"Awak... awak tahu,kan saya sayangkan awak, cintakan awak, kasihkan awak..."
"saya sanggup korbankan segalanya pada awak.." air matanya mulai bertakung. Nadanya ikhlas tulus dari
hatinya.
"Saya tak sanggup hidup tanpa awak..." menggeletar suaranya. setitik demi setitik air matanya mengalir
membasahi pipi. Hilal sedaya upaya menahan, agar suara sedihnya, sedunya tidak di dengari Ain melalui corong telefonnya.
"saya ingin menjadi yang halal buat awak, saya ingin menjaga awak sebaik-baiknya, Ain.
Saya ingin menjadi imam buat anak-anak awak, saya ingin menjadi suami awak yang soleh,
membimbing kita bersama ke arah redha-Nya... "
"Ain... saya sayangkan awak... "
telefonnya dijauhkan, air matanya dan hidungnya dilap. Tidak mahu diketahui Ain.
Ego lelaki barangkali.
"Kau tipu!!" bentak Ain. Halil terkejut , terdiam.
"Apa yang kau cakap semua itu adalah tipu! dusta semata-mata!!" Marah Ain.
"Ain...." Hilal cuba menenangkan Ain.
"Ahh.. Ooo, sampai sekarang ni pun kau masih nak tipu aku?" jelas kedengaran suara
marah Ain.
I-do-love u cornetto. hehe
[kredit]
"Dulu kau dah tipu aku, sekarang ni pun nak tipu aku lagi?
Ehh sedarlah diri kau tu sikit, Hilal!"
Hilal tergamam. tertunduk sedalam-dalamnya. Tidak menyangka bahawa segala
luahan hatinya ditemplak,sebegitu. Sedangkan bukanlah mulutnya yang berbicara,
akalnya yang berkata, tetapi hatinya yang ikhlas menyintai Ain bermadah segala.
Hilal cuba menerangkan segalanya, tapi telinga Ain seumpama telah tersumbat,
tidak dapat mendengar sepatah apatah lagi menerima hati Hilal.
Sebentar tadi, hati Hilal selembut sutera, namun sekarang menjadi sekeras waja.
"Terpulanglah pada Ain, nak terima atau tidak. Mungkin kata-kata aku tadi
pun tipu juga,kan?hahaha" Hilal menyembunyikan hatinya. Ego lelaki, tidak mahu kalah
kepada wanita. Dalam masa yang sama, Hilal menahan sebaknya sedalam-dalamnya.
"Aku rasa sudah tiada apa-apa lagi untuk diperkatakan,kan?" tanya Hilal,dengan nada
lemah.
"Dahlah si penipu, lets end up our conversation" ujar Ain.
"okay.Assalamua'lakum." Sehabis sahaja memberi salam,Hilal segera menekan button merah,
agar tidak lagi mendengar suara Ain menjawab salamnya dengan suara yang amat
menyakitkan hati.
Hensetnya dicampak jauh-jauh. Hilal duduk di atas katilnya, memeluk kakinya erat-erat.
menangis.Air matanya bercurahan jatuh...
*****
Assalamua'laikum dan salam kecintaan buat semua.
hee alhamdulillah Allah masih kurniakan aku kekuatan untuk menulis,
menyampaikan butir-butir mutiara daripada Allah.inshaALLAH
mudah-mudahan Allah memelihara hatiku ini.
Pernahkah Allah menafikan cinta kita?
Pernahkah Allah menafikan cinta hamba-Nya kepada-Nya?
Pernahkah Allah menafikan keikhlasan hamba-Nya yang menangis kepada-Nya?
Pernahkah Allah mengambarkan kepada seorang hamba sebagai penipu
tatkala hatinya tulus merintih mendamba kasih suci daripada-Nya?
tidak pernah.
dan sesekali tidak.
Lihatlah betapa besarnya cinta Allah kepada kita.
setiap nafas yang dihela,
setiap celikan mata,
setiap degupan jantung,
setiap kejayaan yang engkau peroleh,
setiap kasih sayang keluargamu,
setiap langkahmu,
setiap hartamu,
Subhanallah, betapa besarnya ni'mat Allah kepada kita.
betapa sayangnya Allah kepada kita.
biarpun kecil amalan kita, ianya tetap dicatitkan sebagai suatu kebaikan.
