Metamorfosis kebaikan

Sunday, June 17, 2012

Aku merinduimu



Ibu ayah tercinta

Aku Merinduimu

Album : Album Mini Motivasi Devotees
Munsyid : Devotees
http://liriknasyid.com


Tidak dapat kugambarkan
Rindu yang lahir dari hati ini
hanya yang mampu tuk kulafazkan
Aku Merinduimu

Terasa amat jauh diri ini
Kerna kau tiada disisi
Bergenang air mataku
bila terkenangkan wajahmu

Ayah ibu
Dari jauh kupohon restu
Doamu titian kejayaanku
Nasihat darimu kuingat selalu
Tersemat di kalbu

Oh Tuhan
Berkatilah ku dalam mencari ilmu
Dengan RedhaMu
Moga kujejaki tempat yang dituju

rindu.homesick.

Counting days.
uhh,sebulan lagi.
.
.
tapi aku percaya,hari-hari yang akan berlalu,
pasti ianya akan terasa pantas.

lagi sebulan,
tapi jiwa terasa seperti tidak mahu pulang.
melihat wajah adik-adik yang suci bersih,
menanti untuk dicorakkan mengikut acuan adunan islam.
adik-adik,
comel-comel belaka,
bermacam ragam,
bermacam karakter.

lagi sebulan,
emak selalu kol ayah selalu risau,
inshaALLAH mak ayah,abang kat sini okay-okay je :D
janganlah risau sangat.

abang sedang belajar mengenal erti tarbiyyah.
tidak mahu jadi ahli ibadah yang bermain-main.
akhirnya abang faham kenapa Ustaz Dr. Abdullah Qadiri Al Ahdal berkata;
"Inna al-Akh ash-shadiq la budda an-yakuuna murabbiyan".
Pengorbanan,kesusahan,bertawakkal,
menjelmakan diri lebih tinggi daripada sekadar teoritikal.
Allahuakbar.
masa,tenaga,duit,perasaan.
itulah yang sekadar termampu untuk dijual belikan,
dengan harapan dapat membeli syurga tertinggi,
syurga Firdaus yang abadi.
walaupun seandainya meletakkan semua pengorbanan tu
untuk ditimbang tara dengan harga sebuah syurga,
malu untukku menyatakan,
sesekali tidak pernah akan sama nilaiannya,
hatta bayaran pinjaman sepasang mata ini pun sudah tidak mampu.

terharu sangat bila mendengar kata-kata adik,
"abang,jagalah ana di sini,tarbiyyah ana,ana
risau hidup di sini bang."
air mata terasa hendak berguguran.ditahannya,risau
jatuh ke'macho'an.
melihat matanya,
sinaran harapan suci memanah hati.

"abang,saya tidak reti tajwid,baca pun masih merangkak-rangkak,
harap abang dapat bimbing saya."
allahuakbar.
abang juga masih belajar,
kita sama-sama ber'tahsin'kan bacaan masing-masing ye.

semoga Allah permudahkan jalan ini.
abang cinta kalian semua,
semoga berkekalan dan berjiran di syurga kelak.

Indahnya,subhanallah.

aku sendiri akui,aku kenal islam bukan di sekolah,
biarpun bersekolah agama,
tapi aku kenal islam melalui tarbiyyah.

lagi sebulan,
harap masa dapat dimanfaatkan!

p/s:last paper! Biochem yang best! huahua.20/6.


Monday, May 21, 2012

Tahniah!

Alhamdulillah! tahniah tahniah tahniah!
mabruk a'laika Fadhli Husaini Bin Rosmidi!
my beloved dongsaeng!
alhamdulillah dapat tawaran tajaan MARA ke Mesir dalam kos Dentist.
alhamdulillah.semoga Allah permudahkan :)




p/s: abg yang nak ke mesir,kamu yang dapat.tak mengapa. semoga tercapailah cita-cita mak ayah untuk dapat seorang doktor dalam family. hehehe. abang dah otw jadi doktor binatang, akak pula minat math.heh,inshaALLAH.cantik dah tu perancangan Allah :)


Friday, May 11, 2012

mamamamamamamamamamamamamamamama


Mak,
Selamat hari lahir!
Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeqi.
agak jeles bila ayah kol cakap nak buat surprise utk mak,
sedangkn abg ada kat sini,bumi kenyalang.uhuk3.
xpelah.hehe rindu kat mak ayah adik2 kucing2.
harap semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.
doakan anakmu di sini :)

esok ada mukhayyam adik2,yeay!
lepas tu,DVD,yeay!
lepas tu ESE,yeay!
lepas tu,adik2 3rd batch,yeay!
lepas tu,final.yeay!
Alhamdulillah.
sesungguhnya Allah xkan bagi orang tu pikul "buku campbell" yg berapa KG ntah
banyak-banyak melainkan memang dia mampu,kan?
lagipun,aku tak berkeseorangan :)
aku ada Allah.
aku ada mak ayah,
aku ada ukhuwwah.
inshaALLAH,
yeay balik akhir bulan 7! hehe.alhamdulillah mak ayah xkesah.

