Metamorfosis kebaikan

Saturday, February 26, 2011

Alhamdulillah

Allah hilangkan matahari,tapi Allah kurniakan Bulan.
walaupun cahayanya tidak seterang matahari,
tapi bisa menerangi gelap malam yang suram.
menjadi peneman di kala a'bid merintih
bersendirian.


Friday, February 18, 2011

*mengeluh*


kenapa bila nak buat sesuatu yang baik susah sangat haa?
bila tiba yang lagho,mudah je..
karaoke box ha xpayah procedure2 pon dpt je.
ya Allah..
ABJZ aku ni dah tertangguh 2 minggu dah..
ya Allah malu gila aku dgn anak2 buah aku..
tebal muka aku bila berdepan dengan dorg..
tataw dah ceruk mane aku nak sorokkan muka aku ni..
aku mcm nak lari jauh2 je bile jumpe dgn dorg..
resumelah,pengalaman penceramah,kredibiliti penceramah,lulusan manelah.
ya Allah..
aku tension smpai demam2,xdpt blaja..
mst dorg anggap aku ni pemimpin yg teruk,corrupt kan?
xpelah.aku redha.
aku dah usaha,dan usaha,dan usaha tp mcm2 yg timbul.
maaflah.
mungkin salah aku..
ya Allah..
Alhamdulillah..
Kau kurniakan aku anak2 buah yg amat komitmen dan faham akan masalah
aku..
terima kasih,syazwan,Dzatul,Jasmin dan Robia'tul A'dawiyah.
kawan-kawan yg sentiasa memberi dorongan
Hasan,haris dan Fazli..
terima kasih..

ya Allah..
inilah ujian,kan?
apelah aku ni,xkan dah nak mengalah kot.
Fathihi!kau lemah!
cuba kuat sikit!!
kau xtahu malu ke dgn idola kau,Rasulullah?
lagi teruk tau ujian,berbanding kau ni.ni baru sekelumit.
haa come on laa.bangkitlah!
kata cita2 syahid di jalan Allah,manekan dpt capai cita2 tu
andai hati kau xsetabah Muaz dan Mua'wiz?
bisakah kakimu melangkah gagah ke medan syahid andai diri
xsehebat Tariq bin Ziyad?
Fathihi..
nama kau dah sinonom dgn Sultan Muhammad Al-Fateh dah,
kau xnak jadi "pembuka"di Unimas ni kah?

Ya Allah..
permudahkn urusan hamba-Mu ini..
Ya Allah..
bantulah aku dalam usahaku menyebarkan risalah-risalah
agama-Mu..
Ya Allah..
aku lemah ya Allah..
aku dhoif..
kau jualah maha Kaya,maha Penguasa atas diriku dan segelinap
alam ini..
kurniakan aku kekuatan untuk thabit dalam perjuanganku ini..
ya Allah..
andai aku longlai..
ingatkanlah diriku ini..
diriku seorang yg pelupa..
dan janganlah kau palingkan hidayah-Mu drpku..
ya Allah..
syahidkan aku di atas jalan yang Engkau redhai..
ya Allah..
tiadalah tempat pergantungan lain melainkn hanya pd Kau,
ya Allah..
Tuhanku..
perkenankan lah doá hamba-Mu ini..

Sunday, February 13, 2011

ya Rasulullah,aku merinduimu



وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا رَحْمَةً لِلْعَالَمِينَ
"Dan tidaklah kami mengutuskan kamu(Muhammad),melainkan untuk menjadi Rahmat bagi Alam Semesta"
(Surah Al Anbiya':107)

ya Rasulullah..
andainya Dikau bersamaku.
Akan kutatap wajah sepuas-puasku.
moga hilang rindu dalam dadaku..
ya Rasulullah..
andainya dikau bersama diriku,
akan kupeluk erat-erat tubuhmu.
moga bau perjuanganmu melekat
pada diriku..
ya Rasulullah,
seandainya aku di sisimu,
akan kukucup tanganmu..
moga mengalir keberkatan dalam diriku...

Ya Rasulullah..
aku rindukanmu...
aku cintakanmu ya Rasulullah..
tapi aku selalu mendustakannya,,
Aku seringkali meletakkan cintamu
rendah daripada cintaku kepada dunia..

