Metamorfosis kebaikan

Thursday, April 21, 2011

14.tipu andai aku kata aku xrindu.





Tiada lagi tersalah campur chemical,

Tiada lagi 'tiga titik' iodine. *fath..fath..

tiada lagi terlebih titrate sampai colourless, *haris..haris..

Tiada lagi pecahkan beaker, *nizzal..nizzal..

Tiada lagi report chemistry.

Group 14 Chemistry.

Fath, Nizzal halalkan ilmu korang dekat aku.

Ya Allah, rindunya saat ni.

Ajarkan aku Ya Allah, subjek 'Chemistry Persahabatan'

Maan najah


P/S:saya terharu.inshaALLAH nnt saya akan buat blogpost utk sahabat2 kat Unimas pula.
inshaALLAH suatu hari nnt =)

Wednesday, April 13, 2011

Final






"abang.. abang kena percaya akan
janji-janji Allah,kadang-kadang apa
yang kita nak,tak semestinya terbaik buat kita.
Allah maha Mengetahui segalanya buat hamba-Nya.
Sabar,usaha dan tawakal.
ketahuilah,ujian Allah itu merupakan proses
penapisan hamba-hamba-Nya.
mungkin abang akan lebih perform dalam
bidang lain,kan.siapa tahu?
tinggal lagi seminggukan nak exam,kan?
ada masa lagi,bang..
jangan pernah kenal erti putus asa.
banyak-banyakkan solat hajat,berdoa pada-Nya.
kita usaha,namun penentunya adalah
Allah Subhanallahu wataa'la.
berjuanglah hingga ke titisan darah yang terakhir."

"abang ok tak ni?"

...

...

...

...

aku tak mampu berkata apa.. hanya tangis yang bisa membalas
pertanyaan ibuku.
mungkin tangis rintihku mampu memberi seribu erti
betapa aku rindukan belaian kasih sayang insan
yang amat aku kasihi,
yaitu ibuku dan bapaku.
dalam kekecewaanku,ibulah perawat dukaku.
ayah pula sering hadir membakarkan lagi
semarak obor semangat dalam jiwaku.
setelah Allah kupohon segalanya,
mereka ini menjadi tempat
aku bermadu kasih.

dah berbulan lamanya aku terpisah
mereka di sana,mencari rezeqi buat cahaya mata
aku di sini,menimba ilmu sebanyak mungkin.
mungkin aku selalu kecundang dimedan pertempuranku,
namun,
bukanlah kaki ini terus mengalah.
akan tetapi akan terus melangkah gagah,dan melangkah
sehingga kejayaan kukecapi.
Allah itu Ar-Rahman dan Ar-Rahim.
sesungguhnya rezeqi Allah amatlah luas.
kadang-kadang daripada puca yang tak disangka-sangka.
bukanlah kerjaya sebagai seorang doktor
menjanjikan seribu kejayaan,
banyak lagi wadah pencarian
yang menjanji kebahagian,
dalam senyap seribu satu rahsia.
seandainya dikau ikhlas kerna Allah.


terkenang kembali nostalgia SPM dahulu,
muqadimah belajarku
adalah ayat-ayat hafazan,
5minit bergelap bermuhasabah diri dengan tangisan
beserta alunan nasyid yang menginsafkan diri;
-setelahku dipaling
-tanpaMu
-Destinasi Cinta
namun sekarang ni,entah aku pun tak ketahuan
apakah DESTINASI CINTA yang sebenar ingin aku kecapi..

"Destinasi cinta yang kucari,
sebenarnya terlalu hampir,
HANYA KABUR KERANA DOSA,
di dalam HATI..
Telah kuredah Daerah cinta
yang lahir dari wadah yang alpa
TIADA TENANG YANG KUTEMUI
hanya KECEWA menyelubungi.."

terlalu banyak titik noda hitam di hati,
sehingga kabur.
mataku kini sudah tiada hijabnya,
kata-kataku tiada jaganya,
ikhtilatku kian menjunam,
akhlakku...
sedih...
ilmu itu cahaya,
kapankah tertanam subur di dalam
pasu hitam hatiku ini.
astargfirullahala'zim..

ingat lagi,
sedang aku khusyuk menelaah,
tetiba pintu bilikku terbuka,
masuk ibuku dengan membawa
secawan kopi di tangan.

