Metamorfosis kebaikan

Tuesday, January 24, 2012

tidak bertajuk

Assalamua'laikum.
post random sebelum buat projek besar.
hakikatnya projek besar ni,
"Projek lebih baik daripada dunia dan seisinya"
tidak akan pernah berhenti,
tidak akan pernah tammat.
kerana jalan da'wah ini panjang.
sangat panjang.
terlalu panjang.

"Jalan Da'wah ini sumpah panjang"
hurm,
tapi sedih,
luluh hati ini bila,
sedang kita sedang berseronok-seronok bergerak
di atas jalan osem ni,
seorang-demi-seorang Allah tapis.
intiqa' Allah,Dia sahaja yang Maha Mengetahui.

"Yaa muqallibal qulub, tsabit qulubana a'la dinik walaa thoati"
sedih..
melihat seorang demi seorang kian menjauh,
wallahua'lam.
aku mungkin tidak tahu,
mungkin masing-masing punyai fikrah sendiri,
tapi janganlah sampai muka kami pun menyampah
sangat untuk dilihat.
taknak bersama-sama kapal da'wah ini,
tidak mengapa.
at least, boleh jadi penyokong dalam medan amal ini,
tapi janganlah sampai benci untuk bersama-sama kami.
kenapa?
kami sesat,kah?
andai benarlah kami sesat,bagitahu.
kami salah,kah?
andai salah boleh kami perbetulkan atas khilaf.
tapi janganlah sampai berpindah ke kapal "jahiliyyah".

Apakah kita lupa, dunia ini hanyalah senda gurauan?


"Ketahuilah, sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan
dan sendagurauan, perhiasan dan saling berbangga di antara kamu
serta berlomba dalam kekayaan dan anak keturunan, seperti hujan
yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian
(tanaman) itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian
menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan
dari Allah serta keredhaan-Nya. Dan kehidupan dunia tidak lain
hanyalah kesenangan yang palsu."
(Surah al-Hadid 57 : 20)


sedih...
sangat sedih...
bila berdaurah, especially daurah QS,
bilangan ikhwah cuma 6-7 orang,
kadang-kadang 4 orang je.
akhwat berpuluh-puluh.
sampai akhwat penggerak berkata;

"ni salah ikhwah lah sebab tak bergerak."
sedangkan kami bergerak.
biarlah,
amal itu Allah yang hisab,Allah jua tentukan.
mungkin ianya tidak terzahir.
hurm..
biarlah..

"Ya Allah,janganlah Dikau tarik lagi dari kami golongan yang sedikit ini."
dahulu,
kitalah bersama-sama,
bermukhayyam bersama,
berdaurah bersama,
berusarah bersama,
tajmi' bersama,
makan bersama,
riadhah bersama,
rehlah bersama,
berenang bersama,
belajar bersama,
bernasyid bersama,
Solat dalam air bersama

buat projek asasi bersama




tidur di surau bersama



mukhayyam bersama







kulit mengelupas bersama






makan-masak bersama




makan hot dog macam org asli,sebab lapar sangat


solat tepi pantai



geng nasyid

belajar tepi jalan

makan-makan lagi



 
toriq yang comel!


 rehlah bersama










belajar
bersama

 berchicken heartz bersama



 berdaurah bersama


sesat masa explorace  
 


 buat DF bersama




 penat-tidur bersama

 daki bukit-gunung bersama






















 bermesyuarat pikir problem bersama













jaulah bersama

 












tidur lagi



buat muka comel bersama













pening kepala fikir masalah ummah







 kenakan orang bersama
buku yang kita gaduh bersama

 Uruskan ABKC bersama




seandainya punyai masalah,bagitahulah kami.
apa guna namanya ikhwah seandainya melupakan
saudaranya yang lain.
genggamlah kembali tangan kami.
inshaALLAH kami tak akan lepaskannya.
kerana genggamnya kami atas dasar aqidah.


:: Ramai yang bisa berbicara "aku bahagia", namun sebenarnya jiwa sengsara tatkala
Allah mula menarik ni'mat berada di atas Jalan-Nya ::


p/s: kami merinduimu, both of you. bila makan, tengok tulang ayam, teringat kat hang.
bila mandi swimming pool or sungai or laut, teringat dekat ekau. :'(
kita masih ada misi lagi untuk diselasaikan. jom :)

Sunday, January 22, 2012

Cahaya bukan sekadar cahaya

Assalamua'laikum
Salam penuh kerinduan untuk bersama-sama-bergumbira di Syurga nanti.
inshaALLAH.

