“Ding Dong”
“Para penumpang diharap dapat memberi laluan kepada penumpang yang di dalam tren untuk keluar”
Suara operator KTM kedengaran di speaker di suatu sudut di hujung sana. Suaranya seumpama suatu suara seruan jihad, membangkitkan semua dari tempat duduk, berdiri tegak di belakang garisan kuning, seolah-olah bersedia untuk berperang. Tapi itu semua mungkin berlaku di zamun junjungan mulia,Rasulullah dan zaman para sahabat. Mana mungkin bisa berulangnya kembali seperti generasi yang unik itu di zaman kini. Kerana penyakit “wahhan” bercambah subur di hati manusia-manusia yang mengaku dirinya islam.inginku ungkap sedikit daripada al-Muntalaq;
“Memang benar.. mereka itu orang islam,tetapi,mereka telah karam di dalam maksiat dan darjat iman menjunam ke taraf yang paling rendah.. jauh sekali dari tahap mulia” (al-Muntalaq)
Terkena batang hidung sendiri.
“shrinnkk”
KTM berhenti tepat-tepat di depanku. Aku bangun sambil menepuk sedikit bahagian belakangku,risau ada kekotoran yang melekat. Beg kusandang,buku al-Muntalaq aku genggam erat-erat. Setelah semua penumpang masuk,barulah aku mulakan langkahku. Dingin air-cond sedikit terasa,dilihat semua tempat duduk telah ada yang punya. Di hujung bahagian coach depan, ada ruang berdiri.
“agak selesa rasanya untuk berdiri di situ sambil membaca. tak ramai orang. Taklah mengganggu orang lain,kan” bisikku.
Aku perlahan-lahan menyusuri laluan antara dua tempat duduk.kulihat pelbagai peringkat umur ada, pelbagai jenis bangsa ada, ada pemuda tegap berbaju kemeja, pakcik makcik , pelajar sekolah. 1 Malaysia lah katakana. 1 Ummah lagi indah. Dan aku terus menanti saat itu. Subhanallah.
……………………………………………………………………………
“Bank Negara”
“Bank Negara”
Suara itu benar-benar menyadarkanku daripada kekhusyukkanku menelaah al-Muntalaq.
Berpusu-pusu penumpang keluar. Macam tidak sabar. Mungkin ada masalah kot. Macam biasa, aku sentiasa jadi yang terakhir. Tidak tahu kenapa, aku telah dididik oleh ayahku sebegini. Jadi pelindung. Samalah sewaktu aku daki gunung, di Gua Niah, tak kiralah di mana, tapi aku suka berada di belakang. Menjaga dan melindungi yang lemah. Sampai sudah menjadi tabiat aku seharian.
Jalan.melangkah.menaiki tangga.
Kiri ke kanan mata meliar. Mencari dua susuk tubuh, Haris dan Nizzal namun tiada kelihatan.
“hmm.alhamdulillah.asalkan aku yang menunggu bukan diorang yang menunggu.” Sambil tersenyum.
Pusing-pusing.ronda-ronda.letih.
“mana ni diorang?”
Bangku yang berada di depan kaunter tiket seolah memanggil-manggilku untuk menemaninya. Ahh,aku tewas dengan godaannya. Mungkin sebab aku dah penat berdiri agaknya.
subhanallah.ni’matnya duduk” mukaku lega. Kulihat jam;
“hmm,agaknya tren delay kot.” Dah jadi macam flight pula. Bersangka baik, bak kata bekas naqibku, seandainya kita nak bersangka buruk pada seseorang,kita kena bersangka baik sebanyak 70 kali. Seandainya sudah 70 kali, namun masih bersangka buruk, tak lain maknanya melainkan hati kita sendiri bermasalah. Subhanallah,indahnya.
Buku putih al-Muntalaq kembali aku keluarkan daripada beg. Sambil menyuap roti blueberry yang baru sahaja dibeli, tiap bait kata-katanya aku hadam. Semakin banyak yang aku baca, semakin cerah. Seumpama bilik yang gelap, disinari dengan cahaya mentari. Fikrah aku mula memahami selok belok penyelewengan;
“Itulah cara dan taktik mereka. Taktik-taktik kotor, memerangi masjid dengan ballroom, menggantikan isteri-isteri dengan pelacur-pelacur, menyerang akidah menggunakan professor-professor ‘free-thinker’ dan menewaskan seni wira dengan seni hedonism. Melalui pendidikan ini, mereka telah Berjaya mengubah helang rajawali menjadi burung puyuh…” (al-Muntalaq)
Sesekali kepala aku donggakkan, mencari kelibat sahabat.
Tunduk.
Donggakkan sekali lagi, tetiba mataku terfokus kepada satu senyuman.
“Nizzal! Haris!” kataku.alhamdulillah tiada apa-apa yang berlaku pada mereka.
Bangunku meluru pada mereka,bersalam ukhuwwahfillah style.peluk.laga-laga pipi.
No comments:
Post a Comment