Assalamua'laikum dan salam rindu buat semua
Alhamdulillah,Allah masih lagi memberi ruang buatku
menitip bicara,
meluahkan rasa,
mengalirkan sedikit yang bermanfaat daripadaku,
sedang yang cumalah tanah gersang.
Diriku ini bukanlah tanah yang di atasnya subur seumpama
mahligai dengan bunga-bunga Ad-Deen dan pepohonan tarbiyyah ,
menghasilkan buah-buahan Islam agar apabila si musafir dunia apabila melintasinya,
akan mendapat manfaat dan nutrisi
untuk dijadikan
bekal menuju ke destinasi yang seterusnya,
Destinasi Abadi, Syurga Illahi.
Aku cumalah tanah yang keras dan gersang.
menakung segala perutusan dan wahyu daripada Allah yang
seumpama hujan yang lebat,
mungkin sedikit bisa kuserap melalui rekahan-rekahanku,
untuk manfaat diriku barangkali,
mungkin tiadanya tara bandingan aku dengan si tanah yang subur,
aku tidak bisa berbuah
dan aku juga tidak dihiasi dengan kuntuman-kuntuman akhlak mulia,
namun air takungan itulah aku cuba salurkan,
mengalirkan ke lembah-lembah yang baru
agar menjadi tanah yang subur.
Subur dengan Cinta Allah.
Subur dengan Rahmat Allah.
Subur denga Redha Allah.
Subur dengan tarbiyyah dan Da'wah.
Subur dan teguh menghadapi segala mehnah dan tribulasi
akarnya mencengkam kuat Allah sebagai ghayah.
duniawi.
Wallahua'lam.
Aku sekadar tanah gersang yang mendambakan,merindukan kasih Illahi.
Matlamatku
Inilah matlamatku
ditampal di dinding agar
teringat pada hati dan terpahat di jiwa.
InshaALLAH
mudah-mudahan begitulah.
- Redha Allah.
Aku agak kurang senang untuk menulis akan "Redha Allah",
kerana bagaimana untuk mengait Redha Allah itu bukan sahaja
dibekali dengan keimanan dan ketaqwaan,
bukan jua sekadar melakukan amalan yang banyak dan tingginya ilmu,
akan tetapi ianya secara totalitas 100% kebergantungan
kepada Dzat Allah yang Maha Pemberi.
kerana Dialah pemberi Nur hidayah kepada si pemilik hati,
Dia jualah melimpahkan Rahmat dan Cinta-Nya tanpa had dan batas,
maka kita sebagai hamba,
jangan pernah jenuh dan putus harap mendambakan karunia-Nya.
"Mereka merasa berjasa kepadamu dengan keislaman mereka.
Katakanlah, "Jangan kamu merasa berjasa kepadaku dengan keislamanmu,
Sebenarnya Allah yang melimpahkan nikmat kepadamu dengan
menunjukkan kamu kepada keimanan, jika kamu orang yang benar."
(Surah Al-Hujurat 49 : 17)
Namun apa yang lebih penting untuk diperkatakan
adalah bagaimana untuk kita menarik Rahmat Allah dan Redha Allah.
Penting!
kerana untuk memperoleh Syurga,
bukanlah amal yang banyak, harta infaq yang bertimbun, dahi yang berbekas
sebagai transaksi,
tapi redha Allah!
"Dan kalau kita memperhatikan dengan teliti, dapat diketahui
bahawa semuanya berpulang kepada Hamba yang berdiri
di pintu Tuhannya ; memohon kepada-Nya agar diberi,
lalu Tuhannya melihat ketundukkannya, kekhusyukkannya,
kepasrahannya, kebutuhan akan bantuan-Nya, ketakutannya
dan penuh harap akan rahmat-Nya.... Karenanya, sejauh mana ketulusan
hamba dalam keadaan di atas, sejauh itu pula pemberian dan
karunia yang diberikan oleh Allah, Dzat Yang Maha Pemberi."
