Metamorfosis kebaikan

Saturday, April 21, 2012

Rasa Hati&Cinta

Assalamua'laikum dan Salam kerinduan,

*****

Faiz menekan-nekan dadanya,
seakan-akan dadanya rasa sempit.
Jantungnya berdegup kencang,
terasa seperti ada sesuatu yang tidak kena,
namun pengetahuannya yang terbatas tidak mampu
menyingkap ketentuan Allah yang sedang berlangsung.

Perlahan.

Satu persatu langkahnya disusun.

Tangannya mencapai segelas air.
belum sempat hendak diteguk,
Gelas kaca itu terlepas daripada genggamannya
dan terhempas ke lantai.

"Keplaangg!"



jatuh berderailah gelas kaca itu.
Dadanya semakin berdegup kencang,
masih tertanya-tanya dibenak hati Faiz,
"biasanya aku tidak begini,kenapa perasaan aku lain macam je hari ini?"

Tiba-tiba Faiz teringat akan famili terdekatnya,
"ataupun ada sesuatu bencana yang menimpa orang yang
aku cintai dan sayangi?"

cepat-cepat Faiz kemaskan serpihan-serpihan kaca,dek
risau ada yang terpijaknya,luka!

Faiz berlari anak ke ruang tamu,
menjenguk-jenguk keadaan familinya.
Alhamdulillah, semuanya sihat.

Namun kenapa dadanya masih tidak berhenti-henti kerisauan?

"013#######" Jarinya pantas menari di atas GalaxyNote miliknya.

"Hello,Assalamua'laikum sayang. Sayang apa khabar?" tanya Faiz,tergesa-gesa.

"Waa'laikummussalam, eh bukan ke awak baru text saya ke tadi." Jawab isterinya,Suhaila.
Isterinya belajar di perantauan,jadi cuma setiap kali cuti baru mereka bisa bertemu.

"saya sihat je laa awak. kenapa ye awak?" tanya Suhaila pula.

"erm, alhamdulillah. tapi betul ni awak tidak apa-apa?" Masih lagi tertanya-tanya akan
kerisauan hatinya. Pada masa yang sama,Faiz meneliti betul-betul suara isterinya.
Kedengaran bicaranya seperti diselangi dengan selsema dan batuk-batuk.

"awak ni,kan saya dah bagitahu awak tadi,inshaALLAH saya sihat-sihat je. Abang janganlah
risau ye. InshaALLAH saya boleh jaga diri saya sendiri." jawab Suhaila, cuba menenangkan
hati suami tercintanya.

"awak.. awak takboleh tipu saya. Saya tahu awak tak sihat,kan? Hati saya
rasa ada yang kena je sejak pagi tadi." bicara Faiz. Siapalah yang tak
sayang isteri sendiri,kan?

"erm, abang. actually saya tak sihat. hee. demam muntah-muntah dua tiga hari ni."
Suhaila sudah tidak dapat menyimpan rahsia lagi.

"kenapa awak tak beritahu saya? saya kan suami awak.."
bicara Faiz.

"Saya taknak awak risau. Saya taknak oleh kerana saya, awak tak dapat
menjalankan kerja seharian dengan baik, saya taknak kerana saya,
awak tidak dapat tidur lena kerana kerisauan, saya taknak kerana
saya, air mata awak jatuh bercucuran. Saya taknak kerana saya,
awak tidak dapat berdiam diri,barangkali mungkin awak akan tempah
flight ke sini untuk menjaga saya." jelas Suhaila.

"Saya sanggup! Sebab saya CINTA pada awak,Suhaila.
Demi KASIH SAYANG ini saya sanggup berkorban!" terjawab sudah kenapa
hatinya tidak tenang.

*****

Tautan hati

Cinta itu hebat.
Cinta itu indah.
Cinta itu agung.

sehinggakan mereka yang benar-benar ikhlas mencintai
akan merasai ikatan hati.
tautan hati (takliful qulub)
Apabila si dia menghadapi kesusahan,
si pencinta akan merasakan sesuatu pada hatinya.
dia tahu bahawa si dicinta itu sedang menghadapi kesulitan.
seumpama mereka berkongsi pada satu hati yang sama.
bila gembira, hati ini jadi senang.
bila sedih, hati ini mulalah gundah gulana.

Cintakah kita kepada mereka?

Lihat kiri,
lihat kanan,
lihatlah sekitarmu.
Lihatlah betapa tenatnya keadaan manusia seummatmu.

tidakkah kita merasakan apa-apa?

"Rasa apa ni?"

"Rasa risau dan khuatir kepada mereka."

"eh perlukah? takde kaitan dengan aku pun."

"Maka siapakah lebih zalim daripada orang yang menyembunyikan
kesaksiannya di hadapan Allah?"
-Gulp-

Ramai lagi manusia di luar sana tidak mengerti akan hakikat
iman dan islam yang mereka anuti.
Mereka seolah-olah terlena,
seumpama mereka sedang tidur di dalam sebuah rumah yang sedang terbakar.

tidak ada sesiapakah ingin mengejutkan mereka?

