Mukhayam similajau,Bintulu
Alhamdulillah,betapa bersyukurnya aku
kehadrat Allah kerna telah memilih aku,dan 4 orang rakanku yang
lain untuk mengikuti aktiviti ni.
nak diikutkan,aku memang dah awal2 tolak dah.
aku memang xnak pergi sbb program tu berlangsung selama
2 hari,dahlah kat Bintulu.pergi balik dah 1400+KM dah.
dengan minggu depan nak kuiznya,khamisnya Math,
Bio pulak Jumaat.pergh!(berkobar2 nak dpt 4FLAT)
ikutkan hati yang amat berkehendakkan kepada dunia ni,
mmg aku dah xnak pergi dah,
iyelakan,cuti tu mmg aku nak manfaat betul2,aku mmg nak study
gila2 ah.
tapi bila aku tanya sekelumit iman di dada ni,
tetiba terasa terpanggil,tergerak untuk berkorban sedikit
masa di jalan Allah.
pada mulanya mmg aku rasa terpaksa,tp aku tahu matlamat aku
dihantar di bumi ni
"äku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah
kepada-Ku."
(surah Az-Zariyat:56)
bukanlah dunia menjadi pilihanku,tapi kupunya
madal hayat yang lebih hebat daripada tu.
bukan senang untuk menggapai syurga Allah,kan.
so ini ikhtiarku,ini perjuanganku.
so aku perlulah strive for it.
bersyukur sgt sbb Allah pilih aku dalam jalan ini.
sbb bukan semua yang dpt hidayah dan kesedaran.
ramai lagi yang kat luar sana,diri mereka masih samar2 dalam
cahaya.
so inilah tanggungjawab kita duhai sahabatku,
manfaatkan hidayah yang kita perolehi
untuk saudara seummah kita.
tunjukkan kesyukuran kita.
takkan kita sorang2 je nak dapat pahala,kan =)
-------------------------------------------------------------------------------------
25DEC
kelas mmg pack lah hari tu,dengan lab biologynye lagi petang tu,
Ya Allah.DNA extraction tu bukan la sekejap.
makan masa kot nak extract.
aku dah mula risau dah.sbb dalam jadual,kami si 5 rakan
ni perlu menghadirkan diri di Masjid Unimas dalam pukul 5ptg.
jam di lab aku tu mmg jadi mangsa usha.haha
xcukup dengan jam tangan.iyelah kan,janjikan kne tepati.
Alhamdulillah,Fazli berjaya meminta belas ihsan lab tutor aku,cik Mardhiyyah untuk membenarkan kami pulang walaupun result DNA yang kami extract xsiap lagi.hehe
Alhamdulillah,smooth je.barang2 yg dah kami pack kami bawa ke masjid.
then terima sedikit briefing daripada akhi Hisyam as beliaulah
ketua konvoi kami.
bertolaklah kami diiringi dengan doa' dari akhi Azrin.
jalan jalan jalan jalan jalan jalan
saaaaampaaaaaaai malam.
subhaAllah xsangka aku seejjuukkkk gle.
menggigil.shaking.shivering.
walaupun berbekalkan kain pelikat,dengan baju yang nipis.
CO-PILOT.
Akhi Azrin mmg seorang penggemar nasyid.sore pun boleh tahan.
so kami sokmo la berduet sepanjang perjalanan.
biarpun suaraku sekadar menyumbangkan lagi lagu tu.
"saat lafaz sakinah?ni lagu faveret sy ni bang."
iye ke?hari tukan ikhwah kita ade walimatul urus.
kawan abg nyanyikan lagu ni utk die."akhi Azrin menjawab sambil tersenyum manis.
waaahhhh!sweetnya,kan?
nnt aku nak kawin,aku pun nak jemput akhi Haris nyanyikan
lagu tu utk "kitorang".=)
malam kian malap
dan menggelap.
plus dgn jalan kat Sri Aman tu xde lampu laginya.
dengan berkabus mcm fogging,,
mataku kian kuyu.berat sungguh rasanya
nak stay up utk temankan akhi Azrin.
Tetbe je jadi gelap pandangan mataku!
(rupenye dah tertido.)
tidur tidur.
trbangun sekali terdengar akhi Azrin tengah bernasyid lagi.
(mungkin cara dia in order to stay up kot.)
ntahlah mulut ni,dah tahu sore xsedap tapi tetbe je terfollow
lirik lagu tu.
tapi sekejap je...
then tertidur balik.
terbangun bernasyid lagi.
sepanjang perjalanan malam tu,
perkara tu berulang2.