"kopi ni untuk abang,
study smart tau,
jangan sampai lewat malam =) "

rindunya pada mak...


di atas mejaku penuh dengan
pemberian ibuku,
kismis,kurma,Jus Tok Guru,madu..

di bawah pelapik mejaku,
ada terselit gambar-gambar aku bersama ayahku,
ketika di Gunung Kinabalu.

"dah banyak gunung yang aku berjaya tawan,
tapi takkan dengan SPM ni pun aku dah mengalah?"

pandai ayahku bermain-main dengan mindaku.

ya Allah..
betapa aku merindui mereka ya Allah.
Kau peliharalah mereka
sepertimana mereka memelihara diriku
sejak kukecil lagi.
Ampunilah dosa kami ya Allah.
Sesungguhnya Dikaulah Maha Pengampun
dan Maha Penyayang.

FINAL!
FINAL!
FINAL!
FINAL!
FINAL!

p/s: bukanlah niat ingin ujub mahupun takbur,
tapi niat ingin tarbiyyah kembali diri yang
kian alpa.
di sini aku sisipkan sedikit doa-doa yang boleh diamalkan.
inshaALLAH.

1) Doa agar dikurniakan kefahaman yang baik dan ingatan yang sempurna (ketika mengulangkaji pelajaran) :

اللَّهُمَّ ارْزُقْنَا فَهْمَ النَّبِيِّينَ وَحِفْظَ المُرْسَلِينَ وإلْهَامَ المَلاَئِكَةِ المُقَرَّبِينَ فِي عَافِيَةٍ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ
“Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami kefahaman para Nabi dan hafazan para Rasul, serta ilham daripada para Malaikat yang hampir dengan-Mu, kurniakanlah kami kesihatan wahai Tuhan yang Maha Pengasih”.

2) Doa selepas mengulangkaji pelajaran :

اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَوْدِعُكَ مَا قَرَأْتُ وَمَا فَهِمْتُ وَمَا حَفِظْتُ فَرُدَّهُ إِلَيَّ عِنْدَ حَاجَتِيْ إِلَيْهِ، إِنَّكَ عَلىَ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ

“Ya Allah! Sesungguhnya aku menitip apa yang aku baca, faham dan hafal kepadaMu. Maka kembalikanlah ia kepadaku ketika aku memerlukannya. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala sesuatu”.

3) Doa sebelum masuk ke dalam dewan peperiksaan :
وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدا

“Ya Allah, persiapkanlah kami akan urusan kami dengan petunjuk-Mu”.

4) Doa apabila terlupa ketika menjawab soalan :
سُبْحَانَ مَن لاَّ يَنَامُ وَلاَ يَسْهُو. اللَّهُمَّ ذَكِّرْنِي مَا نَسِيتُ

“Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lupa. Wahai Tuhanku, ingatkanlah daku apa-apa yang kulupa”.

5) Doa memohon kejayaan cemerlang :
اللَّهُمَّ إني أسْألُكَ الفَوْزَ عِنْدَ القَضَاءِ وَمَنَازِلَ الشُهَدآءِ وَعَيْشَ السُّعَدآءِ وَالنَّصْرُ عَلَى الأعْدآءِ

“Ya Allah, kami memohon daripada-Mu kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhada’, dan kehidupan mereka yang bahagia serta kemenangan ke atas musuh”.

6) Doa ketika menerima kertas soalan :

قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي. وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي. وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي. يَفْقَهُوا قَوْلِي

“Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah bagiku tugasku. Dan lepaskanlah simpulan daripada lidahku, supaya mereka faham perkataanku.”

