Metamorfosis kebaikan

Tuesday, March 22, 2011

Penipuan dalam makanan

Penipuan dalam MAKANAN

Antara “barangan buatan” yang telah dijadikan ikutan oleh kebanyakan dari kita.

1. Kita diajar dalam buku biologi,

buku pemakanan (kajian dan terbitan para kafir ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam.

tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman.

Nak ikut kafir ke nak ikut Nabi Muhamad ?

Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sbb hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan.

so kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam.

makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran kafir ini.

kopi

2. Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan.

Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi Muhamad selain susu dan madu.

Cuba tengok Yahudi, mereka minum kopi, Starbuck.

Profesor di UK yang Yahudi semua ada segelas kopi di tangan mereka.

kambing

3. Kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol,

namun kambing juga adalah makanan kegemaran Nabi Muhamad.

Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita.

Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol.

McD

4. Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus,

namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans.

cocacola

5. Para kafir ni juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat,

contohnya coke dan maggi.

Coke tu sangatlah beracun,

pastu sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi).

6. Untuk pengetahuan, para kafir agen dajjal ni gak mengwar-warkan kebaikan minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar),

namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan.

selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sbb dalam soya ada hormon estrogen yang sama dgn estrogen kat wanita. Pastu soya ada phytic acd yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.

Secara kesimpulannya para kafir ajen Al-Masih Dajjal ni bukan setakat melemahkan kita dari segi lain namun secara pemakanan kita jua.

Firman Allah:

يَا أَيُّهَا النَّاسُ كُلُوا مِمَّا فِي الْأَرْضِ حَلَالًا طَيِّبًا وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ

Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan, kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.

(Surah Al-Baqarah : 168)

Firman Allah:

وَكُلُوا مِمَّا رَزَقَكُمُ اللَّهُ حَلَالًا طَيِّبًا وَاتَّقُوا اللَّهَ الَّذِي أَنتُم بِهِ مُؤْمِنُونَ

Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu,

iaitu yang halal lagi baik dan bertakwalah kepada Allah yang kepadaNya sahaja kamu beriman.

(Surah Al-Maidah : 88)

Firman Allah:

Oleh itu,

makanlah (wahai orang-orang yang beriman) dari apa yang telah dikurniakan Allah kepada kamu dari benda-benda yang halal lagi baik,

dan bersyukurlah akan nikmat Allah,

jika benar kamu hanya menyembahNya semata-mata.

Al-Quran

Surah An-Nahlu

Ayat 114

وَكُلُوا مِمَّا رَزَقَكُمُ اللَّهُ حَلَالًا طَيِّبًا وَاتَّقُوا اللَّهَ الَّذِي أَنتُم بِهِ مُؤْمِنُونَ

Friday, March 18, 2011

kekasih-kekasihku.


duhai kekasih-kekasihku sayang.

terima kasih kerna menemani hidupku.

biarpun aku tak sempat

mendalami hati-hatimu

tapi kau tetap jua,

menantikan diriku.

bukanlah niatku untuk tidak berlaku adil,

tapi..

aku perlukan masa untuk mengenali

setiap satu kekasihku ini..

aku perlu meletakkan sepenuh hati aku,

sebelum aku benar-benar kenal akan

kekasihku ini.

tapi,aku menyintai kamu semua <3


my first al-Qurán terjemahan.
hadiah daripada Abg Asyraf,naqibku yang pertama
dlm sistem usrah ni.
besarnya pahala.andai sehari tak dibaca,hati rse mcm ade sumting yg xkne je.
(bukan usrah sekolah yg bila dtg je,abg2 senior asek cerita pasal kahwin je.adehh-_-")


buku usrah =)
sayaanggg sgt!!banyak sgt ilmu dlm ni.
khutbah,taálim,usrah,ceramah.semua dlm ni.
al maklumlah,aku bukanlah al-Hafiz.
al-Quran dan buku usrah ni la peneman aku mse mesyuarat.


