Metamorfosis kebaikan

Saturday, July 21, 2012

berkesempatan.man.fa.at.kan.

Assalamua'laikum dan Salam bulan penuh barokah!

Allahuakbar,
alhamdulillah wa syukurillah,
diri ini masih lagi diberi peluang untuk bernafas,
meni'mati sisa-sisa umur yang entah bila tarikh luputnya tammat.

Apatah lagi berganda-ganda kesyukurannya dipanjatkan buat-Nya,
kerna masih memilih diri ini ber'fiesta' dalam bulan penuh kerahmatan,
penghulu sekalian bulan,Ramdhan Kareem.

Sungguh,hati ini gementar menanti tibanya bulan tercinta.
dalam meniti saat demi saat,detik demi detik,
satu per satu jiwa-jiwa, Allah panggil pulang menemui-Nya.
kakiku menggeletar. air liur ditelan dalam-dalam.
hatiku berdebar-debar,
masih adakah Ramadhan buatku kali ini?

Sungguh, tidurku tidak selena semalam,
memeluk tubuh memikirkan mengenai pilihan Allah. Tapisan Agung-Nya.

Jauh aku merenung.
Aku masih punyai berdozen-dozen dosa,
apakah kukuh lagi kakiku berdiri untuk bertaubat pada-Nya?
Aku masih terlalu banyak ni'mat-Mu yang telah aku dustakan,
kapankah ada masa lagi untukku bersyukur atas segala kurniaan-Mu?

Aku selimuti wajahku,
cuba untuk lelapkan mata.
aahhhh kapan bisa!


maka berakhirnya harimu,tidakkah kamu
mengambil iktibar darinya?


*****


"As-solatut tarawikh rahimakumullah"

aku seperti terbangun daripada sebuah lamunan panjang,

tertunduk segala keangkuhanku,

"Ya Allah, terima kasih ya Allah, terima kasih kerana kau masih lagi
memilih jiwa ini untuk mengabdikan diri buat-Mu"

mataku berkaca.

aku memandang ke sekeliling,
melihat jiwa-jiwa yang bangun dengan penuh tawaddu',
wajah-wajah nan suci mengangkat takbir dengan khusyuk.

Allahurabbi,
sungguh jiwaku meruntun keharuan.
meremang hati jiwa ini melihatkan sang hamba mengangkat panji-panji "fastabiqul khairat",
agar setiap dari diri mereka tiada ketinggalan.
Masing-masing berlumba-lumba cuba untuk mempersembahkan persembahan
yang terbaik buat Sang Pencinta Agung.
Agar Sang Pencinta Agung menyaksikan jiwa mereka dengan
pandangan penuh kasih sayang dan rahmat.

agar jiwa-jiwa itu kelak akan bersama-sama meni'mati
kurniaan yang tiada tolok bandingnya!
Syurga! Jannah! Firdausi!

aku juga tidak mahu 'kalah'.


"Wahai orang-orang yang beriman! diwajibkan atas kamu berpuasa
sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa."
(Surah al-Baqarah 2:183)


Ayat yang sungguh biasa,
bilamana menjelang bulan ramadhan,
pasti telinga kita akan dibisik-bisik dengan ayat ini.
tidak kiralah dalam radiokah,televisyenkah, ataupun ceramah.

Wallahua'lam.
aku tiada berkemampuan untuk menafsir ayat ini,
atas kekurangan ilmuku dan keterbatasan fikiranku.

Namun,
Sungguhlah, sebagaimana yang dicoretkan oleh Sayyid Qutb,
menjelaskan bahawa frasa "yaa aiyyuhallazi na aamanu" itu
sebenarnya merupakan panggilan 'manja' Allah buat hamba-hamba-Nya.

"sayang.. jom makan,saya belanja"

pasti hati ini cair,kan?
cair dek panahan madah cinta.

Apatah lagi madah cinta firman daripada Pencinta Agung,kan?
pasti cair seumpama ais-krim cornetto dalam microwave.
cair-secair-cairnyaaa.
Hati ini jatuh cinta pasti tidak pada yang lain,hanya buat Allah,kan?

begitulah,
Sesungguhnya Allah kurniakan fardu puasa ini untuk kita,
manfaatnya buat kita, agar kita bertaqwa!