7) Doa ketika sukar untuk menjawab soalan :

ياَ حَيُّ يَا قَيُّوْمُ، بِرَحْمَتِكَ أَسْتغِيْثُ
“Wahai Tuhan yang maha hidup lagi maha berdiri dengan sendirinya. Dengan rahmatMu aku bermohon pertolongan.”


maan najah semua!

Monday, April 4, 2011

Berjalan, mentafsir dan berzikir




Berjalan, mentafsir dan berzikir

Melihat alam.

Apa yang kau lihat?

Apa yang kau rasa?

Apa yang kau dengar?

Bagi sesetengah manusia, tiada apa yang mereka rasakan

Melainkan perasaan takjub dengan keindahan pesona flora dan fauna.

Apabila pulang, lupalah mereka akan segalanya.

Namun amat berbeza kondisinya bagi mereka yang punyai fikrah di hati.

(Kenapa fikrah di hati? =) fikir dan renung-renungkanlah)

Melihat keindahan alam,

Diri makin terpaut pada cinta Allah kerna

Kagum akan kebesaran-Nya.

Mendengar desiran bayu, kicau-kicauan beburung rimba

Menjadi bukti taáruf diri pada-Nya.

Diri kian mengenal hakikat penciptaan diri di bumi-Nya.

“Man a’rafa nafsahu faqad a’rafa Rabbahu”

-barangsiapa yang mengenal dirinya maka kenallah Tuhannya-

Subhanallah.

Tatkala keindahan alam dan kecintaan pada Allah selari mengetuk kalbu,

Perasaan rendah diri mula membaluti diri.

Lihat gunung-ganang nan teguh berdiri,

Lihat batu-bata yang keras peribadinya,

Lihat pokok-pokok yang tinggi menggapai mentari,

Lihat anak-anak sungai lembut mengalir,

Dahulunya semua pernah menolak tawaran Allah

Untuk menjadi khalifah di muka bumi ini.

Jauh sungguh untuk dibandingkan dengan diri ini

Yang lemah tubuh badannya,

Berbolak-balik hatinya.

Mereka sentiasa mengagung-agungkan Allah

Dalam setiap zikir,

Namun aku?

Jarang-jarang.kadang-kadang.

Malu.malu.malu.

Apakah kau tidak malu duhai khalifah?

ALHAMDULILLAH

Kami,para student Hayat telah diberi peluang untuk mengkaji Biodiversity

Melalui field trip ke Gua Niah.Subhanallah.

Bersyukur sungguh aku.walaupun aku bukanlah di USIM mahupun UIA,

Namun aku dapat rasakan medan tarbiyyahku di UNIMAS ini cukup

Mengajarku apa erti perjuangan yang sebenar.

MUSAFIR

Subhanallah.benarlah kata ayah aku,

Andai nak kenal peribadi seseorang itu, ikutlah bersamanya

Bermusafir.

Macam-macam peribadi,macam-macam kerenah aku dapat lihat.

Ada yang hebat.

Ada yang ithar.

Ada yang kental.

Ada yang penyayang.

Ada yang pentingkan diri sendiri.

Norma manusia,kan.bermacam ragam,bermacam warna.

Itulah indahnya dunia ciptaan Allah.

Bukan monotonous, namun dihiasi seindah pelangi.

Walaupun ada warna yang gelap,ada yang terang warnanya,

Tapi itulah sebenarnya yang saling melengkapi.

Bukankah Allah itu Maha Adil. =)

Namun,

“Katakanlah (Muhammad), “tidaklah sama yang buruk dengan yang baik,

Meskipun banyaknya keburukkan itu menarik hatimu,

maka bertaqwalah kepada Allah

Wahai orang-orang yang punyai aqal yang sihat, agar kamu beruntung”

(Surah Al-Maidah 5:100)



Penulis bersama rakan-rakan


Singgah di mana entah,tak ingat

Geng-geng merah

FLORA DAN FAUNA

Subhanallah

encik siput

tapak archeology





Berjalan.Mentafsir.Berzikir.