dikala aku kesedihan,kau dengarkan aku alunan zikir penenang jiwa
dikala aku berkesibukkan,kau hiasi bilikku dengan bacaan suci ayat al-Qurán.
dikala aku berkeseorangan,kita berduet bersama-sama,mendendangkan
nasyid,walaupun kau tahu suaraku xsesedap mana.hehe



kekasih jua.tapi maaf,sy xmampu menghabiskan kesemuanya.
<3>


hadiah <3

buku khalifah tu ayah yg kasi.
buku jika ingin berjaya tu,sahabatku,haris beri sempena ulang tahun kelahiranku yg ke-19
dan buku bekal da'wah tu pemberian abg Bakri,naqib usrahku selepas Spm.
rindunyaa dgn abg bak.


bukan kupunya.pinjam drp Abg Azrin,naqibku.subhanallah.betul2 menggetarkan iman.
terima kasih =)


satu je ada.ntah mne ntah adik beradik die yg lain.
tp adik yg Isu28 ni paling disayangi sbb ade tanda tangan
ustaz Zin Kandar dgn Ustaz Hafidzi.=)

"membaca jambatan ilmu"

kelebihan burung pada kepaknya,
kelebihan gajah pada kekuatannya
dan
kekuatan manusia terletak pada akalnya.

"menuntut ilmu adalah taqwa.
menyampaikan ilmu adalah ibadah,
mengulang-ulang ilmu adalah zikir,
mencari ilmu adalah jihad"
(Imam Al-Ghazali)

Saturday, March 12, 2011

Buat mereka yang sedang diuji oleh Sang Khaliq..

"Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar, iaitu orang-orang yang ketika musibah, mereka berkata: "Sesungguhnya kita adalah milik Allah dan kepadaNya kita akan kembali".Mereka itulah yang memperoleh ampunan dan rahmat dari tuhannya,dan mereka itulah orang yang mendapat petunjuk".(Al-Baqarah:155~157)

"Dan janganlah kamu merasa lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamu orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang beriman."(Ali-Imran:139)

Sejak seminggu yang lalu diri ini dilanda al-fatrah yang agak kritikal membuatkan hari-hari yang dilalui agak tidak bersemangat.Namun kutabahkan diri ini untuk menghadapinya.Kadang terasa seolah-olah diri ini keseorangan di celah-celah manusia bermata sepet.Kadang serasa hampir-hampir ku tersungkur menyembah bumi dek kerana kesibukan, kelelahan dan kepenatan mengejar rutin harian. Namun cepat kusedari,..."ah, baru sedikit ku diuji oleh-Nya"...Nyata sekali diri ini masih belum cukup kuat dan ampuh untuk menghadapi dugaan ini berseorangan.Ya,aku tidak keseorangan.Aku punya tempat mengadu yang sentiasa ada disitu,yang takkan menghampakanku tika aku mengadu segalanya pada-Nya, DIA yang bisa menenangkan hati ini tatkala aku berbicara dengan-Nya...itulah Al-Khaliq...Sungguh hanya dengan mengadu pada-Nya membuatkan hati ini tenang, bak bumi gersang disimbah hujan rahmat.Alhamdulilllah...Kupanjatkan kesyukuran kepada-Nya,Tuhan Rabbul Jalil.Benarlah, hanya dengan mengingati Allah,hati akan merasa tenang.

Sungguh hamba-Mu yang kerdil dan hina ini insaf ya Allah.Betapa setiap dugaan yang Kau berikan itu tak lain dan tak bukan telah lebih mendekatkan lagi aku dengan-Mu. Fitrah orang mukmin tatkala dilanda kesedihan pasti hati cenderung untuk kembali kepada-Nya.Sungguh aku bersyukur di atas nikmat iman yang dikurniakan oleh-Mu,ya Allah, ya Rahman,ya Rahim...
Rasulullah saw bersabda yang maksudnya:
"Orang yang sangat banyak mendapat ujian itu adalah para nabi,kemudian baru orang yang yang lebih dekat darjatnya kepada mereka.Orang diuji menurut tingkat ketaatannya kepada agamanya.Jika sangat kuat dalam beragama maka sangat kuat pula ujian yang menimpanya,bila lemah dalam agamanya,maka diuji pula oleh Allah sesuai dengan tingkatan ketaatannya kepada agamanya.Demikianlah ujian itu sentiasa ditimpakan kepada seorang hamba sampai ia dibiarkan berjalan di atas muka bumi dalam keadaan tidak berdosa."
(Hadis riwayat at-Tarmizi)

