Sedang aku leka di sesawang facebook,tiba-tiba hensetku Nokia 5530 ExpressMusic mengalunkan lagu kegemaranku,setelah aku dipaling.pantas aku mencapainya di sebelah laptopku.Nama Unimas Nizzal Syafiq tertera di skrin.
“ohh,Nizzal kol,ingatkan siapa tadi.”monologku.almaklumlah.hensetku sepi sejak akhir-akhir ni.
“Assalamua’laikum Fath,jom gerak KL.temankan aku cari kerja” tenang nadanya.
“waa’laikummussalam,hah!KL? ok inshaALLAH.Haris pergi ke?”
Terkejut aku dek buatnya.iyelah mana taknya.suka sangat buat perancangan last minute.lagi-lagi Haris.
“Haris pergi inshaALLAH.dia kata dia gerak pukul 10.” Jawab Nizzal.
“ohh ok inshaALLAH.nanti aku gerak.Assalamua’laikum.”
“papahal,sms aku.dah gerak dari rumah sms aku.waa’laikummussalam.tuut..tuut.”
Nizzal menamatkan perbualan kami.
“alamak ai.KL.aku dah lah tak suka jalan-jalan KL.takpelah.demi ukhuwwah.demi sahabat.biarlah,mungkin aku akan belajar sesuatu di sana” monologku.
Aku mencapai kembali hensetku,dicarinya di dalam contact list “ibundaku Sayang”.button hijau ditekan.
“tuut..tuut”
“hello Assalamua’laikum.ye abang?”nada ceria emakku sering menempel penatnya di sekolah.seumpama ingin menyembunyikan jerihnya.aku tahu mak aku busy di sekolah.hatta buku catatan ceramah pelajar pun perlu ditandanya.pelik.
“Waa’laikummussalam mak,abang nak pergi KL boleh?nak teman kawan abang,Nizzal cari kerja”
Aku meminta izin daripada ibuku.biarlah ibuku tahu aku ke mana.aku takmahu mak aku risau.
“boleh.tapi adik Ami dah balik belum?tunggulah sekejap,sebab mak risau adik Ami tak bawa kunci.Fahmi tu dahlah selalu lupa nak kunci rumah bila pergi sekolah.tunggulah sekejap ye.dah nak dekat pukul 11 dah tu.tunggu Fahmi balik dulu ye” terang ibuku.terserlah jelas kasih sayang seorang ibu pada anak-anaknya.walaupun jarang kedengaran laungan cinta,namun amalannya,sikapnya menzahirkan kecintaannya pada anak-anaknya.alhamdulillah.bersyukur kupunyai mereka.
mak dengan adik fadhli
“Baiklah mak,abang tunggu Ami dulu.lepas tu abang pergi ye”
“baiklah.ok lah abang,assalamua’laikum.”pendek bicaranya.aku tahu mak ada kerja yang perlu dilaksanakan.
Sambil aku menunggu kepulangan adik bongsuku itu,aku mempersiapkan diri.beg hijau Tropicana lifeku kuisi dengan sejadah,kain pelikat,kompas solat.takut-takut berlakunya kecemasan.tidak kulupa 4 lagi sayangku,buku Maa’lim fi ath Toriq,al-Muntalaq,Al-Qurán tafsir dan buku catatan usrah.sayang andai aku temui satu ilmu baru tapi aku tak bisa mencatatnya.manusia itu diciptakan dengan sifat pelupa,kan.ruginya aku andai ilmu itu terbang begitu sahaja.
Tok tok tok.pintu rumah diketuk kuat.
“Fahmi dah baliklah tu.suka sangat ketuk kuat-kuat” monologku.
“Assalamua’laikum.abang abang..”
“waa’laikummussalam.iye iye abang datang.”pantas ku menuruni anak tangga.
Pintu dibuka.
“dah balik ye adik abang.masuk masuk”
Senyum manis terukir di bibir Fahmi.manis,macam abang dia.
“Fahmi,nanti pergi sekolah jangan lupa kunci rumah ye.abang nak keluar kejap.jumpa kawan.” Kataku sambil menyandang beg ke belakang badan.
“iye bang.nanti ami kunci” sambil berlari ke arahku untuk bersalam.
“Ok lah Fahmi,abg pergi dulu.Assalamua’laikum.” pintu kututup rapat-rapat.risau akan adik bongsuku tinggal berkeseorangan.
Motor putih Honda 125X.Teman setiaku.Perlahan aku tunggangi ke Stesyen KTM UKM,kadang-kadang terbawa laju,biasalah,orang muda berjiwa kelajuan.
……………………………………………………………………………………………………………………..
“abang,bank Negara bang”
“RM3.70 dik”
Kuhulur RM5.bakinya segera aku simpan ke dompet hijauku dan segera ke tempat menunggu.aku khuatir tertinggal KTM.tak inginku sahabat-sahabatku bertunggu lama.alhamdulillah,masih ada beberapa minit lagi sebelum KTM tiba.ke kanan kiri mataku meliar.mencari tempat yang sesuai untuk menunggu.ku lihat,bangku yang ke dua dan ke empat ada lagi kosong.satu lelaki dan satu lagi perempuan.tanpa berfikir panjang aku ke bangku menunggu ke 4,bersebelahan dengan seorang lelaki.Aku lebih selesa dengan lelaki berbanding dengan perempuan.khuatir akan timbulnya fitnah.fitnah buat hatiku yang fragile ini.
Tunggu.tunggu.bosan.
“zreekkk” zip beg dibuka.aku mengambil buku Al-Muntalaq karya Muhammad Ahmad Ar-Rashid sambil telingaku disumbat dengan earphone.kuteliti baik-baik setiap penulisannya.ayatnya gratis.sukar difahami,kadang-kadang berkali-kali aku ulang rangkap yang sama.tapi apa yang hendak beliau sampaikan sangat jelas.sama seperti Sayd Qutb dan Syeikh Mustafha Masyhor.perumpamaannya sangat tinggi.aku risau baca seorangan tanpa guidance drp seseorang yang telah faham.tak sabar rasanya nak balik Sarawak.Nak jumpa Akhi Fadhil.
“ding dong”
Tu petanda KTM hampir sampai.
No comments:
Post a Comment