Agar kamu bertaqwa.
saya pun nak puasa!yeay!

mungkin acapkali telinga ini sudah tersumbat beku,
tiap jumaat ada sahaja kalimat 'taqwa' ini dilaung-laungkan.
ada apa?
tidak terasa tiada terkesan akan hati ini pada seruan itu.
mungkin tidak memahami akan apa sebenar-benarnya maksud taqwa,bukan?
.
.
.

Agar kamu bertaqwa.
.
.
.

Ramai sahaja berpuasa,
namun segelintir sahaja yang peroleh manfaat daripadanya.
raaaaamai yang sekadar cuma lapar dan dahaga.
tak best,kan?
berdoalah agar Allah bimbing hati kita ini kembali dekat pada-Nya.
phew,risau.
taknak Ramadhan kali ini tidak melahirkan apa-apa,
malah riiisaaaau sangat seandainya ramadhan kali ini,
tiada langsung meningkatnya jika dibandingkan dengan ramadhan-ramadhan
yang sebelumnya.
AllahuRabbi.

Aku agak tertarik dengan sebuah analogi daripada suntingan youtube.
-jazakallahu khair :)

Sungguh,kita diberikan sebuah lombong emas yang sangat besar!
tapi ramai yang membawa pulang darinya sekadar beberapa biji tembaga.
sedangkan masih berlambak lagi timbunan-timbunan emas di dalamnya.
tidak rasa rugi,kah?ataupun orang itu memang seorang yang 'kurang pandai'?
memang kurang bijak,kan?

makanya,
marilah kita ambil iktibar.
rugi-serugi-ruginya seandainya tidak dimanfaatkan segala kurniaan
umur kita di hari yang penuh barakah ini.

pahala berganda-ganda.
amalan solat sunat sama seperti pahala solat fardu.
amalan fardu digandakan 70 kali ganda.
dan banyak lagi! [klik]

namun,adakah iman kita hanya sekadar pada fadhilat,
ataupun memang ianya ikhlas semata-mata pengabdian diri kita
buat-Nya yang Esa? :D



Wallahua'lam.



jiwa yang penuh khilaf,
Enciknombor8,
Universiti Malaysia Sarawak,
sekarang di Bangi,bersama family terchenta.
alhamdulillah~


:: Jadilah hamba Rabbaniyyun, bukan sekadar hamba Ramadhaniyyun ::


p/s: jangan mudah berburuk sangka pada manusia,mungkin dianya tiada salah.
dan mungkin salah itu bukan pada dia,mungkin pada kita.
Mungkin pada aku? :D

Thursday, July 12, 2012

comel betul

Alhamdulillah,

haha.
bertambah lagi seorang la dalam family ni Dr."binatang".
haha.
researcher.veterinar.dentist.
inshaALLAH.
next mission,the kanak-kanak; Farihah,Fathiyah dan Fahmi.

Fahmi mak target hafiz al-qur'an.comel betul.
padanlah dengan nama Fahmi Hafizi.

fahmi&cermin mata kakaknya, :P


farihah,fathiyah dan mama yang dirindui

Alhamdulillah.Alhamdulillah.Alhamdulillah.
rezeqi Allah sangatlah luas,kan.

Wednesday, July 11, 2012

sekadar coretan

Assalamua'laikum dan salam kerinduan.



bilamana hati ini sayu,
tatkala hati ini gersang,
mulalah hati ini rindu kepada kata-kata yang bisa membangkitkan iman.
kata-kata yang akan membawaku terbang melayang,
mengepakkan sayapnya menyusuri ke lembah-lembah taqwa.