Dari hadis di atas dapatlah disimpulkan bahawa musibah atau cubaan yang diturunkan Allah kepada hamba-hambanya adalah bertujuan:

1. Untuk membersihkan dan memilih, mana orang mukmin yang sejati dan mana orang munafik.
2. Untuk mengangkat darjat serta menghapuskan dosa.
3. Untuk melihat sejauh mana kesabaran dan ketaatan seorang hamba.
4. Untuk membentuk dan mendidik keperibadian manusia sehingga menjadi umat berbudi tinggi.
5. Sebagai latihan, supaya manusia terbiasa menerima ujian dengan demikian akan bertambah kesabaran, kuat cita-cita dan tetap pendiriannya.
Ubat Hati ada lima,
Yang pertama,baca Quran dan maknanya
Yang kedua, dirikanlah solat malam
Yang ketiga, berkumpullah dengan orang-orang soleh
Yang keempat, perbanyakanlah berpuasa
Yang kelima, perbanyakkanlah berzikir


Selagi kita bernafas di atas muka bumi ini,selagi itulah kita akan diuji...kita hanyalah makhluk-Nya yang cuma menumpang seketika di alam fana ini, berkelana menuju destinasi yang pasti,,,,lalu mengapa terlalu mendambakan kesenangan yang sementara. Dunia ini bukankah tempat ujian semata?

Tuhan kupohon kepada-Mu diberi sekelumit kekuatan dan kesabaran buatku menempuh hari-hari mendatang yang pastinya akan lebih mencabar.Kupujuk hati ini,"Sabarlah wahai hati,cuma untuk beberapa waktu sahaja lagi, mentari pastinya kan muncul lagi.Wahai hati,jangan bersedih lagi.Senyumlah dan tabahlah menghadapi hari-hari, demi mengejar sinar di hujung destinasi".

dicopy drpd blog Aq Hamba
jazakumullahu khairan kasira =)

Friday, March 11, 2011

Dahsyatnya Hari Qiamat dan Padang Mahsyar




Dahsyatnya Hari Kiamat Dan Padang Mahsyar.
Assalamualaikum Wbr.

Sekadar ingin berkongsi bahan yang saya dapat...
Semoga kita semua mendapat manfaat...

Wallahualam....


Hari yang Pasti Terjadi




Gambaran Hari Qiamat

✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.



✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.

✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.


Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

aku gagal genggam bara smpai jadi abu




ya Allah..
aku sedih..
aku malu..
aku terasa diri aku rendah sangat..
ya Allah..
kurasakan segala ujian-Mu padaku,
bukanlah aku orang yang selayaknya untuk menanggungnya..
ya Allah..
kenapa Kau bebani diriku sebegini..
tiadalah kudratku untuk menanggung segala
tomahan,buruk sangka,cemuhan,kutukan dan
cacian..
aku tidak setabah Rasulullah
aku tidak segagah Khalid
aku tidak sepintar Salman al-Farisi
aku tidak setegas Umar
aku tidak sededikasi Salehuddin
kenapa Kau pilih aku untuk menanggung ujian
seberat ini..