p/s: aku xde mood utk menulis.banyak yang terbantut menjadi sekadar memenuhi list
draft.entah tidak tahu mengapa.aku ini sering sahaja difitnah pelbagai.
biarlah.ada sempang ke xde sempang,aku tetap boleh baca.

Saturday, April 21, 2012

Rasa Hati&Cinta

Assalamua'laikum dan Salam kerinduan,

*****

Faiz menekan-nekan dadanya,
seakan-akan dadanya rasa sempit.
Jantungnya berdegup kencang,
terasa seperti ada sesuatu yang tidak kena,
namun pengetahuannya yang terbatas tidak mampu
menyingkap ketentuan Allah yang sedang berlangsung.

Perlahan.

Satu persatu langkahnya disusun.

Tangannya mencapai segelas air.
belum sempat hendak diteguk,
Gelas kaca itu terlepas daripada genggamannya
dan terhempas ke lantai.

"Keplaangg!"



jatuh berderailah gelas kaca itu.
Dadanya semakin berdegup kencang,
masih tertanya-tanya dibenak hati Faiz,
"biasanya aku tidak begini,kenapa perasaan aku lain macam je hari ini?"

Tiba-tiba Faiz teringat akan famili terdekatnya,
"ataupun ada sesuatu bencana yang menimpa orang yang
aku cintai dan sayangi?"

cepat-cepat Faiz kemaskan serpihan-serpihan kaca,dek
risau ada yang terpijaknya,luka!

Faiz berlari anak ke ruang tamu,
menjenguk-jenguk keadaan familinya.
Alhamdulillah, semuanya sihat.

Namun kenapa dadanya masih tidak berhenti-henti kerisauan?

"013#######" Jarinya pantas menari di atas GalaxyNote miliknya.

"Hello,Assalamua'laikum sayang. Sayang apa khabar?" tanya Faiz,tergesa-gesa.

"Waa'laikummussalam, eh bukan ke awak baru text saya ke tadi." Jawab isterinya,Suhaila.
Isterinya belajar di perantauan,jadi cuma setiap kali cuti baru mereka bisa bertemu.

"saya sihat je laa awak. kenapa ye awak?" tanya Suhaila pula.

"erm, alhamdulillah. tapi betul ni awak tidak apa-apa?" Masih lagi tertanya-tanya akan
kerisauan hatinya. Pada masa yang sama,Faiz meneliti betul-betul suara isterinya.
Kedengaran bicaranya seperti diselangi dengan selsema dan batuk-batuk.

"awak ni,kan saya dah bagitahu awak tadi,inshaALLAH saya sihat-sihat je. Abang janganlah
risau ye. InshaALLAH saya boleh jaga diri saya sendiri." jawab Suhaila, cuba menenangkan
hati suami tercintanya.

"awak.. awak takboleh tipu saya. Saya tahu awak tak sihat,kan? Hati saya
rasa ada yang kena je sejak pagi tadi." bicara Faiz. Siapalah yang tak
sayang isteri sendiri,kan?

"erm, abang. actually saya tak sihat. hee. demam muntah-muntah dua tiga hari ni."
Suhaila sudah tidak dapat menyimpan rahsia lagi.

"kenapa awak tak beritahu saya? saya kan suami awak.."
bicara Faiz.

"Saya taknak awak risau. Saya taknak oleh kerana saya, awak tak dapat
menjalankan kerja seharian dengan baik, saya taknak kerana saya,
awak tidak dapat tidur lena kerana kerisauan, saya taknak kerana
saya, air mata awak jatuh bercucuran. Saya taknak kerana saya,
awak tidak dapat berdiam diri,barangkali mungkin awak akan tempah
flight ke sini untuk menjaga saya." jelas Suhaila.

"Saya sanggup! Sebab saya CINTA pada awak,Suhaila.
Demi KASIH SAYANG ini saya sanggup berkorban!" terjawab sudah kenapa
hatinya tidak tenang.

