Ketika cinta kini hadir tidaklah untuk Yang Maha Mengetahui saat secercah rasa tidak lagi tercipta untuk Yang Maha Pencipta izinkanlah hati bertanya untuk siapa ia muncul dengan tiba-tiba.. mungkinkah dengan redhaNYA atau hanya mengundang murkaNYA..
Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH..
" Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH." (QS. Adz Dzariyat: 49)
" Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu, dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin ALLAH akan memampukan mereka dengan kurniaNYA." (QS. An Nuur: 32 )
" Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNYA ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNYA diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir." ( QS. Ar Ruum: 21 )
Tetapi jika kelemahan masih nyata dipelupuk mata maka bersabarlah.. berdoalah.. berpuasalah..
" Wahai kaum pemuda, siapa saja diantara kamu yang sudah sanggup untuk menikah, maka menikahlah, sesungguhnya menikah itu memelihara mata, dan memelihara kemaluan, maka bila diantara kamu belum sanggup untuk menikah.. berpuasalah, kerana sesungguhnya puasa tersebut sebagai penahannya." ( Hadis )
" Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk. ( QS. Al Israa': 32 )
Cukup cintai dia dalam diam..,
Bukan kerana membenci hadirnya.. tetapi menjaga kesucinnya bukan kerana menghindari dunia.. tetapi meraih syurgaNYA bukan kerana lemah untuk menghadapinya.. tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus dan menyelusup..
Cukup cintai dia dari kejauhan..,
Kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkannya dari ujian.. kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan.. kerana mungkin sajakan membawa kelalaian hati-hati yang terjaga..
Cukup cintai dia dengan kesederhanaan..,
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan.. menumbuhkan harapan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan..
Maka cintailah dia dengan keikhlasan..,
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati.. tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..??
".. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." ( QS. Al Baqarah: 216 )
" Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezeki yang mulia (syurga)." (QS. An Nuur: 26 )
Cukup cintai dia dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan dan keikhlasan..
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan.. mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan..
Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan.. serahkan rasa yang tiada sanggup dijadikan halal itu pada Yang Memberi dan Memilikinya.. biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya..
" Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga ." (Umar Bin Khattab ra)
:::jazakallah buat akhi Zafiruddin:::
salam en sipot,
ReplyDeletebagaimanakah yg dikatakan diam ni, sdgnkan anta btw satu dunia ttg cinta baru anta.
ana jd keliru, mudah sgt anta jatuh cinta, aritu dgn yg tulah dgn yg nilah dgn awaktu, dgn awaknilah,
cuba fokus blajar atau benda-benda lain selain cinta-cintunni, mmglah fitrah abg sipot oi,
nnt bila solat pun x khusyok, dh asyik termimpi-mimpi perempuan2 saja, dahlah kalu jd imam un nnt x ikhlas(untuk mendpt perhatian gadis),kalu cari teman blogger pun perempuan saje (bia pun blog sampah ttap dikagumi, tengok je yg follow mesti perempuan saje.... dh tau perempuan tu fitnah tp ..
sy ingat blogni bermotif dakwah tp kiranya begini bakal daie bercinta, cr jodo sana-sini.. buat malu kaum aku je..
waa'laikummussalam.
ReplyDelete=)
i like this komen.
betul kata saudara tu,
Dari Abu Ruqayyah Tamim bin Aus ad-Daary radhiyallahu ‘anhu, bahwasanya Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Agama itu nasihat”. Kami pun bertanya, “Hak siapa (nasihat itu)?”. Beliau menjawab, “Nasihat itu adalah hak Allah, kitab-Nya, Rasul-Nya, pemerintah kaum muslimin dan rakyatnya (kaum muslimin)”. (HR. Muslim)
terima kasih sbb ingatkn diri ana yg slalu alpa ni.
biasalah ana ni si pendosa.
xlekang melakukan dosa.
jgn expect ana ni si perfect.
uhh jauh skali.
andai kata enta kata mcmtu,xperlulah kembali ke teratak ana ye.ana just tulis luahan rasa,apa yg ana rasa,apa yg ana perlu tulis,ape khilaf yg ana hadapi.
andai enta xsuka penulisan ana,minta dijauhkn la sbb nnt enta kutuk2,enta dpt dosa.huhuhu.
terima kasih atas kata2 yg mmbangkitkn jiwa.
inshaALLAH nnt ana buat blog lagi satu,yg lagi satu tu lagho yg lagi 1 dakwah.nak?