ya Allah..
aku ini cumalah hamba yang penuh
silap dan salahnya,
penuh dengan kekhilafan,
penuh dengan kelemahan..
kenapa ya Allah kenapaa..
aku tahu,tiadalah layaknya bagiku untuk
mempersoalkan segala ketentuan-Mu..
tapi..
aku ni cumalah Fathihi,
tak mampu menahan mehnah ujian-Mu..
ingin saja aku berlari jauh-jauh daripada manusia.
mengasingkan diri.berdua-duaan dengan-Mu.
aku ingin bermadu kasih dengan-Mu.
aku ingin meluahkan perasaan cintaku yang terpendam
pada-Mu..
ya Allah..
rinduku pada-Mu tak mampu menandingi rindu-Mu
pada rintihanku..
ya Allah..
aku cinta pada-Mu..
layakkah untukku,si insan kerdil untuk mencintai
Pencinta Maha Agung..
ya Allah..
terima kasih..
dugaan-Mu,
ujian-Mu,
mehnah-Mu,
membuatkan aku lebih mencintai-Mu..




----------------------------------------------------------------------------------

subhanallah,
mcm2 masalah yg timbul,
setiap kali aku terdengar someone mention
the word "ABJZ"
tetbe kepala aku rse berat smcm,
suhu badan aku naik.
muka monyok.
beban.sbb bende ni bawah tnggjwab aku.
smpai kwn2 aku takut nak tnye aku.
korg ingat aku buat bende semua ni bagai
melepaskan batuk di tangga??
mudahnya anggap begitu.
bukan aku nak tangguh,sekejap cancel,
ade balik,then cancel balik.
cubalah korg rasa berada di tempat aku.
cubalah.
aku dah bnyk kali disakiti.
tp aku cuba bersikap profesional,buang hati aku seketika,
amanah lebih utama.
tp bila korg terus-berterusan menyalahkan aku
aku down.
bila tiap kali mesyuarat,aku kene tegur.
(tegur mmg bagus,tp tegur atas bende yg bukan yg aku nak then
bende tu terjadi.)
aku terasa,nak aje aku salahkan org tu,org nih.
tapi aku bukanlah manusia sebegitu.
cuba kau rasa berurusan dgn pihak luar yg ntah bila ntah
die balas sms korg,balas comfirmation korg.
tetbe die bagi tarikh sekian-sekian die nak dtg bg pengisian
DALAM MINGGU TU JGK.
korg pun tahu,kan,lulusnya 1 proposal bukannye 2@3 hari,
tp at least seminggu sebelum hari kejadian.
dan bila aku dpt tahu die free minggu ni,12 mac.
aku xde cara lain melainkan untuk anjurkan program ni
secara underground.illegal.
dengan duitnya xde.
dan aku sedia utk tanggung segala consequences.
yang penting,benda baik ni berjalan.
pelajar dpt maklumat mengenainya.
tapi korg semua salahkan aku.
terima kasih laa.
maaf jgk sebab aku jenis suka tanggung beban bersendirian.
aku tahu korg semua nak jd doktor,engineer.
sbb tu aku xnak kacau korg.
dan aku lambat mesyuarat hari tu,
sbb aku ade perkara yg aku perlu utk aku beri
more commitment.dan sebelum bermula mesyuarat tu,
aku ade pesan someone utk conduct meeting dulu.
pukul 9.
kecewanya aku bila aku smpai 9.30,bila aku tnye,
dah dpt ape2 dah?
senang je ckap baru start mesyuarat.
aku dgn berlari2 tgglkn masjid,
dgn usrah xhabis lg.
ya Allah..
masuk mesyuarat semua pndg slack.
melenting2 tinggikan suara
tegur aku marah aku
fine xpelah.
biar aku tanggung lagi.
mse mesyuarat tu aku mmg da xnak cakap ape2 dah
aku tahu korg semua dah hilang kepercayaan
pd kredibiliti aku.
aku paham.
mse bas ke barat utk pergi lab IT malam pon sme.
aku pergi jumpa pejabat,
dan dorg cakap suruh tggu kat depan dewan pukul 7.15mlm.
nnt ade bas yg dtg ambil.
tp tggu punye tggu xde bas pon.
aku nak kol pejabat,tp pejabat dah tutup.
aku dah xtahu nak buat ape+malu gile.
knape semua yg bwh tggjwb aku,semuanya ade mslh.
ya Allah..
rupa2nya mse aku pergi pejabat bas,rupa2nya
pejabat tempah pukul 7.
terima kasihlaah.
keep the blame on me.
aku mmg tebal muka habis mse tu
alhamdulillah ade bas pukul 8.






