Berilmu bukannya untuk riak,
Bukan jua untuk dibangga-banggakan,
Bukan juga untuk merasakan diri gah di hadapan
Sekalian manusia,
Namun bukanlah aku ingin menjadi seorang a’bid,
Yang hanya tunduk patuh tanpa pengatahuan,
Tapi aku ingin menjadi a’lim dalam gerak amalanku.
Bukanlah orang yang baik itu semata-mata
Hanya beriman kepada Allah dan Hari Kiamat.
itu tidak cukup.
Sehinggalah ditambah ciri lain,
Yakni amar makruf dan nahi mungkar.
“Mereka beriman kepada Allah dan Hari kemudian dan menyuruh dengan
Ma’ruf dan melarang mungkar , bersegera mengerjakan kebaikan dan
Mereka itu termasuk orang-orang yang soleh.”
(surah ‘Ali Imran 3 : 114 )
DAKWAH.
Masakan dakwah bisa disampaikan andai tidak punya
Ilmu?
Dan apakah dakwah bisa dijelaskan pabila
Orang yang berilmu senyap dengan ilmunya?
Seandainya dikau menghayati sebenar-benar
Syahadah yang engkau imani.
Kau akan memahami.
Kenapa seorang daié tetap dengan usahanya walau masyarakat
Tidak menerima seruannya.
Kenapa seorang daie sanggup berpedih hati
Walaupun tahu akan segala kata-katanya
Akan dibenci si telinga pendengar.
Kerana syahadah yang kau miliki merupakan kontrak engkau
Dengan yang Maha Esa.
Apakah engkau sudah lupa?
Bukankah al-Haq itu tidak akan tertegak dengan amalan peribadimu?
Butalah engkau seandainya menyangka cukup dengan
Tiap tahajjudmu di malam hari,
Tiap titis air matamu di dalam doa,
Islam akan bangkit kembali?
Itu bukan sunnatullahnya sahabat.
Malah dunia akan terus porak peranda.
Tiada lagi yang ingin menyeru kepada kebaikan
Demi redha Allah.
“Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisik-bisikan mereka, kecuali
(bisik-bisikan) orang yang menyuruh bersedekah, atau berbuat kebaikan,
Atau mendamaikan di antara manusia. Dan sesiapa yang berbuat
Demikian dengan maksud mencari redha Allah, tentulah kami akan member
Kepadanya pahala yang amat besar.”
(Surah An-Nisa’ 4 : 114)
Apa itu da’wah?
Ibnu Taimiyah telah menerangkan definasi dakwah dengan katanya:
“Dakwah kepada Allah ialah menyeru manusia agar beriman kepada
Allah dan apa-apa yang telah dibawa oleh para Rasul-Nya , membenarkan
Apa yang telah diberitakan oleh mereka dan taat kepada perintah mereka”
Dakwah itu bukan kecil skopnya.
Bukan sahaja kita pergi jumpa orang
Terangkan apa itu iman , islam ,dan ehsan.
Malah lebih daripada itu.
Akhlak yang baik itu juga islam.
Kata-kata yang baik itu juga islam.
Kenapa perlu sempitkan?
Segala yang mengikut aturan islam itu adalah islam.
Indah,kan?
Mahu berdiam diri lagi kah?
Ada 2 kemungkinan bagi mereka yang diam ini,
1: Dia dianggap tidak zalim kerana tidak bersubahat dengan orang zalim itu.
2: mereka juga dianggap zalim kerana tidak menegah orang zalim padahal
Perbuatan zalim itu wajib dihalang.
Apakah itu lebih baik daripada
“siapakah yang terlebih baik perkataannya dari orang yang
menyeru kepada Allah (agama-Nya) dan beramal soleh”
(Surah Fussilat 41 : 33)
Fikirkanlah.
Anda tidak bersendirian,sahabat.
Bukan kita sahaja yang sedar,
Tapi disetiap pelusuk dunia,pasti akan ada yang bangkit.
SEANDAINYA ada yang mulakan. J
No comments:
Post a Comment