Pernah tengok/tonton/lihat/nangga video
"Strange voice in Kota Samarahan"?
lately video tu agak femes diperkatakan di Facebook apatah lagi
pihak dunia pun melihatnya sebagai satu fenomena yang aneh,
mungkin kerana sebelum ini fenomena,ataupun kes yang sama juga
pernah berlaku, namun di pelusuk dunia yang berbeza,di Canada,UK mungkin.

video "Strange voice heard across Kota Samarahan".

Ramai yang mula membuat penafsiran sendiri berdasarkan
apa yang mereka dengari,
ada yang mula berkata;
itu merupakan HAARP,
rancangan Ketenteraan Amerika Syarikat,
ada yang berkata bahawa itu dajjal.
ada juga berkata itu Godzilla(?)
dan bermacam lagi persepsi yang bisa membina mind-set,
dan menakut-nakutkan sekalian manusia,
terutamanya bagi mereka yang beriman,
dan mengaku bahawa diri mereka Islam.

Perlukah Ummat Islam takut?


itew tatut. tatut tangat pada Allah


kenapa perlunya ummat Islam takut?
tak perlu.
tapi kenapa ramai ummat Islam yang takut?
takut kerana perancangan mereka yang teliti?
takut kerana persenjataan mereka yang moden lagi canggih?
takut kerana merekalah menguasai dunia sekarang?
sehingga terbinanya mind-set,
akan segala apa yang berlaku, semuanya adalah
kerja pihak 'mereka',pihak zionis,pihak Freemason.
hatta bak kata inche murabbi yang hensem,
"Kain sejadah yang terlipat,then buka tetiba ternampak garisan cross."
"Haaa ni mesti semuanya kerja zionis!kerja Freemason!"
[walaupun sebenarnya si pembuat sejadah tu tiada kaitan apa-apapun]
kita benar-benar yakin dan percaya,
bahawa pelindung orang kafir adalah toghut.
HANYALAH TOGHUT.
Sedangkan kita ummat Islam,
ada Allah.


"Allah pelindung orang yang beriman. Dia mengeluarkan mereka daripada
kegelapan kepada cahaya(iman). Dan orang-orang yang kafir, pelindung-pelindungnya
adalah setan, yang mengeluarkan mereka dari cahaya kepada kegelapan.
Mereka adalah penghuni neraka. Mereka kekal di dalamnya."
(Surah Al-Baqarah 2 : 257)


Allah merupakan pelindung kepada ummat.
An-Nur itu,
cahaya bukan sekadar cahaya.
tapi cahayanya meniti kembali mendekati keimanan yang sebenar.
kembali kepada hakikat yang sebenar,
yakni kembali kepada Al-Khaliq.
Pelindung kepada sekalian penciptaan-Nya.

tidak kesahlah betapa
telitinya perancangan mereka,
betapa dahsyatnya senjata mereka,
tidak kiralah betapa ramainya jumlah mereka,
di sisi Allah,
mereka adalah sangat-sangat-sangat lemah.
ye.
Sangat-sangat-sangat lemah.
kerana Allah sentiasa bersama-sama mereka yang menegakkan yang hak.


"Dan sungguh, mereka telah membuat tipu daya padahal Allah
(mengetahui dan akan membalas) tipu daya mereka. Dan sesungguhnya
tipu daya mereka tidak mampu melenyapkan gunung."
(Surah Ibrahim 14 : 46)



Berharap sahajakah?

kerana kita yakin sangat bahawa bantuan Allah pasti dan
pasti akan tiba,
adakah kita akan terus duduk-goyang-kaki-baca-surat-khabar
sahajakah?
itukah caranya?

aku bagi situasi,
esok Malaysia akan bertemu dengan Arsenal FC
di final European Champions league.
dan keputusannya adalah; 

Malaysia 0 - 24 Arsenal

jadi, adakah dengan kekalahan
Malaysia di tangan Arsenal,
gara-gara bantuan Allah tidak sampai kepada pasukan Malaysia?
Allah tidak membantu pasukan Malaysiakah?
tidak.
tidak sama sekali.



"Sungguh, tuhanmu (adalah) Allah yang menciptakan langit dan bumi 
dalam enam masa, lalu Dia bersemayam di atas Árasy. Dia menutupkan malam
kepada siang yang mengikutinya dengan cepat. (Dia ciptakan)
matahari, bulan dan bintang-bintang tunduk kepada perintah-Nya.
Ingatlah! Segala penciptaan dan urusan menjadi hak-Nya.
Mahasuci Allah, Tuhan seluruh alam."
(Surah Al-A'raf 7 : 54)


aurora. subhanallah.