Aku malu padamu ya Rasulullah..
Dikau mencintai aku sebelum aku sendiri lahir ke dunia.
ya Rasulullah..
betapa hina dinanya diri ini..
aku seringkali menyatakan aku cintakan dikau,
tapi sunnahmu,ajaranmu seringku lupakan.
Ya Rasulullah...
sangggupkah kau untuk mengaku aku sebagai
UMMATMU?

ya Ululázm Anbiya'..
dalam sakaratul mautmu,
kau masih lagi ingat pada kami..
"Ummati ummati ummati"
sedangkan kami disini,sering melupakanmu,
bergembira dengan ni'mat dunia yang sementara..
layakkah kami untuk menerima syafaatmu
di akhirat kelak?
ya Rasulullah..
begitu jauhnya jarak kami
dengan martabat keagunganmu..

Ya Rasulullah..
dikau sanggup mengikat perut berlapar..
kau sanggup dilempar batu sehingga capalmu
penuh dengan darah..
kau sanggup dilempar dengan najis..
semuanya kerana KAMI..
untuk kami merasa betapa indahnya menyintai
Allah dan Kekasih agungnya..
subhanallah..
indahnya budi pekertimu duhai
Rasul yang telah dijanjikan syurga.

sungutan 'Aisyah kepda Rasulullah,"Mengapa Rasulullah kau bersusah payah berdiri bersembahyang malam sehingga bengkak-bengkak dua belah kakinya sedangkan Allah telah mengampunkan dosa kau yang lalu dan yang akan datang?"Rasulullah dalam jawapannya berkata:
"Afalaa akuunu a'bdan syakura"
"tidakkah patut untukku menjadi hamba yang bersyukur?"

Ya Rasulullah,
betapa gembiranya dikau,
ketika Allah akan berselawat kembali kepada kami
andai kami berselawat pada Rasulullah..
bukannya dikau gembira kerana namamu disebut-sebut.
tapi kerana ganjaran yang besar buat ummatmu yang berselawat padamu.
Ya Rasulullah..
mulianya akhlakmu..
betapa dikau cintakan kami..


Ya Rasulullah..
aku begitu cemburu dengan sahabatmu,Abu Bakar As-Siddiq,
kerana beliau sering bersamamu kemana sahaja.
beliaulah yang membenarkan segala kata-katamu..
beliau juga rakan seperjuanganmu dikala
menyebarkan agama Allah di muka bumi ini..
aku ingin berada di tempatnya..
menjadi temanmu yang sejati..
aku ingin
melihat cahaya wajahmu setiap hari..
aku ingin
menatap senyuman manismu yang bisa mencairkan hati mereka yang
melihatnya..
Aku ingin
mendengar kata-kata indah daripada mulutmu,
agar bertambah keimanan ku pada Allah..
duhai Abu Bakar sahabat Rasulullah yang tercinta,
aku cemburu padamu..

tatkala tiba masa kewafatanmu duhai Rasulullah,
Para sahabat tidak dapat menerimanya.
sehinggakan tangisan mereka di rumah Saiditina Áisyah
didengari sehingga ke luar rumah.

Umar tak dapat menerima sehingga
berkata "sesiapa yang berkata Rasulullah sudah mati,akan kulibas dengan pedangku ini"

Abdullah bin Zaid tidak dapat menahan sebak sehingga
berdoa pada Allah;
"Ya Allah,ambillah penglihatanku ini sehingga aku tidak dapat melihat
sesiapapun selepas Rasulullah sallahua'laihi wassalam"
belum sempat beliau habiskan doa,Allah sudah menarik ni'mat penglihatannya.

begitu juga sahabat yang lain,sehinggakan ada yang berdoa
"Ya Allah,ambillah nyawaku ini dan tiada lagi kehidupan selepas Muhammad"
pada saat itu jualah Allah menarik nyawanya dan jatuh rebahlah ke bumi.

saidina Uthman pula terdiam membisu,tidak dapat berkata apa-apa kerana
fikirannya bercelaru dan bingung.

betapa tingginya cinta yang mereka letakkan
padamu ya Rasulullah setelah Allah..
aku malu..
siapalah Rasulullah di hati kita duhai ummat akhir zaman?

Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah bersabda yang maksudnya:
"Demi Allah yang jiwaku ditangan-Nya,tidak beriman seseorang kamu
sebelum aku menjadi orang yang lebih dikasihinya daripada bapanya
dan anaknya"
(hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Thursday, February 10, 2011

cinta dia dalam diam,dari kejauhan dgn penuh keikhlasan dan kesederhanaan.