*****

Tautan hati

Cinta itu hebat.
Cinta itu indah.
Cinta itu agung.

sehinggakan mereka yang benar-benar ikhlas mencintai
akan merasai ikatan hati.
tautan hati (takliful qulub)
Apabila si dia menghadapi kesusahan,
si pencinta akan merasakan sesuatu pada hatinya.
dia tahu bahawa si dicinta itu sedang menghadapi kesulitan.
seumpama mereka berkongsi pada satu hati yang sama.
bila gembira, hati ini jadi senang.
bila sedih, hati ini mulalah gundah gulana.

Cintakah kita kepada mereka?

Lihat kiri,
lihat kanan,
lihatlah sekitarmu.
Lihatlah betapa tenatnya keadaan manusia seummatmu.

tidakkah kita merasakan apa-apa?

"Rasa apa ni?"

"Rasa risau dan khuatir kepada mereka."

"eh perlukah? takde kaitan dengan aku pun."

"Maka siapakah lebih zalim daripada orang yang menyembunyikan
kesaksiannya di hadapan Allah?"
-Gulp-

Ramai lagi manusia di luar sana tidak mengerti akan hakikat
iman dan islam yang mereka anuti.
Mereka seolah-olah terlena,
seumpama mereka sedang tidur di dalam sebuah rumah yang sedang terbakar.

tidak ada sesiapakah ingin mengejutkan mereka?

Sedangkan kita yang sedar malah celik ini,
hanya berpeluk tubuh melihat mereka dibaham api?

kami menanti sentuhan anda semuaaa :'(


adakah kita lupa, seandainya ada seseorang yang berada dihujung dunia
meninggal dunia tanpa mengetahui Islam,
lalu kita akan dipersoalkan?

Allahuakbar.

Sepatutnya kita,
dalam diri setiap benak insan muslim,
apatah lagi sebagai Daie,
punyai rasa hati('Atifah) pada setiap masyarakat.

Dan rasa hati,risau dan khuatir
itu tidak akan lahir melainkan
kita cinta kepada mereka.

Kerana cinta, manusia sanggup berkorban dan terkorban.
Kerana cinta, manusia sanggup menyerahkan segala-galanya.
Kerana cinta, segalanya pahit ditempuh menjadi manis.
Kerana cinta, duka terawat dan damailah jiwa.
Kerana cinta, terpadamlah segala api permusuhan.
Kerana cinta, maka wujudlah saf barisan yang berani syahid untuk redha Allah!

Subhanallah,
Agungnya cinta.
betapa cintanya kita kepada mereka kerana Allah sehinggakan
kepentingan mereka jauh lebih besar daripada kepentingan diri kita sendiri.

Sebagai contoh yang dekat, lihatlah Tok Janggut.
Biarpun beliau bukan IM,
tapi kenapa beliau sanggup untuk berkorban nyawa
untuk mempertahankan bangsa dan agama?
Kerana didorong oleh rasa hati yang kuat,
kecintaannya yang tinggi,
biarpun beliau tahu akan risikonya bahawa beliau akan terkorban,
beliau tetap dengan perjuangannya.
kerna apa?
itulah Cinta.

Cinta vs X-Cinta

Ianya ada perbezaan antara punyai rasa cinta,punyai rasa hati dengan
mereka yang langsung tiada.

Mereka yang tertanam subur di hati mereka perasaan
cinta dan kasih sayang kepada ummah,
sehingga menyebabkan mata ini tidak dapat tidur lena.
Rasa hati yang menyebabkan air mata ini sentiasa jatuh bercucuran..
Rasa terlalu sukar untuk sekadar melihat nasib yang menimpa
masyarakat kita kemudiannya kita hanya berpeluk tubuh menerima
segala penghinaan ini, atau redha dengan segala kehinaan ini,
atau sekadar mendiamkan diri.

"Seorang pencinta bukanlah orang yang mengharapkan imbalan
dari orang yang dicintainya, atau menuntut sesuatu daripada
kekasihnya itu. Tapi sejatinya pencinta adalah orang yang bermurah hati
memberi pada kekasihnya, bukan malah memperoleh sesuatu darinya."
-Syaikh Ibn 'Atha'illah as-Sakandari-

Namun, bagi si tiada cinta di hatinya,
ada keperluankah bagi dia untuk
berpening-kepala-serabut memikirkan kepada
mereka yang tiada dicintainya?
tidak,kan?
itu bezanya.

Sehinggakan dibicarakan oleh Sheikh Juma'ah Amin,
bagaimana dorongan rasa hati itu melebihi segala-galanya.

Sewaktu berlakunya demonstrasi di Tahrir Square,
para akhwat diminta untuk meninggalkan tempat demonstrasi
dan balik ke tempat tinggal masing-masing,
kerana risau tindakan kejam daripada rejim Mubarak.





