Metamorfosis kebaikan

Friday, January 14, 2011

Ini tempat Allah,BUMI ALLAH





"saya x berapa suka sangat dgn cara mamat2 kat sini.yelah.kitorang faham..niat ke arah kebaikan.tp,kalau sampai menyinggung perasaan owg, kan dah tambah dosa.baik discuss baik2 yeah,kalau nak implement benda camthu,kalau tempat nie milik KORANG jerrr....kitorang x kisah...buat sukati korang....nak bakar hidup2...nak bina bangunan banyak2...then,nak ketuk pintu sekuat hati,truskanlah...tp bear in mind...kita kat sini...milik kerajaan...dan kita tinggal sama2...banyak lagi manusia kat tempat nie..yg nak tidur senyenyak-nyenyaknya..dan korang ganggu"

maaflah andai post yang sy tulis ni,
akan menimbulkan sensitiviti sesetengah pihak.
maaf sangat-sangat.andai bila dah
baca post ni,dan tidak puas hati pada sy,
then inboxlah sy di Facebook sy.
kita arrange perjumpaan.sy nak juga dgr
hujah anda.
asif jika menyinggung hati.
post ni bukanlah ditujukan pada seorang shja,
bahkan pd semua.
hatta pd sy sekalipun yg penuh khilaf ni,
sentiasa mencari jalan utk kembali pada-Nya.


KES
1.PERMOHONAN PIHAK TNC MENJELASKAN KENAPA ASASI UNIMAS TIDAK BOLEH MENGISI UPU.

aku akui,aku sndiri rasa nak lari drp Unimas ni,
sbb aku susah sgt utk adapt dgn gaya hidup kat sini.
susah nak jaga ikhtilat,muamalat.
pandang sana,sakit mata,
pandang sini,sakit mata.
mcm2lah.mungkin sbb aku xbiasa berada dlm bi'ah
yang sememangnya dah menjadi hakikat DUNIA
kat luar sana.
bila merenung kembali,muhasabah diri,
aku tahu kenapa Allah hantar aku ke sini.

aku tahu,mostly xramai yg nak perkara ni dibawa ke
pihak atasan,
tapi korg kne fikir,
xsemua hidup senang.
masing2 diuji oleh Allah dgn berbagai macam cabaran.
ada yang diuji dgn kesusahan,
kekurangan wang,ibu bapa yang tidak sihat.
ada juga yang diuji dgn ni'mat,
kesenangan.
pernahkah korg berfikir?
aku tahu,korg yg taknak bawa perkara ni ke pihak atasan
sbb korg risau,maybe korg akan di"blacklist"kan drp
Fakulti Medic dan Fakulti Kejuruteraan,kan?
tak ke korg rasa tu namanya pentingkan diri sendiri?
cuba selami semangat "ithar" sahabat pada zaman rasulullah.



aku sendiri terpaksa meninggi suara,pd rakanku
sendiri dlm mesyuarat JPPU.
aku xnak korg bercakap atas dasar pentingkn diri sendiri,
tapi hakikatnya kau adalah seorg PEMIMPIN.
kenapa kau nak lari daripada tanggungjawab kau?

-kullukumm ra'in,wa kullu ra'in mau'ulun 'an rai'yyatihi-
"setiap daripada kamu adalah pemimpin,
dan setiap pemimpin bertanggungjawab atas semua
pimpinannya."


para pelajar bawah kau adalah tanggungjawab kau.
jangan abaikan hak dorg,semata-mata utk kepentingan diri sendiri.
teguran utk aku juga yg selalu lupa.
lagipun,jumpa TNC hnya utk clarify sahaja,
bukan nak berdebat ataupun bertengkar.

ALHAMDULILLAH.
segalanya berjalan lancar.
Allah permudahkan urusan kami.

2.KEJUT SUBUH



kalau diikutkan aku,
aku nak aje dtg masjid awal2,inshaAllah
sempat mungkin utk buat solat sunat
sblm subuh tiba.
tapi aku,haris,nizzal,arshad,syazwan dan firdaus
sedar.xkan ktorg je yg nak penuhkan masjid,
kumpul pahala byk2,mgkin jd assebab utk ktorg masuk syurga.
TIDAK!
bukan itu sahaja tujuan ktorg dihantar ke dunia ni!
bukan utk beramal sorg2,
tp hakikatnya utk mengajak yg lain ke arah
yg maa'ruf dan mencegah yg mungkar.

the truth is,setiap daripada kita adalah pemimpin.
pemimpin kawan-kawan,adik-adik
dan suatu hari,keluarga.

