Metamorfosis kebaikan

Tuesday, March 29, 2011

wahai wanita yang punyai harga diri

Bertudung Tidak Semestinya Menutup Aurat (HOT !)

1. Baca ini dan fahami ini dahulu.
Sabda Rasulullah s.a.w. :

"akan datang ummatku di akhir zaman terdiri dari kaum wanita yang mana mereka itu berpakaian dalam keadaan telanjang, di atas kepala mereka berbonggol-bonggol seperti belakang unta. mereka ini dilaknat oleh Allah dan tidak masuk mereka itu ke dalam syurga, serta tidak dapat menghidu baunya. dan sesungguhnya wangian syurga itu di dapati jarak perjalanan lima puluh ribu tahun perjalanan." (sokhih bukhori)

2. Fikir dan ingat kembali wanita-wanita Melayu Islam baik muda atau tua yang pernah anda lihat di majlis-majlis kenduri kahwin hinggalah ke pusat membeli belah. Bagaimanakah pakaian mereka ? Pernah tak anda ternampak wanita Islam yang berpakaian seperti yang disebutkan di dalam sabda di atas ??

Sudah tentu ramai bukan ?? Begitulah wanita Islam akhir zaman.

..................................................................................................................

Golongan wanita Melayu Islam yang tidak risau, tidak takut dan tidak malu untuk tidak bertudung, memakai pakaian jarang, sendat dan ketat mempunyai beberapa alasan yang BENGONG untuk membolehkan cara berpakaian mereka diterima akal:

1. Tutup aurat semua, sudah pasti masuk syurga ke..? Kamu Tuhan ke..?
2. Tudung labuh pun buat dosa mengumpat orang. Walau kami pakai (seksi), hati kami baik...
3. Pakai jarang ke...ketat ke...itu hak kami. Kalau tak suka, (lelaki) jangan tengok..!!
4. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang pada individu yang memandang kami. Seksi itu subjektif..
5. Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa..
6. Salah ke kami pakai macam ni. Tutup aurat itu bagus. Tapi kami tak mahu jadi hipokrit. Ini adalah diri kami yang sebenar...
7. Suka hati kamilah pakai macam ni. Kami tidak ganggu hidup orang lain...
8. Apa yang kami buat (pakai) adalah antara kami dengan Tuhan..
9. Ini fesyen... tak salah mengikut fesyen...takkan kita mahu ketinggalan zaman..
10. Kami pakai (seksi) macam ni mengikut arahan photographer/ pengarah filem untuk menyesuaikan dengan scene..
11. Bukan kami tidak mahu menutup aurat, cuma masanya belum sampai lagi...tunggu dulu..


Apa macam ? BENGONG tak alasan-alasan wanita sebegini ?

......................................................................................................................

Satu fakta menarik yang perlu sentiasa diingat mengenai tubuh badan wanita. Renung-renungkan soalan-soalan ini.


1. Kenapa wanita sering dijadikan bahan ekploitasi seks di seluruh dunia ?
2. Kenapa wanita sering dikaitkan dengan simbol seks ?
3. Kenapa filem dan gambar lucah lebih memfokuskan kepada wanita ?

4. Kenapa Islam sejak dari dahulu sangat-sangat menjaga kehormatan tubuh badan wanita melalui konsep AURAT ?
5. Kenapa Hawa diciptakan untuk Nabi Adam ?
6. Kenapa wanita diciptakan untuk lelaki ?
7. Apa yang istimewanya tubuh badan wanita hingga begitu mempengaruhi nafsu lelaki ?


Itulah kelainan wanita. Hampir keseluruhan tubuh badan wanita mampu merangsang nafsu seks lelaki. Betis dan peha mereka menggoda, punggung serta kemaluan mereka menggoda, pusat dan dada mereka menggoda, wajah cantik mereka memukau jiwa. Ketahuilah bahawa perkara pertama yang lelaki mahukan pada diri wanita adalah seks.

Maka pada akhir zaman ini, timbullah isu BERTUDUNG TETAPI TELANJANG. Mereka mengaku kononnya sudah berpakaian menutup aurat, tetapi pakaian mereka masih menampakkan bayangan dan bentuk bahagian tubuh badan mereka yang wajib dilindungi
..............................................................................................................................


