Metamorfosis kebaikan

Wednesday, December 7, 2011

nak kena sepak ke Sepak?



Assalamua'laikum dan Salam kecintaan seantero dunia.
hehehe -_-"
*sigh*



Islam.
Apakah itu islam?
Islam adalah deen(agama) yang telah diturunkan oleh Allah,
kepada Nabi Muhammad untuk mengatur hubungan manusia dengan
Allah, manusia dengan manusia lainnya dan manusia dengan dirinya sendiri.

jeng.jeng.

tapi kenapa manusia masih lagi bisa melakukan kemusnahan,
kehancuran, kemurkaan Tuhan
BERTENTANGAN SECARA LANGSUNG
dengan definisi Islam yang sebenar?

jeng.jeng.

kerana RAMAI MANUSIA mengambil islam itu hanyalah
sebagai "Islam" dan bukannya "islam".

eh ada beza ke?sama je aku tengok.

tak.
berbeza.sungguh berbeza dan sangat berbeza.
kerana?
haaa ni yang aku nak jadi cikgu Bahasa Melayu kejap nih.

Kata Nama Khas : ialah kata nama yang khususnya untuk menyebut nama sesuatu benda atau benda bernyawa dan tidak bernyawa. Benda-benda yang bernyawa adalah nama binatang dan manusia. Benda-benda yang tidak bernyawa ialah nama tempat, judul buku, nama bangunan dan sebagainya.


Kata Nama Am : kata yang digunakan untuk menjelaskan sesuatu nama yang bernyawa ataupun yang tidak bernyawa seperti tumbuhan, tempat, benda dan sebagainya secara umum.





orang: ayah, polis, perempuan dll.
haiwan: ayam, itik, buaya dll.
benda: televisyen, komputer, bank dll.
tempat: stadium, jalan raya, pulau dll.

Kata Nama Am boleh dibahagikan kepada dua, iaitu konkrit dan abstrak


p/s: copyright daripada Wikie

okai, dapat bezakan tak?
kan kan kan,dah nampak,kan. heee pandai nyerk! anak sapaa la nih.
hehehe =)

kita, sebagai hamba Allah ni, takkanlah hanya memakai "name tag" Islam je,kan?
bukan hanya pada IC,kad pengenalan ataupun kad matrik!
tapi islam itu dizahirkan melalui perbuatan.

contoh:

  • saya sepak bola
  • saya Sepak bola
sepak adalah perbuatan,tapi Sepak, mungkin nama aku,kan?
aku Sepak,bola bergerak tak?
tak,kan?
begitulah analoginya.

so,pastinya korang semua dapat rumuskan,
kenapalah banyak sangat jenayah yang dilakukan
oleh orang 'melayu' yang 'Islam'.
Rating pembuangan bayi pun diungguli oleh kaum-kaum
seakidah dengan kita.
itu belum lagi masalah khalwat la,kecurianlah, keruntuhan akhlak, penzinaan
dan masalah-masalah sewaktu dengannya.
nauzubillahiminzalik.



jadi, islam sebenarnya tidak seburuk yang di'gambar'kan
oleh zaman sekarang,
tapi masa ini,zaman inilah yang menjadi saksi perbuatan kita,si manusia yang
'memburuk-burukkan' islam.
sehingga islam dipandang enteng,remeh oleh agama lain.

"Aslim Taslam"
:: Islamlah anda akan selamat ::

Jom kita berislam, nak?hehehehehe.
jadilah Rasulullah sebagai qudwah hasanah,
kan Rasulullah itu contoh seri tauladan yang baik?
~kecintaan~

Rasulullah dengan sebiji limau


"Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya.Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum. 




Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya." Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.