Aku berharap dengan sangat,
jiwa ini dibasahi dengan ni'mat-ni'mat beriman kepada-Nya,
agar jiwa ini bisa melangkah dengan gagah,
jauh daripada sifat takabur dan bangga diri.
sungguh,itu bisa memusnah diri.

namun,
hidup ini tidaklah selalu cerah,
pasti ada sahaja tangan-tangan yang cuba memegang erat kaki ini,
agar tidak bisa berganjak malah mungkin sekali terus terjatuh.
terjatuh,dan tidak bisa bangun lagi.
kerana jasadnya telah ditenggelami oleh lumpur-lumpur Wahnu.

ada saja yang bisa bangun kembali,
kerana merasakan bahawa lumpur Wahnu itu busuk,malah menjijikkan,
dan alangkah malangnya dan ruginya seandainya si penyeru itu
terlena terleka diselimuti enak akan khayalan kotoran al-Wahan.
sekali petik sahaja,
maka kau bisa gugur.
inikah jiwa-jiwa yang ingin berada di medan-medan syahid?
sungguh,
kau mungkin akan melangkah,
namun langkah-langkah kau cumalah mencemarkan yang jernih.
kerna jiwa kau ada pada dunia!
jiwa kau sayang pada dunia!
jiwa kau tidak mahu melepaskan dunia!

jauhlah,jauhlah oh dunia.
sungguh,aku risau hati ini tertipu akan 'indah'nya engkau.

bila-bila masa sahaja.sudahkah kita bersedia?
[kredit]


aku risau mataku masih terpana pada kau,
sedangkan tatkala itu hari yang sudah dijanjikan kian menghampiri.
langit pun sudah menjadi kelam,
matahari pula nyalaannya bukan lagi bermula sebelah timur.
pasak-pasak bumi beterbangan seumpama kalkatu yang tiada arahnya.
tanah bergulungan,
langit mulai jatuh.
sungguh,disaat itu tiada lagi guna
pangkat isteri harta.
malah istighfar taubatmu yang engkau ungkapkan,
sudah hilang nilainya.

"Akan berlaku fitnah di akhir zaman (yaitu keadaan yang sangat dahsyat di akhir zaman),
yaitu seseorang yang dipaginya dia seorang muslim,tapi pada petangnya dia kufur,
atau dipaginya dia kufur,tapi pada petangnya dia beriman."-Mafhum hadith.
na'uzubillah.

refleksi diri itu perlu,
sesungguhnya,orang yang paling cerdik adalah orang yang selalu "manda nafsahu"
koreksi diri balik,
periksalah jiwamu,takut-takut masih ada sekelumit takabbur menapak subur,
aku risau, karena

"tidak akan masuk ke syurga seseorang yang di dalam hatinya punyai sebesar
biji sawi perasan takabbur." Hadith sohih

periksalah hatimu, takut-takut ada yang terseleweng daripada landasan-Nya.
risau penyakit-penyakit tidak ikhlas dan menunjuk-nunjuk
akan membakar hangus segala pahalamu di neraca timbangan amal.

periksalah ilmu dan imanmu, takut-takut berlebih-lebihan membawamu
kepada bid'ah yang merosakkan.

sesungguhnya,
dunia ini tempatmu bercucuk tanam,
agar hasilnya akan dikau peroleh di negeri akhirat kelak.

wallahua'lam.



EncikNombor8,
Universiti Malaysia Sarawak.

#dunia ni cumalah jambatan ke akhirat,mung pernah ke tgk org
buat rumah atas jambatan?xpernah,kan?sebab semua orang buat
rumah pada destinasi yang mereka inginkan.

p/s: post "patutlah putus" tu takdelah serius sangat.hehe.
terletak emosi dalam penulisan tu.
mungkin rindu sangat melanda hati ini rasanya.

patutlah asyik putus je

"Hello Assalamua'laikum,ye mak?" 

"Waa'laikummussalam,ha ni mak ni,apa khabar?sihat?"

"Alhamdulillah,sihat-sihat je mak.mak apa khabar?"

"mak khabar ... tut.. tut.."