Allah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa.
di sini bukanlah menunjukkan bahawa Allah itu mempunyai
kekurangan sebagai Maha Pencipta,
memerlukan 6 masa untuk menyiapkan langit dan bumi.
TIDAK!
sesekali tidak!
bahkan Allah bisa sahaja menciptakan dalam sekelip mata.
tapi Allah sengaja ingin mengajarkan kepada manusia,
bahawa setiap-segala apa yang berlaku di dunia ini,
memerlukan proses.
itulah sunnatullah.
Allah telah menciptakan dengan cantik sunnatullah
di dunia ini.

hendak berjaya dalam pelajaran, 
maka belajarlah.
hendak kaya,
maka bekerjalah.
hendak islam kembali bangkit,
maka bermulalah dari sekarang!
dan berdoalah kepada Allah,
kerana;

:: Al-hak yang tidak tersusun akan dapat dikalahkan oleh kebatilan yang tersusun ::


kita berusaha, merancang, Allah yang menentukan.
kerana Dia Maha  Mengetahui.
subhanallah~

Antara jalannya ada aku rungkaikan sedikit di dalam ;

wallahua'lam.

Friday, January 20, 2012

bersabar

[amaran] : post ini tiada apa-apa nilai,cumalah perasaan kesal, tidak sangka. tidak mengapalah.


bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar,dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar,dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar,dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar,dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar,dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar,dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar,dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar, dan bersabar..

Ya Allah, kurniakan aku kekuatan untuk menghadapi dugaan-Mu.
Moga hati ini kuat & tabah menghadapinya.
Thank you, Allah :')


p/s : maaflah, sejak akhir-akhir ini Allah banyak uji aku dengan pelbagai ujian. Allahuakbar, moga hati ini tidak jatuh kalah, moga hati ini terus sabar, moga hati ini tidak terpedaya, moga hati ini percaya dengan yakin janji-janji Allah, moga berbahagia anda semua sebagai pembaca.
aku tak mampu menulis dengan baik dalam keadaan hati yang kacau berbilau. maka, aku berlapang dada buat masa ni. Subhanallah, hendak berlapang dada bukannya mudah. terguris juga hati, tapi apa hak aku? biarlah. yeah nak tidur! esok nak bangun dengan hati yang baru. hati ini dengan tulusnya memaafkan segalanya, biarpun kita sudah makin terpisah jauh, aku berdoa agar Allah menjagamu sahabatku. jaga diri baik-baik, jangan biarkan syaitan mudah menumpaskanmu, kuatkan hati. Al-Quran jangan dilupa, kerana bila engkau sudah mula menjauh darinya, maka syaitan mudah mendekatimu. Lupakah engkau kita pernah melalui pelbagai dugaan bersama? apalah guna aku sebagai temanmu seandainya bukan sebagai tempat untuk dikau berbicara?

p/s [khas] : barakallah buat abangmu yang baru berkahwin. tertahu melalui Facebook.




Wednesday, January 18, 2012

uhuk :'(




yang berbungkus itu adalah henfon
p/s : muka minta simpati. HAHA


selamat tinggal.uhuk2.
dah lama kau berjasa,
sekarang kini kau pergi.
pagi-pagi kaulah buat bising kejut aku subuh,
walaupun sering buat bungee jumping drp katil,
sadar-sadar dah dekat bawah.
takpelah,aku merelakan
pemergianmu.
uhuk-uhuk.
kini tinggal memori.
babai inche henfon.
2009-2012.

p/s : sape2 yg ingin menginform apa-apa,bolehlah menghubungi aku melalui facebook
buat sementara waktu ye.ngeh ngeh ngeh~

Tuesday, January 17, 2012

Dunia diganti dengan dunia.Apa bezanya?



Dengan nama Allah, yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Segala puji buat-Nya,
Tuhan sekalian a'lam.
Kerana cinta-Nya,
aku masih lagi bisa bernafas,
melihat segenap ciptaan atas kekuasaan-Mu, Ya Allah.
Subhanallah,
aku bersyukur kerana nafasku yang dikau beri,
masih lagi aku gunakan untuk mendekatkan diri
dengan-Mu, duhai Kekasih.
Alangkah indahnya,
tatkala nafasku ditarik,
saat tubuhku rebah jatuh menyembah bumi,
hati ini penuh dengan kecintaan kepada-Mu,
hingga kelabu mengaburi cinta keduniaan.
oh Allah yang menguasai hati ini,
janganlah Dikau palingkan hati ini setelah
Engkau berikan hidayah kepada kami,
tsabatkan hati-hati kami di atas jalan redha-Mu.
Moga-moga bertamu gembira di Syurga nanti.
inshaALLAH..

aaa fobia nombor!statistics!