TUDUNG TETAPI KAIN BELAH



Kononnya memakai kain, tetapi lelaki boleh melihat betis mereka yang putih melepak apabila mereka berjalan berlenggang-lenggok. Apa gunanya bertudung ?

Nasihat: Sebab itulah Islam suruh wanita pakai kain lapang yang labuh menutup keseluruhan kaki mereka.



TUDUNG TETAPI BAJU SENDAT



T-shirt yang dipakai mereka sangat sendat hingga mengikut bentuk pinggang dan dada mereka. Bentuk payudara mereka pun boleh nampak jelas. Apa gunanya bertudung ?

Nasihat: Sebab itulah Islam suruh wanita pakai baju yang lapang dan longgar supaya bentuk pinggang dan payudara mereka tidak kelihatan jelas.



TUDUNG TETAPI BAJU KURUNG/ KEBAYA JARANG



Pakai baju kurung yang jarang di luar, kemudian pakai anak baju@singlet yang seksi di dalam. Lengan dan bahagian atas dada mereka boleh nampak. Di majlis kenduri kahwin dan hari raya, ramai wanita Islam pakai sebegini. Apa gunanya bertudung ?

Nasihat: Sebab itulah Islam suruh wanita memakai pakaian yang diperbuat daripada fabrik yang lebih tebal supaya tidak tembus dalam.



TUDUNG + BAJU KURUNG / KEBAYA KETAT



Mereka tempah dan pakai baju kurung atau kebaya sealak-alak badan, betul-betul just nice mengikut saiz bentuk badan mereka. Tidak longgar sedikit pun. Bila berjalan dan duduk boleh nampak bentuk betis, peha, punggung, dada, coli dan seluar dalam mereka akibat terlalu sendat. Fenomena ini banyak dilihat di majlis-majlis kenduri kahwin dan hari raya kita. Apa gunanya bertudung ?

Nasihat: Sebab itulah Islam suruh wanita memakai baju, kain dan seluar yang lapang dan longgar supaya lebih mudah bergerak, di samping memelihara maruah.



TUDUNG TETAPI BAJU SENDAT + SINGKAT


Sudahlah pakai T-shirt yang sendat, singkat dan pendek pula tu. Hanya di atas paras punggung mereka. Bila berjalan dan berdiri boleh nampak bentuk bulat punggung mereka. Apa gunanya bertudung ?

Nasihat: Sebab itulah Islam suruh wanita melabuhkan baju mereka sehingga bawah paras punggung supaya dapat melindungi bentuk punggung mereka dari dilihat jelas oleh lelaki.



TUDUNG TETAPI PAKAI LEGGING



Ini adalah kontras paling BENGONG zaman kini. Tudung pakai, kononnya mahu menutup aurat. Kadangkala baju pun sudah tutup aurat. Satu masalah besarnya ialah mereka pakai LEGGING pula di bawah. Bila sudah pakai LEGGING, maka lelaki akan nampak jelas bentuk betis dan peha mereka kerana LEGGING itu sangat ketat. Kalau pakai baju singkat, boleh nampak alur seluar dalam mereka. Kalau fabrik legging itu nipis sangat, boleh nampak warna kulit peha mereka. Aduhai....apa gunanya bertudung ?

Nasihat: Sebab itulah Islam suruh wanita pakai kain atau seluar yang lapang dan longgar untuk melindungi bentuk betis, peha dan punggung mereka apabila di luar.




TIDAK SALAH BERFESYEN, TETAPI JAUHKAN DIRI DARI PAKAIAN YANG JARANG,SENDAT, SINGKAT DAN KETAT.

APAKAH PAKAIAN YANG MEMBEZAKAN SEORANG WANITA YANG DIPANDANG DENGAN RASA HORMAT DAN SEORANG WANITA YANG DIPANDANG DENGAN PENUH NAFSU SERAKAH ? MANA SATU PILIHAN ANDA ?

p/s:maaf,gambar agak berlebihan sedikit.

sumber: http://wanitamelayuseksa.blogspot.com/?spref=fb
asif ambil tnpa kebenaran,nak mohon share,tp xjumpa nak mohon pd siapa.asif jiddan

"Wanita umpama permata dunia"

Friday, March 25, 2011

Fitnah berleluasa:Qiamat semakin menghampiri kita.