*****

patutlah asyik putus je,
rupanya henset mak rosak.
kesian mak, henfon mak asyik rosak je.
tapi mak takde duit nak beli henset baru.
sedihnya.
abang kat sini macam mewah sungguh.
mak ayah asyik bank-in kan duit je,
tapi mak ayah sendiri yang hidup 'susah'.
untuk anak-anak..

hrmm,
tidak mengapalah mak.
mak tunggu abang balik,nanti kita pergi beli henset sama-sama ye.
hati ini merintih.

mak,
abang ada kerja sedikit dekat sini,
alhamdulillah dibayar RM30 untuk sehari,
total hari bekerja 4 hari.
RM30 untuk sekadar mengangkatkan tangan membuat keputusan.
ya,sukan bomba malaysia.
jadi ''abang line judge''.
kena marah kena psiko perkara biasa.
dari pagi sampai malam.


cukup ke?inshaAllah kot.hurm,



moga halal rezeqi yang kuperoleh.
.
.
.
.
.
nak balik..
.
.
.
.

takpelah,kan doa kesejahteraan kepada kedua ibu bapa
lebih tinggi nilaiannya berbanding nilaian sekadar materialistik?
moga Allah berkati.
seandainya aku ketidakkemampuan
dalam memberi kesenangan pada ibu bapaku
di dunia,
moga-moga Allah akan berikan mereka 
kesenangan di akhirat kelak.
amin ya Allah.

#salah satu sebab aku berniat untuk melangkah
ke alam perkahwinan dalam masa 10 tahun.
aku punyai sedikit sahaja masa untuk berbakti kepada mereka.
ibu ayah,dua orang ni jela yang aku ada.
muslimat dan akhwat ramai,sangat sangat ramai.

"mak tunggu abang balik,nanti kita beli henset mak sama-sama ye''
huaaaaa :'(

Friday, July 6, 2012

'Monster' waiting to be unleashed


ggrr... ngaummm!!


bersiap siagalah wahai ummat!
[credit]
bergegar seluruh pelusuk dunia
tatkala dengan ngauman itu.
Setiap makhluk yang mendengar,
bergetarlah hati-hati mereka.
kaki mereka menjadi kaku,
seumpama tertanam mendasar dek tanah.
Ada sebahagian yang cuba untuk lari,
Maka,larilah sekuat hati sekuat jiwa.
namun, tiada lain yang mereka peroleh melainkan lelah,
kerana akhirnya mereka sedar,
sudah tiada lagi tanah untuk mereka
menapak lari menyelamatkan diri.

Sedangkan di suatu sudut,
ada suatu kuasa yang sudah lama terpendam,
ingin menyerlahkan kekuatannya.

Matanya yang merah,
tajam memerhatikan keadaan,
kukunya yang berkilauan seumpama pedang para syuhada',
mencengkam sesiapa
sahaja yang cuba menghalangnya.
kepaknya yang bersisik keras,
bersiap sedia,
bila-bila masa sahaja
ianya akan mengembangkan sayapnya
untuk terbang ke daerah-daerah 'baru'.
bahang mulutnya,
bisa mencairkan sesiapa jua
yang mendengarnya.
ia adalah raksasa yang menggerunkan!
menggerunkan bagi si para penentang,
namun,penyelamat bagi mereka yang memerlukan!

aku tak mampu lihat,terlalu banyak gambar yang menyayat hati,
sekadar inilah selepas ditapis untuk tontonan umum. :'(





Sabarlah duhai sahabat-sahabatku seperjuangan seaqidah di sana,
telur si raksasa itu semakin merekah,
merekah dan merekah.
menanti masa sahaja untuk menetas.

rekahan pertama,


air mata mengalir bilamana Dr.Morshi
diumumkan sebagai presiden.
Allahuakbar![kredit]



dan pasti akan ada banyak lagi
"rekahan-rekahan" yang bakal menyusul.




inshaALLAH,
bila tiba masanya,
pertolongan Allah itu pasti akan tiba.
seandainya sejuta tangan yang cuba untuk menghalangnya,
nescaya bantuan Allah itu tetap akan hadir,
kerana janji Allah itu janji yang PASTI!
sungguhlah,Allah tidak pernah memungkiri janji-janji-Nya.