(Syaikh Mushthafa Masyhur)
Kerana itulah yang akan membuahkan Syurga.
Allah sebagai cita-citaku yang tertinggi.
2. Da'wah dan Tarbiyyah
Aku ingin menjadi seseorang yang bermanfaat buat ummah.
biarpun tiada seorang pun mengenali aku.
kerana aku yakin, biarlah gerak kerja kita tiada dilihat
dan tiada dibicara,
kerana tiada satu pun yang berlaku di dunia ini
melainkan dalam pengetahuan Allah,kan?
"...Dia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut.
Tidak ada sehelai daun pun yang gugur yang tidak diketahui-Nya.
Tidak ada sebutir biji pun dalam kegelapan bumi dan
tidak pula sesuatu yang basah atau kering, yang tidak tertulis dalam
kitab yang nyata (Lauh Mahfuz)."
(Surah Al-An'am 6 : 59)
Gerakan yang muntij.
kita sendiri tidak tahu, tindakan yang mana akan memberikan
kesan kepada hati.
namun setiap gerakan itu perlulah bilhadaf yang sohih,
yakni matlamat yang benar dan shohih.
kerana matlamat kita bertunjangkan yang Satu.
namun seandainya kita punyai "kepentingan" lain dalam gerakan,
ye mungkin pada awalnya kita akan selesa.
semua orang kenal kita, sanjung dan saling puji memuji.
apa yang kau cari, pasti itu yang kau akan dapat.
nak dunia? Nah kau,ambillah dunia. [Hadith 1]
tapi suatu hari nanti,
kau akan penat,lelah dengan kemamaian matlamat kau itu.
Kau akan pelik melihat ikhwah wal akhwat yang begitu kuat dan tabah
menghadapi mehnah dan ujian,
dan kau akan tertanya-tanya;
"macam mana diorang masih lagi kukuh berdiri bertarbiyyah sedangkan aku sudah terjatuh dan terduduk kaku?"
kerana mereka meletakkan Allah melebihi segala-galanya!
Karena kasih Allah,tiada terbatas.
sedangkan manusia yang engkau kejari,lambat laun
akan meninggalkan engkau,
dan kau perlu mencari yang lain,untuk bina kembali 'kemasyhuran' kau.
UNTUK MANUSIA REDHA KEPADA KAU.
namun berbeza 180 degree dengan Cinta mereka
kepada Allah.
tatkala Allah meredhai mereka,
seluruh dunia segenap manusia jua redha kepada mereka.
kerana terpancarnya Nur Iman dan Islam
di wajah mereka, lahirnya telus daripada hati mereka yang bersih.
Subhanallah.
hebatnya mereka!
langkahnya mereka tiada lain melainkan kerana Allah.
bibir basah tiada jemu memuji kebesaran Allah.
fikiran mereka hanya merisaukan keadaan ummah.
tunduknya mereka kerana takutkan dan cintakan Allah.
subhanallah.
Allah pasti bersama-sama mereka yang benar yang pasti
akan membantu keberkesanan kerja mereka. InshaALLAH!
# Futur,bukan sahaja bermaksud ketika kita merasakan malas atau jatuh,tapi
juga tatkala kita mula menjadi sanjungan dan berbangga diri.
Murabbi yang sentiasa membaiki diri dan
membina rija-rijal "Super Saiyan".
erm, aku begitu malu kepada diri sendiri untuk menulis perihal ini
kerana aku sendiri belum menjadi seorang akh yang benar dan
mempunyai mutarabbi.
aku begitu malu apabila seorang akh daripada semenanjung
datang memberi pengisian tentang "Ghurbah ath-Thaniah".
beliau juga merupakan naqib kepada kawanku di Kolej Mara Seremban.
bila ditanya khabar tentangnya,
aku amat terkejut apabila si A sudah mempunyai ramai anak mutarabbi malah sampai
ke cucu.
