Metamorfosis kebaikan

Tuesday, August 31, 2010

Bukan Niatku

Album : Koleksi Nasyid Indie Vol. 1 - Nasyeed Underground
Munsyid : Devotees
http://liriknasyid.com


Berjanji ku
Disuatu ketika
Bahwa aku takkan menduakanMu
Dan aku takkan biar sesiapa
Cuba memalingku dari jalan bahgia
Ooo...

Ternyatalah perjalanan ini
Tidak semudah yang ku tafsirkan
Jalannya berliku
Turunnya berliku
Jika tersilap langkah
Menyesal sesal selamanya

Kasih andai cinta yg kusemai
Rapuh menanti ditewas dugaan
Maafkan aku
Kiranya tak tertanggung
Segala harapan yang diberikan
Maafkan aku
Yang tiada berdaya
Kerna bukan niatku untuk melakukannya

Kasih andai cinta yg kusemai
Rapuh menanti ditewas dugaan
Maafkan aku
Kiranya tak tertanggung
Segala harapan yang diberikan
Mungkinkan ada pengampunan dariMu
Kembalikan fitrah kehambaanku
Hinanya aku
Merayu kepadaMu
Setelah kering dosa yang kulakukan
Maafkan aku
Yang tiada berdaya
Kerna bukan niatku untuk melakukannya



maaf,bukanlah niatku untuk menyinggung perasaanmu.
andaiku kutahu itulah apa yang kau cuba elakkan selama ini.
aku pasti takkan berbicara sprtmana aku selalu berbicara denganmu.
aku tahu segalanya pasalnya,tapi aku sering cuba lari.
aku tak mahu sentuh langsung tajuk tu.
sebab aku ingin selalunya manis bersamamu.
rupanya aku salah.
maaf.aku berdosa.
sangat sangat sangat sangat berdosa.
inshaALLAH tiada lagi selepas ini.
aku akan jaga.
atau aku akan cuba lari jauh-jauh darimu,
kerna aku tak ingin ianya berulang kembali.
AKU Mahu kau jd yang halal buatku.
inshaALLAH.
akukan setia.
Doaku moga kitakan diperjodohkan suatu hari nanti.

Friday, August 27, 2010

hati ohh hati

hangat2 tahi ayam.
mudah mengalah.
tidak istiQamah.
amalan2ku kian berkurangan.
itulah ape yg aku rse buat mse ni.
tak tentu hala.
jiwa hura-hara.
bercelaru.
ya Allah ya Allah.
ya Allah,
diriku terasa sungguh munafiq di hadapan-MU,
aku..



ya Allah!
bagaimana utkku meraih syurga-MU?
sdgkan amalan hambaMU ini,hanyalah
sedikit,
sedikit.. terlalu sedikit..
dan tiada jaminan langsung bahawa
amalanku yg TERLALU sedikit tu,
valid ketika dipertemuan dgn mu,
Ya Rabbi..

"afala akunu a'bdan syakura"
sabda baginda Nabi Muhammad ketika ditanya oleh aishah r.a
mengapa rasulullah sggp beribadah sehingga bengkak2 kakinya..
walaupun Allah telah menjanjikan keampunan segala dosa2 baginda yg akan
dtg..

"tidak patutkah aku menjadi hamba yang bersyukur?"

ya Allah..
subhanallah..
itu Nabi,
yang telah dijanjikan syurga,
dijanjikan segala keampunan bg selaga dosanya..
tp amalannya,bagaikan amalan seorang hamba yg belum pasti mendapat
syurga..
sungguh2 beribadah,agar syurga tidak terlepas berlalu begitu sahaja..
kita?
persoalannya sekarang ialah KITA?
apakah kita telah dijanjikan syurga?
keampunan?
syafaa't di akhirat kelak?
ada jaminan?
TIDAK!!
tidak!tidak!dan tidak sama sekali!
tiada jaminan langsung!
tapi,apakah amalan kita ni..
mampu membawa kita ke arah
meraih
syurga abadi yang dibawahnya mengalir sungai2?
ya Allah..
jauh sekali.. amalan kita ni..
naik turun turun turun..
bila penuh dgn mood,amalan tetbe je meningkat secara mendadak.
bila down je,berkuranglah amalan,kadang2 xbuat langsung..
nau'zubillah..
berbeza sungguh keadaan kita.
sepatutnya Nabi beribadah mcm kita,biasa2 je,supaya
baginda dpt prepare diri untuk berda'wah esoknya,
merangka plan penubuhan negara islam,sbb
baginda telah dijamin syurga.
KITA?
sepatutnya beramal sprt Rasulullah.
beribadah.
berQiamullail,
lidah sentiasa basah dgn zikrullah,
menjaga pandangan.
sebab nama kita masih lagi tidak tersenarai dalam senarai
ahli syurga Allah.
kan?kan?sepatutnya begitu,kan?
terbalik la pula,kan.

