Metamorfosis kebaikan

Showing posts with label untuk pencinta syurga. Show all posts
Showing posts with label untuk pencinta syurga. Show all posts

Sunday, December 25, 2011

Ketika EHEM&EHEM Bertasbih

Assalamua'laikum dan salam kerinduan,

Bunga bunga bunga bunga bunga bunga
Bunga bunga bunga bunga bunga bunga
Bunga bunga bunga bunga bunga bunga
ada bunga biru,ada bunga oren,ada bunga ungu.
Bunga bunga bunga bunga bunga bunga
Bunga bunga bunga bunga bunga bunga
Bunga bunga bunga bunga bunga bunga
....... erk?








Amboih kau Fath, kebenda kau merepek merapu meraban ni?
dah buang tebiat?
hehe.takdelah~

InshaALLAH today aku ada cerita besh!
bukan nak cerita tentang bunga kemengarut apa ntah tadi,
bukan jua cerita ada orang nak ludah mahasiswa,
pun bukan jua cerita perkahwinan gay berbangsa melayu di Ireland,
tidak juga video "I've been proposed"
apelah nak jadi dengan dunia sekarang ni...
tapi..
cerita tentang Temasya Pesta bergembira!
yeah yeah! Awshem,kan?
Hooyeeah!


"Apa yang ada di langit dan di bumi bertasbih kepada Allah. Dialah Yang Maha Perkasa, Maha Bijaksana."
(Surah Al-Hadid 57 : 1)

cuba antum bayangkan,
segala apa yang ada di langit, dan segala apa yang ada bumi,
baik di dalam atau dipermukaannya,
semuanya bertasbih memuji Allah subhanallahu taála.
tidak kiralah, benda hidup ke, mati ke ,
lori, bas, kerengge, kucing yang kiut miut, hamster yang montel,
hatta laptop,mouse yang sedang antum gunakan sekarang ni pun,
keselurahannya membisik bertasbih memuji-Nya.
Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar!

cuba kita bersama-sama selami perasaan itu..

bertasbih ini seumpama air,yang di dalamnya ada ketam
dan di permukaan air itulah nilai tasbih kita.
analogi ini bermaksud, kita melihat sesuatu ciptaan Allah (e.g Ketam.hehe nak makan masakan mak!)
dan kagum dengan ciptaan-Nya, maka kita bertasbih
memuji-Nya melebihi ketam tadi dan segala apa yang terkandung di dalamnya,
kerana kita meletakkan pujian kita bukan pada ketam itu,
tapi di tingkat yang teratas,
Yakni memuji si Maha Pencipta!
Subhanallah Maha Suci Engkau ya Allah,Pencipta sekalian A'lam!
Tiada sekutu bagi-Mu,Ya Allah..

:: Ramai yang melihat mahakarya cipta,tapi sering melupakan Maha Pencipta ::

Jadi, apa kaitannya dengan temasya pesta yang mula-mula aku cakap tadi?
Inilah Temasyanya.
Inilah Pestanya duhai sahabatku.
Pesta Temasya memuji Ilahi.*wink wink* =)


"Bang Fath yang comel, abes tu, pesta-pesta macam JomHeboh tu,
pesta Konvo yang penuh dengan kejahiliyyahan tu macammana?ada beza,kah dengan
'pesta' kita ni?"




Oklah, aku bagi contohlah.
Contohlah kan, JomHeboh sedang berlangsung.
Pulak tu tengah ada konsert, memang haruk pikuk la.
dengan manusianya yang tidak balut tutup aurat,
bercouple berpimpinan tangan,
ada yang mengambil minuman yang mengkhayalkan.
Tengah syok-syok dalam keadaan 'maksiat',
tiba-tiba datangnya seorang hamba Allah,
berjubah putih,berserban,berjanggut,memegang tasbih,
dan di tengah manusia yang ramai tu,
si dia bertasbih,bertasbih dan bertasbih memuji Allah tanpa
menghiraukan pandangan manusia lainnya.



Antum rasa apa pandangan manusia yang lain yang sedang berseronok duaronok beronok-ronok
kepada si hamba Allah tadi?

"Mestilah dipandang pelik,iyelah mana taknya,orang tengah berseronok,dia berzikir."

"Janggal kot.dan zalim,dia tidak meletakkan sesuatu ditempatnya.nak zikir-zikir pun,zikirlah
dekat masjid.haduyaii~"
hehe banyaklah kau

ehh adik-adik abang sayang..
bukan macamtu tau..
islam itu tidak pernah dibatasi tempat dan waktu..
sepatutnya mereka yang sedang asyik dalam kemungkaran
itulah yang patut dipandang Janggal,ganjal dan ginjal!