*pejam mata sebentar.tenang.tenang.tenang.berdzikir.dan tarik nafas dalam-dalam*
Buka mata kembali,
dan lihatlah keliling.
apa yang kita rasa?
Manisnya cinta Allah,kan?
subhanallah.
beruntunglah sekiranya kita masih mampu merasakan sebegitu.
itulah kemanisan iman.
Halawatul iman.
terasa Allah sentiasa bersama kita.[Ma'iyatullah]
Setiap ibadah yang dilakukan, terasa Allah sangat
dekat kepada kita.
hati berdebar-bergetar tatkala mendengar ayat-ayat cinta-Nya.
Jiwa merindui untuk sujud kepada-Nya.
Setiap langkah diiringi dzikir memuji Allah.
alangkah indahnya bernafas dalam jiwa hamba!
"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu (Muhammad)
tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan
orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku.
Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah)-Ku dan beriman
kepada-Ku, agar mereka peroleh kebenaran."
(surah Al-Baqarah 2 : 186)
Nilaian iman itu yang menjadi indikator,
betapa dekatnya Allah dalam hati kita.
betapa dalamnya cinta kita kepada Allah.
tapi kenapa kita pula menafikan cinta agung-Nya?
tapi kenapa kita pula menafikan cinta agung-Nya?
setiap nafas yang dihela,
setiap celikan mata,
setiap degupan jantung,
setiap kejayaan yang engkau peroleh,
setiap kasih sayang keluargamu,
setiap langkahmu,
setiap hartamu,
pernahkah kita gunakan untuk mendekati-Nya apatah lagi
mensyukuri segala ni'mat-Nya?
setiap nafas yang kita hela, apa yang kita sudah manfaatkan?
setiap celikan mata, apa yang sudah kita lihat?
setiap degupan jantung, apa yang sudah kita korbankan?
setiap kejayaan yang diperoleh, berapa banyak ilmu yang mendekatkan diri kita kepada Allah?
setiap kasih sayang keluarga kita, sudahkah kita membawa mereka bersama mengenali-Nya?
setiap langkah kita, ke mana sudah kita pergi?
setiap harta kita, ke mana sudah kita salurkan?
*tepuk dada, tanya iman*
Jom mendekatkan diri kepada Allah.
kita hanya bergerak selangkah, seribu langkah Allah menghampiri kita.
kita bergerak berjalan, Allah mendekati kita dengan keadaan pantas.
lihatlah, betapa Allah mencintai kita.
jangan lengah,risau-risau nanti peluang itu benar-benar hilang
di kala dihimpit kematian dan Hari Pengakhiran.
masih tidak terlambat lagi. =)
Allah Maha Pengampun
mensyukuri segala ni'mat-Nya?
setiap nafas yang kita hela, apa yang kita sudah manfaatkan?
setiap celikan mata, apa yang sudah kita lihat?
setiap degupan jantung, apa yang sudah kita korbankan?
setiap kejayaan yang diperoleh, berapa banyak ilmu yang mendekatkan diri kita kepada Allah?
setiap kasih sayang keluarga kita, sudahkah kita membawa mereka bersama mengenali-Nya?
setiap langkah kita, ke mana sudah kita pergi?
setiap harta kita, ke mana sudah kita salurkan?
*tepuk dada, tanya iman*
Jom mendekatkan diri kepada Allah.
kita hanya bergerak selangkah, seribu langkah Allah menghampiri kita.
kita bergerak berjalan, Allah mendekati kita dengan keadaan pantas.
lihatlah, betapa Allah mencintai kita.
jangan lengah,risau-risau nanti peluang itu benar-benar hilang
di kala dihimpit kematian dan Hari Pengakhiran.
masih tidak terlambat lagi. =)
Allah Maha Pengampun
Lihatlah, betapa Hilal berkata kepada Ain untuk meyakinkan
Ain betapa dia sudah berubah[kononnyalah],
betapa banyaknya air matanya mencurah-curah,
Ain tetap membenci Hilal.