Tuesday, March 29, 2011

wahai wanita yang punyai harga diri

Bertudung Tidak Semestinya Menutup Aurat (HOT !)

1. Baca ini dan fahami ini dahulu.
Sabda Rasulullah s.a.w. :

"akan datang ummatku di akhir zaman terdiri dari kaum wanita yang mana mereka itu berpakaian dalam keadaan telanjang, di atas kepala mereka berbonggol-bonggol seperti belakang unta. mereka ini dilaknat oleh Allah dan tidak masuk mereka itu ke dalam syurga, serta tidak dapat menghidu baunya. dan sesungguhnya wangian syurga itu di dapati jarak perjalanan lima puluh ribu tahun perjalanan." (sokhih bukhori)

2. Fikir dan ingat kembali wanita-wanita Melayu Islam baik muda atau tua yang pernah anda lihat di majlis-majlis kenduri kahwin hinggalah ke pusat membeli belah. Bagaimanakah pakaian mereka ? Pernah tak anda ternampak wanita Islam yang berpakaian seperti yang disebutkan di dalam sabda di atas ??

Sudah tentu ramai bukan ?? Begitulah wanita Islam akhir zaman.

..................................................................................................................

Golongan wanita Melayu Islam yang tidak risau, tidak takut dan tidak malu untuk tidak bertudung, memakai pakaian jarang, sendat dan ketat mempunyai beberapa alasan yang BENGONG untuk membolehkan cara berpakaian mereka diterima akal:

1. Tutup aurat semua, sudah pasti masuk syurga ke..? Kamu Tuhan ke..?
2. Tudung labuh pun buat dosa mengumpat orang. Walau kami pakai (seksi), hati kami baik...
3. Pakai jarang ke...ketat ke...itu hak kami. Kalau tak suka, (lelaki) jangan tengok..!!
4. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang pada individu yang memandang kami. Seksi itu subjektif..
5. Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa..
6. Salah ke kami pakai macam ni. Tutup aurat itu bagus. Tapi kami tak mahu jadi hipokrit. Ini adalah diri kami yang sebenar...
7. Suka hati kamilah pakai macam ni. Kami tidak ganggu hidup orang lain...
8. Apa yang kami buat (pakai) adalah antara kami dengan Tuhan..
9. Ini fesyen... tak salah mengikut fesyen...takkan kita mahu ketinggalan zaman..
10. Kami pakai (seksi) macam ni mengikut arahan photographer/ pengarah filem untuk menyesuaikan dengan scene..
11. Bukan kami tidak mahu menutup aurat, cuma masanya belum sampai lagi...tunggu dulu..


Apa macam ? BENGONG tak alasan-alasan wanita sebegini ?

......................................................................................................................

Satu fakta menarik yang perlu sentiasa diingat mengenai tubuh badan wanita. Renung-renungkan soalan-soalan ini.


1. Kenapa wanita sering dijadikan bahan ekploitasi seks di seluruh dunia ?
2. Kenapa wanita sering dikaitkan dengan simbol seks ?
3. Kenapa filem dan gambar lucah lebih memfokuskan kepada wanita ?

4. Kenapa Islam sejak dari dahulu sangat-sangat menjaga kehormatan tubuh badan wanita melalui konsep AURAT ?
5. Kenapa Hawa diciptakan untuk Nabi Adam ?
6. Kenapa wanita diciptakan untuk lelaki ?
7. Apa yang istimewanya tubuh badan wanita hingga begitu mempengaruhi nafsu lelaki ?


Itulah kelainan wanita. Hampir keseluruhan tubuh badan wanita mampu merangsang nafsu seks lelaki. Betis dan peha mereka menggoda, punggung serta kemaluan mereka menggoda, pusat dan dada mereka menggoda, wajah cantik mereka memukau jiwa. Ketahuilah bahawa perkara pertama yang lelaki mahukan pada diri wanita adalah seks.