Ketika cinta kini hadir tidaklah untuk Yang Maha Mengetahui saat secercah rasa tidak lagi tercipta untuk Yang Maha Pencipta izinkanlah hati bertanya untuk siapa ia muncul dengan tiba-tiba.. mungkinkah dengan redhaNYA atau hanya mengundang murkaNYA..


Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH..


" Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH." (QS. Adz Dzariyat: 49)


" Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu, dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin ALLAH akan memampukan mereka dengan kurniaNYA." (QS. An Nuur: 32 )


" Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNYA ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNYA diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir." ( QS. Ar Ruum: 21 )



Tetapi jika kelemahan masih nyata dipelupuk mata maka bersabarlah.. berdoalah.. berpuasalah..

" Wahai kaum pemuda, siapa saja diantara kamu yang sudah sanggup untuk menikah, maka menikahlah, sesungguhnya menikah itu memelihara mata, dan memelihara kemaluan, maka bila diantara kamu belum sanggup untuk menikah.. berpuasalah, kerana sesungguhnya puasa tersebut sebagai penahannya." ( Hadis )


" Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk. ( QS. Al Israa': 32 )

Cukup cintai dia dalam diam..,

Bukan kerana membenci hadirnya.. tetapi menjaga kesucinnya bukan kerana menghindari dunia.. tetapi meraih syurgaNYA bukan kerana lemah untuk menghadapinya.. tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus dan menyelusup..


Cukup cintai dia dari kejauhan..,

Kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkannya dari ujian.. kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan.. kerana mungkin sajakan membawa kelalaian hati-hati yang terjaga..


Cukup cintai dia dengan kesederhanaan..,

Memupuknya hanya akan menambah penderitaan.. menumbuhkan harapan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan..

Maka cintailah dia dengan keikhlasan..,

Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati.. tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..??

".. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." ( QS. Al Baqarah: 216 )

" Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezeki yang mulia (syurga)." (QS. An Nuur: 26 )


Cukup cintai dia dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan dan keikhlasan..

Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan.. mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan..

Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan.. serahkan rasa yang tiada sanggup dijadikan halal itu pada Yang Memberi dan Memilikinya.. biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya..

" Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga ." (Umar Bin Khattab ra)


:::jazakallah buat akhi Zafiruddin:::

Tuesday, February 1, 2011

Pelangi

"Dijadikan terasa indah dalam pandangan manusia cinta terhadap apa yang diinginkan,berupa perempuan-perempuan, anak-anak, harta benda yang bertumpuk dalam bentuk emas dan perak, kuda pilihan, haiwan ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik."
(surah 'Ali Ímran:14)

pelangi,
hadirnya dikau
dikala langit merintih
menangis.
ketahuilah duhai langit,
air mata-air mata yang kau curahkan,
bukanlah sia-sia.
bukanlah tiada gunanya.
tapi membawa seribu kemanfaatan pada
mereka-mereka yang berada di bawah
lembayunganmu.
duhai langit,
andai tiada tangisan,
kapankah muncul pelangi indah
yang hadirnya bisa merawat
luka-luka lama langit?
ketahuilah duhai langit,
datangnya pelangi
adalah untuk menambah
kecantikkan,
ketenangan,
keindahan serimu.
sedarilah duhai langit,
dirimu amat pelangi perlukan
biasan cahaya,spektrum warna.
pelangi ingin juga bermanfaat
pada semua.

tapi biarlah yang halal =)


“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”
(surah al-Baqarah : 216)

biarlah Allah menentukan segala-galanya.
segalanya telah ditetapkan di Luh Mahfuz,kan?
aku taknak jadi seperti pelangi yang dulu,
suram,tiada warna
aku ingin jadi pelangi yang penuh rona warna,
indah,ceria.

Aku ingin jadi pejuang,
bukan yang tenggelam dalam lumpur
kejahilan.
aku ingin menjadi pendokong usaha-usaha
da'wah.
aku ingin tergolong dalam golongan para syuhada'.
namun bisakah aku gapai cita-citaku ini andai
aku seperti pelangi yang dahulu?

aku ingin bersama-sama kau,duhai langit
berjihad hingga ke akhir hayat kita.
sabarlah.
andai benar dikau jodohku,
maka betullah.
andai bukan,
redhalah.
kerna pasti Allah telah sediakan
buat dirimu seseorang yang jauh
lebih baik daripada diriku.

si pelangi



kencang sikit!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...