KUALA LUMPUR, 25 Mac: Sebuah NGO Islam, Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) pula memandang berat tuduhan salahlaku seks terhadap ketua pembangkang dan mendedah penuduh kepada jenayah Qazaf.

Presidennya, Dr. Mohd Parid Sheikh Haji Ahmad dalam kenyataannya berkata, isu yang ditimbulkan dan cara pendedahannya mencerminkan keaiban masyarakat negara ini.

"Ia menimbulkan persoalan sama ada masih wujud saluran amr makruf nahi mungkar. Ia bagaikan tidak mengutamakan pandangan agama, adab dan tata susila," kata beliau dalam kenyataannya itu.

Apa pun motif pendedahan ini, Ikram mengingatkan, dalam Islam, tuduhan melakukan zina memerlukan bukti dan persaksian yang kukuh dan kegagalan membawa saksi yang cukup mendedahkan penuduh kepada jenayah Qazaf.

Ikram juga, katanya, memandang berat perbuatan membuat, memperoleh, memiliki dan menayangkan video lucah.

"Ia merupakan satu jenayah menurut Seksyen 292 Kanun Keseksaan. Sesiapa yang didapati bersalah boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tiga tahun, atau denda, atau kedua-duanya sekali," katanya.

Maruah semua yang terlibat dan berkaitan harus dijaga. Penuduh bertanggungjawab membuktikan tuduhannya, kata beliau.

Jika penyiasatan membawa kepada pendakwaan, tertuduh perlu diberi hak untuk membela diri.

"Kita perlu berpegang kepada prinsip seseorang itu tidak bersalah sehingga disabitkan kesalahannya (Innocent until proven guilty)," katanya.

Sehubungan itu, Ikram menggesa supaya:

1. Pihak Polis menjalankan penyiasatan yang rapi,

2. Institusi-institusi media rasmi dan persendirian menyebarkan maklumat-maklumat secara tepat, adil dan bertanggungjawab,

3. Masyarakat menghindar dari membuat sebarang tanggapan sehingga penyiasatan dan proses undang-undang (due proses) selesai,

4. Masyarakat berpegang teguh dengan adab dan akhlak yang mulia di dalam kehidupan.

P/s:bukan ingin berpolitik,tapi ingin menyatakan rasa kesal.satu-persatu fitnah dikemukakan.
tiada bukti yang shohih namun berani tampil ke hadapan membicarakan permainan mereka.
sehinggakan ada yang berani berkata bahawa ulama' membawa ajaran sesat.
astargfirullahala'zim.ulama umpama bintang-bintang di malam hari.
menjadi petunjuk bagi musafir mencari destinasi.
"politik tak boleh seiringan dengan agama."
"Mursyidul mempergunakan agama untuk kepentingannya
dalam politik"
hmm?apakah kau SEKULAR?mengasingkan agama?
Islam itukan syumul.
nauzubillah.mudah-mudahan Allah kurniakan hidayah-Nya
bagi mereka.
cubalah singkap kembali sirah junjungan mulia,Rasulullah S.A.W.
aku bukanlah penganalisis politik mahupun pro-pembangkang,
namun Tarbiyyahku menjadi assebab untuk mata hatiku
terbuka.
melihat hakikat dunia.
yang kian porak-poranda.
apakah mereka sudah lupa.
akan janji-janji-Nya.
AKU CUMA PELAJAR ASASI

Tuesday, March 22, 2011

Mercy Killing@Euthanasia



Euthanasia atau Pembunuhan kerana Kasihan Mercy Killing ialah satu
cara menamatkan riwayat hidup seseorang individu yang menghadapi
penyakit yang amat teruk (terminal illness)
atau yang tidak boleh diubati, melalui suntikan racun
atau menamatkan bantuan perubatan khas (ICU).

---------------------
Sheikh Dr Yusuf Abdullah Al-Qardhawi, ulama besar Islam masakini ada
mengeluarkan fatwa beliau 'Ethanasia' ini. Berikut adalah cebisan petikan
dari fatwa beliau mengenainya.