Sedangkan kita yang sedar malah celik ini,
hanya berpeluk tubuh melihat mereka dibaham api?

kami menanti sentuhan anda semuaaa :'(


adakah kita lupa, seandainya ada seseorang yang berada dihujung dunia
meninggal dunia tanpa mengetahui Islam,
lalu kita akan dipersoalkan?

Allahuakbar.

Sepatutnya kita,
dalam diri setiap benak insan muslim,
apatah lagi sebagai Daie,
punyai rasa hati('Atifah) pada setiap masyarakat.

Dan rasa hati,risau dan khuatir
itu tidak akan lahir melainkan
kita cinta kepada mereka.

Kerana cinta, manusia sanggup berkorban dan terkorban.
Kerana cinta, manusia sanggup menyerahkan segala-galanya.
Kerana cinta, segalanya pahit ditempuh menjadi manis.
Kerana cinta, duka terawat dan damailah jiwa.
Kerana cinta, terpadamlah segala api permusuhan.
Kerana cinta, maka wujudlah saf barisan yang berani syahid untuk redha Allah!

Subhanallah,
Agungnya cinta.
betapa cintanya kita kepada mereka kerana Allah sehinggakan
kepentingan mereka jauh lebih besar daripada kepentingan diri kita sendiri.

Sebagai contoh yang dekat, lihatlah Tok Janggut.
Biarpun beliau bukan IM,
tapi kenapa beliau sanggup untuk berkorban nyawa
untuk mempertahankan bangsa dan agama?
Kerana didorong oleh rasa hati yang kuat,
kecintaannya yang tinggi,
biarpun beliau tahu akan risikonya bahawa beliau akan terkorban,
beliau tetap dengan perjuangannya.
kerna apa?
itulah Cinta.

Cinta vs X-Cinta

Ianya ada perbezaan antara punyai rasa cinta,punyai rasa hati dengan
mereka yang langsung tiada.

Mereka yang tertanam subur di hati mereka perasaan
cinta dan kasih sayang kepada ummah,
sehingga menyebabkan mata ini tidak dapat tidur lena.
Rasa hati yang menyebabkan air mata ini sentiasa jatuh bercucuran..
Rasa terlalu sukar untuk sekadar melihat nasib yang menimpa
masyarakat kita kemudiannya kita hanya berpeluk tubuh menerima
segala penghinaan ini, atau redha dengan segala kehinaan ini,
atau sekadar mendiamkan diri.

"Seorang pencinta bukanlah orang yang mengharapkan imbalan
dari orang yang dicintainya, atau menuntut sesuatu daripada
kekasihnya itu. Tapi sejatinya pencinta adalah orang yang bermurah hati
memberi pada kekasihnya, bukan malah memperoleh sesuatu darinya."
-Syaikh Ibn 'Atha'illah as-Sakandari-

Namun, bagi si tiada cinta di hatinya,
ada keperluankah bagi dia untuk
berpening-kepala-serabut memikirkan kepada
mereka yang tiada dicintainya?
tidak,kan?
itu bezanya.

Sehinggakan dibicarakan oleh Sheikh Juma'ah Amin,
bagaimana dorongan rasa hati itu melebihi segala-galanya.

Sewaktu berlakunya demonstrasi di Tahrir Square,
para akhwat diminta untuk meninggalkan tempat demonstrasi
dan balik ke tempat tinggal masing-masing,
kerana risau tindakan kejam daripada rejim Mubarak.





Seorang akhwat menelefon Sheikh Jumaáh,
[lebih kurang begini]
dan bertanya;

"Adakah semua ujian Allah apabila ia turun
buat rijal-rijal(lelaki) sahaja dan tidak kepada wanita?"




"tidak,kami berkasihan belas kepada antum. Dan apabila bala
Allah itu turun, sudah tentulah ia turun kepada lelaki dan wanita."

Maka ukhti ini menjawab;
"kalau begitu, kami tidak akan meninggalkan
medan ini walaupun kami hancur tubuh badan kami di sini."

Kita sayang mereka


Kita mahu semua bangsa faham bahawa
mereka lebih kita sayangi lebih daripada diri kita sendiri.

Bagaimana?

Sampaikan da'wah,
kerana itulah
bukti cinta kita kepada mereka!

Dari Abu Hamzah, Anas bin Malik radiallahuanhu,Pembantu Rasulullah s.a.w,
dari Rasulullah s.a.w,beliau bersabda,
"Tidak beriman salah seorang di antara kamu hingga dia mencintai
saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kita sayangi mereka bukan kerna bangsa,
bukan kerna warna kulit,
dan bukan jua kerna harta pangkat dunia,
tapi kita cintakan mereka untuk sama-sama beriman
dan berjiran di syurga kelak  =)

:: Sayangkan anak, tangan-tangankan,
 Sayangkan masyarakat, da'wah-da'wahkan ::





IncheNombor8,
Universiti Malaysia Sarawak.







p/s: Allahuakbar,minggu ni zero!jatuh mendadak! recharge! teruk sangat! argh!


No comments:

Post a Comment

kencang sikit!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...