"ehh,kenapa pulak abang?kan dorang dalam pesta yang betul?"

'mungkin',tapi antum tahu tak sebenarnya
ada temasya yang BESAR,LEBIH BESAR daripada JomHeboh tadi
yang sedang berlangsung. Tahu?
Pesta JomHeboh hanyalah subset kepada
satu 'pesta' yang merangkumi segenap ruang penjuru dunia,
hatta yang dilangit pun sama.
Mereka seluruh alam bersama-sama bergembira dan berkasih sayang.
Jika nak dibandingkan bilangan yang hadir dalam pesta JomHeboh
dan 'Pesta' ini,jauh sangat kecil.
Tahu tak Temasya apa yang abang cuba maksudkan ini?

Itulah 'Temasya Ilahi'.
mereka si pemaksiatlah yang janggal kerana melakukan kemungkaran
di dalam pesta kita ini.
pesta di dalam 'Pesta'.
merekalah yang sepatutnya malu akan diri mereka sendiri.
Jadi sayangku sekalian,
kenapa kita perlu merasa pelik,janggal dan malu bila kita jadi 'islam' dan
mengamalkan keseluruhannya 'kandungannya'?


 "Dia memasukkan malam ke dalam siang dan memasukkan siang ke dalam malam. Dan Dia
Maha Mengetahui isi hati kamu."
(Surah al-Hadid 57 : 6)



"Belum tibakah waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk secara khusyuk
mengingati Allah dan mematuhi kebenaran yang telah diwahyukan(kepada mereka) dan
janganlah mereka (berlaku) seperti orang-orang yang telah menerima kitab sebelum itu,
kemudian mereka melalui masa yang panjang sehingga hati mereka menjadi keras.
Dan banyak di antara mereka menjadi orang yang fasik."
(Surah al-Hadid 57 : 16)


Allah Maha Mengetahui apa dalam hati kita.
buat sahaja,kan.*wink wink* hee
andai kita dikeji,dikutuk,dihina kerana cuba
mempraktikkan islam kita,
ketahuilah,
bahawa seluruh alam bersama-sama kita,
apatah lagi Allah,yang sentiasa ada buat hamba-Nya yang tercinta.
Tatkala mereka berkata,

"Eh,pesal kau pakai tudung labuh haa?tak panas ke?tak trendy langsung.
you are so last year.so pleistocene."

"ehh pakcik,kau tu pergi surau solat berjemaah,da'wah sana-sini.eleh,kau ingat diri kau
tu baik la sangat?oh pliezz." dan etc.

janganlah engkau jatuh,
janganlah engkau kecewa,
kerana sesungguhnya Allah melihatmu dengan pandangan penuh
kasih sayang.
Sedangkan mereka 'berbahagia' di dalam murka Allah.

Jalannya sudah terbentang buat kita,sahabatku sekalian.
Tinggal kita sahaja yang perlu mengeluarkan sedikit
tenaga untuk mengorak langkah melaluinya.
mudah-mudahan,Allah senantiasa thabatkan kita
dalam jalan ini,
dan mudah-mudahan kita dijauhkan
daripada jalan yang cikai,jalan murahan,jalan yang busuk.
yakni jalan orang-orang yang fasik..
Nauzubillahiminzalik.

"Setiap kali matahari terbenam, maka aku akan merasa menyesal kerana umurku
semakin berkurangan, sedangkan amalanku tidak bertambah."
(Ibnu Mas'ud)

.wallahua'lam.
:: Ketika seisi Langit & Bumi bertasbih ::



p/s: Study week.ngee.hehe.doakan kami di sini ya.Final Exam.maan najah buat semua.huhuhu~ <3


Monday, December 19, 2011

Lelaki(Rijal) ini

Kasih, kenanganku
Ingatkah saat-saat dulu
Kasih, apakah diri-Mu,
Merasakan semua itu..
Ke mana pun langkahku pergi
Ku masih melihat bayang-Mu cintaku
Dan ke mana pun arah angin berlari
Hati ini masih Kau miliki..
Rijal ini yang selalu mencintai-Mu,
Selalu, tanpa ragu
Rijal ini yang selalu memuja,
Hanya diri-MuYang bertakhta dalam sanubariku
Sanubariku 
Aku yang mencintakan-Mu,Hanya diri-Mu..
Karena cintaku,
Tak terbatas waktu
Karena cintaku,
Tak mengenal jenuh Kasih Sayang-Mu
Rahmat Mahabbah Cinta-Mu..