Rasulullah bersabda "Pemimpin yang diberi tugas mengurus masalah org Islam,kemudian dia tidak berusaha mengurus kepentingan mereka,dan tidak memberi nasihat,dia tidak masuk syurga bersama-sama mereka."(riwayat Muslim)

nauzubillah.aku xberani nak tulis hadith ni,aku risau aku xmampu
nak pikul ape yg aku telah perkatakan,tp hakikatnya
aku perlu juga sampaikan.


kami cuba membawa korg ke arah kebaikan.
namun,pelbagai tomahan yang kami dapat.
"xboleh ketuk kuat lagi ke??"
ada yang hempas pintu kuat-kuat.
dan macam-macam lagi.
smpai ada ikhwah drp golongan kami yg terasa dan menitiskan air mata,
mengadu kpd aku dan haris.
sedih.
penerimaan mereka tidak seperti yang dijangkakan.
Sabarlah duhai sahabatku,
inilah lumrah perjuangan..
jalannya penuh dgn onar dan duri.
penuh dgn liku-liku cabaran.
sabarlah.
ini usaha kita.
Allah bukan lihat hasilnya,berapa ramai yg dah
kita tarbiyyah,bawa kpd Islam,
tp apa usaha kita
untuk agama kita.
byk2kanlah berdoa agar diistiqomahkan dlm da'wah kita ini.


"ghuraba'"kata haris smbil tersenyum.
itulah hakikat Islam akhir zaman.
org yg membawa agama dianggap pelik.
wanita bertudung labuh dianggap mundur.
tidak pandai bergaya,kuno.
hakikatnya itulah penyelamat maruah mereka,
makhkota mereka.
dan itulah yang cantik sebenarnya.
penyejuk hati.

ekstrimis
aku amat sensitif dan pantang dgn ayat tu.
mereka-mereka yg memperjuangkan Islam,
cuba bangkitkan kembali maruah agama,
membela ummah dianggap EKSTRIMIS.
sepatutnya dlm Islam xpatut
pernah ada perkataan tu dilabelkan pd mereka
yg buat kerja agama.da'wah.
sbb itu mmg
ACTUALLY THE WAY OF A MUSLIM LIFE.
rujuklah kembali sirah rasul junjungan,duhai
sahabat.



Ini Bukan Tempat Kitorang?

ohh.hmm bukan tmpat kitorg?
abes tu tmpat siapa?
INIKAN BUMI ALLAH,HAK MILIK ALLAH.
ada hak milikkan lain ke?
BUMI FIRAUN ADA KE?

"Allah Tuhan yang menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya dalam enam masa, kemudian Ia bersemayam di atas `Arasy kamu tidak akan beroleh sebarang penolong dan pemberi syafa`at selain dari Allah oleh itu tidakkah kamu mahu insaf dan mengambil iktibar (untuk mencapai keredhaanNya)"
(surah as Sajadah:4)

"Dan Dia menciptakan langit tanpa tiang sebagaimana kamu melihatnya,
dan Dia meletakkan gunung-gunung (di permukaan) bumi agar ia
(bumi) tidak menggoyangkan kamu; dan memperkembangbiakkan segala
macam jenis makhluk bergerak yang bernyawa di bumi. Dan kami turunkan
air hujan daripada langit, lalu kami tumbuhkan padanya segala tumbuh-tumbuhan yang baik." (surah Luqman;10)

Allah yang maha pencipta yang menciptakan bumi ini.
hak Allah,kan.
salah ke kami utk kami berda'wah di atas buminya?
salahkah?