hmm,aku tak tahu nak cakap ape..
1st dah,
dpt 4 juzu'.konsisten je.
tp ble masuk 2nd week of puasa..
ya Allah,,
berat sggh..
terlalu bizi dgn kehidupan duniawi agaknya.
Allah.. malunya aku..
segan.. tak tahu nak letak mana muka ni..

ayoh!kita bangkitkan semangat!
mari meraih pahala sebanyak-banyaknya
di baki2 ramadhan yang masih tggl..
ayoh!


“Sesungguhnya Kami menurunkannya di dalam malam Al-Qadr, dan adakah kau tahu apa itu Malam Al-Qadr? Malam Al-Qadr itu lebih baik dari sebulan bulan. Pada malam itu turunlah para malaikat, dan Ruh(Jibril) dengan izin Tuhan mereka untuk segala urusan. Sejahteralah malam itu sehingga terbitnya fajar
” ayat 1-5.




Allah subhanallah..
Maha Pemurahnya Allah.
ayuh!
kita mara atau syahid!
MARI DAPATKAN LAILATUL QADR!


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Tuesday, August 10, 2010

Hadirmu yang amatku nantikan..

"Syaaban pergi tidak terasa,
Insgatan murni pada yang ada,
bersihkan jiwa sabar berpuasa,
ramadhan membawa pahala berganda.
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK"



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Alhamdulillah,dengan rahmat dan innayah dari-NYA,
aku masih lagi diberi peluang utk
ketemu dgn Ramadhan yang penuh
Barakah ini..
bukan semua punyai peluang ni,
so,kita yang terpilih ni perlulah sentiasa
berasa bersyukur akan ni'mat yang Allah kurniakan
pada kita.
Dalam masa yang sama,kita perlu sentiasa tajdid niat kita,
agar kita masih berada dalam landasan,jalan dan toriq
yang Allah redhai..
biarlah segala amalan kita,kerja yang lakukan,
Allah sebagai matlamatnya.

"Allahu Ghayatuna"
-ALLAH MATLAMAT KAMI-


tapi,adakah dgn hati kita yang penuh kelalaian ni,
penuh kealpaan ini,
Redha Allah,Kasih Allah,keampunan Allah,
apatah lagi syurga ALLAH

bisa kita gapai dgn begitu sahaja?

"Ataukah kamu mengira
bahawa kamu akan masuk surga,
padahal belum datang kepadamu
(cobaan) seperti (yang dialami)
orang-orang terdahulu sebelum kamu.
Mereka ditimpa kemelaratan, penderitaan
dan diguncang (dengan beragai cobaan),sehingga
rasul dan orang-orang yang berman bersamanya
berkata,"Kapankah datang pertolongan Allah?"
Ingatlah,sesungguhnya pertolongan Allah
itu dekat."

(surah Al-Baqarah:214)




Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


ya Allah,
kita mudah mengaku diri kita baik,
sedangkan kita tidak diuji lagi...
tapi apakah bila tiba saat diuji nnt,
mampukah kita,
tetap kekal "kita" yang "baik" ini..
mungkin dipandangan manusia,kitalah
paling baik,paling mulia,
tapi,
bagaimanakah keadaan kita
dihadapan Allah?
adakah se"mulia" kita dihadapan manusia yang
kita gah-gahkan itu?
Allah...
tiada lainku harapkan melainkan
pandagan-Mu,
oh Allah,
pandanganlah aku yang penuh
kehinaan ini dengan pandangan
Rahmat dan kasih sayang-Mu,
ya Allah,
janganlah KAU palingkan pandangan-Mu dari kami..
Allah..


