Metamorfosis kebaikan

Monday, May 23, 2011

ujian lumrah kehidupan



"Subhanallah,kenapa tak boleh bukak laman web page asasi nihh.
ke sebenarnya aku dah lupa password?"
monolog aku bersendirian.berdebar-debar hati tatkala menaip
no matrik berkali-kali,namun tiada dikenal pasti.

Ya Allah,takutnya aku.
siapa tak takut,kan.final exam.
bagi sesetengah orang,mungkin final examlah penentu hidup,
samada bahagia atau tidak,
bergantung kepada result.
maka hilanglah kebergantungan penuh kita pada Allah.
betapa berjayanya tukang sihir menyihir
pemikiran kita.

dup dap.. dup dapp

dup dap.. dup dapp


debaran kian terasa,
ditambah lagi apabila membaca status-status kawan
di Facebook.
ada yang dipanggil kembali untuk re-sit paper.
ada yang cemerlang,
namun jarang melihat yang bersyukur.
mungkin syukur dalam diam tapi
cuma segelintir,yang lainnya tidak berpuas hati.
bukannya susah untuk bersyukur,kan? :)

وَاشْكُرُوْا لِيْ وَلاَ تَكْفُرُوْنَ (البقرة: ۱٥٦)
“Dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari nikmat-Ku.”
(surah al-Baqarah:156)

"Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih"
(Surah Ibrahim:7)

subhanallah.
betapa Maha Pemurahnya Allah.
kita bersyukur pada-Nya,
Allah akan tambahi lagi ni'mat-ni'mat kepada kita.
subhanallah..
dan ketahuilah,maqam orang yang bersyukur ni
lebih tinggi daripada maqam orang yang bersabar,khauf dan zuhud.
hatta Nabi Musa sendiri mohon pada Allah untuk
diajarkan erti bersyukur.

Daripada Abi Umar as-Syaibani berkata: “Nabi Musa s.a telah
berdoa semasa berada di Tuur, Sinai: “Wahai Tuhan,
sesungguhnya aku telah menunaikan solat menuju keredhaanMu,
aku telah bersedekah menuju keredhaanMu,
aku telah menyampaikan risalah agama menuju keredhaanMu.
Maka adakah aku telah mensyukuriMu?
Lalu Allah berfirman: “Wahai Musa, sekarang engkau telah mensyukuriKu”.
Nabi Musa a.s telah berkata: Bagaimana aku mensyukuriMu?
Nikmat yang paling kecil pun aku telah letakkan semua
amalanku pada perkara yang tidak melebihi batasdiriku..
Lalu Allah telah berfirman kepadanya: “Wahai Musa engkau sekarang telah mensyukuriKu”. (Abdul Qadir al-Jailani)

sedang aku bertungkus-lumus mencuba,
tiba-tiba tertera di tab facebookku,
Nizzal Syafiq messaged you!

"Fath,pergi x LO MAP?"
"ermm,inshaALLAH aku pergi 2 Jun."
"kau balik bile?"tanyaku
"Hahaha soalan yang sama,aku pun taktahu.."
tiba-tba Nizzal tanya,
"Fath,amacam result?"
"err.. aku xboleh nak bukak.lupakk password
adehhh"
"cuba kau try buat semua capital letter,sbb byk lg yg dorg xupdate"
*sorry ada unsur-unsur bid'ah.

dupp dapp dupp dapp.

"bismillahirrahmanirrahim"
bibir meratibkan kalimah suci-Nya.

..............

.............

.............


"err.. biar betul?"
hati kecilku terperanjat.

Ya Allah,takde A langsung??
aku ke home page kembali untuk mengenalpasti
apa benar ini akaun aku.

Name: Fathihi Hakimi Bin Rosmidi
No.Matrik:A1000108

Ya,tidak diragui lagi,memang akaunku.
subhanallah,alangkah terkejutnya aku.


apalagi yang perlu aku katakan lagi,kan?
Aku berusaha,berusaha,dan berusaha.
dan itulah keputusan yang Allah berikan kepadaku.
Aku redha,terima dengan hati yang terbuka.
mungkin selama ini aku terlalu selesa berada di atas.
mungkin..

biarlah hati belajar kenal erti tewas,kalah,
agar lepas ini kau takkan ketemu lagi,
kenalkan aku kepada kejayaan.
inshaALLAH.aminn.

kadang-kadang,
apa yang selalu kita damba,
yang selalu kita ingin-inginkan
yang dalam fikiran kita baik untuk kita,
namun jauh di sudut pandangan Allah,
bukanlah yang terbaik buat kita.
hakikatnya,Allah Maha Mengetahui apa yang sesuai buat kita.