*****

"Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan."
(Surah An-Nasr 110:1)


teringat aku pada kata-kata naqibku,
"Sewaktu para sahabat diseksa oleh golongan musyrikin,
mereka sentiasa ditekan dan ditekan.
oleh kerana ketiadaan kemampuan untuk terus bertahan,
maka sahabat pun bertanya kepada Rasulullah;
"Ya Rasulullah,bilakah kan datangnya pertolongan Allah?"
maka Rasulullah menjawab;
"Sesungguhnya engkau adalah berada dalam golongan orang yang gopoh".
sedangkan yang bertanyakan itu adalah
para sahabat yang disiksa ketika itu,
disiat-siat kulitnya,
dibakar hidup-hidup,
sehinggakan badan yang terbakar itu,
menitis-nitiskan lemak dan memadamkan api yang membakarnya."

Allahuakbar..
Para sahabat yang berada dikeadaan itu,
minta bantuan Allah itupun dikatakan gopoh.
kita pula? berbezakan?
Allahuakbar,malunya.
jauh sekali.
"manja",enough kot untuk menggambarkan keadaan kita.
kerana kita tidak ditekan.
sehingga perkara furu' itulah menjadi topik sensasi 
untuk diperdebatkan dan diperjuangkan.
maaf.
mungkin kerana ketiadaan 'fitan',maka kita tidak cukup 'dibakar'.

Mengapa para sahabat masih tetap dalam
jentera ini,jentera da'wah?
sedangkan mereka tahu akan hakikat risiko yang
bakal mereka hadapi?
kerana apa?
kerana dunia?
tidak..
tapi kerana mereka merasai kemanisan dalam berda'wah,
kerana mereka tahu, siksa ini cumalah sementara
seandainya hendak dibandingkan
dengan nikmat syurga yang selamanya.
kerana mereka yakin, inilah jalan yang bisa mendekatkan
mereka dengan Tuhan mereka.

biarpun badan mereka luka seribu,
patah sejuta,
namun di dalamnya,
hati mereka,
cinta mereka,
tidak pernah berubah
hatta terluka sedikit pun.
kaki mereka tetap kukuh melangkah,
sehingga ke akhir hayat mereka

sungguh,
inilah cinta luar biasa!


"Sungguh, kami telah memberikan kepadamu kemenangan
yang nyata."
(Surah al-Fath 48:1)


Maka,
sungguh berbeza akan keadaan 
manusia yang masuk secara berbondong-bondong
ke dalam Islam,
tatkala Islam sudah kelihatan sudah
hampir mengecapi kemenangan.
kualiti iman yang mereka ada,
seandainya hendak dibandingkan dengan
kualiti golongan-golongan awwalun itu
jauh berbeza.
kerana mereka tidak melalui fasa mereka diuji.
sungguhlah,
iman itu tiada buktinya
melainkan diberikan ujian kepadanya.


"Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum
datang kepadamu (cobaan) seperti (yang dialami) orang-orang terdahulu 
sebelum kamu. Mereka ditimpakan kemelaratan, penderitaan dan 
digoncang (dengan berbagai cobaa), sehingga rasul dan orang-orang
yang beriman bersamanya berkata,"Kapankah datang pertolongan Allah?"
Ingatlah,sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat.
(Surah al-Baqarah 2:214)



jadi?
raksasa itu siapa?
raksasa itulah kita, masyarakat muslim.
kebangkitan kita kembali ke puncak kegemilangan,
amat digeruni oleh musuh-musuh islam,
tapi bangunnya kita,
maka akan terbelanya semua orang islam!

Maka peranan kitalah
dalam memastikan bahawa setiap daripada
anggota badan raksasa ini sempurna.
bagaimana?
tarbiyyah hati dan tarbiyyah jiwa.
bersamalah dalam deru da'wah ini,
menyebarkan kebaikan,
moga yang haq itu kembali tertegak.

wallahua'lam,
sungguh aku rindu akan cahaya mentari islam,
kembali membiaskan cahayanya,
menghasilkan pelangi indah buat 'mereka'
supaya tenang memandangnya.



Inche Nombor 8,
Universiti Malaysia Sarawak.