Seorang akhwat menelefon Sheikh Jumaáh,
[lebih kurang begini]
dan bertanya;

"Adakah semua ujian Allah apabila ia turun
buat rijal-rijal(lelaki) sahaja dan tidak kepada wanita?"




"tidak,kami berkasihan belas kepada antum. Dan apabila bala
Allah itu turun, sudah tentulah ia turun kepada lelaki dan wanita."

Maka ukhti ini menjawab;
"kalau begitu, kami tidak akan meninggalkan
medan ini walaupun kami hancur tubuh badan kami di sini."

Kita sayang mereka


Kita mahu semua bangsa faham bahawa
mereka lebih kita sayangi lebih daripada diri kita sendiri.

Bagaimana?

Sampaikan da'wah,
kerana itulah
bukti cinta kita kepada mereka!

Dari Abu Hamzah, Anas bin Malik radiallahuanhu,Pembantu Rasulullah s.a.w,
dari Rasulullah s.a.w,beliau bersabda,
"Tidak beriman salah seorang di antara kamu hingga dia mencintai
saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kita sayangi mereka bukan kerna bangsa,
bukan kerna warna kulit,
dan bukan jua kerna harta pangkat dunia,
tapi kita cintakan mereka untuk sama-sama beriman
dan berjiran di syurga kelak  =)

:: Sayangkan anak, tangan-tangankan,
 Sayangkan masyarakat, da'wah-da'wahkan ::





IncheNombor8,
Universiti Malaysia Sarawak.







p/s: Allahuakbar,minggu ni zero!jatuh mendadak! recharge! teruk sangat! argh!


Saturday, April 14, 2012

jawapan : forest gap.

Assalamua'laikum dan Salam kecintaan.

erm,since semua orang sudah mula bertanya.
orang yang tiada sangka pun menegur.
hatta menjadi topik perbualan hangit kelas.
akhirnya aku akan menulis.
kenapa dan mengapa.
indahnya ciptaan-Nya!

Tatkala Allah menjadikan alam
dengan pelbagai variasi,
dengan pelbagai aturan,
masing-masing mengikut sistem sunatullah yang ditetapkan Allah.
Sebagaimana matahari memancarkan sinarannya.
Planet bergerak di atas paksinya.
Awan yang berarak membawa gabungan zarah air
untuk dilepaskan,
memberi kesuburan kepada tanah,
lantas membina nutrisi untuk pencambahan biji benih,
dan akhirnya menjadi tumbuhan,
yang mana membekalkan makanan waima perlindungan kepada
yang memerlukan.
Subhanallah! Alangkah indahnya peraturan Allah!




                           "Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan pergantian malam
dan siang terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berakal."
(Surah 'Ali 'Imran 3 : 190)


"(yaitu) orang yang mengingati Allah sambil berdiri, duduk atau dalam keadaan
baring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi
(seraya berkata), "Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan semua ini 
dengan sia-sia; Maha Suci Engkau, lindungilah kami dari azab neraka."
(Surah 'Ali 'Imran 3 : 191)


"... Maka apakah kamu tidak mengambil pelajaran?"



Forest Gap




[kredit]

"Canopy gaps play an important role in the regeneration of forest by providing
habitat for regenerating seedlings and saplings in the forest floor."                                    (Hubbell & Foster 1986)


perlu mujadahah untuk 'bercambah'
[kredit]


Buah-buahan atau bunga-bunga yang sudah matang,
apabila tiba masanya akan menghasilkan bijih benih,
yang mana akan disebarkan samada melalui
angin,air,mekanisma letupan ataupun haiwan.

Bijih benih pula memerlukan certain condition untuk bercambah.
seperti keadaan yang lembab dan sinaran cahaya yang mencukupi.
namun,
sekitar hutan yang sangat padat,
pokok-pokok yang besar,
keadaan canopy yang sangat tebal,
membuatkan cahaya tidak dapat menembusi ke lantai hutan,
akhirnya menyebabkan biji benih dalam keadaan suppressed,ataupun dormant.
Bijih benih tidak dapat bercambah.

"In shaded understorey of forests, many suppressed seedlings and saplings wait
for many years for the appearance of canopy gap."                                               (Denslow & Guzman 2000)

jadi,
bagaimana?

"Forest regeneration processes frequently depend on the natural
disturbance regime."  (Whitmore 1984)

makanya perlulah diwujudkan gap ataupun jarak
bagi memastikan cahaya benar-benar sampai
kepada bijih benih untuk terus bercambah,
dan membentuk hutan yang dinamik


mereka yang 'matang' sahaja akan 'survive'.
[kredit]



Perlu matang.