"Da'wah yang ditujukan kepada umat Islam ialah mengajak mereka merasai tanggungjawab yang diletakkan di bahu mereka apabila mereka mendakwa diri mereka BERIMAN dgn Allah dan hari Akhirat dan apabila mereka mengaku akur dgn segala perintah Allah dan RasulNYA.Tidak mungkin mereka boleh berpeluk tubuh daripada memikul tanggungjawab ini dgn hanya memikul atau mendakwa diri mereka sebagai MUSLIM.Hanya bergantung kepada
pengakuan dan cakap kosong dalam hal ini tidak cukup.Sebenarnya apabila kita mengakui Allah sebagai Tuhan dan Islam sbg agama kemudian kita lafazkan syahadah yang sebenar
(Pengakuan Bahawa Tiada Tuhan yang Layak Disembah Selain Allah dan Muhammad Adalah Utusan Allah), kita sepatutnya merasai tanggungjawab yang perlu kita laksanakan sebaik sahaja kita melafazkan syahadah ini.Kita juga perlu fikirkan apakah yang dapat kita lakukan untuk menunaikan tugas penting ini.Jika kita tidak melaksanakan kewajiban kita ini atau kita tidak berusaha untuk melaksanakannya kita sebenarnya menempah akibat buruk perbuatan kita dan kita akan rugi di dunia dan di akhirat."


Petikan daripada buku Syahadatul Haq,karya Abu 'Ala al Maududi



da'wah itu tangungjawab.
bukan utk kami sahaja.
bahkan semua.


dan lagi satu hadith yg aku takut nak smpaikan,
mafhumnya,
"andai nak bezakan antara seorang muslim dgn seorang munafiq,
lihatlah solat subuh dan isya'nya.


aku ni pun bukanlah sempurna sgt,bukanlah baik sgt
just..
aku nak jd baik.tp aku xnak sorg2 jd baik.
nak kita sama2,sejamaah mengejar kebaikan.
maaf andai tersalah kata tersilap bicara.

Friday, January 7, 2011

Terima kasih Israel

Terima kasih Israel,
kerana kekejamanmu,
telah menyadarkan kami daripada
alpa,
leka dan
lena kami yang panjang.

Terima kasih Israel,
kerana ketidakperimanusiaanmu,
telah menanam benih pejuang syahid
yang tidak takut mati
di jalan Tuhanku.

Terima kasih Israel,
kerana segala propagandamu,
telah merangsang pemikiran kami,
untuk membina kembali sebuah ketamadunan Islam
yang benar-benar meletakkan agama
dalam seluruh kehidupan kami.

Terima kasih Israel,
kerana ketidak adilanmu,
telah membawa kepada wujudnya
jamaah-jamaah,
yang memperjuangkan hak Islam.
membina prinsip jati diri yang menyubur
dalam hati-hati kami.
terima kasih,
akhirnya kami sedar
apa sebenarnya makna kami dihantar ke bumi ini.
untuk membawa satu wadah perjuangan,
mengangkat martabat Islam
kembali menjulang tinggi.

mungkin,
andai tiadanya kau
mungkin kami tidak begini,
begitu dahagakan setitis ilmu,
untuk dijadikan salah satu reactant untuk
melengkapi proses
pembinaan peribadi seorang
INDIVIDU MUSLIM
yang penuh dengan kefahaman,
dengan 1 fikrah,
yakni
menegakkan agama Allah!

mungkin,
andai tiada kau
mungkin tiada sesiapa yang mahu
gerakkan usaha dakwah,
kerana leka dibuai
arus duniawi.
kerana tiada sesuatu untuk initiate
suatu perubahan.
mungkinkah akan wujud
muslimin dan muslimat yang
sanggup mengorbankan
masa lapangnya,
hartanya,
buah fikirannya
untuk ummat?

"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin,baik diri maupun
harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.Mereka
berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh,(sebagai)
janji yang benar dari Allah di dalam Taurat,Injil dan
Al-Qurán.Dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain Allah?
maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu,
dan demikian itulah kemenangan yang agung"
(Surah At-Taubah:111)


mungkinkah akan wujud pemikiran seperti ini?









*gambar diambil melalui satu survey


TERIMA KASIH ISRAEL
kerna menyumbang kepada penubuhan kembali
Daulah Islam,
sistem khilafah Islam

dan akhirnya
Ustaziyatul A'lam
amin ya rabbal a'lamin.
ya Allah..
perkenankanlah perjuangan kami.







AKU.INGIN.BERJUANG.SEPERTI.MEREKA.