Argh! malunya. sedangkan aku masih lagi,
"Erm, akhi ana masih lagi tak bersedia."
|
takkan nak jadi ikhwah mandul
yang tak dapat lahirkan zuriat sefikrah? |
Sampai bila hendak memberi alasan sebegitu?
bersedia atau tak,bagaimana kau tahu sedangkan kau tidak mencubanya lagi?
Allahuakbar.
currently : menunggu dengan penuh sabar kehadiran adik-adik 3rd batch Asasi.
moga Allah bantu agama-Nya berkembang!
Setakat ini, aku masih berlegar-legar di laman sesawang.
berda'wah
berblogging,
bertumblring dan
berfacebooking.
namun hakikat sebenar, ianya bukanlah medan yang sebenar.
aku harap aku tiada tertipu,
sehinggakan merasa begitu cukup atas segala amal.
nau'zubillahiminzalik.
semoga apa yang aku titipkan ini,
biarpun ianya setitis daripada seluas lautan Ilmu Allah,
menjadi manfaat buat antum semua di medan yang sebenar.
amin.
Aku bukanlah seorang yang sempurna,
malah aku sendiri tiada mengetahui sampai
kapan bila hati aku masih berdiri kukuh merentasi ombak duniawi.
berdoalah sentiasa,
agar Allah tsabatkan hati-hati kita atas jalan yang indah ini.
amin ya rabbal a'lamin.
# ingin hati melihat bumi Kenyalang subur dengan tarbiyyah
3. Pendidikan
"tholibul 'ilmu faridaton a'la kulli muslim"
menuntut ilmu itu fardu ke atas setiap muslim
Alhamdulillah, aku masih berjuang dalam
Ijazah Sarjana Muda Sains dan Pengurusan Sumber Haiwan.
ataupun lebih dikenali dengan "Zoology".
Ramai yang menganggap bahawa zoology, bidang
kerjanya adalah di Zoo, bersihkan najis binatang,
mandikan dan memberi makan. heh.
sebenarnya ruang lingkup bidang ini sangatlah luas,
malah sampai ke bahagian perubatan.
InshaALLAH selepas mendapat degree,
*1st class inshaALLAH! fighting!*
aku cuba apply untuk Master, samada dalam bidang
Zoonotic diseases ataupun dalam bidang Entomology.
Zoonotic Diseases merupakan satu bidang kajian dimana mengkaji
penyakit-penyakit manusia yang berasal daripada haiwan.
sebagai contoh H1N1, penyakit kencing tikus, Malaria dan sebagainya.
Entomology pula bidang berkaitan dengan serangga.
Ayah lebih prefer dalam bidang Entomology sebab ayah aku
pakar dalam bidang pokok dan penyakit pokok.
so, kami anak beranak mungkin boleh berkolaborasi bersama.
inshaALLAH. yang penting ,ilmu yang berkat =)
since Bear Gryll dah kena pecat daripada rancangan Man Vs Wild,
mungkin suatu hari nanti,
aku bakal menggantikannya
dan membawa fikrah islami dalam program tu.
HAHAHA aku melawak je.
cita-citaku,
aku ingin menjadi pengarah kepada sebuah zoo,
dan ingin sangat dalam zoo tu,
disetiap haiwan yang berkaitan dengan kisah nabi dan para anbiya'
ada dinukilkan bersama dengan as the description.
bukan hanya setakat;
"Binatang ini berdarah panas dan boleh dijumpai di Kepulauan Sumatera."
inshaALLAH.hee.
#tahukah anda Dr. Mohd Badi' mempunyai Phd dalam Veterinar Science dan Dr Hafidzi mempunyai Phd
dalam bidang Zoology?
4. Harian
Setiap hari aku mendambakan agar hari yang bakal aku lalui ini,
lebih baik daripada hari-hari yang sebelumnya.
alangkah ruginya diri seandainya hari ini lebih buruk daripada semalam.
lagi murungnya diri seandainya hubungan kita
dengan Allah,
setiap hari yang berlalu
setiap itulah makin berkurangan amalan kita.
perlunya menjaga amal,
bacaan al-Quránnya,
Puasanya,
Qiamnya,
Hebatnya seseorang itu di sisi Allah bukannya di ukur melalui
tubuhnya yang sasa, kepakarannya berkung fu,
bukan kerananya petah berkata-kata namun
hebatnya seseorang itu ditentukan melalui betapa hebatnya hubungannya dengan Allah.