Sampai bila hendak bermain-main?
dalam usrah pun menggunakan ad-hoc naqib untuk download.
Naqib kau dah berkorban,masa tenaga.
hatta sanggup tangguhkan PhD untuk membina jundullah
dalam diri kau,
tapi korang balas dengan apa?
Masa naqib kau tu masa ummah.
banyak lagi yang perlu akhi fikirkan dan ramai lagi perlu
sentuhannya.
penatlah dia if dia bersungguh-sungguh membentuk kau,
namun kau buat endah tak endah sahaja.

Daurah pun perlu tanya orang lain pergi ke tidak.
kau pergi daurah, bersama-sama dalam tarbiyyah kerana Allah,
atau kerana manusia?
perlu ke setiap kali ada program;
"Eh Fath pergi ke tak?"

if then,if Allah tarik nyawa aku.Bermaksud kau akan berhenti daripada da'wah?

Ambillah ibrah daripada sirah junjungan mulia.
Bilamana Rasulullah wafat,
berbondong-bondong manusia murtad.
Agama itu bukan untuk diikut pada figur,
tapi pada apa yang Allah telah wahyukan.
pada sistem Islam.
sampai bila nak ikut-ikut?

berkepentingan.
Wallahua'lam.
aku bukan bisa menilai hati-hati manusia.
namun aku dapat lihat,
semenjak awal lagi.
berkepentingan akan dunia.
[yet,aku sangat anti dengan orang-orang macamni.]
nauzubillah,moga-moga kita tidak tergolong dalam golongan sebegitu.

Murah sangat ke agama ini untuk kau jadikan
jual beli dengan pandangan manusia?
aku malas nak tulis perihal ini panjang-panjang,
just tepuk dada tanya iman.

Aku taknak kau terus dalam keadaan dormant.
aku taknak kau terlalu bergantung kepada aku,
sedangkan Allah lah selayaknya tempat bergantung harap.
Aku taknak fikrah kau masih berada dalam takuk yang lama.

Sebab itu aku membuat gap.

Dengan harapan dan doa,
agar kau akan sedar,
agar kau matang,
agar cahaya hidayah bisa menembusi  sehingga sampai ke hati.
bercambar subur memekarkan kuntuman-kuntuman ikhlas
Dan berdiri kukuh sesaf seiringan dengan jiwa-jiwa yang sedia
untuk berkorban di jalan Allah.
tiba masanya,
aku akan kembali.






p/s :  korang jangan buat macamni plak ye.in certain cases,yes.aku nak dia berdikari.

Wednesday, April 11, 2012

bayang-bayang futur

Assalamua'laikum dan Salam kerinduan.

aku rasa ingin futur,
.
.
.
.

Argh!
.
.
.
.

Daie juga manusia.
.
.
.
.
.

Aku ini, yang terasa seperti berada di hujung curam,
cuma selangkah,barangkali,
mungkin aku akan terjatuh menjunam.

Hati ini tidak bisa kukuh sentiasa,
adakalanya terumbang ambing.

aku risau,
tatkala pada masa ketidak-stabilan hati itulah,
ada insan-insan yang datang,
menolak.
lalu jatuh.
tercedera terluka.
sedangkan si penolak itulah,
orang yang amat kita harapkan daripada Allah,
agar bisa menghulurkan tangan
menggenggam erat,
menyelamatkan kita daripada terjatuh menjauh.

hati terluka dengan kata-kata,
biarpun lidah tiadanya tajam umpama pisau.


aku amat terkejut,
aku tiada sangka,
ikhwah yang benar-benar kita tsiqah,
yang benar-benar kita sayang,
rupa-rupanya mengata di belakang kita.
ohh begitu meragut habis cintaku padanya.

"eh ikhwah,kenapa Fath tak datang hari ni?"
"oh, Fath dia tak dapat datang, dia ada di rumah ikhwah lain."
"yeke?cuba enta buka facebook, dia ada update status tak?"
dengan nada sindiran.

Allahuakbar.
aku ini bukanlah seorang pembicara yang amat lancar kata-katanya,
aku jua bukanlah seorang penasyid yang menyanyikan lagu-lagu da'wah di program-program
dan di lihat kerjanya!
"Wah!"
aku ini jua bukanlah full fitness untuk berlari-lari berda'wah ke sana sini.
aku manusia,
masih perlu belajar,
aku jua punyai limitnya.
medan kita juga berbeza.
tapi aku tidak kesah,
kerana jalan ini untuk Allah,kan?
cuma kadang-kadang,
sikap para daie itu sendiri,
mencalit arang pada keindahan Islam itu sendiri.