Thursday, December 30, 2010

Kembara Ikhwah Bumi Kenyalang


Mukhayam similajau,Bintulu

Alhamdulillah,betapa bersyukurnya aku
kehadrat Allah kerna telah memilih aku,dan 4 orang rakanku yang
lain untuk mengikuti aktiviti ni.
nak diikutkan,aku memang dah awal2 tolak dah.
aku memang xnak pergi sbb program tu berlangsung selama
2 hari,dahlah kat Bintulu.pergi balik dah 1400+KM dah.
dengan minggu depan nak kuiznya,khamisnya Math,
Bio pulak Jumaat.pergh!(berkobar2 nak dpt 4FLAT)
ikutkan hati yang amat berkehendakkan kepada dunia ni,
mmg aku dah xnak pergi dah,
iyelakan,cuti tu mmg aku nak manfaat betul2,aku mmg nak study
gila2 ah.
tapi bila aku tanya sekelumit iman di dada ni,
tetiba terasa terpanggil,tergerak untuk berkorban sedikit
masa di jalan Allah.
pada mulanya mmg aku rasa terpaksa,tp aku tahu matlamat aku
dihantar di bumi ni



"äku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah
kepada-Ku."
(surah Az-Zariyat:56)


bukanlah dunia menjadi pilihanku,tapi kupunya
madal hayat yang lebih hebat daripada tu.
bukan senang untuk menggapai syurga Allah,kan.
so ini ikhtiarku,ini perjuanganku.
so aku perlulah strive for it.
bersyukur sgt sbb Allah pilih aku dalam jalan ini.
sbb bukan semua yang dpt hidayah dan kesedaran.
ramai lagi yang kat luar sana,diri mereka masih samar2 dalam
cahaya.
so inilah tanggungjawab kita duhai sahabatku,
manfaatkan hidayah yang kita perolehi
untuk saudara seummah kita.
tunjukkan kesyukuran kita.
takkan kita sorang2 je nak dapat pahala,kan =)


-------------------------------------------------------------------------------------

25DEC

kelas mmg pack lah hari tu,dengan lab biologynye lagi petang tu,
Ya Allah.DNA extraction tu bukan la sekejap.
makan masa kot nak extract.
aku dah mula risau dah.sbb dalam jadual,kami si 5 rakan
ni perlu menghadirkan diri di Masjid Unimas dalam pukul 5ptg.
jam di lab aku tu mmg jadi mangsa usha.haha
xcukup dengan jam tangan.iyelah kan,janjikan kne tepati.
Alhamdulillah,Fazli berjaya meminta belas ihsan lab tutor aku,cik Mardhiyyah untuk membenarkan kami pulang walaupun result DNA yang kami extract xsiap lagi.hehe
Alhamdulillah,smooth je.barang2 yg dah kami pack kami bawa ke masjid.
then terima sedikit briefing daripada akhi Hisyam as beliaulah
ketua konvoi kami.
bertolaklah kami diiringi dengan doa' dari akhi Azrin.
jalan jalan jalan jalan jalan jalan
saaaaampaaaaaaai malam.
subhaAllah xsangka aku seejjuukkkk gle.
menggigil.shaking.shivering.
walaupun berbekalkan kain pelikat,dengan baju yang nipis.

CO-PILOT.

Akhi Azrin mmg seorang penggemar nasyid.sore pun boleh tahan.
so kami sokmo la berduet sepanjang perjalanan.
biarpun suaraku sekadar menyumbangkan lagi lagu tu.

"saat lafaz sakinah?ni lagu faveret sy ni bang."
iye ke?hari tukan ikhwah kita ade walimatul urus.
kawan abg nyanyikan lagu ni utk die."akhi Azrin menjawab sambil tersenyum manis.

waaahhhh!sweetnya,kan?
nnt aku nak kawin,aku pun nak jemput akhi Haris nyanyikan
lagu tu utk "kitorang".=)

malam kian malap
dan menggelap.
plus dgn jalan kat Sri Aman tu xde lampu laginya.
dengan berkabus mcm fogging,,
mataku kian kuyu.berat sungguh rasanya
nak stay up utk temankan akhi Azrin.
Tetbe je jadi gelap pandangan mataku!
(rupenye dah tertido.)
tidur tidur.
trbangun sekali terdengar akhi Azrin tengah bernasyid lagi.
(mungkin cara dia in order to stay up kot.)
ntahlah mulut ni,dah tahu sore xsedap tapi tetbe je terfollow
lirik lagu tu.
tapi sekejap je...
then tertidur balik.
terbangun bernasyid lagi.
sepanjang perjalanan malam tu,
perkara tu berulang2.
(apelah aku ni,bangun2 spatutnya baca doa,kan.ish3 Fathihi..)
HAHAHA kelakar betul bila ingatkan kembali malam tu.