Maka pada akhir zaman ini, timbullah isu BERTUDUNG TETAPI TELANJANG. Mereka mengaku kononnya sudah berpakaian menutup aurat, tetapi pakaian mereka masih menampakkan bayangan dan bentuk bahagian tubuh badan mereka yang wajib dilindungi
..............................................................................................................................


TUDUNG TETAPI KAIN BELAH



Kononnya memakai kain, tetapi lelaki boleh melihat betis mereka yang putih melepak apabila mereka berjalan berlenggang-lenggok. Apa gunanya bertudung ?

Nasihat: Sebab itulah Islam suruh wanita pakai kain lapang yang labuh menutup keseluruhan kaki mereka.



TUDUNG TETAPI BAJU SENDAT



T-shirt yang dipakai mereka sangat sendat hingga mengikut bentuk pinggang dan dada mereka. Bentuk payudara mereka pun boleh nampak jelas. Apa gunanya bertudung ?

Nasihat: Sebab itulah Islam suruh wanita pakai baju yang lapang dan longgar supaya bentuk pinggang dan payudara mereka tidak kelihatan jelas.



TUDUNG TETAPI BAJU KURUNG/ KEBAYA JARANG



Pakai baju kurung yang jarang di luar, kemudian pakai anak baju@singlet yang seksi di dalam. Lengan dan bahagian atas dada mereka boleh nampak. Di majlis kenduri kahwin dan hari raya, ramai wanita Islam pakai sebegini. Apa gunanya bertudung ?

Nasihat: Sebab itulah Islam suruh wanita memakai pakaian yang diperbuat daripada fabrik yang lebih tebal supaya tidak tembus dalam.



TUDUNG + BAJU KURUNG / KEBAYA KETAT



Mereka tempah dan pakai baju kurung atau kebaya sealak-alak badan, betul-betul just nice mengikut saiz bentuk badan mereka. Tidak longgar sedikit pun. Bila berjalan dan duduk boleh nampak bentuk betis, peha, punggung, dada, coli dan seluar dalam mereka akibat terlalu sendat. Fenomena ini banyak dilihat di majlis-majlis kenduri kahwin dan hari raya kita. Apa gunanya bertudung ?

Nasihat: Sebab itulah Islam suruh wanita memakai baju, kain dan seluar yang lapang dan longgar supaya lebih mudah bergerak, di samping memelihara maruah.



TUDUNG TETAPI BAJU SENDAT + SINGKAT


Sudahlah pakai T-shirt yang sendat, singkat dan pendek pula tu. Hanya di atas paras punggung mereka. Bila berjalan dan berdiri boleh nampak bentuk bulat punggung mereka. Apa gunanya bertudung ?

Nasihat: Sebab itulah Islam suruh wanita melabuhkan baju mereka sehingga bawah paras punggung supaya dapat melindungi bentuk punggung mereka dari dilihat jelas oleh lelaki.



TUDUNG TETAPI PAKAI LEGGING



Ini adalah kontras paling BENGONG zaman kini. Tudung pakai, kononnya mahu menutup aurat. Kadangkala baju pun sudah tutup aurat. Satu masalah besarnya ialah mereka pakai LEGGING pula di bawah. Bila sudah pakai LEGGING, maka lelaki akan nampak jelas bentuk betis dan peha mereka kerana LEGGING itu sangat ketat. Kalau pakai baju singkat, boleh nampak alur seluar dalam mereka. Kalau fabrik legging itu nipis sangat, boleh nampak warna kulit peha mereka. Aduhai....apa gunanya bertudung ?

Nasihat: Sebab itulah Islam suruh wanita pakai kain atau seluar yang lapang dan longgar untuk melindungi bentuk betis, peha dan punggung mereka apabila di luar.




TIDAK SALAH BERFESYEN, TETAPI JAUHKAN DIRI DARI PAKAIAN YANG JARANG,SENDAT, SINGKAT DAN KETAT.