Alhamdulillah,
setelah bertungkus-lumus, akhirnya exam dunia
sudah melabuhkan tirai, alhamdulillah.
tinggal exam akhirat,
yang dilalui sehari-hari untuk mendapatkan
gred mark prestasi yang terbaik di hadapan Allah.

Masalah hati

Semua orang pasti punyai masalah hati,kan?
apatah lagi apabila masalah hati itu berkaitan dengan fitrah.
sudah tertanam sejak azali lagi,
setiap manusia yang dilahirkan pasti dan pasti
punyai fitrah,
fitrah untuk bertuhan,
sebagai satu-satunya tempat
bergantung harap,
fitrah untuk mempunyai Rasulullah sebagai qudwah hasanah
dalam kehidupan,
dan fitrah yang seringkali menjadi fitnah,
fitrah kecenderongan terhadap berlainan
jantina.
lelaki kepada perempuan,
perempuan kepda lelaki.
Memang tidak dapat dinafikan,
hampir segenap manusia melalui masalah ini,
namun bagaimana cara untuk kita melaluinya?

dalam hati ada taman

"Awak,saya sayangkan awak..
tapi saya lagi sayangkan iman yang ada pada awak..
saya tak mahu, kerana saya, awak semakin jauh, jauh
dan kian menjauh daripada rahmat Allah..
saya... ingin... berpisah..."
gulp.
Air liyur ditelan dalam-dalam.
tersentak dengan kata-katanya.
benar katanya, selama Farhan bersama Dini,
banyak dosa yang telah mereka lakukan.
SMS-SMS cinta yang dikirimkan berjela-jela,
tapi ayat-ayat al-Qurán, setengah muka surat pun tidak habis.
call-bergayut-sampai-dahan-patah daripada malam sampai ke pagi,
sanggap korbankan masa tidur,
sehinggakan terkorban subuh jama'ah di masjid.

Memanglah sukar untuk Farhan melepaskan Dini,
apatah lagi si Dini itu adalah cinta pertama buat Farhan.
Namun, kerana dasar iman,
Farhan lepaskan jua,
biarpun perpisahan itu amat menyakitkan,
meragut hampir separuh daripada hatinya.

Masa kian berlalu,
akhirnya Farhan ditawarkan melanjutkan degreenya di luar negara.
Azamnya agar dirinya menjadi jiwa-jiwa yang baru.
agar tidak lagi kecundang dalam permainan si syaitan yang suka menyesatkan.
tatkala kakinya mula melangkah ke alam Universiti,
pandang kanan, terlihat pasangan berpacar-pacaran.
pandang kiri, terlihat pasangan sedang berpegangan berpimpin tangan.
terkejut.
hatinya membenci.
kadang-kadang Allah berinya kekuatan untuk menegur mereka,
tapi resultnya, air matanya sendiri yang mengalir
kerana dek ketegaran mereka,
hatta tidak diendahkan langsung walau ucapan salam.

hari berganti hari,
waktu berganti waktu..

kemaksiatan yang dilihatnya kini sudah kelihatan
seperti perkara biasa.
mula-mula memang terasa kebencian atas kemungkaran,
namun si syaitan tak pernah lelah mencucuk-cucuk hatinya
sehinggakan dirinya mula berjinak-jinak untuk tunduk patuh
kepada si durjana.
mula terasa kesan adaptasi persekitaran ke atas dirinya.

"Alahai, cemburunya aku tengok diorang ni. belajar sama-sama,
makan sama-sama. aku pun rasa perlukan seseorang yang memahami
hati aku." detik hatinya.

Alhamdulillah, assebab sentiasa berada dalam golongan yang soleh,
dirinya terjaga apatah lagi Farhan antara yang komited dalam
amal islami dan di atas jalan da'wah.

namun, masalah hati itu tidak pernah hilang,
biarpun kadang-kadang pudar. tapi tetap ada kewujudannya.

Farhan cuba untuk melupakan si Dini daripada meng'contact'nya.
Farhan sedaya upaya untuk menjaga dirinya, dan imannya,
risau amal ibadahnya akan terganggu.
Dalam masa yang sama, hatinya kian tergugat.

Jadi Farhan memilih untuk cuba meletakkan seseorang yang
solehah di dalam hatinya,
agar sedikit sebanyak dapat meneguhkan dirinya.
biarpun si solehah itu,
Farhan hanya mampu melihatnya daripada jauh,
tidak mengenalinya apatah lagi berbual dengannya.
Mungkin jua sebagai calon pilihan,mungkin.

Suatu hari,
usai kelas General Genetics,
tiba-tiba mata Farhan tertumpu pada seorang akhwat(mungkin?)
redup matanya,
sederhana gaya jalannya,
sering mengenakan shawl labuh berwarna ungu.
hatinya tertarik dengan keperibadian si ungu.
cair seperti kek blueberry yang baru dikeluarkan daripada peti ais.
cair seperti ais krim kerana dek cahaya matahari.