subhanallah

SAMPAI KAT BETONG

singgahlah kami di kawasan restoran makan ni,
bukanlah tujuannya utk makan tapi..
TANDAS.
mana tandas mana tandas aku dah xtahan dah ni!
bila aku menjejakkn kaki aku ke tandas tu je,
mata aku tertumpu pd kertas yg terlekat di sudut
kiri ku,

BUANG AIR BESAR/KECIL :2OSEN
BASUH MUKA/GOSOK GIGI :50SEN
MANDI :RM1


pergh!
dahsyat mencekik darah btol harga
bukan tu yg aku nak komen,
tp cubalah bygkn,aku rse bayar 20sen
aku dah boleh buat semua tu dlm tandas.
xpikir ke dorg ni?
(ya ALLAH,tandas dah la berbau.)
mcm nak kaut keuntungan di atas keperluan
manusia sbb spanjang pjlnn di Sri Aman tu,
semuanya hutan.
Air tu hak Allah.
aku tergelak mse baca signboard tu,
tp makcik tu plak trdgr.
mula la die mcm marah2 aku kutuk2 aku,
tp malangnya aku xfaham.xberapa lg nak hadam bahasa
SARAWAK ni.

sepanjang perjalanan kami,kami melalui
banyak gereja.
baru kutahu smbutan Kristmas mcmne.
rupanya dorg ade gathering dan makan2.
ooooo..

1.30pagi

Alhamdulillah,akhirnyaaa
aku dah berjaya bau udara kat
SARIKEI.hehe
tu baru setengah perjalanan tu.
aku xtahu ape yg menjanjikan aku di bintulu tu
smpai aku snggup menghabiskan masa aku dgn perjalann yang jauh.
aku meletakkan segala2nya pd Allah.
aku yakin,pasti disebalik kesusahan yg kami tempuhi
ni,pasti Allah xkan mensia-siakn usaha kami.


cover album ktorg.nantikan.
musafir cinta.HEHEHE

alhamdulillah,
SIBU.ya Allah aku ingatkn
dekat je sibu ni,rupa jauh bagai nak rak.
terkenang aku pd seorg ikhwah yg duduk di sini.
Ya Allah snggup die naik bas semata2 utk
melebarkan kefahamannya di Unimas.
7 jam dari UNimas ke SIBU.
dgn kondisi jalan yg amat,seriously
susah naik gambarkan.

Aku tertidur kembali.
dgn harapan,abg naqib akan berhenti di mana2 masjid
utk berehat skjap.

"Betapa sukarnya menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanya sekadar
tingkah
Cuma ungkapan kebisuan yang
melindungkan kalimah rahsia"




lagu lafaz yg tersimpan ni benar2 menyadarkn ku dari lamunanku.
ditatapnya jam di tangan,
4.40am?
haaaaaa???
ya Allah!!
akhi azrin xberhenti dari tadi ke???
ya Allah.. aku malu..
aku yg jd co-pilot ni put dah penat,]inikan pula si pemandu,
berganda2 kepenatan.
itulah manisnya bila Islam benar2
difahami.
dihayati.
diselami.
keni'matan dunia bukanlah segalanya.
sekadar pinjaman sementara.
diniagakn segala apa yg ada,
harta,
masa,
dan kerah tenaga
utk membeli rahmat kasih sayang Allah.
subhanaALLAH,aku juga ingin sepertimu.
seperti para Sahabat,
sepertimu Rasulullah.
terasa indahnya dunnya andai benar keni'matan
beragama telah tertanam subur dlm hatiku.

"letakknlah dunia ditanganmu,bukan di hatimu"
kata naqibku.pendek.tapi membawa seribu makna.

jari-jemari merah kian merangkak di kaki langit,
menampakkn kekuasaan-Nya.
memberitahu seluruh penduduk kenyalang.