Kisah Rasulullah dengan pengemis Yahudi buta



Di sudut pasar Madinah Al-Munawarah seorang pengemis Yahudi buta hari demi hari apabila ada orang yang mendekatinya ia selalu berkata "Wahai saudaraku jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya kalian akan dipengaruhinya". Setiap pagi Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawa makanan, dan tanpa berkata sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapi makanan yang dibawanya kepada pengemis itu walaupun pengemis itu selalu berpesan agar tidak mendekati orang yang bernama Muhammad. Rasulullah SAW melakukannya hingga menjelang Beliau SAW wafat. Setelah kewafatan Rasulullah tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu.

Suatu hari Abubakar r.a berkunjung ke rumah anaknya Aisyah r.ha. Beliau bertanya kepada anaknya,"anakku adakah sunnah kekasihku yang belum aku kerjakan",
Aisyah r.ha menjawab pertanyaan ayahnya, "Wahai ayah engkau adalah seorang ahli sunnah hampir tidak ada satu sunnah pun yang belum ayah lakukan kecuali satu sunnah saja". 
"Apakah Itu?", tanya Abubakar r.a. Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke ujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang berada di sana", kata Aisyah r.ha.




Ke esokan harinya Abubakar r.a. pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikannya kepada pengemis itu. Abubakar r.a mendatangi pengemis itu dan memberikan makanan itu kepada nya. Ketika Abubakar r.a. mulai menyuapinya, si pengemis marah sambil berteriak, "siapakah kamu ?".
Abubakar r.a menjawab, "aku orang yang biasa".
"Bukan !, engkau bukan orang yang biasa mendatangiku", jawab si pengemis buta itu.
Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut dengan mulutnya setelah itu ia berikan pada ku dengan mulutnya sendiri", pengemis itu melanjutkan perkataannya.

Abubakar r.a. tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, aku memang bukan orang yang biasa datang pada mu, aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW. Setelah pengemis itu mendengar cerita Abubakar r.a. ia pun menangis dan kemudian berkata, benarkah demikian?, selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia.... Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat dihadapan Abubakar r.a. 




senyum pun dikira sedekah.
mudah,kan?
jom buat amalan yang baik-baik (mahmudah)
heeee mesti dunia ni indah,kan.
subhanallah tidak terbayang.
alangkah indahnya apabila Allah menjadi matlamat kita,kan?
Allahu ghayatuna.uhhh manissnyaaa!
nak rasa?




manisnya epal "Allahu ghayatuna" itu bukanlah dapat
dirasa dengan aku bercakap je,kan?
tak cukup sekadar taujihat, kenalah rasa sendiri.
'beli'lah sendiri dengan 'duit' sendiri.
hehe actually aku pun masih mengumpul 'duit' nak 'beli'
epal tu. wuhuuhuuu T.T tak cukup lagi.
jom kita kumpul sama-sama dalam
bulatan gembira!
yeah yeah!hehe.
moga-moga islam kan kembali gemilang =)




Jentik sikett : sedangkan dalam kitab Injil (bible) yang ori pun ada menyebut "ikhad",
Al-Qurán yang jelas-jelas menyatakan tentang "ahad",takkan kita
nak menyekutukan Allah dalam amalan kita,kan?

jeng.jeng.jeng.


P/s: tak sangka hatta non-muslim pun berkunjung ke blog aku yang hina bertaraf "sampah" bak kata ada orang tu la kan.terima kasih sangat-sangat.tiada apa yang mampu dikongsi melainkan sekelumit ilmu pemberian Allah.Alhamdulillah. inilah teratak usang aku.

Ps II: Gaya penulisan aku telah di'cemari' oleh liuk tarian Angel pakai gucci walaupun aku lebih
meminati Muharikah.aduhai~





Alhamdulillah


IM menang majority.alhamdulillah 34/52.
ana tak sabar menunggu apa selepas ini.
allahuakbar!


2 comments:

  1. Hihik terbaikk! sepak and se'pak.. penggunaan e-taling dan e-pepet :DDD

    ReplyDelete
  2. HAhahaha.ntah laaa.aku pun dah tak ingat pebende tuh

    ReplyDelete

kencang sikit!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...