"Ya Allah,indahnya.. astargfirullahala'zim.."
Farhan cepat-cepat beristighfar dan menundukkan pandangan.
Dia merasakan bahawa si ungu itu amat sesuai untuk menjadi
separuh,melengkapi hatinya yang telah hilang dahulu.






"Katakanlah kepada laki-laki yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya,
dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu lebih suci bagi mereka.
Sungguh, Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat."
(Surah An-Nur 24 : 30)


Pada peringkat permulaan,
tatkala hati mula terikut-ikut sosial peredaran masa,
Farhan segera mengingati si ungu.

"lelaki yang baik kan untuk perempuan yang baik.fuh! baik
aku jaga diri daripada sekarang. Aku nak calon
isteri aku seperti si ungu itu." tegas hatinya.

Alhamdulillah, hatinya berprinsip,
malah amalannya pun sering meningkat dari sehari ke sehari,
mengadap buku pun semangat,
hendak buktikan sesuatu pada si ungu,barangkali walaupun
namanya pun Farhan sendiri tidak tahu.

seperti biasa, syaitan mana pernah
muncul di episod cerita yang pertama.
tapi muncul di episod yang pertengahan,
seterusnya bagaimana kita menghadapi si syaitan itulah
akan mencorak episod terakhir kita,
samada "happily ever after", atau... nauzubillahiminzalik.
berdoalah agar mendapat husnul khatimah.

Syaitan ligat bermain-main di telinga Farhan, membisikkan
kata-kata syahdu.
mengingatkan Farhan pada si ungu.

termenung sendirian.
"eh siapa agaknya ye nama si ungu itu. Dia orang mana ye.
comel sangat!"
fikirannya mula merewang ke angkasa, dipandu gembira oleh syaitan
si durjana.

Mulalah si Farhan mencari-cari,
siapakah gerangan perampas hatinya.


Dunia diganti dengan dunia

Itulah yang terjadi apabila bukanlah Allah
yang diletakkan sebagai paksi hidup di dalam hati.
Apa bezanya seandainya
dunia digantikan kembali dengan dunia?
kekaratan,kejahiliyyah yang lama dibuang,
tapi diambil pula kejahiliyyah yang baru,
untuk menambah lagi kekaratan yang ada.



rosak + Rosak = 2kali rosak
 [kredit]


Kenapa tidak meletakkan Allah di dalam hati,
sedangkan Dia Penguasa atas segalanya?

"Kenapa sedih ni sahabatku, putus cintakah?
rileks la,cinta manusia memang sebegitu.
kadang-kadang bila kita mulai menyintai seseorang,
dan si dia tidak membalas kembali 'ketulusan' hati kita menyintainya,
kita sedih.
bila si dia tidak membalas segala SMS yang kita kirimkan kepadanya,
kita marah.
tapi kau tahu tak, ada Satu ni,
Dia sering memberikan cinta-Nya kepada kita,
Dia sering menaburkan kasih sayang-Nya kepada kita,
kau tahu siapa?
Dialah Allah Subhanallahu wataa'la.
tapi pernahkah kita membalasnya apatah lagi
mensyukuri-Nya?pernah?
tidak malah jauh sekali untuk membalas kembali
segala kasih sayang-Nya.
Tapi pernahkah Allah marah, sedih bila hamba-hamba-Nya
tidak menghiraukan ni'mat-ni'mat-Nya?
tidak.
malah setiap hari,setiap jam,setiap minit,setiap saat,dan setiap detik,
Allah memberikan sahaja kasih sayang-Nya.
Subhanallah.. malu,kan kita sebagai hamba yang dicintai-Nya,
namun langsung tiada apa yang dibuat untuk membalasnya."

[ayat femes inche Badar]

bilamana nama si ungu sudah diketahui,
mulalah si Farhan mencari kelibatnya di laman sesawang Facebook.


tatkala button itu ditekan,
maka bermula kisah noda.

mula-mula memanglah bertanya khabar,
tanya course apa, tinggal dimana.

lama ke lamaan,
"boleh saya nak nombor telefon awak?"
"Saya cintakan awak."
"I love you."

bertepuk tangan-bergembira-berpestalah si syaitan kerana
keterberjayaan mereka menyesatkan seorang lagi anak adam.