2:216

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan), sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang Mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."
(Surah Al-Baqarah:216)



bukanlah 4Flat sebaik-baik bekal,
tapi bekal terbaik adalah keimanan dan ketaqwaan
kepada Allah subhanallahwataa'la.
keimanan dan ketaqwaan menjana amalan
yang penuh ikhlas kepada-Nya,
membuahkan hasil untuk dipetik,
supaya menjadi transaksi saat bertemu al-Khaliq,
untuk memiliki ni'mat Syurga-Nya.
subhanallah.
begitu pentingnya bekal kepada kita
seperti diumpamakan oleh
Syaikh Mushthafa Masyhur dalam bukunya
"Bekal Dakwah"

"Bila kenderaan yang digunakan musafir kehabisan bahan bakar di
tengah perjalanan dan tidak ada bahan bakar cadangan,
maka kenderaan itu tak ubahnya sepotong besi yang tidak
dapat membantunya meneruskan perjalanan walau
hanya selangkah"


bekalan keimanan dan ketaqwaan ini
bisa memancarkan cahaya-cahaya kebaikan
dari lubuk hati,
melahirkan potensi besar,
memupuk dan mempertajamkan tekad,
menjadi perisai kepada tarikan-tarikan dunia yang melemah.
jiwa-jiwa akan dihiasi dengan
kejujuran
keikhlasan,
kekuatan tekad
dan melahirkan insan yang
tegar dalam da'wah.

Apa sebenarnya milik kita duhai
sahabat-sahabatku sekalian?
kecantikkan,keayuaan,kekacakkan bukanlah milik kita,
kekayaan bukan milik kita,
ilmu di dada juga bukan milik kita...
jadi,apa sebenarnya milik kita?
cumalah pinjaman sementara,
yang menjadi ujian duka dan lara
bagi mereka kecundang nestapa.

Ku bersyukur ya Tuhan
Segala pemberian
Walau luas lautan
Bukanlah perbandingan
Ku tingkat keimanan
Ku gilap ketaqwaan
Sebagai perlambangan
Terima kasih ku Tuhan
(Erti Syukur,UNIC)


tak kiralah betapa telitinya kita merancang,
hakikatnya Allah maha Teliti perancangan-Nya.
bersabarlah duhai hati.
ini tarbiyyah buatmu...


(2) أَحَسِبَ النَّاسُ أَن يُتْرَكُوا أَن يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لَا يُفْتَنُونَ
"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan
hanya dengan berkata,"kami telah beriman", dan mereka
tidak diuji?"
(surah al-Ankabuut:2)

:)

...........................................................................................................

td pergi KMS,hantar adik no 2.
pada awalnya xnak pergi,sbb sakit mata,
tp mak ayah ajak,xkan nak tolak,kan.
subhanallah..
seronok mata melihat,
sana sini wanita bertudung labuh,
pelajar pun sama,
bapa-bapa berkopiah.
biáh sangat solehah.
cemburu sangat.
berbeza dengan tmpt aku.
senang Islam nak mewarnai tmpt tu.



comel jgk KMS

jgn salah anggap,aku sakit mata.

2 comments:

  1. "ehh, apahal result aku mcm...padahal solat aku jaga maksiat kurang, dakwah pun aku gerak, berusaha pun dah betul2, dibekalkan lagi dgn qiamullail",monolog.
    samalah fath, sya cuma redha, nak naik pangkat di sisi Allah mmg betul mencabar.huh. :D

    ReplyDelete
  2. :)
    betul tu Nizzal.tarbiyyah Allah pada kita.Allah nak lihat hamba-Nya,
    adakah kita ingin menyalahkn takdir ketentuan Allah ataupun kita redah,bersyukur dan meletakkan sepenuh pengharapan pada-Nya.
    bila ada iman di hati,inshaALLAH semua terasa indah :)

    ReplyDelete

kencang sikit!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...