Lihatlah bagaimana Allah mengilham Sultan Muhammad al-Fateh dan
Salehuddin al-Ayubi dalam pemilihan para mujahid dalam saf pertama tenteranya.
bukanlah mereka yang hebat bermain pedang dipilih,
namun mereka dipilih kerana hebatnya mereka dihadapan Allah.
Betapa gagahnya mereka berdiri kukuh untuk berqiamullail,
betapa tenangnya mereka membaca merdu ayat-ayat Cinta Allah.
subhanallah,suburnya nilai Rabbaniyyah dalam hati mereka.
tidak jeleskah kita?
mari menjaga hati,
menjaga pandangan,
menjaga perbuatan,
dan menjaga percakapan.
semoga semuanya kerana Allah!
5. Dunia
"Dijadikan terasa indah dalam pandangan manusia cinta terhadap apa yang
diinginkan, berupa perempuan-perempuan, anak-anak, harta benda yang tumpuk
dalam bentuk emas dan perak, kuda pilihan, haiwan ternak dan sawah ladang.
Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik."
(Surah 'Ali Imraan 3 : 14)
okaylah,kenapa wanita/lelaki bermake-up?
sebab nak nampak dan tampil cantik di pandangan manusia,kan?
namun hakikatnya,
bila tengok dekat-dekat.Hambek kau bedak tebal seinci!
hakikatnya mereka hendak menyorokkan "kehodohan" mereka.
begitu jua dunia.
dihiasi dengan pelbagai hiasan agar kelihatan cantik,
menjanji kemewahan dan keni'matan bagi si pengejarnya
namun terlupa,
rupanya segalanya cuma sementara.
hati kita mudah tertarik dengan nilaian dunia,
kerana pancaindera kita bisa merasainya,
sedangkan ni'mat di akhirat,
melebihi segalanya.
sehingga tiada pernah terbayang dek akal,
tiada pernah terlihat oleh mata,
tiada pernah dirasai lidah.
Siapa yang tidak terpikat dengan dunia,kan?
eh. ada. ADA!
ada jasad-jasad yang tidak terkesan dengan cinta dunia,
biarpun betapa besarnya tawarannya.
Siapa mereka itu?
"(yaitu) orang-orang yang berdoa, "Ya Tuhan kami, kami benar-benar beriman,
maka ampunilah dosa-dosa kami dan lindungilah kami dari azab neraka."
(Surah 'Ali Imraan 3 : 16)
"(Juga) orang yang sabar, orang yang benar, orang yang taat, orang yang
menginfakkan hartanya, dan orang yang memohon ampunan pada waktu sebelum fajar."
(Surah 'Ali Imraan 3 : 17)
Mereka adalah orang yang sentiasa berdoa, orang yang sabar,
orang yang benar, orang yang taat, orang yang meninfakkan hartanya,
dan orang yang memohon ampunan pada waktu sebelum fajar.
kerana mereka yakin, Allah pasti akan menggantikan segala ni'mat dunia
yang mereka tinggalkan
dengan ni'mat yang kekal abadi.
"Katakanlah, "Maukah aku kabarkan kepadamu apa yang lebih
baik daripada yang demikian itu?" Bagi orang-orang yang bertaqwa (tersedia)
di sisi Tuhan mereka syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai,
mereka kekal di dalamnya, dan pasangan-pasangan yang suci, serta
redha Allah. Dan Allah Maha Melihat hamba-hamba-Nya."
(Surah 'Ali Imraan 3 : 15)
mari jadikan
dunia sebagai ladang untuk kita bercucuk tanam,
agar
akhirat nanti dapat kita tuai hasilnya.
InshaALLAH.