Sebegitu mudah melafazkan 'Tiga kata'

Cinta itu bukanlah semudah melafazkan tiga kata.
kita menganggap bahawa itulah sebenar-benarnya cinta,
cinta agung kononnya.
tapi hakikatnya,
cinta itu datang bersama-sama tanggungjawab,
yakni tanggungjawab membahagiakan pasangan kita.
Bukan bahagia di dunia semata,
bahkan sehingga ke akhirat kelak.
Cinta bukan sekadar pemuas nafsu,
tapi adalah menjadi salah satu jalan kebahagian
menggapai redha Illahi.

"Cinta bermaksud, hendak bersamanya di Syurga"

Apa guna cinta yang kita kata 'cinta',
tapi kita melontarkan diri bersama-sama pasangan kita ke
neraka?
apakah itu namanya cinta agung yang kita tinggi-tinggikan darjatnya?

Betapa orang hari ini kononnya menyelit-nyelitkan
nama Allah dan kalimah-kalimah islamik dalam percintaan mereka
untuk menghalalkan hubungan mereka.
Padahal cinta manusia sesama manusia masih lagi ditahap biasa
sekiranya tidak dibumikan cinta kepada Allah dalam
bentuk amalan - [Hilal Asyraf]

betapa dhaifnya cinta manusia.
Syaitan menghias-hias cinta dhaif itu menjadi agung.
tinggi melangit.
"Lautan api sanggup kuredahi."
Mahu merentas neraka bersamakah? - [Hilal Asyraf]









"Aku (burung Hud) dapati dia dan kaumnya menyembah matahari, bukan kepada
Allah; dan setan telah menjadikan terasa indah bagi mereka perbuatan-perbuatan (buruk)
mereka, sehingga menghalangi mereka dari jalan (Allah), maka mereka tidak
mendapat petunjuk."
(Surah An-Naml 27 : 24)


bercintalah kerana Allah (pada yang halal) sehingga ke Syurga!

Rasulullah SAW bersabda kepada seorang lelaki yang
bertanya kepada Baginda bilakah akan tibanya Kiamat,

"Apakah yang telah kamu sediakan untuknya?"

"Aku mencintai Allah dan Rasul-Nya sepenuh jiwaku."

Rasulullah SAW menjawab, "Maka kamu akan bersama dengan orang
yang kamu cintai di akhirat sana."
(Riwayat Bukhari)

Kita seringkali mengkhianati cinta-Nya


Sibuk sungguhkan kita dengan cinta manusia,
acapkali kita terlupa akan cinta Agung-Nya.
begitukah 'layanan' kita kepada-Nya?
Tahukah kita kasih sayang Allah itu sangatlah luas?

"Aku adalah sebagaimana hamba-Ku sangkakan mengenai-Ku,
dan Aku bersamanya ketika mana dia mengingati-Ku.
Sekiranya dia mengingati-Ku di dalam suatu majlis,
maka Aku akan mengingatinya dalam majlis yang lebih mulia lagi.
Sekiranya dia mendekati-Ku sejengkal,
maka Aku akan mendekatinya sedepa.
Sekiranya dia mendekati-Ku sedepa,
maka Aku akan mendekatinya lebih daripada itu.
Sekiranya dia datang mendekati-Ku dalam keadaan berjalan,
maka Aku akan mendekatinya dalam keadaan pantas."
(Hadis riwayat Muslim)

Lihatlah kasih sayang Allah..
Alangkah ruginya seandainya kita memandang tepi sahaja.
Astargfirullahala'zim..
Sesungguhnya cinta itulah yang membawa kita ke Syurga.

:: jangan hanya bisa pandai berbicara,
namun biarlah dibuktikan cinta melalui amalan sehariannya ::


p/s : Maaflah seandainya ada ikhwah akhwat bertanyakan kepadaku soalan,
namun aku tidak mahu menjawabnya,mungkin hanya memberi jawapan umum.
aku risau ketidakfahaman berlaku.nantilah,inshaALLAH suatu hari nanti
korang akan tahu =)

sangat berbeza pandangan manusia dari sudut kecil dan
pandangan manusia dari skop yang sangat luas.
lihatlah bagaimana Nabi Khidir A.S dan mutarrabbinya,
Nabi Musa A.S. carilah ibrah,bukanlah sengaja Nabi Khidir
"jual mahal" kepada Nabi Musa. Wallahua'lam.
aku hanyalah si faqir,
masih tercari-cari diri yang sebenar.


*bonus*
Ombak Rindu yang best daripada Hasbi Feelhoney

tuhan tolong lembutkan hati hamba
untuk mencintaiMu seadanya
kerna ku tak sanggup
kerna ku tak mampu
menghadapi siksa nerakaMU

tuhan aku tahu byk dosaku
hanya ingatkanMu kala dukaku
namun hanya Kamu yg mampu membuka
pintu hatiku untuk cintaMu

Allah..ampunkanlah hambaMu (dosaku)
yang slalu dustakan janjiku
agar kelak ku xkan disiksa
kerna dosa-dosa masa lalu

Allah..jatuh air mataku
dan trus mengalir mengiringi doaku
Allah..Yang mengampuni segala
Dosa2 hamba yang meminta..