"Tidak dibenarkan bagi Doktor - dan lain-lainnya -
memainkan peranan yang positif membunuh pesakit yang tidak
ada harapan untuk sembuh dan mempercepatkan kematiannya,
melalui suntikan (injection) kandungan ubat yang tinggi, dimana kesannya
akan membunuh juga.
Sama sahaja dengan cara atau memberinya bahan racun
yang mendatangkan kesan cepat, atau kejutan eletrik, atau alat mesin yang tajam,
semuanya adalah pembunuhan, Ia adalah HARAM,
bahkan ia merupakan satu DOSA yang BESAR.
Ia tidak dapat menghilangkan seseorang itu dari sifat membunuh walaupun
motifnya adalah kasihan keatas pesakit."


"Sebagaimana yang diketahui umum disisi ulama syariah :
rawatan perubatan bagi penyakit hukumnya bukanlah wajib disisi fuqaha'
dan Imam-Imam Mazhab.
Walaubagaimanapun ia dibenarkan. Dan jumlah yang sedkit
dikalangan ulama' mengatakan ia wajib, sebagaimana
dikalangan pengikut-pengikut Imam Ahmad dan Al-Syafie,
sebagaimana yang dinyatakan oleh Ibnu Taimiyyah (didalam Fatawa Al-Kubra 4/260,
cetakan Percetakan Kurdistan, Kaherah) dan beberapa dikalangan yang
menyatakan rawatan perubatan adalah digalakkan atau mustahab.

Bahkan, beberapa ulama berselisih mengenai apa
yang terbaik bagi pesakitnya : RAWATAN atau KESABARAN.
Ada yang berpegang kepada perlunya menunjukkan ketahanan/kesabaran
adalah lebih baik sebagaimana riwayat dari Ibn Abbas dari 2 kitab shahih bahawa :


"Diriwayatkan daripada Ata' bin Abu Rabah r.a katanya:
Ibnu Abbas bertanya kepadaku: Mahukah kamu jika aku
memperlihatkan seorang wanita yang menjadi
calon penghuni Syurga? Aku menjawab: Sudah tentu.
Ibnu Abbas berkata: Wanita berkulit hitam itulah, beliau pernah
datang kepada Nabi s.a.w dan berkata: Sesungguhnya aku
diserang penyakit sawan babi atau gila babi.
Aku ingin sembuh. Oleh itu berdoalah kepada Allah demi menyembuhkanku.
Nabi s.a.w bersabda: Jika sekiranya kamu mahu bersabar bagimu adalah Syurga.
Sekiranya kamu mahu sembuh,
aku boleh mendoakan kepada Allah semoga Dia berkenan menyembuhkanmu.
Wanita itu berkata: Baiklah aku akan bersabar, tetapi aku ingin sembuh,
jadi berdoalah kepada Allah
supaya menyembuhkanku. Nabi s.a.w akhirnya mendoakan untuknya "


"Ini adalah pandangan fuqaha' Ummah mengenai rawatan perubatan :
Kebanyakkan mereka berpegang bahawa ia dibenarkan,
ada yang mengatakan digalakkan rawatan,
dan beberapa bilangan yang kecil mengatakan wajib.
Saya sendiri bersetuju dengan mereka bahawa jika sakit tidak boleh ditahan lagi,
maka rawatan adalah caranya (kejayaannya),
dan sakit boleh dipulihkan dengan sunah Allah swt.

Ini bersesuaian dengan petunjuk Nabi saw, yang melakukan rawatan terhadap
dirinya sendiri dan memerintah para sahabat mencari rawatan untuk kesembuhan;
Ini disahkan oleh Ibn Al-Qayyim didalam Zaad Al-Ma'ad."

Akan tetapi jika berlaku sakit yang diluar batasan, dan keajaiban sahaja
yang boleh menyembuhnya, dengan tambahan sakit yang semakin meningkat,
tiada siapa lagi yang boleh mengatakan rawatan adalah wajib atau digalakkan.
Bahkan, doktor bertindak memberhentikan perubatan,
yang mana tidak ada gunanya lagi, didalam kes ini telah TERBUKTI,
dan ia juga dapat membantu mengurangkan kesan negatif akibat kesan ubat.


"Ini adalah jenis menyenangkan kematian.
Ini amat berbeza dengan perkara yang kontrovesial "Pembunuhan kerana kasihan"
- yang tidak menunjukkan sebarang perbuatan positif dari pihak Doktor;
bahkan ia menyerahkan kepada apa yang tidak wajib dan tidak digalakkan,
malahan ia tidak dipertanggung jawabkan (persalahkan).