Aku amat terkejut,
dalam kesusahan seorang ikhwah,
tiba-tiba ikhwah yang lain berkata amat kotor kepadanya.
ah! sekali lagi menarik tsiqahku padanya.
aku berdiam.

Aku berdiam sekali lagi apabila terdengar carutan daripada seorang ikhwah.
.
.
.
.
.
.
.

jap,kan daie itu jua manusia?
even Murabbi juga,kan?

-kesan yang long lasting- 


kadang-kadang Murabbi ada jua salah silapnya.
namun dalam teguran kepada mutarabbi itu,
bukanlah selalunya dalam nada sindiran.
atau lebih kasarnya, "Menganjing".
tak kiralah betapa qowiyynya mutarabbi,
betapa mantapnya mutarabbi,
aku melihat,
ianya bukan suatu cara yang baik.
iya,boleh,namun kadang-kadang.
bukan setiapkali berjumpa dan sindir.
sebab kita tidak dapat melihat disebalik hati mereka,
mungkin mereka menghadapi masalah keluarga,
pelajaran,duit,kemalangan,masalah hati.
tetapi bila hadirnya ke suatu majlis atau perjumpaan,
disindir tahap super saiya memalukan hadapan ikhwah-ikhwah yang lain.
bagaimana tidak berlakunya futur
ke tahap sehinggakan sebahagian ikhwah cuba untuk melarikan diri
serta mengasingkan diri daripada bersama-sama ikhwah?

"taknak lah datang, ada ikhwah itu. Nanti aku kena lagi." bermain-main dalam benak hati si dihina.

aku ada seorang ikhwah,
ya Allah betapa sayangnya aku padanya.
risau sampai sekarang la ni haa kenapa tak 'balik-balik' lagi ni.

baru aku faham perasaannya.

"ehh A,jom kita keluar jalan-jalan jom." aku mengajak A,dengan tujuan untuk bermuayasyah
dengannya.
"Jom jom.eh siapa pergi lagi Fath?" tanya si A.
"alaa,budak-budak biasa,si B,C dan D." kataku.
"ohh jom-jom.aku pun nak keluar jugak ni beli barang." jawabnya sambil bersiap-siap
untuk mandi.

seketika itu,pabila semuanya sudah siap,kami pun turun ke café.

"eh A,si E pun nak ikut jugaklah."kataku pada si A.raut mukanya cepat-cepat berubah.
"..... erm,oh tak mengapalah Fath.aku ada janjilah dengan kawan-kawan aku nak main bowling
kat BHEP." jawab si A.

sedangkan aku tahu,itu cumalah tipu.
baru aku faham sekarang kenapa dia berbuat demikian.
baru aku faham kenapa bila certain ikhwah contact dia,dia tidak balas.
baru aku faham kenapa dia memang cuba untuk menjauh.
walaupun dia mengetahui,inilah jalan hakikat,
jalan untuk mencari redha Allah.
namun,barangkali atas sifat daie itu sendiri,
even yang qowiyy pun berubah.
jadi,salah siapa?
tepuk dada tanya iman,tanya hati.

Sedangkan da'wah Rasulullah itu menyentuh hati,
bukannya menyakitkan hati.

suatu hari,ada lagi seorang teman rapat,once memang komit dalam usrah,
tapi menjauh.
aku ajaklah dia bermuayasyah untuk duduk makan bersama.
baru tanya beberapa soalan,
ada seorang ikhwah mencelah,
menyindir dengan sindiran yang kukira,
amat menyakitkan hati.
aku menjeling keras pada ikhwah tersebut namun terus berterusan menyindir.
muka si ikhwah yang dahulunya komit yang ceria tadi hilang begitu sahaja,
cepat-cepat dia bangun,dan berlalu.

aku bangun,ajak ikhwah yang lain,beredar.
ikhwah yang lain tidak sedar,namun aku melihat.
kami tinggalkan si ikhwah yang menyindir itu makan seorang diri.

teguran menyindir itu,tidak selalunya membangkit perubahan.

kerana mutarabbi jua manusia!
punyai perasaan.
punyai jiwa.
punyai masalah.
bagaimana mutarabbi hendak lembut hati menerima teguran
seandainya teguran diberikan seperti itu?
mengubah manusia bukannya sekelip mata je macam tu!
KESABARAN.
ianya perlukan masa...
STEP BY STEP.

putusnya bukan mudah untuk diikat kembali


if seandainya,teguran itu menyebabkan seseorang itu makin jauh daripada
Islam,apa guna?
sehinggakan assebab teguran itu memutuskan tali silaturrahim?
bukankah tujuan teguran itu hendak membawa manusia kembali
dekat kepada Allah?
membina tali ukhuwwah?
namun sebaliknya yang berlaku.
teguran yang diberikan,
adalah kerana kita sayang kepadanya,
bukan kerana benci dengan muka masam,mengherdik,
menyindir dan menyakitkan hati.