25 Dec telah tiba.
bangunlah,tunaikan kewajibanmu pada Tuhanmu.

Alhamdulillah,
detik hatiku tatkala aku ternampak
signboard bintulu lg 8km.
ternampak juga signboard UPM bintulu.
tak kusangka,
akhirnya aku berjaya sampai,
wlaupun dahulunya aku xpernah sangka,
tak pernah inginkan smpai di sini.

5.15am

Alhamdulillah,akhirnya kami smpai.
menggigil kesejukkan.dah macam freezer dah
kereta akhi Azrin.
alhamdulillah kami dpt bersolat subuh berjamaah wlpn
tidak bersama ikhwah2 di sana.
ramainyaaa.
xsangka di Sarawak yg masih baru wadah usrah ni tp
dah berjaya menempatkn hati dlm ramai syabab.
Alhamdulillah,
kami xberkesorangan dlm usaha kami.
ikhwah dari bintulu,miri,kuching,mukah dan mcm2 lg.
bersyukurnya aku dpt ketemu kalian,
sefikrah dgn aku.



kami dihidangkn dgn ta'lim pagi.
subhaAllah.wlupn aku tgh mngantuk mse tu,
tp ceramah yg diberikannya,sik ingat nama ustaz tu.
tapi kata2nya amat berkesan dlm hati aku.

"hak Allah lebih besar drp hak ibu bapa."
beliau mengisahkn kisah nabi ibrahim.
bgaimana perjuangannya dlm menyedarkn kaumnya,terutama sekali
bapanya ttg tiada tuhan yg selayaknya dosembah melainkan Allah.

"ihfazillaha yahfazka"
-jagalah Allah,nescaya Allah akan nmenjagamu-

"da'wah kne lembut,tapi dlm lembut2 tu kne BERPRINSIP"
hebatkan ayat dia.

dlm keramaian tu,mataku mengintai adakah
ade ikhwah2 yg aku kenal.
pandang pandang,
sekali mata tertumpu pd seseorg yg berkopiah putih hitam,
berkaca mata.
Ustaz Firdaus Shah!

ya Allah xsangka aku ketemunya lg.
subhaAllah.
rindunya aku berISK bersama die.
rindu kata2nya yg mendalam.
tp bila di mukhayam ni,
aku lihat die sggh low profile.
zuhud.
xde pun slot utk die wlpn kata2nya
bisa menjentik hati2 manusia.
bila bersalaman dgn beliau,
perkataan pertama yg aku dgr darinya
"subhanaAllah,ni org hebat Unimas ni."
ya Allah.betul2 membangkitkan semangat berjuang aku.
aku xhebat,tapi keperluan bagiku utk "hebat"
bukan utk tunjuk-menunjuk,
tp utk menyampaikan risalah Allah.

aku perlu hebat
dalam kefakihan aku terhadap agama.
aku perlu hebat
dalam akhlak peribadiku.
aku perlu hebat
dalam kepetahan kata2ku.
aku juga perlu hebat
dalam amalanku.
kerna itulah element2 yg perlu ada dalam
seorg daié.
inshaALLAH,aku akan genggam dan terus menggenggam agama ini.

ya Allah,kau tabahkanlah diri kami,
bantulah perjuangan kami...


banyak program dijalankan,
tp semua mainly
berhadaf utk mewujudkan ukhuwah fillah.
terlalu seronok.
setiap xtvt ade matlamat die.
xmampu utku kudescribe lg.
manisnya ukhuwah!


taa'ruf





pengisinya,
byk menceritakan ttg para sahabat.
as tema mukhayam kali ini
"ïngin kumenjadi seperti sababat r.a"

ramai aku makin kenal sprti,
Ath-Thufaili bin amru ad-Dausi,
sumayyah,musáb bin umair dan ramai lagi.
sehinggakan kami perlu membuat persembahan ttg mereka.