APAKAH PAKAIAN YANG MEMBEZAKAN SEORANG WANITA YANG DIPANDANG DENGAN RASA HORMAT DAN SEORANG WANITA YANG DIPANDANG DENGAN PENUH NAFSU SERAKAH ? MANA SATU PILIHAN ANDA ?

p/s:maaf,gambar agak berlebihan sedikit.

sumber: http://wanitamelayuseksa.blogspot.com/?spref=fb
asif ambil tnpa kebenaran,nak mohon share,tp xjumpa nak mohon pd siapa.asif jiddan

"Wanita umpama permata dunia"

Friday, March 25, 2011

Fitnah berleluasa:Qiamat semakin menghampiri kita.

KUALA LUMPUR, 25 Mac: Sebuah NGO Islam, Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) pula memandang berat tuduhan salahlaku seks terhadap ketua pembangkang dan mendedah penuduh kepada jenayah Qazaf.

Presidennya, Dr. Mohd Parid Sheikh Haji Ahmad dalam kenyataannya berkata, isu yang ditimbulkan dan cara pendedahannya mencerminkan keaiban masyarakat negara ini.

"Ia menimbulkan persoalan sama ada masih wujud saluran amr makruf nahi mungkar. Ia bagaikan tidak mengutamakan pandangan agama, adab dan tata susila," kata beliau dalam kenyataannya itu.

Apa pun motif pendedahan ini, Ikram mengingatkan, dalam Islam, tuduhan melakukan zina memerlukan bukti dan persaksian yang kukuh dan kegagalan membawa saksi yang cukup mendedahkan penuduh kepada jenayah Qazaf.

Ikram juga, katanya, memandang berat perbuatan membuat, memperoleh, memiliki dan menayangkan video lucah.

"Ia merupakan satu jenayah menurut Seksyen 292 Kanun Keseksaan. Sesiapa yang didapati bersalah boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tiga tahun, atau denda, atau kedua-duanya sekali," katanya.

Maruah semua yang terlibat dan berkaitan harus dijaga. Penuduh bertanggungjawab membuktikan tuduhannya, kata beliau.

Jika penyiasatan membawa kepada pendakwaan, tertuduh perlu diberi hak untuk membela diri.

"Kita perlu berpegang kepada prinsip seseorang itu tidak bersalah sehingga disabitkan kesalahannya (Innocent until proven guilty)," katanya.

Sehubungan itu, Ikram menggesa supaya:

1. Pihak Polis menjalankan penyiasatan yang rapi,

2. Institusi-institusi media rasmi dan persendirian menyebarkan maklumat-maklumat secara tepat, adil dan bertanggungjawab,

3. Masyarakat menghindar dari membuat sebarang tanggapan sehingga penyiasatan dan proses undang-undang (due proses) selesai,

4. Masyarakat berpegang teguh dengan adab dan akhlak yang mulia di dalam kehidupan.

P/s:bukan ingin berpolitik,tapi ingin menyatakan rasa kesal.satu-persatu fitnah dikemukakan.
tiada bukti yang shohih namun berani tampil ke hadapan membicarakan permainan mereka.
sehinggakan ada yang berani berkata bahawa ulama' membawa ajaran sesat.
astargfirullahala'zim.ulama umpama bintang-bintang di malam hari.
menjadi petunjuk bagi musafir mencari destinasi.
"politik tak boleh seiringan dengan agama."
"Mursyidul mempergunakan agama untuk kepentingannya
dalam politik"
hmm?apakah kau SEKULAR?mengasingkan agama?
Islam itukan syumul.
nauzubillah.mudah-mudahan Allah kurniakan hidayah-Nya
bagi mereka.
cubalah singkap kembali sirah junjungan mulia,Rasulullah S.A.W.
aku bukanlah penganalisis politik mahupun pro-pembangkang,
namun Tarbiyyahku menjadi assebab untuk mata hatiku
terbuka.
melihat hakikat dunia.
yang kian porak-poranda.
apakah mereka sudah lupa.
akan janji-janji-Nya.
AKU CUMA PELAJAR ASASI

Tuesday, March 22, 2011

Mercy Killing@Euthanasia



Euthanasia atau Pembunuhan kerana Kasihan Mercy Killing ialah satu
cara menamatkan riwayat hidup seseorang individu yang menghadapi
penyakit yang amat teruk (terminal illness)
atau yang tidak boleh diubati, melalui suntikan racun
atau menamatkan bantuan perubatan khas (ICU).