jap,kita dah cukup sempurna sangatkah untuk mengutuk orang lain?
kita memang dah kompem akan tsabat atas jalan berliku-liku ini kah?
tak,kan?
mendapatkan redha Allah bukannya senang.

jadi apa yang perlu kita buat?
Daie itu manusia,kan?
jadi kita berlapang dada sahajalah.
bersangka baiklah dan saling bermaafan.
if perlu berjauhan juga,
berjauhan tidak bermakna kita makin menghampiri jahili,
tapi banyak-banyakkan bermuhasabah diri.
inshaALLAH. :)
tsiqah lah pada agama,pada yang diturunkan-Nya,
bukan pada manusia yang menyampaikannya.
kerna khuatir kelak bila berlaku hal yang tidak 'diingini',
kau akan menjauh dari Islam kerana tersilapnya tsiqah pada yang tidak sempurna.
wallahua'lam.


:: Tepuk dada, tanya iman ::


p/s: maaf,post ini tiada kaitan dengan yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia.
cuma aku tergerak untuk menulis,
kerana aku melihat,
dan merasainya.
-futur dibayangi tindakan daie sendiri.maksud kepada tajuk di atas-

Jadilah seperti matahari,

berbanding membakar dengan kepanasan,matahari memilih memberi petunjuk dengan cahayanya,sungguh manusia perlu memahami manusia,dan menyentuh jiwa-jiwa,bukan menghalang pengharapan kepada Rabbnya.Matahari menjadi petunjuk buat pengembara.Manusia memerlukan contoh menuju Tuhannya.Siapakah yang benar-benar memahami,apakah tanggungjawabnya sebagai hamba?
-Hilal Asyraf,Novel Matahari-


buku pinjam -_-"

Saturday, March 31, 2012

"Alien" yang hot

Assalamua'laikum dan Salam ukhuwwah teras kegemilangan,

Alien

pasti setiap daripada kita,
tatkala melihat perkataan ini,
akan menggambarkan satu susuk tubuh,
yang mana mungkin wajahnya lain daripada yang lain,
huduh, tidak sama seperti manusia.
struktur badannya yang pelik.
juga bahasa yang ia akan gunakan, adalah bahasa yang
tidak pernah didengari.
begitu juga dengan kenderaannya, UFO.
yes,itulah Alien.

E.T.nothing much to say
Oleh kerana kepelikkannya,
manusia takut,
malah menjauhkan diri,barangkali pabila bertemunya.

Namun,
berbeza sepenuhnya seratus peratus apabila
Nur Islam mula menyinari bumi tandus Makkah.
Pelik,ye memang pelik lagi jelek.
Bilamana manusia yang ada pada masa itu,
mereka bergelumang dengan aktivisma jahiliyyah,
membunuh anak-anak kerana risau akan kepapaan,
mengamalkan riba' untuk mengaut keuntungan lebih,
Seks bermaharaja lela,
berjudi, hatta bertaruh akan nyawa ibu dan kandungan,
[untuk mengetahui jantina bayi,mereka membunuh ibunya]
saling bergaduh.
minum arak,
tapi ada segelintir manusia,
tiada tercalit diamalan mereka
setitik pun zarah noda hitam.

PELIK,KAN?

Pelik pelik mereka pun, manusia tidak pun menjauhkan diri daripada mereka.
biarpun mereka terisolasi daripada kehidupan jahiliyyah sekeliling,
diri mereka tetap didekati,didampingi, malah 
meletakkan seratus peratus kepercayaan kepada mereka.
Lihatlah Rasulullah,
Ke"pelik"kan baginda tidak menjadikan manusia lari daripadanya.
Malah Rasulullah menjadi penyelesai dalam permasalahan,
Rasulullah juga begitu amanah menjaga harta,biarpun yang meminta bantuan Rasulullah
itu, dirinya sangat membenci rasulullah.
itulah "power"nya Nur Iman dan Islam,
memancarkan cahaya keikhlasan
sehingga cair,
cair seumpama ais tatkala hati memandangnya.
*tidak terbayang hati bila melihat senyuman Rasulullah.subhanallah.Rindu*

Tapi kenapa,
mereka yang memperjuangkan agama di masa ini,
pelik?ye mereka memang pelik.
tapi kenapa mereka dijauhi manusia?
mereka membaca al-Qurán yang sama yang diturunkan
pada zaman Rasulullah,
namun kenapa seruan mereka,
tiada sama nilaian dengan seruan mereka golongan yang sebelumnya?
eh,kan sama? ayat al-Qurán mana pernah berubah!
ye,tapi yang berbezanya adalah hati-hati yang menyampaikannya!