Keizinan adalah disyariatkan dan dibenarkan, jika ia bukan perkara yang diinginkan,
dan bagi doktor yang melakukannya,
bagi tujuan melegakan pesakit dan keseluruhan keluarganya.
Tidak ada salah melakukannya, Insyaallah.

---------------
Disana terdapat keadaan dibenarkan menutup suis sistem
bantuan hayat (life support system) dimana :


"Menurut keadaan ini tidak ada halangan keatasnya
dan syara' membenarkannya juga,
khususnya alat bantuan luar - digunakan bagi tujuan pernafasan dan sirkulasi
- malah pesakit sebenarnya telah mati,
dimana ia tidak pun mempunyai rasa atau perasaan.
Satu pandangan yang mana otak tidak berfungsi lagi (brain death)

Pesakit akan berada didalam keadaan ini,
memerlukan banyak perbelanjaan yang tidak ada gunanya lagi,
dan mesin bantuan hidup pun tidak berguna bagi merawatinya -
dan ia tidak mempunyai perasaan. Keluarganya masih risau dan
sakitnya akan berpanjangan,
yang mungkin akan berlarutan sehingga 10 tahun atau lebih."

----------------

Kesimpulannya, didalam Maqasid Al-Syariah, Islam menjaga kehidupan,
dimana Euthanasia tidak dibenarkan. Euthanasia dikatakan
bertentangan dengan kehendak keperluan agama itu sendiri.
Ia menunjukkan kepada betapa murahnya nilai harga nyawa.
Sheikh Dr Yusuf Al-Qadhawi tidak membenarkan Pembunuhan kerana Kasihan,
dengan cara memberi suntikan kepada pesakit yang sedang melarat sakitnya,
agar memudahkan kematiannya.
Akan tetapi, jika pesakit sudah benar-benar mati atau 'brain death',
maka mesin bantuan sokongan bolehlah dihentikan perkhidmatannya,
atau sakit yang tidak boleh diubati lagi, maka dibenarkan ia mati
akibat penyakit yang dihadapinya tanpa bantuan perubatan.
Cara ini pada beliau, bukanlah diistilahkan sebagai 'Pembunuhan kerana kasihan'.

wallahu 'alam

-wassalam-


1] Sheikh Dr. Yusuf Al-Qardhawi. Fatawa Muasyirah - II cetakan ke 9. Dar Al-Qalam, 2001.ms 525-529

sumber.

Penipuan dalam makanan

Penipuan dalam MAKANAN

Antara “barangan buatan” yang telah dijadikan ikutan oleh kebanyakan dari kita.

1. Kita diajar dalam buku biologi,

buku pemakanan (kajian dan terbitan para kafir ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam.

tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman.

Nak ikut kafir ke nak ikut Nabi Muhamad ?

Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sbb hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan.

so kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam.

makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran kafir ini.

kopi

2. Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan.

Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi Muhamad selain susu dan madu.

Cuba tengok Yahudi, mereka minum kopi, Starbuck.

Profesor di UK yang Yahudi semua ada segelas kopi di tangan mereka.

kambing

3. Kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol,

namun kambing juga adalah makanan kegemaran Nabi Muhamad.

Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita.

Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol.

McD

4. Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus,

namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans.

cocacola

5. Para kafir ni juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat,

contohnya coke dan maggi.

Coke tu sangatlah beracun,

pastu sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi).

6. Untuk pengetahuan, para kafir agen dajjal ni gak mengwar-warkan kebaikan minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar),

namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan.

selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sbb dalam soya ada hormon estrogen yang sama dgn estrogen kat wanita. Pastu soya ada phytic acd yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.

Secara kesimpulannya para kafir ajen Al-Masih Dajjal ni bukan setakat melemahkan kita dari segi lain namun secara pemakanan kita jua.

Firman Allah:

يَا أَيُّهَا النَّاسُ كُلُوا مِمَّا فِي الْأَرْضِ حَلَالًا طَيِّبًا وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ

Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan, kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.