Hanya mampu berdoa..
Moga maghfirah (keampunan) tiba nanti..

Friday, December 30, 2011

terharu

Hatiku terharu, tersentuh
dibuai tenang kisah sepasang manusia biasa.
biasa, memang biasa.
namun cukup luar biasa bagiku.
Tatkala kubersendirian,
hati mulai menyanyikan kembali melodi-melodi indah suara mereka,
sehingga terjatuh menitis butir-butir manik
air mata.
walaupun tidak diminta,
walaupun tidak dipujuk hati,
tapi desiran semangatnya yang tidak pernah goyah dek cabaran,
terngiang-ngiang di gegendang telinga,
mengingatkanku, bahawa masih lagi wujud insan hebat sebegitu.
subhanallah..
tidak kusangka,
hebat perjalanan hidupmu, hidup jua ujian yang menimpamu.
Bukankah Allah sudah berfirman bahawa Dia sesekali tidak akan
membebani hamba-Nya dengan bebanan yang dia sendiri tidak mampu?
7 tahun tertangguh degree di Bumi Kenyalang.
Bukan kerana resultmu yang jatuh,
bukan jua kerana engkau sudah mulai berputus asa,
namun kerana tanggungjawab besarmu kepada seorang
insan yang bergelar suami yang amat mencintaimu,
dan cahaya mata-cahaya mata yang mendamaikan.
Suamimu merintih-rintih menceritakan perihalmu,
yang bertekad untuk berhenti daripada jihadmu mencari ilmu di menara gading.
Kerana dirimu sedar,
bahawa dikau punyai jihad yang lebih besar,
yakni keluargamu.
Engkau menangis, air mata sucimu mengalir,
melihat anak-anakmu yang kian membesar,
ditambah lagi dengan berita bahawa si bongsumu menghidap Congenital Heart Disease.
Engkau menangis sayu melihat suamimu yang seringkali diuji Allah
dengan ujian yang besar.
Kecelakaan di jalanraya sudah banyak kali, barangkali.
Tapi engkau tidak pernah cuba lari apatah menjauh daripada kenyataan,
malahan itu yang kian mengikat kukuh tautan cintamu,
dan kekal sentiasa disisi mereka.
Engkau tidak pernah lelah menyumbang bakti, 
karena cintamu kepada suamimu,cahaya matamu melebihi segala-galanya!
kerana cintamu kepada mereka tulus ikhlas kerana Allah Subhanallahu WaTaa'la.
Duhai ukhti,
sesungguhnya dirimu dicemburui oleh bidadari-bidadari syurga...

hanya untuk yang halal


*****

sangat terharu,
besarnya pengorbanan seorang isteri.
(Nizzal ceritakan kisah naqibnya)
bila balik je bilik,
tiba-tiba air mataku mengalir.
aku taknak ingat,tapi cerita tu menjadi initiator.
teringat kisah dahulu,kisah zaman yang agak rumit,
zaman aku belum mengenal erti islam sebenar biarpun berlatar belakangkan
keluarga islam dan bersekolah islam.
zaman aku masih belum mengenal erti kata sebenar ikhtilat.
zaman masing-masing berlumba-lumba mengejar hala tuju.
aku amat terharu bila teringat,lama dahulu ada seorang akhwat pernah berkata 
kepadaku,

"awak,kita kahwin awal nak?awak nak jadi doktor,kan?lama lagi tu nak tunggu 6-7 tahun baru
awak habis belajar. takpelah, saya taknak jadi doktor, saya ambil perguruan. kan
guru cepat habis,kan. lagipun saya memang nak jadi ustazah. boleh lah saya kumpul
duit untuk awak dulu,perbelanjaan kahwin kita."
.
.
.
.
.

erm,terbaring-melihat siling-termenung-menitis air mata.
aku mengangkat sepuluh jari,
dengan berlinangan air mata,merintih,
berdoa,
diredhakan hati atas pemergiannya,
entah berapa kali aku ulang "Ya Allah redhakan aku."
kerana aku tahu dia bukanlah halal buatku,
siapalah aku untuk mendapatkan cinta orang yang
amat aku cintai?
dan siapa jualah aku untuk memastikan dia menerima 
cintaku?

