Metamorfosis kebaikan

Sunday, January 22, 2012

Cahaya bukan sekadar cahaya

Assalamua'laikum
Salam penuh kerinduan untuk bersama-sama-bergumbira di Syurga nanti.
inshaALLAH.

Pernah tengok/tonton/lihat/nangga video
"Strange voice in Kota Samarahan"?
lately video tu agak femes diperkatakan di Facebook apatah lagi
pihak dunia pun melihatnya sebagai satu fenomena yang aneh,
mungkin kerana sebelum ini fenomena,ataupun kes yang sama juga
pernah berlaku, namun di pelusuk dunia yang berbeza,di Canada,UK mungkin.

video "Strange voice heard across Kota Samarahan".

Ramai yang mula membuat penafsiran sendiri berdasarkan
apa yang mereka dengari,
ada yang mula berkata;
itu merupakan HAARP,
rancangan Ketenteraan Amerika Syarikat,
ada yang berkata bahawa itu dajjal.
ada juga berkata itu Godzilla(?)
dan bermacam lagi persepsi yang bisa membina mind-set,
dan menakut-nakutkan sekalian manusia,
terutamanya bagi mereka yang beriman,
dan mengaku bahawa diri mereka Islam.

Perlukah Ummat Islam takut?


itew tatut. tatut tangat pada Allah


kenapa perlunya ummat Islam takut?
tak perlu.
tapi kenapa ramai ummat Islam yang takut?
takut kerana perancangan mereka yang teliti?
takut kerana persenjataan mereka yang moden lagi canggih?
takut kerana merekalah menguasai dunia sekarang?
sehingga terbinanya mind-set,
akan segala apa yang berlaku, semuanya adalah
kerja pihak 'mereka',pihak zionis,pihak Freemason.
hatta bak kata inche murabbi yang hensem,
"Kain sejadah yang terlipat,then buka tetiba ternampak garisan cross."
"Haaa ni mesti semuanya kerja zionis!kerja Freemason!"
[walaupun sebenarnya si pembuat sejadah tu tiada kaitan apa-apapun]
kita benar-benar yakin dan percaya,
bahawa pelindung orang kafir adalah toghut.
HANYALAH TOGHUT.
Sedangkan kita ummat Islam,
ada Allah.


"Allah pelindung orang yang beriman. Dia mengeluarkan mereka daripada
kegelapan kepada cahaya(iman). Dan orang-orang yang kafir, pelindung-pelindungnya
adalah setan, yang mengeluarkan mereka dari cahaya kepada kegelapan.
Mereka adalah penghuni neraka. Mereka kekal di dalamnya."
(Surah Al-Baqarah 2 : 257)


Allah merupakan pelindung kepada ummat.
An-Nur itu,
cahaya bukan sekadar cahaya.
tapi cahayanya meniti kembali mendekati keimanan yang sebenar.
kembali kepada hakikat yang sebenar,
yakni kembali kepada Al-Khaliq.
Pelindung kepada sekalian penciptaan-Nya.

tidak kesahlah betapa
telitinya perancangan mereka,
betapa dahsyatnya senjata mereka,
tidak kiralah betapa ramainya jumlah mereka,
di sisi Allah,
mereka adalah sangat-sangat-sangat lemah.
ye.
Sangat-sangat-sangat lemah.
kerana Allah sentiasa bersama-sama mereka yang menegakkan yang hak.


"Dan sungguh, mereka telah membuat tipu daya padahal Allah
(mengetahui dan akan membalas) tipu daya mereka. Dan sesungguhnya
tipu daya mereka tidak mampu melenyapkan gunung."
(Surah Ibrahim 14 : 46)



Berharap sahajakah?

kerana kita yakin sangat bahawa bantuan Allah pasti dan
pasti akan tiba,
adakah kita akan terus duduk-goyang-kaki-baca-surat-khabar
sahajakah?
itukah caranya?

aku bagi situasi,
esok Malaysia akan bertemu dengan Arsenal FC
di final European Champions league.
dan keputusannya adalah; 

Malaysia 0 - 24 Arsenal

jadi, adakah dengan kekalahan
Malaysia di tangan Arsenal,
gara-gara bantuan Allah tidak sampai kepada pasukan Malaysia?
Allah tidak membantu pasukan Malaysiakah?
tidak.
tidak sama sekali.



"Sungguh, tuhanmu (adalah) Allah yang menciptakan langit dan bumi 
dalam enam masa, lalu Dia bersemayam di atas Árasy. Dia menutupkan malam
kepada siang yang mengikutinya dengan cepat. (Dia ciptakan)
matahari, bulan dan bintang-bintang tunduk kepada perintah-Nya.
Ingatlah! Segala penciptaan dan urusan menjadi hak-Nya.
Mahasuci Allah, Tuhan seluruh alam."
(Surah Al-A'raf 7 : 54)


aurora. subhanallah.


Allah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa.
di sini bukanlah menunjukkan bahawa Allah itu mempunyai
kekurangan sebagai Maha Pencipta,
memerlukan 6 masa untuk menyiapkan langit dan bumi.
TIDAK!
sesekali tidak!
bahkan Allah bisa sahaja menciptakan dalam sekelip mata.
tapi Allah sengaja ingin mengajarkan kepada manusia,
bahawa setiap-segala apa yang berlaku di dunia ini,
memerlukan proses.
itulah sunnatullah.
Allah telah menciptakan dengan cantik sunnatullah
di dunia ini.

hendak berjaya dalam pelajaran, 
maka belajarlah.
hendak kaya,
maka bekerjalah.
hendak islam kembali bangkit,
maka bermulalah dari sekarang!
dan berdoalah kepada Allah,
kerana;

:: Al-hak yang tidak tersusun akan dapat dikalahkan oleh kebatilan yang tersusun ::


kita berusaha, merancang, Allah yang menentukan.
kerana Dia Maha  Mengetahui.
subhanallah~

Antara jalannya ada aku rungkaikan sedikit di dalam ;

wallahua'lam.

2 comments:

  1. waallahua'lam.
    sesungguhnya segala ilmu ada dlm pengetahuan Allah.
    mungkin percaya,
    tapi ianya tidaklah sampai satu tahap aku perlu takut.
    mungkin takut,tapi "ketakutan" itu disalurkan dalam satu
    jalan utk mengatasi kembali "ketakutan" itu.

    dan kita jua tahu,kan
    pihak zionis xkan pernah berhenti selagi
    kita tidak iktiraf 'keberadaan' mereka.
    wallahua'lam.

    ReplyDelete

kencang sikit!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...