(mcm sekularism la plak.huhuhu)
dan ana xpernah nak minta org singgah baca,xpernah terniat.ana malu tp hari tu ana tr"daftar"ke networkblog.abes bila update kluar kat fb dlm newsfeed.malu.ntah xreti la kluar drp bnde tu.
huhuhu.ana suka cara enta terjah tnpa btol2 kenal ana,hikhikhik.
jemputlah komen lagi.suka lah ana.
jrg dpt jumpa org komen mcmni,asek puji2 je.
jd syirik kang aku ni.
astargfirullah.
trime kasih bw kembali ke dunia =) <3
salam ukhuwah =)
Firman Allah bermaksud: Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan. (Surah al-Hujurat, ayat 6)
ReplyDeleteSabda Rasulullah SAW bermaksud: Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
bukan ana tujukan pd enta,
peringatan pd ana takut ana fitnah enta,buruk sangka pd enta plak dgn bermacam2 sangkaan.
hati ana kne bersihkan drp tanggapan mcmtu.
asif,dan sekali lagi,lain kali jgnlah letak anonymous.huhuhuhuuhuhu
From Anonymous#2: MBK.
ReplyDeleteerm..wahai Anonymous#1 yg berani, prinsip yg mudah perlu kita faham: ORANG YANG BERANI MENGKRITIK, PERLU BERANI DIKRITIK.
Ana mudah jer, kalaula enta berani kritik fath, mksudnyer enta sedia utk menerima kritikan.
blog ni la tmpat fath nk luahkn sgala yg terpendam. jadi,
apalah slhnye.
klau dia luah prasaan dia dkt prmpuan tue trus, kn dah jdi dosa. knape sampai nak labelkn blog nie blog sampah? ish2. klau ye pun, wlaupn dgn niat nk tgur tlg jaga ukhuwah. jge prktaan
"perkataan yg baik itu sedekah..."-Hadith Rasullullah
Heloo, kita manusia kn? ada prasaan kn?
Kalau org cakap enta x khusyuk bila jdi imam, ape enta rse? tugas jdi imam bukn sume org leyh wat dgn baik.
jeles ke bile rmai prmpuan follow blog nie? brtmbh prmpuan, brtmbh fitnah? leyh huraikn skit x? kurg jelas.
sbb yg follow blog tue ats khndak follwer tue sndiri.
blog nie mostly ke arah pmbangunn emosi (EQ), n fath yg ana knl, dye seorg yg kuat EQnye.
ana tgur enta, so enta ada hak tgur ana.
MBK ....
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAstagfirullah..jgn salahkan cinta..sedangkan sebaik-baik manusia iaitu Rasulullah juga bercinta..
ReplyDeleteCinta itu fitrah...
Cinta itu Anugerah...
Islam tak pernah menghalang umatnya untuk bercinta..namun,lihatlah kepada siapa yg di cintainya..
Cinta Hakiki itu Allah dan Rasulnya..
Namun...
bukankah cinta sang suami kepada isterinya serta sebaliknya ialah pahala...
Istighfarlah...
Astaghfirullah...
Sekadar perkongsian..ku petik kisah Fatimah dan Saidina Ali...Usai mereka bernikah..Fatimah ada mengatakan kepada suaminya ( Saidina Ali ).."kanda..dulu,adinda ada mengagumi seorang lelaki..dan adinda ingin sentiasa bersamanya.."
Maka jawab Saidina Ali " Adakah adinda menyesal kerana telah berkahwin dengan kekanda?"...
Maka jawabnya ( Fatimah Muhammad ).."Tidak..kerana insan yg dinda kagumi itu adalah kanda.."
Nah..kita lihat misal yg amat cantik sekali..Fatimah yg jatuh hati kepada Saidina Ali..tidak pernah meluahkan cintanya..namun,dia memendamkannya..
Maka tidak salah bukan utk mencintai..
Biarlah hanya sekadar dalam diam..
Biarlah hanya dari kejauhan...
Biarlah menjadi rahsia hamba dan Tuhannya...
Semoga rahmat Allah menaungimu selalu..
Wallah'alam... :) huhuhu