Metamorfosis kebaikan

Monday, January 30, 2012

Nak jadi sangat super saiyan?

Assalamua'laikum.

sibuk.
alhamdulillah, masa yang dikurniakan cuba untuk
dimanfaatkan.

taknak cakap apa-apa,
cuma nak bagi analogi mudah.


******

"Pakcik Hokage, pakcik sebenarnya dah buat salah ni.. actually nak buat Oedama Rasengan
 bukan macam tu, tapi macam ni.." Kata Naruto, cuba menegur walaupun dia hanyalah berpangkat Chuunin.



comel naruto ni.hee


"Ahhh! engkau siapa?! lihatlah diri kau tu,cermin diri! siapa kau nak tegur aku? kau tu cuma
orang bawahan, aku ni lagi hebat daripada engkau, lagi high-leveled ninja!" Gertak Hokage dengan nada menghina.

Hokage dengan bangganya, mencuba jurus Oedema Rasengan di hadapan Naruto.

"KEBABOOOM!!"

habis meletup, terpelanting jauh si Hokage. Naruto terkejut.

perlahan-lahan si Naruto menghampiri Hokage ke-5, dan memapahnya.

setitik demi setitik darah Hokage menitis. Naruto mengelap luka-luka itu dengan bajunya.

Dengan lembut Naruto berkata, " hampir sempurna jurus Oedema Rasengan tu, cuma tuan Hokage
perlu perbaiki sedikit sahaja lagi. Erm inshaALLAH saya boleh ajarkan."

tertunduk kaku. lidahnya terkelu, tidak mampu berkata apa-apa. Malu dengan sikap angkuhnya,
dirinya juga akhirnya binasa.

"Baiklah Naruto, nanti ajarkan pakcik ye."


******

Memang, tidak dapat dinafikan,
dalam setiap perkara, pasti akan adanya
proses "peningkatan".

dalam proses pembelajaran.
bila dah lepas UPSR, kita akan naik ke sekolah menengah pula dan
akan menduduki peperiksaan PMR dan seterusnya SPM.
seandainya pelajar tidak beralih daripada tingkat yang mereka duduki,
walaupun dalam setiap exam yang mereka duduki(respectively),
memang 100% mereka score,
tapi tahap pemikiran mereka akan hanyalah rigid ditakuk lama.
tetap dalam kefahaman yang sama.

andai sekolah rendah tu,
tetaplah dengan mata pelajaran yang sama


aahh 1+1=3,apakah?

andai di sekolah menengah pula,


Mathophobia.hehe ade ke penyakit ni?sebab aku rasa aku menghidapinya.ngeh3.

jadi tetaplah ke akhir hayat mereka pelajari perkara yang sama.

Penting "proses peningkatan"


Pentingnya proses ini kerana kefahaman yang
baru akan dapat dibina.
bukannya fahaman baru yang direka-cipta,
tapi fahaman baru yang bersesuaian dengan tahap pencapaian kefahaman
mereka di peringkat lepas.

seandainya result SPM mereka gempak,
mungkin mereka akan melanjutkan pelajaran mereka ke Oxford , Harvard ataupun
Massachussets University dalam bidang mungkin bidang Medical, or else Engineering.

tapi seandainya result SPM mereka so-so sahaja,
mungkin mereka hanya ke kos yang tidak perlu susah-susah.
bersesuaian dengan kemampuan mereka.
*statistik atas kertas sahaja.
aku taknak tulis kos apa,takut segelintir akan terasa.
[hakikatnya Allah lah pemilik rezeki,kan? bukan kos. huhuhu]

begitulah sunnah dunia sekarang.

begitu jua di dalam proses pentarbiyyahan.
tidak mahu menulis panjang,
cuma hanya ingin menekankan kefahaman,
bahawa apabila di"level-up"kan.

