erm,since semua orang sudah mula bertanya.
orang yang tiada sangka pun menegur.
hatta menjadi topik perbualan hangit kelas.
akhirnya aku akan menulis.
kenapa dan mengapa.
indahnya ciptaan-Nya! |
Tatkala Allah menjadikan alam
dengan pelbagai variasi,
dengan pelbagai aturan,
masing-masing mengikut sistem sunatullah yang ditetapkan Allah.
Sebagaimana matahari memancarkan sinarannya.
Planet bergerak di atas paksinya.
Awan yang berarak membawa gabungan zarah air
untuk dilepaskan,
memberi kesuburan kepada tanah,
lantas membina nutrisi untuk pencambahan biji benih,
dan akhirnya menjadi tumbuhan,
yang mana membekalkan makanan waima perlindungan kepada
yang memerlukan.
Subhanallah! Alangkah indahnya peraturan Allah!
"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan pergantian malam
dan siang terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berakal."
(Surah 'Ali 'Imran 3 : 190)
"(yaitu) orang yang mengingati Allah sambil berdiri, duduk atau dalam keadaan
baring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi
(seraya berkata), "Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan semua ini
dengan sia-sia; Maha Suci Engkau, lindungilah kami dari azab neraka."
(Surah 'Ali 'Imran 3 : 191)
"... Maka apakah kamu tidak mengambil pelajaran?"
Forest Gap
[kredit] |
"Canopy gaps play an important role in the regeneration of forest by providinghabitat for regenerating seedlings and saplings in the forest floor." (Hubbell & Foster 1986)
perlu mujadahah untuk 'bercambah' [kredit] |
Buah-buahan atau bunga-bunga yang sudah matang,
apabila tiba masanya akan menghasilkan bijih benih,
yang mana akan disebarkan samada melalui
angin,air,mekanisma letupan ataupun haiwan.
Bijih benih pula memerlukan certain condition untuk bercambah.
seperti keadaan yang lembab dan sinaran cahaya yang mencukupi.
namun,
sekitar hutan yang sangat padat,
pokok-pokok yang besar,
keadaan canopy yang sangat tebal,
membuatkan cahaya tidak dapat menembusi ke lantai hutan,
akhirnya menyebabkan biji benih dalam keadaan suppressed,ataupun dormant.
Bijih benih tidak dapat bercambah.
"In shaded understorey of forests, many suppressed seedlings and saplings wait
for many years for the appearance of canopy gap." (Denslow & Guzman 2000)
jadi,
bagaimana?
"Forest regeneration processes frequently depend on the natural
disturbance regime." (Whitmore 1984)
makanya perlulah diwujudkan gap ataupun jarak
bagi memastikan cahaya benar-benar sampai
kepada bijih benih untuk terus bercambah,
dan membentuk hutan yang dinamik
mereka yang 'matang' sahaja akan 'survive'. [kredit] |
Perlu matang.
Sampai bila hendak bermain-main?
dalam usrah pun menggunakan ad-hoc naqib untuk download.
Naqib kau dah berkorban,masa tenaga.
hatta sanggup tangguhkan PhD untuk membina jundullah
dalam diri kau,
tapi korang balas dengan apa?
Masa naqib kau tu masa ummah.
banyak lagi yang perlu akhi fikirkan dan ramai lagi perlu
sentuhannya.
penatlah dia if dia bersungguh-sungguh membentuk kau,
namun kau buat endah tak endah sahaja.
Daurah pun perlu tanya orang lain pergi ke tidak.
kau pergi daurah, bersama-sama dalam tarbiyyah kerana Allah,
atau kerana manusia?
perlu ke setiap kali ada program;
"Eh Fath pergi ke tak?"
if then,if Allah tarik nyawa aku.Bermaksud kau akan berhenti daripada da'wah?
Ambillah ibrah daripada sirah junjungan mulia.
Bilamana Rasulullah wafat,
berbondong-bondong manusia murtad.
Agama itu bukan untuk diikut pada figur,
tapi pada apa yang Allah telah wahyukan.
pada sistem Islam.
sampai bila nak ikut-ikut?
berkepentingan.
Wallahua'lam.
aku bukan bisa menilai hati-hati manusia.
namun aku dapat lihat,
semenjak awal lagi.
berkepentingan akan dunia.
[yet,aku sangat anti dengan orang-orang macamni.]
nauzubillah,moga-moga kita tidak tergolong dalam golongan sebegitu.
Murah sangat ke agama ini untuk kau jadikan
jual beli dengan pandangan manusia?
aku malas nak tulis perihal ini panjang-panjang,
just tepuk dada tanya iman.
Aku taknak kau terus dalam keadaan dormant.
aku taknak kau terlalu bergantung kepada aku,
sedangkan Allah lah selayaknya tempat bergantung harap.
Aku taknak fikrah kau masih berada dalam takuk yang lama.
Sebab itu aku membuat gap.
Dengan harapan dan doa,
agar kau akan sedar,
agar kau matang,
agar cahaya hidayah bisa menembusi sehingga sampai ke hati.
bercambar subur memekarkan kuntuman-kuntuman ikhlas
Dan berdiri kukuh sesaf seiringan dengan jiwa-jiwa yang sedia
untuk berkorban di jalan Allah.
tiba masanya,
aku akan kembali.
p/s : korang jangan buat macamni plak ye.in certain cases,yes.aku nak dia berdikari.
its been explained more detail.n yes i do understand. a lot more beyond than u can imagine. to tell d truth..afew of our friends did try to make d forest gap to not exist bcus they dont know d real situation here. but then..even not all our friends know bout dis but 8 least one of ur friend tahu. apa yg aku mgarut ni? conclusion..hamba ini memohon seribu kemaafkn jika tgurn hamba hari itu sedkit sbnyk mnguris hati saudara.maaf seribu kali maaf. kerana sesungguhnya manusia itu diciptakan berlainan rupa cara dn bntuk.lain orng lain caranya. dan jika cara hamba mngur itu sdikit x best.maaf.tegurlah hamba. hamab iini bnyk kekeurngnnya.peace. :)
ReplyDelete