---------------------
Sheikh Dr Yusuf Abdullah Al-Qardhawi, ulama besar Islam masakini ada
mengeluarkan fatwa beliau 'Ethanasia' ini. Berikut adalah cebisan petikan
dari fatwa beliau mengenainya.


"Tidak dibenarkan bagi Doktor - dan lain-lainnya -
memainkan peranan yang positif membunuh pesakit yang tidak
ada harapan untuk sembuh dan mempercepatkan kematiannya,
melalui suntikan (injection) kandungan ubat yang tinggi, dimana kesannya
akan membunuh juga.
Sama sahaja dengan cara atau memberinya bahan racun
yang mendatangkan kesan cepat, atau kejutan eletrik, atau alat mesin yang tajam,
semuanya adalah pembunuhan, Ia adalah HARAM,
bahkan ia merupakan satu DOSA yang BESAR.
Ia tidak dapat menghilangkan seseorang itu dari sifat membunuh walaupun
motifnya adalah kasihan keatas pesakit."


"Sebagaimana yang diketahui umum disisi ulama syariah :
rawatan perubatan bagi penyakit hukumnya bukanlah wajib disisi fuqaha'
dan Imam-Imam Mazhab.
Walaubagaimanapun ia dibenarkan. Dan jumlah yang sedkit
dikalangan ulama' mengatakan ia wajib, sebagaimana
dikalangan pengikut-pengikut Imam Ahmad dan Al-Syafie,
sebagaimana yang dinyatakan oleh Ibnu Taimiyyah (didalam Fatawa Al-Kubra 4/260,
cetakan Percetakan Kurdistan, Kaherah) dan beberapa dikalangan yang
menyatakan rawatan perubatan adalah digalakkan atau mustahab.

Bahkan, beberapa ulama berselisih mengenai apa
yang terbaik bagi pesakitnya : RAWATAN atau KESABARAN.
Ada yang berpegang kepada perlunya menunjukkan ketahanan/kesabaran
adalah lebih baik sebagaimana riwayat dari Ibn Abbas dari 2 kitab shahih bahawa :


"Diriwayatkan daripada Ata' bin Abu Rabah r.a katanya:
Ibnu Abbas bertanya kepadaku: Mahukah kamu jika aku
memperlihatkan seorang wanita yang menjadi
calon penghuni Syurga? Aku menjawab: Sudah tentu.
Ibnu Abbas berkata: Wanita berkulit hitam itulah, beliau pernah
datang kepada Nabi s.a.w dan berkata: Sesungguhnya aku
diserang penyakit sawan babi atau gila babi.
Aku ingin sembuh. Oleh itu berdoalah kepada Allah demi menyembuhkanku.
Nabi s.a.w bersabda: Jika sekiranya kamu mahu bersabar bagimu adalah Syurga.
Sekiranya kamu mahu sembuh,
aku boleh mendoakan kepada Allah semoga Dia berkenan menyembuhkanmu.
Wanita itu berkata: Baiklah aku akan bersabar, tetapi aku ingin sembuh,
jadi berdoalah kepada Allah
supaya menyembuhkanku. Nabi s.a.w akhirnya mendoakan untuknya "


"Ini adalah pandangan fuqaha' Ummah mengenai rawatan perubatan :
Kebanyakkan mereka berpegang bahawa ia dibenarkan,
ada yang mengatakan digalakkan rawatan,
dan beberapa bilangan yang kecil mengatakan wajib.
Saya sendiri bersetuju dengan mereka bahawa jika sakit tidak boleh ditahan lagi,
maka rawatan adalah caranya (kejayaannya),
dan sakit boleh dipulihkan dengan sunah Allah swt.