then tetbe pejabat kluarkn statement,
"inshaALLAH nnt kami akan anjurkn program ABJZ."
then slama ni aku pening2 kepala sampai demam
sampai ponteng kelas Math.
utk apa??????????????????????
ya Allah..
astarfirullahala'zim.
bila dzatul ckap DORG MMG X AKAN LULUSKAN PROPOSAL ABJZ
knape xcakap mse jumpa korg duhai Dekan dan Timbln Dekan.
kau bg sinaran harapan mse aku dan haris cuba bntang proposal Abjz,
kau kata letak biodata penceramah,kan.
aku pun menebalkn muka pi la cari ape yg korg nak.
TAPI
bila korg tgk PROPOSAL LAST MINUTE kitorg,
korg terus reject sbb korg xsuka PENCERAMAH tu.
dgn alasan
"die ni(si penceramah) ade mslh mse university dulu"
people can change.
astargfirullahala'zim.
sampai begitu tanggap dorg.
lepas tu dorg sndiri nak arrange program
lebih kurg mcm ABJZ tp
guna PENCERAMAH KENALAN DORG.

dahla.aku dah cukup kecewa.
aku xbersungguh2,kan?
alahai mudahnya kata2mu cik adik.
AKU.LETAK.JAWATAN.

p/s:aku letak jawatan xbermaksud aku berhenti
dari usaha da'wah aku.salah aku sbb x cuba bina individual
muslim sebaik2nya tp aku terus cuba nak pegang bersama2
"daulah Asasi"
cukuplah.maaf haris.aku dah xmampu.
aku xnak libatkn kau sekali sbb aku takut kau pun
rasa sepertimana aku rse.maaf....



Friday, March 4, 2011

diam

aku diam tak bermakna aku
xsuka pendapat korang,
tapi aku agenda yg lebih besar yg perlu di ketengahkan.
aku termenung panjang,
xbermakna aku bosan dgr idea korg dan berlagak pandai,
tapi banyak masalah bermain-main dlm aqal aku.
kau tahu ke?
atau kau ADE NAK AMBIL TAHU?
then?
knapa perlu buruk sangka?
dan siapa kau untuk judge hati manusia?
KEIKHLASAN?
hebat.riak?
cermin la diri sebelum berkata.aku kenal kau.
aku ni hanyalah hamba,xmampu untuk membaca benak hati dan
buah fikiran.

"Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat." (Surah al-Hujuraat, ayat 10)

ketahuilah duhai kawan,
suu dzon adalah penyakit hati paling kronik.
Allah SWT telah memberi amaran,

"Hai orang-orang yang beriman janganlah suatu kaum mengolok-olok kaum yang lain (karena) boleh jadi mereka (yang diolok-olok) lebih baik dari mereka (yang mengolok-olok) dan jangan pula wanita-wanita (mengolok-olok) wanita-wanita lain (karena) boleh jadi wanita-wanita (yang diperolok-olokkan) lebih baik dari wanita (yang mengolok-olok) dan janganlah kamu mencela dirimu sendiri dan janganlah kamu panggil memanggil dengan gelar-gelar yang buruk. Seburuk-buruk panggilan ialah (panggilan) yang buruk sesudah iman dan barang siapa yang tidak bertobat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim." (Surah al-Hujuraat, ayat 11)

bagaimana ukhuwah islamiyyah yg setiap hari kau
laungkan "Ikhwah ikhwah" untuk terbentuk andai
dalam hati setiap muslim tu sendiri dah tertanam
dengan naluri untuk membenci?
bagaimana?
jangan hanya hebat berkata tanpa disusuli dengan amal =)