(apelah aku ni,bangun2 spatutnya baca doa,kan.ish3 Fathihi..)
HAHAHA kelakar betul bila ingatkan kembali malam tu.
subhanallah
SAMPAI KAT BETONG
singgahlah kami di kawasan restoran makan ni,
bukanlah tujuannya utk makan tapi..
TANDAS.
mana tandas mana tandas aku dah xtahan dah ni!
bila aku menjejakkn kaki aku ke tandas tu je,
mata aku tertumpu pd kertas yg terlekat di sudut
kiri ku,
BUANG AIR BESAR/KECIL :2OSEN
BASUH MUKA/GOSOK GIGI :50SEN
MANDI :RM1
pergh!
dahsyat mencekik darah btol harga
bukan tu yg aku nak komen,
tp cubalah bygkn,aku rse bayar 20sen
aku dah boleh buat semua tu dlm tandas.
xpikir ke dorg ni?
(ya ALLAH,tandas dah la berbau.)
mcm nak kaut keuntungan di atas keperluan
manusia sbb spanjang pjlnn di Sri Aman tu,
semuanya hutan.
Air tu hak Allah.
aku tergelak mse baca signboard tu,
tp makcik tu plak trdgr.
mula la die mcm marah2 aku kutuk2 aku,
tp malangnya aku xfaham.xberapa lg nak hadam bahasa
SARAWAK ni.
sepanjang perjalanan kami,kami melalui
banyak gereja.
baru kutahu smbutan Kristmas mcmne.
rupanya dorg ade gathering dan makan2.
ooooo..
1.30pagi
Alhamdulillah,akhirnyaaa
aku dah berjaya bau udara kat
SARIKEI.hehe
tu baru setengah perjalanan tu.
aku xtahu ape yg menjanjikan aku di bintulu tu
smpai aku snggup menghabiskan masa aku dgn perjalann yang jauh.
aku meletakkan segala2nya pd Allah.
aku yakin,pasti disebalik kesusahan yg kami tempuhi
ni,pasti Allah xkan mensia-siakn usaha kami.
cover album ktorg.nantikan.
musafir cinta.HEHEHE
alhamdulillah,
SIBU.ya Allah aku ingatkn
dekat je sibu ni,rupa jauh bagai nak rak.
terkenang aku pd seorg ikhwah yg duduk di sini.
Ya Allah snggup die naik bas semata2 utk
melebarkan kefahamannya di Unimas.
7 jam dari UNimas ke SIBU.
dgn kondisi jalan yg amat,seriously
susah naik gambarkan.
Aku tertidur kembali.
dgn harapan,abg naqib akan berhenti di mana2 masjid
utk berehat skjap.
"Betapa sukarnya menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanya sekadar
tingkah
Cuma ungkapan kebisuan yang
melindungkan kalimah rahsia"
lagu lafaz yg tersimpan ni benar2 menyadarkn ku dari lamunanku.
ditatapnya jam di tangan,
4.40am?
haaaaaa???
ya Allah!!
akhi azrin xberhenti dari tadi ke???
ya Allah.. aku malu..
aku yg jd co-pilot ni put dah penat,]inikan pula si pemandu,
berganda2 kepenatan.
itulah manisnya bila Islam benar2
difahami.
dihayati.
diselami.
keni'matan dunia bukanlah segalanya.
sekadar pinjaman sementara.
diniagakn segala apa yg ada,
harta,
masa,
dan kerah tenaga
utk membeli rahmat kasih sayang Allah.
subhanaALLAH,aku juga ingin sepertimu.
seperti para Sahabat,
sepertimu Rasulullah.
terasa indahnya dunnya andai benar keni'matan
beragama telah tertanam subur dlm hatiku.
"letakknlah dunia ditanganmu,bukan di hatimu"
kata naqibku.pendek.tapi membawa seribu makna.
jari-jemari merah kian merangkak di kaki langit,
menampakkn kekuasaan-Nya.
memberitahu seluruh penduduk kenyalang.
25 Dec telah tiba.
bangunlah,tunaikan kewajibanmu pada Tuhanmu.
Alhamdulillah,
detik hatiku tatkala aku ternampak
signboard bintulu lg 8km.
ternampak juga signboard UPM bintulu.
tak kusangka,
akhirnya aku berjaya sampai,
wlaupun dahulunya aku xpernah sangka,
tak pernah inginkan smpai di sini.
