Metamorfosis kebaikan

Friday, March 4, 2011

diam

aku diam tak bermakna aku
xsuka pendapat korang,
tapi aku agenda yg lebih besar yg perlu di ketengahkan.
aku termenung panjang,
xbermakna aku bosan dgr idea korg dan berlagak pandai,
tapi banyak masalah bermain-main dlm aqal aku.
kau tahu ke?
atau kau ADE NAK AMBIL TAHU?
then?
knapa perlu buruk sangka?
dan siapa kau untuk judge hati manusia?
KEIKHLASAN?
hebat.riak?
cermin la diri sebelum berkata.aku kenal kau.
aku ni hanyalah hamba,xmampu untuk membaca benak hati dan
buah fikiran.

"Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat." (Surah al-Hujuraat, ayat 10)

ketahuilah duhai kawan,
suu dzon adalah penyakit hati paling kronik.
Allah SWT telah memberi amaran,

"Hai orang-orang yang beriman janganlah suatu kaum mengolok-olok kaum yang lain (karena) boleh jadi mereka (yang diolok-olok) lebih baik dari mereka (yang mengolok-olok) dan jangan pula wanita-wanita (mengolok-olok) wanita-wanita lain (karena) boleh jadi wanita-wanita (yang diperolok-olokkan) lebih baik dari wanita (yang mengolok-olok) dan janganlah kamu mencela dirimu sendiri dan janganlah kamu panggil memanggil dengan gelar-gelar yang buruk. Seburuk-buruk panggilan ialah (panggilan) yang buruk sesudah iman dan barang siapa yang tidak bertobat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim." (Surah al-Hujuraat, ayat 11)

bagaimana ukhuwah islamiyyah yg setiap hari kau
laungkan "Ikhwah ikhwah" untuk terbentuk andai
dalam hati setiap muslim tu sendiri dah tertanam
dengan naluri untuk membenci?
bagaimana?
jangan hanya hebat berkata tanpa disusuli dengan amal =)

Buruk sangka adalah satu dari penyakit hati yang amat kronik. Ia bukan sahaja menjarah dengan parah hati dan jiwa pengidapnya, tetapi turut lahir tersendiri, malah ia lahir bersama dengan sifat-sifat mazmumah yang bongkak, dendam, zalim dan sebagainya. Apabila sifat tersebut meneraju dan memacu kehidupan seseorang insan, ia akan menjadi manusia yang sentiasa resah, gelisah dan tidak tenteram, kerana sentiasa mencari keaiban dan kelemahan orang lain, tidak punya masa untuk mengingati Allah SWT.

jagalah hatimu duhai kawan,
jangan biarkan penyakit tu kian melarat,membengkak dengan
sifat-sifat mazmumah.

"Ketahuilah bahawa di dalam badan ada seketul daging, apabila ia baik, baiklah badan seluruhnya dan apabila ia rosak, rosaklah sekaliannya, ketahuilah! Itulah yang dikatakan hati."
(Hadis Riwayat Al-Bukhari Muslim)


P/s:Sabar ada batasnya?=)
"Bukanlah orang kuat itu adalah orang yang pandai berkelahi, sesungguhnya orang kuat itu adalah orang yang dapat mengendalikan nafsunya ketika ia marah."

1 comment:

  1. banyakkanlah bersabar..InsyaAllah Dia sntiasa brsme org2 yg sabar,,setiap kesulitan itu ada kemudahan..insyaAllah..

    ReplyDelete

kencang sikit!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...