[HAHA apekebendelah term yang aku guna hari ni.]

bila sudah jadi Super Saiya 2 ke, 3 ke 4 ke 5.
bukan bermaksud hidung kita makin tinggi,
makin hebat ego kita,
tapi sepatutnya makin hebat hubungan kita dengan Allah.
sebab tu,
makin tinggi, makin bertambahlah mutabaáh amalnya.
mungkin dahulunya, kita hanya baca Al-qurán 4 muka surat sehari,
tapi bila sudah 'matang',
mungkin sehari setengah juzu',mungkin juga 1 juzu' tidakpun 2 juzu' sehari.
begitu jua dengan amalan-amalan lainnya.
Solat sunnat,
Qiamullail,
usrah,
Riadhah dan bermacam lagi.
Agar hati yang terdidik, mudah menempis segala
bisik buruk si syaitan untuk melaga-laga hati yang
sentiasa berbolak balik.



nostalgia zaman hingusan


super saiyan 4. my pebret. huhu

Menjadi super saiyan,
tidak bermakna kitalah paling hebat.
gah di sana sini.
bukan,
tapi hakikatnya adalah
makin bertambah beratlah tanggungjawab yang
bakal kita pikul untuk ummah.
[bukan bermaksud "berat" itu suatu beban buat kita ye]

:: Jangan kita hanya berbangga-bangga dengan "Jersi Juara" yang kita sarungkan,
tapi skill remeh menendang bola pun kita tak reti, apa guna? ::

Orang biasa tidak layak menegur kita, betulkah?
tidak.
namun ramai dikalangan kita berpersepsi sebegitu.

"eh kau siapa nak tegur aku?"

ada,kah?
seandainya ada,mari kita bermuhasabah.
Sedangkan ilmu itu hak milik kekal Allah,
apa yang kita punya hanyalah pinjaman cuma,
dikurniakan agar kita memanfaatkan untuk ummah semua.
jadi,perlukah kita berbangga-riak-sumáh?
dengan barang pinjaman pulak tu,hesh malu lah kita,kan.

Semua orang punyai kelebihan masing-masing,
dan alangkah baiknya jika kita berhusno dzon kepada semua.
Seperti apa yang Sheikh Abdul Kadir Jailani gariskan ;;



Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu;
"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku."


                                Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah dalam hatimu;
"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku."


                               Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah dalam hatimu;
"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."


                    Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah dalam hatimu;
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."


                Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah dalam hatimu;


"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya. Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."

sudah menjadi sunnatullah,
semakin hebat kita di sisi Allah,
semakin tinggi ujian-Nya.
kita nak cakap kita ni beriman?sedangkan kita belum lagi di uji?
pergh! low-quality-iman [siapa aku nak judge ni.haha].
ramai je yang dah lama dalam tarbiyyah,
tapi bila Allah uji, ramai yang mula berpaling meninggalkan.
tengoklah, makin power Goku,makin power pula musuhnya.
Piccolo la, Fleeza la, Majin Buu macam-macam lagi.
orang jepung pun tahu.


"Do the people think that they will be left to say, "Aku beriman" sedangkan 
mereka belum lagi diuji?"
(Surah Al-Ankabuut 29 : 2)


siapa kita untuk menjamin ketaat-setiaan-keberkekalan kita dalam tarbiyyah ini
melainkan Allah?

Yaa Muqallibal Qulub tsabit Qulubana a'la dinik walaa thoa'ti'
Pesanan penaja ini adalah untuk diri aku sendiri,
dan korang semua.
aku cintakan korang semua kerana Allah,
sebab itu aku menulis.
hemo3.hehehe.

:: Jom jadi SuperHero untuk selamatkan Ummah ::

p/s : Alhamdulillah, smpat berjumpa dengan adik-adik di Maahad. tak sangka gua da bertukar tempat.
hehe.

 kelas yang penuh nostalgia

ngeh3.kecintaan betul.
bersama-sama,pandang kiri-kanan-belakang-atas-depan-bawah,
semua orang sefikrah.subhanallah.hati rasa macam taknak balik
je semalam.Ramai betul "ruh-ruh" yang baru penyelamat Ummah. hee <3


berkatalah Vegeta kepada Kakarot;

:: Apa guna segala kekuatan yang kau ada tapi tidak melaksanakan tanggungjawab? ::

2 comments:

kencang sikit!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...