5.15am
Alhamdulillah,akhirnya kami smpai.
menggigil kesejukkan.dah macam freezer dah
kereta akhi Azrin.
alhamdulillah kami dpt bersolat subuh berjamaah wlpn
tidak bersama ikhwah2 di sana.
ramainyaaa.
xsangka di Sarawak yg masih baru wadah usrah ni tp
dah berjaya menempatkn hati dlm ramai syabab.
Alhamdulillah,
kami xberkesorangan dlm usaha kami.
ikhwah dari bintulu,miri,kuching,mukah dan mcm2 lg.
bersyukurnya aku dpt ketemu kalian,
sefikrah dgn aku.
kami dihidangkn dgn ta'lim pagi.
subhaAllah.wlupn aku tgh mngantuk mse tu,
tp ceramah yg diberikannya,sik ingat nama ustaz tu.
tapi kata2nya amat berkesan dlm hati aku.
"hak Allah lebih besar drp hak ibu bapa."
beliau mengisahkn kisah nabi ibrahim.
bgaimana perjuangannya dlm menyedarkn kaumnya,terutama sekali
bapanya ttg tiada tuhan yg selayaknya dosembah melainkan Allah.
"ihfazillaha yahfazka"
-jagalah Allah,nescaya Allah akan nmenjagamu-
"da'wah kne lembut,tapi dlm lembut2 tu kne BERPRINSIP"
hebatkan ayat dia.
dlm keramaian tu,mataku mengintai adakah
ade ikhwah2 yg aku kenal.
pandang pandang,
sekali mata tertumpu pd seseorg yg berkopiah putih hitam,
berkaca mata.
Ustaz Firdaus Shah!
ya Allah xsangka aku ketemunya lg.
subhaAllah.
rindunya aku berISK bersama die.
rindu kata2nya yg mendalam.
tp bila di mukhayam ni,
aku lihat die sggh low profile.
zuhud.
xde pun slot utk die wlpn kata2nya
bisa menjentik hati2 manusia.
bila bersalaman dgn beliau,
perkataan pertama yg aku dgr darinya
"subhanaAllah,ni org hebat Unimas ni."
ya Allah.betul2 membangkitkan semangat berjuang aku.
aku xhebat,tapi keperluan bagiku utk "hebat"
bukan utk tunjuk-menunjuk,
tp utk menyampaikan risalah Allah.
aku perlu hebat
dalam kefakihan aku terhadap agama.
aku perlu hebat
dalam akhlak peribadiku.
aku perlu hebat
dalam kepetahan kata2ku.
aku juga perlu hebat
dalam amalanku.
kerna itulah element2 yg perlu ada dalam
seorg daié.
inshaALLAH,aku akan genggam dan terus menggenggam agama ini.
ya Allah,kau tabahkanlah diri kami,
bantulah perjuangan kami...
banyak program dijalankan,
tp semua mainly
berhadaf utk mewujudkan ukhuwah fillah.
terlalu seronok.
setiap xtvt ade matlamat die.
xmampu utku kudescribe lg.
manisnya ukhuwah!
taa'ruf
pengisinya,
byk menceritakan ttg para sahabat.
as tema mukhayam kali ini
"ïngin kumenjadi seperti sababat r.a"
ramai aku makin kenal sprti,
Ath-Thufaili bin amru ad-Dausi,
sumayyah,musáb bin umair dan ramai lagi.
sehinggakan kami perlu membuat persembahan ttg mereka.
"kau xpernah kenal erti gentar,
kau juga xpernah kenal erti takut.
kerna kau yakin,
tuhanmu di sisi disetiap perjuanganmu.
di setiap hunus pedangmu,
sehingga Rasulullah bersabda,
marfumnya,
Andai hendak melihat org yg syahid,tapi masih berjalan
di atas muka bumi ini,tgklah
Tolhah bin Ubaidillah"
sajak yg kukarang sendiri utk malam tu.
salah seorg sahabat yg dijanjikn syurga.
terlau bnyk utk aku karangkan,
tp masih aku xmampu utk memberitahu para pembara
akan betapa manisnya,
ni'mat berukhuwah.
apatah lg perjalananmu penuh dgn dugaan dan cabaran
dlm mencapainya.
subhanaAllah.
ya Allah,
terima kasih kerana memilih aku
utk jalan da'wah ini.
ya Allah,
jdkanlah aku senantiasa istiqamah dlm perjuanganku.
jgn palingkan hidayah-Mu daripada ku.
ya Allah...
aku mencintai-Mu..
No comments:
Post a Comment