[maaf ini sahaja contoh yang aku ada,yela mana taknya,buka TV sahaja,
cerita-cerita berunsur sebegini yang ada.sebab tu aku lebih meminati 551,552,553,701,
616 dan 811-817.hehehe.Kanak-kanak,tak baik ye mencontohi apa yang diceritakan di atas.
tamo tamo tau.]
Allah jauh sekali bersifat sebegitu.
walau bagaimanapun hamba-Nya bermaksiat kepada-Nya,
walau betapa banyak,
walau betapa berat,
namun seandainya hamba-Nya ikhlas bertaubat,
pasti Allah akan mengampuninya.
Malah Allah akan mencintai mereka-mereka yang bertaubat
dan mensucikan diri.
Allahuakbar, begitu indah layanan Allah pada kita..
Ain betapa dia sudah berubah[kononnyalah],
betapa banyaknya air matanya mencurah-curah,
Ain tetap membenci Hilal.
[maaf ini sahaja contoh yang aku ada,yela mana taknya,buka TV sahaja,
cerita-cerita berunsur sebegini yang ada.sebab tu aku lebih meminati 551,552,553,701,
616 dan 811-817.hehehe.Kanak-kanak,tak baik ye mencontohi apa yang diceritakan di atas.
tamo tamo tau.]
Allah jauh sekali bersifat sebegitu.
walau bagaimanapun hamba-Nya bermaksiat kepada-Nya,
walau betapa banyak,
walau betapa berat,
namun seandainya hamba-Nya ikhlas bertaubat,
pasti Allah akan mengampuninya.
Malah Allah akan mencintai mereka-mereka yang bertaubat
dan mensucikan diri.
Allahuakbar, begitu indah layanan Allah pada kita..
... Sungguh, Allah menyukai orang yang bertaubat dan
menyukai orang yang menyucikan diri.
[surah al-baqarah 2 : 222]
:: Allah tidak pernah jauh daripadamu ::
p/s : Daurah ataupun Ketua fesi program "I love Rasulullah"?heee T.T
baru nak main-main-dengan-budak-comel-gigit-pipi-telinga-sambil-pengisian.
takpelah.
jalan-jalan-kat-fesbuk-terkejut-tengok-gambar-ni.
Nizzal and Enciknombor8
inshaALLAH,andai ada masa, aku cuba menulis, namun aku mungkin tak mampu
menyampaikan ruh-ruh yang disampaikan oleh Dr.Mahmoud Ezzat dan Dr.Sheikh Jumaáh Amin.
Allahuakbar,taktahu nak cakap macamana,
aku lihat ada yang mengalirkan air mata,
bukan kerana sedih,
tapi kerana merasakan ruh-ruh,
ruh mereka berjuang atas iman.
subhanallah.
Aku cuba petik sekuntum bunga daripada taman-taman yang dihiasi Sheikh Jumaáh Amin.
Sewaktu berlakunya demonstrasi di Tahrir Square,
para akhwat diminta untuk meninggalkan tempat demonstrasi
dan balik ke tempat tinggal masing-masing,
kerana risau tindakan kejam daripada rejim Mubarak.
Seorang akhwat menelefon Sheikh Jumaáh,
[lebih kurang begini]
dan bertanya;
"Adakah semua ujian Allah apabila ia turun
buat rijal-rijal(lelaki) sahaja dan tidak kepada wanita?"
"tidak,kami berkasihan belas kepada antum. Dan apabila bala
Allah itu turun, sudah tentulah ia turun kepada lelaki dan wanita."
Maka ukhti ini menjawab; "kalau begitu, kami tidak akan meninggalkan
medan ini walaupun kami hancur tubuh badan kami di sini."
Allahuakbar.
Tarbiyyah melahirkan insan rabbani,
bukan hanya rijal,malah akhwat.
yang sentiasa bersedia berkorban diri,harta,masa dan jiwa.
buat mereka yang tiada berkesempatan,link ceramah
beliau ada di bawah =)
[ceramah Dr.Sheikh Jumaáh Amin]
Dr. Sheikh Jumaáh Amin baca doa Rabitah
[kredit]
ni power thap giga :)
ReplyDeleteerk.
Delete