"kau xpernah kenal erti gentar,
kau juga xpernah kenal erti takut.
kerna kau yakin,
tuhanmu di sisi disetiap perjuanganmu.
di setiap hunus pedangmu,
sehingga Rasulullah bersabda,
marfumnya,
Andai hendak melihat org yg syahid,tapi masih berjalan
di atas muka bumi ini,tgklah
Tolhah bin Ubaidillah"


sajak yg kukarang sendiri utk malam tu.
salah seorg sahabat yg dijanjikn syurga.


terlau bnyk utk aku karangkan,
tp masih aku xmampu utk memberitahu para pembara
akan betapa manisnya,
ni'mat berukhuwah.
apatah lg perjalananmu penuh dgn dugaan dan cabaran
dlm mencapainya.
subhanaAllah.
ya Allah,
terima kasih kerana memilih aku
utk jalan da'wah ini.
ya Allah,
jdkanlah aku senantiasa istiqamah dlm perjuanganku.
jgn palingkan hidayah-Mu daripada ku.
ya Allah...
aku mencintai-Mu..


Friday, December 17, 2010

ghazwa al-fikri

"Ghazwa al-Fikri"
peperangan minda.

bukanlah berperang menggunakan phycics
mahupun telepati,tetapi peperangan ideologi.
ideologi yang bisa mengawal seluruh manusia di bumi,
samada utk bertujuan baik,ataupun sebaliknya.

aku amat tertarik utk menulis post ttg tajuk ni
setelah aku terbaca satu kolum surat khabar metro,
"Pelajar lelaki tahun 5 berzina dengan perempuan tingkatan 1
disyaki kakaknya"

ya Allah..
benak hatiku meronta-ronta.
sakit hatiku.
ya Allah..
kecik2 dah pandai.bukanlah bila dah besar tu boleh buat,
tapi cuba korg bayangkan,darjah 5.
DARJAH 5.
ingat lagi,masa aku darjah 5,
lari sana sini,main polis2,lompat sana sini.
xkenal pun ape erti cinta,
apatah lagi ZINA.
nauzubillah...
ya Allah..
Aku bimbang..
bukankah masa depan terletak pd tgn mereka,
duhai syabab kecil?
bagaimana keadaan negara kita nanti jua
terletak pd tgn mereka?
tidakkah kita sedar?
ternyata pemikiran anak-anak,
adik-adik kita tlh pun diracuni.
semuanya gara-gara IDEOLOGI BARAT
yang kian terterap dalam minda bawah sedar kita.

"Andai kita nak kalahkan umat Islam,bukanlah melalui pedang,
tapi melalui pemikiran"
sudah terlaksana bukan rancangan jahat
si kafir laknatullah ini?



perlu ke letak gambar ppuan bersenam posing smpai mctu?




ehh?gamba ape tu kat top right tu?


berjaya,kan si laknatullah ni menyesatkan manusia?
terlalu banyak bukti.
cuma org yg sedar,terlalu kurang.
bak kata p.Ramlee
"jarang-jarang"
kerna apa?
sbb budaya kuning sebegitu mmg sudah tertanam subur dlm
hati kita,wahai saudaraku.
bagi mereka yang benar-benar berfikir.
kita punyai akal,berfikirlah.
kita punyai hati,tabahkanlah.
kita punyai alQuran dan Assunnah,turutilah.
kita punya Allah,taatilah.


Ayuh perjuangkan hak agama Allah.
sehingga ke titisan darah terakhir kita.
jangan biarkan mereka mencemarkan pemikiran kita.
bangunlah!
sedarlah ikhwah dan akhwat!
tanamkan hati dengan iman!
bangkitkan jihad!


Sunday, November 21, 2010

Alhamdulillah.

Alhamdulillah.
telahku temui cahaya

Kumeniti titian hidup ini
Daku sendiri
Mungkinkah kutemui cahaya
Dalam kabus mata jiwa
Kusaksikan sejuta wajah dunia
Keindahannya nan mempesona
Kulalui jalanan di kalut kota
Terus melangkah
Fana pesona menduga
Segalanya sementara
Fatamorgana sahara
Hanya di pandangan mata
Fana pesona menduga
Kahayalan insan terlena
Semuanya cuma dusta

Wednesday, November 10, 2010

no mood

Sekadar Lelaki Biasa

Album :
Munsyid : Feelhoney
http://liriknasyid.com


Wajah nan rembulan
Meruntun jiwaku
Tiap tutur kata
Penuh keimanan

Tetapi diriku
Berbeda denganmu
Aku hanya insan penuh kejahilan

Adakah mungkin kan ku miliki kasih
Atau sekadar dalam hati

Ya Allah perkenankan doaku
Jadi ku halal baginya
Menemani mimpi indahku
Ku bertanya...