Assalamua'laikum, dan Salam penuh kecintaan,
dikala nafas masih kupunya,
akan sedaya upayaku
menyampaikan bait-bait indah
buatmu saudaraku
saudara-saudara seiman yang amat kucintaian
agar kita bersama-sama peroleh suatu perasaan
yakni keni'matan dalam jalan da'wah ini.


Wahai rijal,
bangkitlah daripada selimut yang membelenggukanmu,
bangkitlah dan siap-siapkanlah dirimu,
susun kemas segala kelengkapanmu,
kerana kita
akan kembali mendayung bahtera.
Bahtera penyelamat yang sudah lama tersadai ditolak
arus ombak duniawi.

Wahai rijal,
Bangkitlah.
Bangkitlah dengan jiwa-jiwa yang baru.
Bangkitlah dengan jiwa-jiwa yang merdeka,
merdeka daripada jajahan nafsu dan syahwat.
kerana jajahan itu bisa melenyapkan kecintaan dikau
di atas Jalan ini.

Kecintaanmu dan kerinduanmu wahai rijal,
Bukanlah kerana pangkat,
bukan jua kemewahan dunia,
tapi kecintaanmu untuk
terkorban fisabilillah!
tak termampu untukku gambarkan dengan bait kata-kata,
namun,
Manisnya berkorban berjuang di Jalan Allah,
telah mengaburi mata-mata para golongan 
yang terdahulu akan kehendak dunia..
Biarpun ditawarkan pelbagai,
Hati mereka tetap.
tetap.
dan tetap thabat atas cinta Agung-Nya.
"Sesungguhnya aku telah menimbang apa yang kekal dengan apa yang fana',
Demi Allah,
sesuatu yang kekal tidak dapat ditandingi oleh sesuatu yang fana'."
(Abdulllah bin al-Mubarak)

Wahai rijal,
Ayuh bersama menolak kembali bahtera
ke dalam lautan manusia.
Ayuh putuskan sauh agar tiada lagi
tempat berhenti bagi kita dalam menyusuri Jalan ini,
terus,terus dan menerus sehingga ke Destinasi Cinta yang amat dirindui,
ketahuilah duhai rijal,
sesungguhnya manusia-manusia amat membuntuhkan seruanmu,
karena lemas dek dunia tanpa agama,
Hulurkanlah tali keimanan,
agar mereka mencapainya dan bersama kita
di atas Bahtera yang dinaungi lembayung al-Qurán.

Wahai sayangku rijal-rijal sekalian,
Jalan yang dilalui ini amat jauh dan panjang,
biarpun segala taufan mehnah dan tribulasi menerpa,
berdoalah agar Allah mengekalkanmu dan 
masih memilih kita di atas Jalan Mulia ini.
Jalan ini tidak menjanjikan senang lenang bagimu di dunia,
jalan ini tidak dihamparkan permaidani untukmu selesa,
jalan ini tidak ditaburi dengan kuntum-kuntuman bunga daripada manusia,
karena itulah sifat Jalan ini,ia menuntut pengorbanan.
masakan Syurga yang mahal bisa dibeli dengan harga yang murah,kan?
Janganlah ragu jangan sangsi,
percayalah segala pengorbananmu,juangmu,luka deritamu
dilihat oleh Pencinta Agung dengan pandangan yang Mulia..


"Dan bahawa sesungguhnya inilah jalan-Ku (agama Islam) yang betul lurus,
maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menuruti
jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) 
mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, Dengan yang demikian itulah Allah
perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa."
(Surah Al-An'am 6 : 153)

Jalan ini,
bukannya jalan dongengan,
bukanlah jalan ''Fairy tale",
Ini bukanlah jalan kuno,
bukanlah jua jalan ketinggalan zaman,
tapi inilah Jalan yang Terbaik,
Biarpun segala konspirator membisik busuk di telingamu,
namun yakinlah,
inilah Jalannya,dan inilah Manhajnya.
Yang bisa menjadi "karpet merah" buatmu bertemu-Nya yang Esa.


Wahai rijal,
ayuh bersama berpimpin tangan seluruh dunia,
kita satukan hati,satukan jiwa,satukan fikrah.
agar seluruh ummat bersama merasai penuh ni'mat,
dan seiringan menuju Firdausi.
InshaALLAH.


:: In the name of Allah we'll go forward ::



p/s: maaf andai lagu background ni sgt annoying dan mengganggu.tapi inilah aku.
hehe faham,kan by the term "aku"?hehe jiwangss.
tapi jiwangss ku kerna sudah jatuh cinta pada Allah.huuuu~


kencang sikit!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...