Ini bersesuaian dengan petunjuk Nabi saw, yang melakukan rawatan terhadap
dirinya sendiri dan memerintah para sahabat mencari rawatan untuk kesembuhan;
Ini disahkan oleh Ibn Al-Qayyim didalam Zaad Al-Ma'ad."

Akan tetapi jika berlaku sakit yang diluar batasan, dan keajaiban sahaja
yang boleh menyembuhnya, dengan tambahan sakit yang semakin meningkat,
tiada siapa lagi yang boleh mengatakan rawatan adalah wajib atau digalakkan.
Bahkan, doktor bertindak memberhentikan perubatan,
yang mana tidak ada gunanya lagi, didalam kes ini telah TERBUKTI,
dan ia juga dapat membantu mengurangkan kesan negatif akibat kesan ubat.


"Ini adalah jenis menyenangkan kematian.
Ini amat berbeza dengan perkara yang kontrovesial "Pembunuhan kerana kasihan"
- yang tidak menunjukkan sebarang perbuatan positif dari pihak Doktor;
bahkan ia menyerahkan kepada apa yang tidak wajib dan tidak digalakkan,
malahan ia tidak dipertanggung jawabkan (persalahkan).

Keizinan adalah disyariatkan dan dibenarkan, jika ia bukan perkara yang diinginkan,
dan bagi doktor yang melakukannya,
bagi tujuan melegakan pesakit dan keseluruhan keluarganya.
Tidak ada salah melakukannya, Insyaallah.

---------------
Disana terdapat keadaan dibenarkan menutup suis sistem
bantuan hayat (life support system) dimana :


"Menurut keadaan ini tidak ada halangan keatasnya
dan syara' membenarkannya juga,
khususnya alat bantuan luar - digunakan bagi tujuan pernafasan dan sirkulasi
- malah pesakit sebenarnya telah mati,
dimana ia tidak pun mempunyai rasa atau perasaan.
Satu pandangan yang mana otak tidak berfungsi lagi (brain death)

Pesakit akan berada didalam keadaan ini,
memerlukan banyak perbelanjaan yang tidak ada gunanya lagi,
dan mesin bantuan hidup pun tidak berguna bagi merawatinya -
dan ia tidak mempunyai perasaan. Keluarganya masih risau dan
sakitnya akan berpanjangan,
yang mungkin akan berlarutan sehingga 10 tahun atau lebih."

----------------

Kesimpulannya, didalam Maqasid Al-Syariah, Islam menjaga kehidupan,
dimana Euthanasia tidak dibenarkan. Euthanasia dikatakan
bertentangan dengan kehendak keperluan agama itu sendiri.
Ia menunjukkan kepada betapa murahnya nilai harga nyawa.
Sheikh Dr Yusuf Al-Qadhawi tidak membenarkan Pembunuhan kerana Kasihan,
dengan cara memberi suntikan kepada pesakit yang sedang melarat sakitnya,
agar memudahkan kematiannya.
Akan tetapi, jika pesakit sudah benar-benar mati atau 'brain death',
maka mesin bantuan sokongan bolehlah dihentikan perkhidmatannya,
atau sakit yang tidak boleh diubati lagi, maka dibenarkan ia mati
akibat penyakit yang dihadapinya tanpa bantuan perubatan.
Cara ini pada beliau, bukanlah diistilahkan sebagai 'Pembunuhan kerana kasihan'.

wallahu 'alam

-wassalam-


1] Sheikh Dr. Yusuf Al-Qardhawi. Fatawa Muasyirah - II cetakan ke 9. Dar Al-Qalam, 2001.ms 525-529

sumber.

kencang sikit!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...