Fasadil ibtida'

Bagaimana untuk mencorak hati manusia mengikut "lukisan" Allah,
sedangkan si pelukis itu sendiri tidak mengikut "tema" yang dikehendaki?
Bagaimana hendak menjadi Generasi Al-Qurán yang Unik,
sedangkan agamamu di"jual beli" dengan harga yang murah?

Fasadil Ibtida', kerosakkan yang berlaku dipermulaannya.
Niat awal kita.
ketelusan jiwa kita!

adakah ianya kerna Allah,
jika ya, alhamdulillah.
ayuh mengorak langkah bersama di atas jalan 'ubuddiyyah ini.
jika tidak, bermuhasabah lah.
[aku juga begitu.Allahuakbar]
Kerana ianya akan memberi kesan kepada seluruh amalmu.


Peliharalah hatimu duhai teman
[kredit]
Lihatlah sendiri sekelilingmu,
bermacam muka masyarakat akan engkau lihat.

ada yang pom pam pom pam berkata mengenai agama,
tanpa sedar rupanya dia hanya cakap kosong.
kata-katanya tidak menggambarkan
apa yang ada pada hatinya,amalannya.
Seumpama tin kosong,bila diketuk,kuat bunyinya,
namun hakikatnya kosong.
tetap kosong.

ada yang sudaahhh lama beramal ibadat,
namun kerana fondasi yang dibinanya
pada peringkat awalnya telah rongak rosak,
maka akhirnya,
sedikit sahaja mehnah ujian,
dirinya runtuh tergupur tiada berbangkit.

ada yang langsung tiada berbuat apa,
tiada kerja da'wah dan tarbiyyah,
kau akan lihat, mereka tiadanya beza dengan haiwan ternakan.
makan,tidur dan bergembira.
makan,tidur dan bergembira.
makan,tidur dan bergembira.
itu sahaja.
tiada apa yang ingin dimanfaatkan buat ummah.

Niat awalmu penting..
jadi peliharalah.
kerana

::MUSTAHIL ADA 2 HATI DALAM 1 BADAN::

kerana niat yang ikhlas akan melahirkan amalan yang ikhlas :)

Siapa mereka yang beruntung?

adik aku sukalah kereta macamni. [kredit]

tatkala Porsche SuperCar  melintasi,
mata kita pasti tertarik,
malah menunggu-nunggu untuk melihat siapakah gerangan
si pemandu yang bakal keluar.
hati kita terdetik; "Untungnya dia, kaya ada Porsche. Anak jutawan kot"

Bila terlihat sebuah rumah yang besar,
dihiasi pelbagai hiasan mewah,
dengan taman di hadapannya,
kolam renang ditepinya,
hati kita pasti terdetik; "Wah! untungnyaa dia!"

adakah itu sebenar-benarnya keuntungan?

kerana manusia itu diciptakan akan diuji.

orang kaya,orang cantik,orang berpangkat pasti akan diuji.

beruntunglah mereka seandainya mereka
dapat menghadapi ujian dunia dengan 
cool,
kerana dihati mereka,
mereka yakin bahawa dunia cumalah sementara,
ni'mat yang abadi tersedia menunggu mereka,
seandainya mereka benar-benar bertaqwa.

Jom jadi Alien yang kiut-miut,chumel dan hot.
hati didoktorinkan dengan ayat-ayat al-Qurán.
moga ghayah Allah sebagai matlamat akan kita genggam,
hingga ke akhir hayat.

wallahua'lam.


Enciknombor8,
Universiti Malaysia Sarawak.


exam.yeay!

p/s: Allahuakbar!aaaaa bizinyah!
tiba-tiba tidak-semena-tiada kaitan,
kena lantik jadi ketua kontinjen untuk sukarelawan MASUM,
[sukarelawan je,tapii.. amanah+dahlah kena incharge mukhayyam "adik-adik"+
daurah+exam!+report biochem+report Gg.Gading+report PBL]
Alhamdulillah Inche Murabbi GalaxyNote tak marah

"Enta ni Fath,macam-macamlahhh"

curi masa.hehe
hehehe.
Allah uji ana akhi.
lagi-lagi sekarang ni,
entahlah.
kenapa perempuan mula merapat dengan ana.
argh! Takut!
cukuplah hati ini dah pernah hancur berkecai sekali.
bukan senang untuk cantumkan semuanya.
perlukan masa..






kencang sikit!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...