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


TAPI,
bagaimanakah caranya utk kita memperolehnya?

1.Awalu Ad-Din : Makrifatallah
- yakni kita mengenal Allah dengan segala sifat
kebesaran-NYA.
-mengetahui segala sifat mustahil bagi-NYA

secara tidak langsungnya,bila kita mula mengenal
Allah,
akan memupuk sifat2 kehambaan dlm diri kita,
mengikis keEGOan,sifat SOMBONG.

2.Takut dan gerun kpd Allah : Taqwa
-jiwa kita ni,perlu dan perlu,sentiasa dan sentiasa
TUNDUK dan GERUN pada Allah
-bila kita takut,amalan kita kpd-NYA akan jd lebih
sempurna,kerna kita melakukannya dgn berhati2.
-mendidik perasaan khauf(takut) dlm benak hati kita.

3.Afdhal Mahhabah : ALLAH
-jadikanlah cinta kita ni,semata2 kerna ALLAH.
alangkah indahnya pabila Allah menjadi kekasih hati kita..
bilamana seorang muslim itu,
hatinya,
telah tertaut dengan cinta Agung daripada Allah,
maka hilanglah keni'matan dunnya.
tiada apa yg dilakukan melainkan utk meraih
cinta Pencipta-NYA.
Dunia ini hanyalah menjadi persinggahannya
sebelum bertemu Tuhan,
dalam penuh KENIKMATAN yang jauh,jauh lebih
hebat daripada apa saja yang ada di dunia ini.

-itulah namanya HALAWATUL IMAN-


4.Menjaga niat.


ya Allah,
saat aku bertemu dengan Ramadhan semalam,
aku tidak terasa apa-apa..
bagai sperti malam-malam yang sebelumnya..
aku tidak boleh menangis lagi dihadapan-MU,
Aku tidak lagi mampu merintih dgn penuh keinsafan dan kesyukuran
pada-MU,
Ya Allah,
hatiku ini telah rosak..
aku cuba dan cuba,
tapi tidak,
setitis pun tidak mengalir,memcurah
melalui pipiku..
Allah,
apakah adalagi ruang bagiku,
untukku berada dalam kelompok manusia
yang sentiasa mujahadah dalam merebut-rebut
kasih-MU,
oh Allah,
apakah adalagi tempatku di sisi-Mu?
Ya Allah,
aku takut,
cintaku selama ini pada-MU,
hanyalah satu CINTA PALSU...
Allah..
terimalah cintaku,amalanku,rintihanku pada-MU,
biarlah air mataku yang mencurah ini,
bisa memadam kemarakkan api neraka..
Andai benar mengalir,
dari nasuha nurani...

Destinasi cinta yang ku cari
Sebenarnya terlalu hampir
Hanya kabur kerana dosa di dalam hati
Telah ku redah daerah cinta
Yang lahir dari wadah yang alpa
Tiada tenang ku temui
Hanya kecewa menyelubungi


-FASTABIQUL KHAIRAT-

ayuh sahabat-sahabat sekalian!
kita berlumba-lumba dalam melakukan kebaikan!
fastabiqul khairat!
kerna ramadan hanya sebulan sahaja kejelmaannya..

terdapat 3 katogori manusia selepas dia melalui madrasah Ramadhan:
1- seseorang yang bertambah imannya, amalnya berbanding yang sebelumnya
2- seseorang yang sama imannya, amalnya berbanding yang sebelumnya
3- seseorang yang berkurang imannya, amalnya berbanding yang sebelumnya


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


alangkah indahnya andai kita tergolong dalam golongan pertama,kan?
ayuh!ikhwah!
kita bangun!kita tingkatan ibadah kita,amalan2 baik kita,
agar melalui puasa ini,
bukan lapar dan dahaga sahaja kita peroleh,
tapi ada lagi satu hadaf dan matlamat yg lebih besar dari itu,
YAKNI SYURGA ALLAH,idaman kita semua =]

kencang sikit!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...