Metamorfosis kebaikan

Tuesday, June 28, 2011

luka terbalut.:')

Alhamdulillah,setelah sebulan setengah terluka,akhirnya ada yang sudi hadir membaluti luka-lukaku.Subhanallah,indahnya.berbunga-bunga rasanya hati ini.Ingatkan tiada lagi siapa yang peduli akan diri ini.tapi,ya Allah,hanya Allah sahaja yang dapat mengetahui betapa bahagianya aku.

Sebaik sahaja aku masuk ke sebuah kelas di Sekolah Al-Amin Bangi,mataku tertumpu kepada sebuah senyuman,senyuman yang amat kurindui.Senyuman naqib usrahku yang dahulu.Subhanallah.

Tenangnya hatiku dibuai enak kata-kata tarbiyyah.

Apatah lagi naqibku bercerita tentang surah Ad-Dhuha.tentang kenapa Allah turunkan

Surah itu kepada baginda Rasulullah.


“[1]
Demi waktu dhuha,
[2]
Dan malam apabila ia sunyi-sepi -
[3]
(Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu, dan Ia tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik).
[4]
Dan sesungguhnya kesudahan keaadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya.
[5]
Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau reda – berpuas hati.
[6]
Bukankah dia mendapati engkau yatim piatu, lalu la memberikan perlindungan?
[7]
Dan didapatiNya engkau mencari-cari (jalan yang benar), lalu Ia memberikan hidayah petunjuk (dengan wahyu – Al-Quran)?
[8]
Dan didapatiNya engkau miskin, lalu Ia memberikan kekayaan?
[9]
Oleh itu, adapun anak yatim maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya,
[10]
Adapun orang yang meminta (bantuan pimpinan) maka janganlah engkau tengking herdik;
[11]
Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya.

Surah indah ini diwahyukan kepada Rasulullah dikala Rasulullah dalam kelukaan.

Dikala dirinya diherdik,dicaci,dihina kerana

Tiadanya turun wahyu diperiode itu.

Turunnya surah ini member sinaran kegembiraan kepada baginda,lantas menghapuskan

Dukacitanya.

Ohh.indahnya.

Aku yang membaca terjemahannya,terasa seakan-akan surah ini ditujukan kepadaku.

Diriku kembali membara atas panji da’wah.

Apa kukesah akan hinaan orang,apa kukesah orang gelarku “jumud”,apa kukesah orang menfitnahku.

Sudah menjadi sunnah orang berjuang,bukan sahaja ditentang oleh orang kafir musyrik,

Malahan orang islam sendiri.

Manusia,sentiasa di dalam kekhilafan.

Tapi,kata-kata kau tidak bisa meruntuhkan jiwa-jiwa pejuang.

Pejuang bukan kerana bangsa,bukan jua kerana ingin berdirinya sebuah daulah,

Tapi pejuang atas kalimah Tauhid.Kalimah “Laa ilaha illallah”.dilihat simple,namun apakah kau menghayati?

Antara jahiliyyah dan yang haq tidak akan selama-lamanya ada jalan tengah.

Jalan tengah ciptaan manusia.tempelan ideology manusia kepada Islam deenul Haq.

Kerana yang jahiliyyah itu daripada al-Hawa,dan yang haq itu daripada Allah.

Berbeza,kan?namun apakah engkau melihat?

Engkau mempunyai kuasa dalam sesebuah organisasi,kenapa engkau yang berfikrah tidak menyampaikan?

Ohh.mungkin engkau sudah biasa.

Waqi’ yang sedang engkau bejuang adalah waqi’ yang sangat cantik.

Penuh dengan bi’ah solehah.

Tapi kenapa engkau serapkan kejahiliyyahan?

Kesian.kesian.kesian.

Kesian ku kepada si penerima.

Tidak apa. Aku masuk kembali biar tiada siapa yang tahu.

Kita sering teruji dengan khayalan orang yang ikhlas,kan.

Ikhlas dan “ikhlas”.

Ada yang “ikhlas” kerana dia berkepentingan.

Ada yang “ikhlas” kerana ingin mendapat nama.

Ada yang “ikhlas” kerana inginkan pujian.

Ikhlaslah.

Bukanlah menjadi tabiat sesebuah program Islam yang disulam noda.

Kenapa menggunakan “nama” yang begitu “indah” untuk menyampaikan agenda?

Agenda menjatuhkan akhlak sebenar-benar manusia.

Ohh aku tertipu.

Moral dan akhlak yang baik itu tidak akan dapat tegak melainkan di atas asas aqidah.

Mudah,kan formulanya?

Namun kenapa aku tidak melihatnya?malahan berlakunya syirik!

Apatahlagi ikhtilat.sayu diriku.

Ohh aku terpedaya.

Janganlah kau jadikan ayat al-Quran sebagai peng”indah” yang busuk.

Penglipur lara.

“Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! “ (surah As-Saff :2 )

Hebat kau berkata-kata namun kenapa tidak terzahir?

Betapa berjayanya ghazwatul fikr sampai tidak menyedarinya.

Sampai dipertahankannya.sampai digelar “jumud”.

“Cantik,kan”?

“Bahkan Kami lemparkan kebenaran di atas kebatilan itu lalu dipecahkannya.Tiba-tiba yang batil itu lenyap”

(Surah al-Anbiya’21:18)

Setelah selesai berusrah di Al-Amin,kami bergerak ke SMKA MAAHAD HAMIDIAH pula untuk liqo’ seterusnya.

Sampai sahaja di Masjid, aku terkejut. Terkejut kerana banyak kereta “berlogo”.

Ahh! “mereka” dah masuk sekolahku!

Sampai lalu tidak beri salam pada kami.

Takpelah.tenang aku mendengar kata-kata naqibku.seolah-olah

Soalan yang selama ini telah ada jawapannya.

“bila antara dua,antara ikhwah dan “ikhwah” bertembung,berdebat tentang fikrah,

Siapa paling berkuasa antara dua tu?”

“eh?siapa paling berkuasa? “ benakku terkesima.

“ntahlah akhi. Ana tak tahu.”

“Syaitan” jawab naqibku.senyum.

“Syaitan tidak akan berhenti mentasyniqkan hati-hati ikhwah,mencucuk-cucuk hati menimbulkan prasangka pelbagai”

“seandainya berlaku,berbaik sangkalah. Tapi kita tetap dengan apa yang kita imani, dengan

Apa yang kita perjuangkan “

Subhanallah. Patutlah aku asyik nak menyalahkan yang “lain” sahaja.aku kira aku betul.

Rupa-rupanya syaitan lompat bergembira atas kekalahanku.

Astargfirullahala’zim.

Khilafku.harap dimaafkan.

p/s: segala teguran adalah untuk diri sendiri yang sentiasa alpa.maaf bagi yang terasa.

Hamba hanya hamba yang hina dina.

No comments:

Post a Comment

kencang sikit!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...