Adakah harus ku kata
Ku cinta dia (Ku sayang dia)
Ku sayang dia (Ku cinta dia)
Siapalah aku
Sekadar lelaki yang biasa

Cintaku tak bererti memilikinya
Tapi cukup sekadar doa
Bahgiaku untuknya




Kisah Cinta

Album : KOLEKSI NASYID INDIE VOL. 1 – NASYEED UNDERGROUND
Munsyid : FeelHoney
http://liriknasyid.com


Dulu kau berdiri bersamaku
dan saling mengukir janji
bahwa kau kan selalu ada disini
susah senangku bersama kau tempuhi
ku hargai

kini kau dimana
meninggalkan ku sendiri tak berdaya
pesanmu padaku janganlah bduka
jangan menangisimu bila kau tiada
ku mencuba..

air mata pun jatuh ke pipi
mengingkari janji yang ku beri
kisah cinta sahabat sejati
tak berakhir bila engkau pergi
sahabatku kau kan kurindui
kerna kau takkan kembali

walau kau disana
namun doaku kan selalu bersama
maaf kernaku tak pernah tuk berkata
bahwa kaulah teman yang paling sempurna
yang ku ada..

Sunday, November 7, 2010

Awak...

awak..
bukanlah niat saya untuk
musnahkan segalanya apa yang telah kita bina
bersama selama ini..
tapi,
saya terpaksa..
demi menyelamatkan awak.
apatah lagi diri saya ini.

awak..
saya sayang sangat pada awak..
tapi,
saya lebih sayang pada iman awak..
dan iman saya juga..
saya tak mahu kita bertemu,bercinta dalam keadaan begini..
saya rasa bersalah sangat..
saya takmahu menjadi perosak bagi diri awak..

awak..
saya sendiri pernah berkata pada awak,kan.
saya nak jadi peneman hidup awak,
yang bawa awak ke jalan nur Allah.
ke Syurga Allah.
tapi sekarang ni,
saya pimpin awak ke lembah maksiat,
awak rasakan,
mampukah saya untuk kotakan janji saya?
jauh sekali kan?
saya nak jadi suami yang soleh.
saya nak awak,isteri saya yang solehah.
tapi takkan kita nak bina rumahtangga kita
atas dasar nafsu semata-mata?
saya nak bina atas dasar iman dan taqwa..

awak..
maafkan saya andai kata-kata saya,
sangat meninggung,menyakitkan perasaan awak.
tapi itulah yang saya mampu,
untuk membuatkan awak,
cepat untuk melupakan saya.
mudah untuk awak membenci diri saya.
saya dah lama ingin ucapkan,
tapi saya risau kata-kata saya ni
akan mengganggu fikiran awak,
perasaan awak.
sebab awak masih ada paper yang perlu dijawab.
maaf..
saya cakap sekarang agar awak,dapat tenangkan hati,
relaxkan minda.



awak..
jadilah yang terbaik..
jadilah solehah..
timba ilmu sebanyak-banyaknya..
taatkan perintah ibumu..
cari cinta Allah dulu ye..
kita tinggalkan yang haram,
inshaALLAH Allah kan kurniakan yang
halal pada kita..
yakinlah dengan janji Allah..
carilah cinta Allah,kerna
itu yang hakiki dan abadi..


"sayang.. tunggu abang ye,abang ambil wudu' kejap,
ayang bentangkalah sejadah dulu ye,"

"ehh.. dah pukul berapa ni?pukul 3.00 pagi?
Tariq menangis tu Yang,
abang buatkan susu ye..
Ayang bangun dulu,buat solat tahajjud dulu tau,
nanti lepas abang tidurkan Tariq,kita
jemaah sama-sama."

"ehh kenapa muka ayang ni pucat ni??
Ya Allah,ayang tak sihat ke?
meh abang suapkan ubat ye.
tu tandanya Allah sayang kat ayang,
dah dah jangan sedih-sedih ni."sambil picit
idung awak..

tu kan lebih sweet.
daripada kita bermadah-madah cinta sekarang,
dapat apa?
murka Allah adalah..
nauzubillah..
saya.harap.awak.faham.kenapa.
saya.buat.begitu.pada.awak.

kencang sikit!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...