cara menamatkan riwayat hidup seseorang individu yang menghadapi
penyakit yang amat teruk (terminal illness)
atau yang tidak boleh diubati, melalui suntikan racun
atau menamatkan bantuan perubatan khas (ICU).
---------------------
Sheikh Dr Yusuf Abdullah Al-Qardhawi, ulama besar Islam masakini ada
mengeluarkan fatwa beliau 'Ethanasia' ini. Berikut adalah cebisan petikan
dari fatwa beliau mengenainya.
"Tidak dibenarkan bagi Doktor - dan lain-lainnya -
memainkan peranan yang positif membunuh pesakit yang tidak
ada harapan untuk sembuh dan mempercepatkan kematiannya,
melalui suntikan (injection) kandungan ubat yang tinggi, dimana kesannya
akan membunuh juga.
Sama sahaja dengan cara atau memberinya bahan racun
yang mendatangkan kesan cepat, atau kejutan eletrik, atau alat mesin yang tajam,
semuanya adalah pembunuhan, Ia adalah HARAM,
bahkan ia merupakan satu DOSA yang BESAR.
Ia tidak dapat menghilangkan seseorang itu dari sifat membunuh walaupun
motifnya adalah kasihan keatas pesakit."
"Sebagaimana yang diketahui umum disisi ulama syariah :
rawatan perubatan bagi penyakit hukumnya bukanlah wajib disisi fuqaha'
dan Imam-Imam Mazhab.
Walaubagaimanapun ia dibenarkan. Dan jumlah yang sedkit
dikalangan ulama' mengatakan ia wajib, sebagaimana
dikalangan pengikut-pengikut Imam Ahmad dan Al-Syafie,
sebagaimana yang dinyatakan oleh Ibnu Taimiyyah (didalam Fatawa Al-Kubra 4/260,
cetakan Percetakan Kurdistan, Kaherah) dan beberapa dikalangan yang
menyatakan rawatan perubatan adalah digalakkan atau mustahab.
Bahkan, beberapa ulama berselisih mengenai apa
yang terbaik bagi pesakitnya : RAWATAN atau KESABARAN.
Ada yang berpegang kepada perlunya menunjukkan ketahanan/kesabaran
adalah lebih baik sebagaimana riwayat dari Ibn Abbas dari 2 kitab shahih bahawa :
"Diriwayatkan daripada Ata' bin Abu Rabah r.a katanya:
Ibnu Abbas bertanya kepadaku: Mahukah kamu jika aku
memperlihatkan seorang wanita yang menjadi
calon penghuni Syurga? Aku menjawab: Sudah tentu.
Ibnu Abbas berkata: Wanita berkulit hitam itulah, beliau pernah
datang kepada Nabi s.a.w dan berkata: Sesungguhnya aku
diserang penyakit sawan babi atau gila babi.
Aku ingin sembuh. Oleh itu berdoalah kepada Allah demi menyembuhkanku.
Nabi s.a.w bersabda: Jika sekiranya kamu mahu bersabar bagimu adalah Syurga.
Sekiranya kamu mahu sembuh,
aku boleh mendoakan kepada Allah semoga Dia berkenan menyembuhkanmu.
Wanita itu berkata: Baiklah aku akan bersabar, tetapi aku ingin sembuh,
jadi berdoalah kepada Allah
supaya menyembuhkanku. Nabi s.a.w akhirnya mendoakan untuknya "
"Ini adalah pandangan fuqaha' Ummah mengenai rawatan perubatan :
Kebanyakkan mereka berpegang bahawa ia dibenarkan,
ada yang mengatakan digalakkan rawatan,
dan beberapa bilangan yang kecil mengatakan wajib.
Saya sendiri bersetuju dengan mereka bahawa jika sakit tidak boleh ditahan lagi,
maka rawatan adalah caranya (kejayaannya),
dan sakit boleh dipulihkan dengan sunah Allah swt.
Ini bersesuaian dengan petunjuk Nabi saw, yang melakukan rawatan terhadap
dirinya sendiri dan memerintah para sahabat mencari rawatan untuk kesembuhan;
Ini disahkan oleh Ibn Al-Qayyim didalam Zaad Al-Ma'ad."
Akan tetapi jika berlaku sakit yang diluar batasan, dan keajaiban sahaja
yang boleh menyembuhnya, dengan tambahan sakit yang semakin meningkat,
tiada siapa lagi yang boleh mengatakan rawatan adalah wajib atau digalakkan.
Bahkan, doktor bertindak memberhentikan perubatan,
yang mana tidak ada gunanya lagi, didalam kes ini telah TERBUKTI,
dan ia juga dapat membantu mengurangkan kesan negatif akibat kesan ubat.
"Ini adalah jenis menyenangkan kematian.
Ini amat berbeza dengan perkara yang kontrovesial "Pembunuhan kerana kasihan"
- yang tidak menunjukkan sebarang perbuatan positif dari pihak Doktor;
bahkan ia menyerahkan kepada apa yang tidak wajib dan tidak digalakkan,
malahan ia tidak dipertanggung jawabkan (persalahkan).
Keizinan adalah disyariatkan dan dibenarkan, jika ia bukan perkara yang diinginkan,
dan bagi doktor yang melakukannya,
bagi tujuan melegakan pesakit dan keseluruhan keluarganya.
Tidak ada salah melakukannya, Insyaallah.
---------------
Disana terdapat keadaan dibenarkan menutup suis sistem
bantuan hayat (life support system) dimana :
"Menurut keadaan ini tidak ada halangan keatasnya
dan syara' membenarkannya juga,
khususnya alat bantuan luar - digunakan bagi tujuan pernafasan dan sirkulasi
- malah pesakit sebenarnya telah mati,
dimana ia tidak pun mempunyai rasa atau perasaan.
Satu pandangan yang mana otak tidak berfungsi lagi (brain death)
Pesakit akan berada didalam keadaan ini,
memerlukan banyak perbelanjaan yang tidak ada gunanya lagi,
dan mesin bantuan hidup pun tidak berguna bagi merawatinya -
dan ia tidak mempunyai perasaan. Keluarganya masih risau dan
sakitnya akan berpanjangan,
yang mungkin akan berlarutan sehingga 10 tahun atau lebih."
----------------
Kesimpulannya, didalam Maqasid Al-Syariah, Islam menjaga kehidupan,
dimana Euthanasia tidak dibenarkan. Euthanasia dikatakan
bertentangan dengan kehendak keperluan agama itu sendiri.
Ia menunjukkan kepada betapa murahnya nilai harga nyawa.
Sheikh Dr Yusuf Al-Qadhawi tidak membenarkan Pembunuhan kerana Kasihan,
dengan cara memberi suntikan kepada pesakit yang sedang melarat sakitnya,
agar memudahkan kematiannya.
Akan tetapi, jika pesakit sudah benar-benar mati atau 'brain death',
maka mesin bantuan sokongan bolehlah dihentikan perkhidmatannya,
atau sakit yang tidak boleh diubati lagi, maka dibenarkan ia mati
akibat penyakit yang dihadapinya tanpa bantuan perubatan.
Cara ini pada beliau, bukanlah diistilahkan sebagai 'Pembunuhan kerana kasihan'.
wallahu 'alam
-wassalam-
1] Sheikh Dr. Yusuf Al-Qardhawi. Fatawa Muasyirah - II cetakan ke 9. Dar Al-Qalam, 2001.ms 525-529
sumber.
No comments:
Post a Comment