"Ya Allah ketemukan dia seseorang yang lebih baik daripadaku,
lebih baik akhlaknya,lebih baik tutur katanya,lebih manis bicaranya,
lebih beriman dan soleh,dan mampu membimbingnya menggapai redha-Mu Ya Allah."
.
.
.
.
.
.
sakit.
sangat sakit,seumpama pisau menghiris melapah nipis-nipis hatiku
untukku mengungkapkan doa ini.
tapi,
apalah cinta tanpa pengorbanan.
jadi,inilah pengorbananku.
sayang tidak bermaksud untuk memiliki,kan.
sayang jua bermaksud untuk melepaskan.
sekiranya berjauh terus daripada aku adalah lebih baik,
maka aku redha.
daripada terus membina sarang maksiat dalam hati.

tengah baca al-quran-nak habiskan 1juzu' sehari-yang kian-macam dah tak habis-habis-masalah iman kot.

terjumpa satu ayat yang amat. . .




"Dan nikahilah orang-orang yang masih membujang di antara kamu,
dan juga orang-orang yang layak (menikah) dari hamba-hamba sahayamu
yang laki-laki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan
memberi kemampuan kepada mereka dengan karunia-Nya.
Dan Allah Maha Luas (Pemberian-Nya), Maha Mengetahui."
(Surah An-Nur 24 : 32)
.
.
.
.

"Awak tak kesah ke andai kahwin dengan saya,nanti hidup kita susah.saya risau saya
tak mampu berikan sepenuh tanggungjawab saya sebagai seorang suami.
saya tak dapat nak janji awak akan hidup senang,mewah bersama saya..."

"tak apa la awak. awak janganlah risau. kan saya ada,kita boleh berusaha sama-sama.
susah senang kita hadapi bersama. kekayaan dunia bukanlah segalanya awak,tapi kayanya
hati.."
.
.
.
.
.

itu cerita lama.
sudah lama berlalu.
kian terpadam dek zaman,
terungkit kembali buat peringatan.
buka lembaran baru,
mulakan dengan hati yang baru.
hati di sini mulai bahagia,
merasai ni'mat cinta Agung-Nya.
janganlah ditanya ke mana mengapa dimana kenapa?
karena pasti jawapanku hanya satu.
Cintaku kepada Allah =)


kredit to adik Nazhan Borhan for this nice picture =)


:: Allah berikan kita apa yang kita perlukan, bukan apa yang kita mahukan ::



p/s : kacau berbilau betul hati hari tu.hehe.Dan maaf sebab lagu amat lagho.

Monday, December 26, 2011

.sekejap.

sekejap je.
hehe.
.
.
.
.

satu malam tu, agak lewat malam jugak la.
assebab mengantuk, jadi aku pun baring cuba untuk me'mati'kan diri sebentar.
baring punya baring.
..
baring lagi..

*tiba-tiba kena 'himpap'*

huarghh ya Allah, kena lagiiii..
tapi kali ini yang masyuk,sebab 'bende' tu tegur aku.
dan aku agak terkesima jugak la dengan teguran tu.
tu yang nak tulis untuk jadi pengajaran buat semua.
as for before,bukan nak bangga ke apa,
tapi pernah la jugak 'nampak' benda 'pelik-pelik' ni.
macam-macam.*hee tamau cerita.
1 je la contoh,
ada budak kecil perempuan duduk sebelah katil,tenung aku
dengan mata yang seumpama berpusing-pusing.

ini baby comey

bila dah kena 'himpap' tu,
suasana di meja belajar aku agak bising,
dengan bunyi kerusinya,pen dan pensil bergerak-gerak.
aku pun mula membaca ayat-ayat suci al-Qurán untuk
cuba melepaskan diri.
makin dibaca,makin ditekan,makin ditekan.

tiba-tiba ada suara.
"APA GUNA BACA AYAT SUCI ALLAH ANDAI TIDAK FAHAM MAKNANYA?"
.
.
.
.
.

erk,aku amat terkesima.
subhanallah.
teguran direct tembak tepat ke jantung hati.
lepas kena tegur,'dia' lepaskan.
wallahua'lam.
aku pun tak pasti,either it is just my imagination,or... else...
wallahua'lam.
sesungguhnya yang ghaib itu ada,kan?
bila ber'rukyah' dengan inche murabbi.
hehehe mungkin masalah hati aku tak setel lagi kot dengan Allah.
huhuhu~
wallahua'lam.
segala apa yang ada,semuanya milik Allah.

:: Al-Qurán diturunkan bukannya untuk dikaji,tapi untuk dihayati dan difahami isinya ::
tembak diri sendiri.ouch.


p/s: sejak daripada form5 lagi.mungkin aku ni penakut kot?wallahuálam.okai nak sambung baca buku.huhuhu~

kencang sikit!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...