Kita seringkali mengkhianati cinta-Nya


Sibuk sungguhkan kita dengan cinta manusia,
acapkali kita terlupa akan cinta Agung-Nya.
begitukah 'layanan' kita kepada-Nya?
Tahukah kita kasih sayang Allah itu sangatlah luas?

"Aku adalah sebagaimana hamba-Ku sangkakan mengenai-Ku,
dan Aku bersamanya ketika mana dia mengingati-Ku.
Sekiranya dia mengingati-Ku di dalam suatu majlis,
maka Aku akan mengingatinya dalam majlis yang lebih mulia lagi.
Sekiranya dia mendekati-Ku sejengkal,
maka Aku akan mendekatinya sedepa.
Sekiranya dia mendekati-Ku sedepa,
maka Aku akan mendekatinya lebih daripada itu.
Sekiranya dia datang mendekati-Ku dalam keadaan berjalan,
maka Aku akan mendekatinya dalam keadaan pantas."
(Hadis riwayat Muslim)

Lihatlah kasih sayang Allah..
Alangkah ruginya seandainya kita memandang tepi sahaja.
Astargfirullahala'zim..
Sesungguhnya cinta itulah yang membawa kita ke Syurga.

:: jangan hanya bisa pandai berbicara,
namun biarlah dibuktikan cinta melalui amalan sehariannya ::


p/s : Maaflah seandainya ada ikhwah akhwat bertanyakan kepadaku soalan,
namun aku tidak mahu menjawabnya,mungkin hanya memberi jawapan umum.
aku risau ketidakfahaman berlaku.nantilah,inshaALLAH suatu hari nanti
korang akan tahu =)

sangat berbeza pandangan manusia dari sudut kecil dan
pandangan manusia dari skop yang sangat luas.
lihatlah bagaimana Nabi Khidir A.S dan mutarrabbinya,
Nabi Musa A.S. carilah ibrah,bukanlah sengaja Nabi Khidir
"jual mahal" kepada Nabi Musa. Wallahua'lam.
aku hanyalah si faqir,
masih tercari-cari diri yang sebenar.


*bonus*
Ombak Rindu yang best daripada Hasbi Feelhoney

tuhan tolong lembutkan hati hamba
untuk mencintaiMu seadanya
kerna ku tak sanggup
kerna ku tak mampu
menghadapi siksa nerakaMU

tuhan aku tahu byk dosaku
hanya ingatkanMu kala dukaku
namun hanya Kamu yg mampu membuka
pintu hatiku untuk cintaMu

Allah..ampunkanlah hambaMu (dosaku)
yang slalu dustakan janjiku
agar kelak ku xkan disiksa
kerna dosa-dosa masa lalu

Allah..jatuh air mataku
dan trus mengalir mengiringi doaku
Allah..Yang mengampuni segala
Dosa2 hamba yang meminta..

Hanya mampu berdoa..
Moga maghfirah (keampunan) tiba nanti..

No comments:

Post a Comment

kencang sikit!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...