memang benar apa yang dikatakan oleh Inche Murabbi,
"masa kita adalah masa ummah."
"seandainya benar kita memikirkan akan masalah ummah,
nescaya tidak ada masa untuk dibazirkan, hatta tidur di bilik sekalipun."
"Tanggungjawab melebihi masa yang kita ada."
baru terasa.
sebelum ni hanya pandai cakap je.
Minggu lepas ada DTS, minggu ni GeGar Siri 1 di Sekolah Rendah Tanjung Apong dan
daki Gunung Gading,minggu depan rehlah,minggu lagi depan, daurah.
[plus bende2 lagho yang aku nak masuk.sukan KESUMAS lagi]
Allahuakbar.
terasa semakin beban.
tapi bila difikir-fikirkan balik,
Allah kurniakan aku,kita dan sekalian manusia
dengan 24 jam sehari,
manfaat atau tidak masa-masa yang diberikan,
adalah bergantung kepada bagaimana kita mengaturkannya.
kadang-kadang,
aku mengeluh panjang.
tapi hakikat da'wah,tabiatnya bagi para daei memang sebegitu.
ianya perlukan pengorbanan.
Dan setiap pengorbanan yang kita buat, yakinlah,ianya pasti akan dibayar.
jauh melepasi ni'mat-ni'mat dunia yang ada.
bila tidak siap assignment, ada kawan tolong buatkan.
*terharu
bila dalam program, ada ikhwah bantu lancarkan.
*relieve
subhanallah,Maha Suci Engkau atas Cinta kami kepada-Mu.
InshaAllah aku bukannya berhenti menulis,
ada insan-insan yang sangat membuntuhkan sentuhan,
moga-moga usaha yang dijalankan, dipermudahkan oleh Allah.
dan hidayah kan sampai.
wallahua'lam.
GeGAR Siri 1
<3 lihat langit ingat Allah <3 |
Meeting dengan ikhwah-ikhwah yang osem!
tidur tidak kira waktu
ada yang sakit, tapi still bermujahadah.
briefing sikit.
terasa macam artis la plak.hehe
nanti nak kumpul duet beli wide-lens inshaALLAH.haha tiba-tiba jadi passionate dengan photographing.huhuhu
Alhamdulillah,Allah permudahkan segala urusan.credit to ikhwah wal akhwat yang membantu aku tatkala
down-stress-tension,hehe antum semua memang osem,sangat positif walaupun
ada cacat celanya dalam pengurusan aku.Allahuakbar,jazakumullahu khairan kathira ;)
Gunung Gading
pengaruh "lelaki yang sedang berlari."aigoo
tak sampai puncak pun.
sampai air terjun je.
p/s: erm,masih membuat cerpen khas buat seseorang yang istimewa sangat.sudah 5 muka surat,tapi tertangguh.Allahuakbar.andai ada kekuatan,inshaALLAH =) lain kali nak terjun tasik,ajaklah kami sekali.
huhuhuh <3 maaf kali ini gambar sahaja yang mampu diisi..
No comments:
Post a Comment