Tuesday, July 3, 2012

Sungguhlah

Assalamua'laikum dan salam kecintaan,


suka bokeh.hee
Sungguhlah,
nilaian syurga itu sungguh tiada taranya.
Masakan mereka golongan umat terdahulu sanggup
mengorbankan jiwa raga mereka,
masa yang mereka punya,
harta yang sementara,
untuk dijadikan bukti cinta hakiki mereka buat si Ilahi.
kerana mereka sedar, dan yakin,
sungguhlah hidup ini sangat sementara,
tiada terbanding dek kehidupan dalam nikmat yang abadi,
Syurga Firdausi.
Biarpun diri mereka disiat-siat,
ditikam dan dihinakan,
namun kalimah 'Ahad' tetap kukuh merajai
kerajaan jiwa.
Tunduknya,sujudnya patuhnya cumalah pada yang Esa.
Langkahnya subur mewarnai bumi dengan keindahan kuntuman-kuntuman akhlak.
Membasahi jiwa-jiwa mereka yang gersang ketandusan daripada cinta-Nya.

Sungguhlah,
aku melihat jiwa-jiwa ini
mulai bangkit dan lahir dalam hati para pemuda.
budi bicaranya,
kata-katanya,
akhlak amalannya,
masing-masing berlumba-lumba ingin menyamai tahap para sahabat,
walaupun disedari,
ianya jauh,
sangat jauh seumpama langit dan bumi.



"Dan di antara manusia ada orang yang mengorbankan dirinya untuk
mencari keridaan Allah. Dan Allah Maha Penyantun kepada hamba-hamba-Nya."
(Surah al-Baqarah 2:207)

Allahuakbar,
hati mana yang tidak tersentuh,
melihat jiwa-jiwa suci yang bersama-sama 
dalam satu saf 'akidah ini berjuang berkorban,
demi mengintai redha Allah di atas jalan da'wah ini.

Subhanallah.

Aku lihat mereka disekelilingku,
bertungkus-lumus
memerah keringat untuk menyebarkan da'wah,
dan seruan kepada-Nya.
walaupun pelbagai mehnah dilalui,
tribulasi dalaman mahupun luaran,
namun tangan-tangan mereka tetap bergenggaman erat,
eratnya bukan kerana harta mahupun pangkat,
tapi kerana akidah.
kita bersama-sama beriman dengan iman yang satu.
maka tujuan kita juga satu,
Redha Allah.

Cuti yang ada,dimanfaatkan untuk 'adik-adik'.
habis burn tiket flight.
di hati,risau sungguh seandainya balik
dan tinggalkan adik-adik
dalam keadaan adik-adik
masih belum diberikan cinta.

Subhanallah.

Duit yang ada,dibelanjakan diinfaqkan
untuk mad'u.
sehingga dompet&ATM kering,
"tak pelah, meggi ada lagi kat bilik tu"

Subhanallah.

Study week.
orang lain semua sibuk belajar,tapi jiwa-jiwa
ini semuanya sibuk turun ke medan.
sungguhlah,
aku terpana melihat kesungguhan mereka.



" Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah,
nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu." 
(Surah Muhammad 47:7)

dahulunya, ayat 47:7 ini sungguh lancar dibicarakan dibibir.
namun bila sebenar-benar bergerak,dan berkorban,
ayat inilah menjadi pasak dalam hati.
menjadi basis dalam perjuangan dan
keyakinan kepada Allah.
Sungguhlah,
soalan exam dijawab,alhamdulillah,lancar.inshaALLAH.

Subhanallah.

Apa yang cuba untuk persembahkan buat-Nya,
cumalah setitik daripada luasnya lautan.
jauh sekali untuk ditukarkan buat Syurga tertinggi.
cukup bersyukur seandainya jasad-jasad ini dilihat oleh-Nya dengan
pandangan kasih sayang dan rahmat-Mu ya Allah.
Allahuakbar..

D.A.P.O













Riadhah








Rehlah


Moga agama Allah ini akan terus berkembang!

kencang sikit!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...