Metamorfosis kebaikan

Sunday, July 18, 2010

Bilhikmah boleh? =]

hmm,tak kusangka.
mungkin dahulunya aku selalu berada dalam golongan
orang2 yang paham sedikit sebanyak tentang Islam,
dalam bia'h solehah,
berada disamping orang2 yg tawadhu',
yang sentiasa merendahkan dirinya,hatinya
di hadapan manusia-manusia.
tapi di sini,
baru kukenali orang2 yg selami ni
aku xpernah terfikir dan xpernah tahu kewujudannya.
pelik,kan bunyinya?
tapi itulah hakikat.
dan aku amat-amat sakit hati sangat2.



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


seseorang yg cuba menegur seseorang
ke arah kebaikan,
akan tetapi dalam keaadaan memalukan dan
mengaibkan.
Subhanallah.
aku taktahu nak cakap apa dah,
Allah jualah bisa memahami apa yang ada dalam
benak hatiku ini.
Punyalah ego!sombong!
tak tahu lah mungkin method da'wah dia
berbeza tapi aku sungguh xsuka!
bukan takat aku je sebenarnya,
ramai lagi.Nak tegur orang mcmtu?
Waallahua'lam.
dah cuba dah bilhikmah,tp tetap sama,
memalukan aku dikhalayak ramai.
aku senyum manis,dia senyum sinis.
ntahlah,tapi aku tahu dan sedar,
Allah jualah pemilik hidayah.
dan bukan sebarangan orang boleh memiliki ni'mat yang mahal tu.



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


"ya Allah,kau tunjukilah kami jalan-jalan yang
lurus.yakni jalan-jalan yang engkau redhai"



"pres,camne saya nak handle dgn masalah ni?
adakah sy nak menjauhinya ataupun kawan je?"
keluh aku kepada Presiden,merangkap kawan baikku di sini.

"jadilah seperti rasulullah"ringkas tp meresap ke dalam hati.

"Seperti Rasulullah dgn wanita tua tu?"


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


"haah"
sambil tersenyum manis.

"inshaALLAH,saya akan cuba."
sambil memegang dan menepuk2 dadaku.
Allah,rasulullah la idolaku,ikonku.
tapi kuterlupa.
maksudnya apa?aduh.
Alahmdulillah,aku masih berada dalam kalangan kawan2
yang bisa menasihatkan diriku ni.
Alhamdulillah.



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Sunday, July 11, 2010

di tangisan cinta

DI TANGISAN CINTA
Artis : Syahman, Taqi (NICE), AbdHalim (DEVOTEES)
Lagu/lirik/susunan muzik : AbdHalim (Neurotic Studio)
Adunan : AbdHalim (Neurotic Studio)
Studio Rakaman : Neurotic Studio

Hanya kerana insan
Sanggup pula kukorban
Menggadai cinta dan segala kepercayaan

Hakikatnya lumrah dunia
Isinya permainan dan khayalan
Meski telah sering ku dikhabarkan

Hatiku ditawan oleh keindahan
Fana yang dipupuk nafsu dan kealpaan
Langsung kudibayangi resahnya perasaan
Kerna kasihMu lebih kudambakan

Di tangisan cinta yang agung
Aku berserah diri demi kebesaranMu
Di sujud penuh kerendahan aku
Merintih padaMu ya Rabbi



i love this!

Monday, July 5, 2010

mudah2han jd peringatan bersama

___________________________________________________________
Antara TANDA KECIL kiamat berdasarkan HADIS
___________________________________________________________

Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.
"Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang."
___________________________________________________________

Zina bermaharajalela

"Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim
___________________________________________________________

Penaklukan Baitulmuqaddis

Dari Auf b. Malik r.a., katanya, "Rasulullah s. a. w. telah bersabda:"Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat."Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari
___________________________________________________________

Bermaharajalela alat muzik

"Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka."Ada yang bertanya kepada Rasulullah;
"Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita" - Ibnu Majah
___________________________________________________________

Menghias masjid dan membanggakannya

"Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai.

Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik

"Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim
___________________________________________________________


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Ramai orang soleh meninggal dunia


"Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama dimuka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran - Riwayat Ahmad
___________________________________________________________

Orang hina mendapat kedudukan terhormat

"Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia" - Riwayat Thabrani
___________________________________________________________

Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja

"Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." - Riwayat Ahmad
___________________________________________________________

Bulan sabit kelihatan besar

"Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." - Riwayat Thabrani
___________________________________________________________

Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita

"Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu" - Sahih Muslim
___________________________________________________________

Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar


"Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar" - Riwayat Ahmad
___________________________________________________________

Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai


"Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai." - Sahih Muslim


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Thursday, July 1, 2010

Ya Allah,mampukah aku?

Oh Allah,
bisakah aku?
mampukah aku?
terdayakah aku untuk menanggung amanah yang KAU
berikan kepadaku ini.

Ya Allah,
aku risau,
aku takut segalanya
akan porak peranda kerna kejahilan diriku
sendiri.

Ya Allah,
aku kenal benar akan diriku ini,
aku lemah,aku kalut,
aku xberani tegakkan yang hak,
diriku kurang 'izzah seorang pemimpin,
tp kenapa di pandangan mata mereka,
mereka nampak aku dlm konteks yang berbeza?
Ya Allah,
aku ni tiada apa melainkan seorang hamba pd-MU,
seorang hamba yang sering tercari2 erti REDHA
di hadapan-MU,
merintih hakikat cinta yang Agung,
moga akukan berpeluang berteduh di rendang Kasih-Mu,
Oh Allah,Tuhanku,Penciptaku,
tiada sekutu buat-MU,KAU jualah
pemilik 'alamaya ini.

bila ditanya,
"kenapa xpilih org lain?Aku xlayaklah"
"fath,kami tahu fath layak"

aku bermonolog sendirian,
"layakkah aku?aku ada apa?"


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Ya Allah,
apakah segala ini merupakan ketetapan dari KAU,
untuk aku menjadi seorang pemimpin suatu hari nnt?
menjadi medan tarbiyyah,pendidikan dlm proses pembentukkan
seorang individual,
yang mampu satukan fikrah ummah ke arah satu hadaf,
yakni:

"UNTUK MERAIH REDHA ALLAH."


Oh Allah,andai betullah begitu,
aku redha akan segala2nya.
Kerna Kaulah yang Maha Mengetahui apa yang
terbaik buat hamba2MU.
oh Allah,
Bantulah aku dalam madah perjuanganku ini.


“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”
(Surah Al-Baqarah Ayat 216)



.aku.amat.berat.hati.

kencang sikit!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...