6. Personal.[huhu]
erm kenapa aku letak kahwin paling atas?
sebab semua orang asyik cakap pasal kahwin,
even if dalam facebook pun,
most of the status,shared semuanya pasal kahwin.
seumpama matlamat hidup ini hanyalah setakat untuk
memiliki pasangan hidup.
bagi yang sudah ditarbiyyah pula,
nak pasangan yang soleh/solehah.
macam-macam jenis status ada.
aahh buang jauh-jauh fikiran tu.
sedangkan seandainya antum benar-benar faham,
banyak lagi yang perlu kita buat selain sibuk benar memikirkan tentangnya.
lagi-lagi sebagai student.
kerja tidak ada lagi,bagaimana yang beri nafkah?
ingat nafkah batin sahajakah?nak jadi suami apa?
kahwin hanya cabang dalam tarbiyyah.
biar semuanya kukuh dahulu,
pembinaan diri,sahsiah,ekonomi dan tarbiyyah,
then baru fikir tau.
Lagi
sepuluh (10) tahun inshaALLAH,
pada masa tu, inshaALLAH aku sudah bersedia.
aku tidak pinta untuk yang menawan,
aku tidak mengharap pada yang hartawan,
tidak jua kerana kedudukan,
cuma kudamba insan yang sepadan.
*Misk- Jodoh dan takdir.
first pilihan aku+mak ayah aku,
yang ada agama,solehah dan mengikut tarbiyyah [suatu kemestian]
kedua,
aku harap dia memahami kehendak aku di dalam tarbiyyah.
seandainya aku perlu pergi berjauhan,
apatah lagi seruan jihad memanggilku,
dia bersedia meredhakan aku.
ketiga,
si dia redha atas segala kekurangan yang ada pada aku.
aku mengaku,aku tidaklah sempurna,
penuh dengan kekurangan.
aku harap nanti bila hadirnya dirimu,
melengkapi segala yang aku tiada.
inshaALLAH aku akan mencintaimu,menyayangi kerana Allah,duhai bidadariku.
ketiga-keenam,
adalah ciri-ciri luaran,
aku kira,tidak perlu untuk aku khabarkan di sini.
kerana perjalanan aku masih jauh.
biarlah reserve dahulu bagaimana keadaan si bakal qurratul 'aini.
First thing first,
aku bercita-cita sangat untuk balas segala jasa ibu bapa aku kepada aku.
mereka sudah bersusah payah mendidik aku daripada
kecil sehingga sekarang,
tak putus-putus mengingatkan akan kewajipanku.
mereka berpeluh mengerah tenaga untuk mencari sedikit rezeqi
untuk membesarkan kami 6 orang adik-beradik.
kadang-kadang [or I should mention it as "selalu"] mereka
sanggup berkorban, berhidup susah agar anak-anak mereka
hidup senang.
subhanallah,besarnya pengorbananmu ayah dan ibu.
aku dan seangkatan adik-beradik bercita untuk
membina empayar keluarga kami sendiri.
Alhamdulillah,Allah kurniakan pasangan Rosmidi dan Halijah
anak-anak yang otaknya cergas-cerdas belaka.
tiada kekurangan,tubuhnya kami sihat-sihat.
10 tahun itulah aku cuba memanfaatkan sebaik mungkin
untuk berbakti kepada mereka.
inshaALLAH mudah-mudahan Allah permudahkan.
|
hadiah daripada mak ayah |
Sukan?
erm, yet I'm still feel some of my soul in this sukan.
minat sangat untuk mewakili Unimas dalam
bola sepak dan at least, tak dapat 400m dan 800m individual,
dapat 4x400m pun aku dah cukup bersyukur dah.
sebab dekat sini, pemilihan pemainnya, erm entahlah.
if next sem berlaku perkara yang sama, susahlah nak wakil.
duration pemilihan mana cukup 2 hari je.
not enough time to see everyone abilities,
lagi-lagi yang junior duduk dibangku simpanan.pfft.
wallahua'lam.
inilah matlamatku.