(Surah Al-Baqarah : 168)

Firman Allah:

وَكُلُوا مِمَّا رَزَقَكُمُ اللَّهُ حَلَالًا طَيِّبًا وَاتَّقُوا اللَّهَ الَّذِي أَنتُم بِهِ مُؤْمِنُونَ

Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu,

iaitu yang halal lagi baik dan bertakwalah kepada Allah yang kepadaNya sahaja kamu beriman.

(Surah Al-Maidah : 88)

Firman Allah:

Oleh itu,

makanlah (wahai orang-orang yang beriman) dari apa yang telah dikurniakan Allah kepada kamu dari benda-benda yang halal lagi baik,

dan bersyukurlah akan nikmat Allah,

jika benar kamu hanya menyembahNya semata-mata.

Al-Quran

Surah An-Nahlu

Ayat 114

وَكُلُوا مِمَّا رَزَقَكُمُ اللَّهُ حَلَالًا طَيِّبًا وَاتَّقُوا اللَّهَ الَّذِي أَنتُم بِهِ مُؤْمِنُونَ

Friday, March 18, 2011

kekasih-kekasihku.


duhai kekasih-kekasihku sayang.

terima kasih kerna menemani hidupku.

biarpun aku tak sempat

mendalami hati-hatimu

tapi kau tetap jua,

menantikan diriku.

bukanlah niatku untuk tidak berlaku adil,

tapi..

aku perlukan masa untuk mengenali

setiap satu kekasihku ini..

aku perlu meletakkan sepenuh hati aku,

sebelum aku benar-benar kenal akan

kekasihku ini.

tapi,aku menyintai kamu semua <3


my first al-Qurán terjemahan.
hadiah daripada Abg Asyraf,naqibku yang pertama
dlm sistem usrah ni.
besarnya pahala.andai sehari tak dibaca,hati rse mcm ade sumting yg xkne je.
(bukan usrah sekolah yg bila dtg je,abg2 senior asek cerita pasal kahwin je.adehh-_-")


buku usrah =)
sayaanggg sgt!!banyak sgt ilmu dlm ni.
khutbah,taálim,usrah,ceramah.semua dlm ni.
al maklumlah,aku bukanlah al-Hafiz.
al-Quran dan buku usrah ni la peneman aku mse mesyuarat.


dikala aku kesedihan,kau dengarkan aku alunan zikir penenang jiwa
dikala aku berkesibukkan,kau hiasi bilikku dengan bacaan suci ayat al-Qurán.
dikala aku berkeseorangan,kita berduet bersama-sama,mendendangkan
nasyid,walaupun kau tahu suaraku xsesedap mana.hehe



kekasih jua.tapi maaf,sy xmampu menghabiskan kesemuanya.
<3>


hadiah <3

buku khalifah tu ayah yg kasi.
buku jika ingin berjaya tu,sahabatku,haris beri sempena ulang tahun kelahiranku yg ke-19
dan buku bekal da'wah tu pemberian abg Bakri,naqib usrahku selepas Spm.
rindunyaa dgn abg bak.


bukan kupunya.pinjam drp Abg Azrin,naqibku.subhanallah.betul2 menggetarkan iman.
terima kasih =)


satu je ada.ntah mne ntah adik beradik die yg lain.
tp adik yg Isu28 ni paling disayangi sbb ade tanda tangan
ustaz Zin Kandar dgn Ustaz Hafidzi.=)

"membaca jambatan ilmu"

kelebihan burung pada kepaknya,
kelebihan gajah pada kekuatannya
dan
kekuatan manusia terletak pada akalnya.

"menuntut ilmu adalah taqwa.
menyampaikan ilmu adalah ibadah,
mengulang-ulang ilmu adalah zikir,
mencari ilmu adalah jihad"
(Imam Al-Ghazali)

Saturday, March 12, 2011

Buat mereka yang sedang diuji oleh Sang Khaliq..

"Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar, iaitu orang-orang yang ketika musibah, mereka berkata: "Sesungguhnya kita adalah milik Allah dan kepadaNya kita akan kembali".Mereka itulah yang memperoleh ampunan dan rahmat dari tuhannya,dan mereka itulah orang yang mendapat petunjuk".(Al-Baqarah:155~157)

"Dan janganlah kamu merasa lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamu orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang beriman."(Ali-Imran:139)

Sejak seminggu yang lalu diri ini dilanda al-fatrah yang agak kritikal membuatkan hari-hari yang dilalui agak tidak bersemangat.Namun kutabahkan diri ini untuk menghadapinya.Kadang terasa seolah-olah diri ini keseorangan di celah-celah manusia bermata sepet.Kadang serasa hampir-hampir ku tersungkur menyembah bumi dek kerana kesibukan, kelelahan dan kepenatan mengejar rutin harian. Namun cepat kusedari,..."ah, baru sedikit ku diuji oleh-Nya"...Nyata sekali diri ini masih belum cukup kuat dan ampuh untuk menghadapi dugaan ini berseorangan.Ya,aku tidak keseorangan.Aku punya tempat mengadu yang sentiasa ada disitu,yang takkan menghampakanku tika aku mengadu segalanya pada-Nya, DIA yang bisa menenangkan hati ini tatkala aku berbicara dengan-Nya...itulah Al-Khaliq...Sungguh hanya dengan mengadu pada-Nya membuatkan hati ini tenang, bak bumi gersang disimbah hujan rahmat.Alhamdulilllah...Kupanjatkan kesyukuran kepada-Nya,Tuhan Rabbul Jalil.Benarlah, hanya dengan mengingati Allah,hati akan merasa tenang.

Sungguh hamba-Mu yang kerdil dan hina ini insaf ya Allah.Betapa setiap dugaan yang Kau berikan itu tak lain dan tak bukan telah lebih mendekatkan lagi aku dengan-Mu. Fitrah orang mukmin tatkala dilanda kesedihan pasti hati cenderung untuk kembali kepada-Nya.Sungguh aku bersyukur di atas nikmat iman yang dikurniakan oleh-Mu,ya Allah, ya Rahman,ya Rahim...
Rasulullah saw bersabda yang maksudnya:
"Orang yang sangat banyak mendapat ujian itu adalah para nabi,kemudian baru orang yang yang lebih dekat darjatnya kepada mereka.Orang diuji menurut tingkat ketaatannya kepada agamanya.Jika sangat kuat dalam beragama maka sangat kuat pula ujian yang menimpanya,bila lemah dalam agamanya,maka diuji pula oleh Allah sesuai dengan tingkatan ketaatannya kepada agamanya.Demikianlah ujian itu sentiasa ditimpakan kepada seorang hamba sampai ia dibiarkan berjalan di atas muka bumi dalam keadaan tidak berdosa."
(Hadis riwayat at-Tarmizi)

Dari hadis di atas dapatlah disimpulkan bahawa musibah atau cubaan yang diturunkan Allah kepada hamba-hambanya adalah bertujuan:

1. Untuk membersihkan dan memilih, mana orang mukmin yang sejati dan mana orang munafik.
2. Untuk mengangkat darjat serta menghapuskan dosa.
3. Untuk melihat sejauh mana kesabaran dan ketaatan seorang hamba.
4. Untuk membentuk dan mendidik keperibadian manusia sehingga menjadi umat berbudi tinggi.
5. Sebagai latihan, supaya manusia terbiasa menerima ujian dengan demikian akan bertambah kesabaran, kuat cita-cita dan tetap pendiriannya.
Ubat Hati ada lima,
Yang pertama,baca Quran dan maknanya
Yang kedua, dirikanlah solat malam
Yang ketiga, berkumpullah dengan orang-orang soleh
Yang keempat, perbanyakanlah berpuasa
Yang kelima, perbanyakkanlah berzikir


Selagi kita bernafas di atas muka bumi ini,selagi itulah kita akan diuji...kita hanyalah makhluk-Nya yang cuma menumpang seketika di alam fana ini, berkelana menuju destinasi yang pasti,,,,lalu mengapa terlalu mendambakan kesenangan yang sementara. Dunia ini bukankah tempat ujian semata?

Tuhan kupohon kepada-Mu diberi sekelumit kekuatan dan kesabaran buatku menempuh hari-hari mendatang yang pastinya akan lebih mencabar.Kupujuk hati ini,"Sabarlah wahai hati,cuma untuk beberapa waktu sahaja lagi, mentari pastinya kan muncul lagi.Wahai hati,jangan bersedih lagi.Senyumlah dan tabahlah menghadapi hari-hari, demi mengejar sinar di hujung destinasi".

dicopy drpd blog Aq Hamba
jazakumullahu khairan kasira =)

kencang sikit!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...