Buruk sangka adalah satu dari penyakit hati yang amat kronik. Ia bukan sahaja menjarah dengan parah hati dan jiwa pengidapnya, tetapi turut lahir tersendiri, malah ia lahir bersama dengan sifat-sifat mazmumah yang bongkak, dendam, zalim dan sebagainya. Apabila sifat tersebut meneraju dan memacu kehidupan seseorang insan, ia akan menjadi manusia yang sentiasa resah, gelisah dan tidak tenteram, kerana sentiasa mencari keaiban dan kelemahan orang lain, tidak punya masa untuk mengingati Allah SWT.

jagalah hatimu duhai kawan,
jangan biarkan penyakit tu kian melarat,membengkak dengan
sifat-sifat mazmumah.

"Ketahuilah bahawa di dalam badan ada seketul daging, apabila ia baik, baiklah badan seluruhnya dan apabila ia rosak, rosaklah sekaliannya, ketahuilah! Itulah yang dikatakan hati."
(Hadis Riwayat Al-Bukhari Muslim)


P/s:Sabar ada batasnya?=)
"Bukanlah orang kuat itu adalah orang yang pandai berkelahi, sesungguhnya orang kuat itu adalah orang yang dapat mengendalikan nafsunya ketika ia marah."

Wednesday, March 2, 2011

Konvensyen Tranformasi Muzik & Kemanusiaan 2011





bismillahirrahmanirrahim sbg pembuka bicara.
assalamua'laikum.
alhamdulillah dgn izin-Nya,dpt jgk aku curi2 masa utk update
blog yg kian kusam dgn sarang labah2 ni.
*sbb xtahu mcmne nak buat report bio,tu yg berblogging kjap ni.hehe

inshaALLAH,aku akan cuba dan sentiasa mencuba utk
memperbaiki penulisanku yang kian harinya kian merepek.
hati tersentak dan tersentuh tatkala mendalami kitab "Maálim Fi Ath-Thariq".
subhanallah..
hebat keperibadian Sayyid Quthb.
antara kata2 beliau yg menjadi assebab utk membuka mata hatiku .

"Telunjuk yang senantiasa mempersaksikan keesaan Allah dalam
setiap solat,menolak untuk menuliskan barang satu huruf penundukkan atau menyerah kepada
rezim thawaghit.."

"Tidak akan pernah! Aku tidak akan pernah bersedia menukarkan kehidupan dunia
yang fana ini dengan akhirat yang abadi"

subhanallah.. inilah kata2 beliau tatkala menerima tawaran pengampunan,
tetapi dengan syarat beliau perlu menulis
kalimat kemaafan kepada rezim.
subhanallah,hebat,kental dan begitu thabat imannya terhadap Allah..
Ya Allah..
beliaulah idolaku dalam bidang menulis tinta-tinta ke jalan Allah.
subhanallah..
menjadi indicator kesedaran buatku utk menjaga bicara kataku.

------------------------------------------------------------------------------------

Konvensyen Tranformasi Muzik & Kemanusiaan 2011

subhanallah.
tak kusangka aku akan berpeluang untuk bertemu dan bergambar
bersama-sama salah seorang pejuang kemanusiaan di Palestin.
bersyukur sangat sbb dpt mendengar pengalaman dan kata-kata
amanat diorang.








kedua-duanya prospek yang bakal mencetuskan
revolusi kesedaran dalam hati-hati manusia.
pergh!
Prof Madya Hafidzi walaupun dirinya bertongkat,
tapi kata-katanya.hebat.
cara pembawaan beliau tentang isu-isu palestin,
benar-benar menggetarkan jiwa.
*tapi kenapa ada golongan yg belum lagi sampai ke program ni dah buat
statement mcmni,"alah,pergi pun bukannya dapat menghayati."
aku geleng kepala.Allah dah kurniakan hati,hayatilah.xkan kau nak jd lebih teruk drp haiwan ternakan?

bagaimana beliau cuba merelatekan dengan keadaan sekrang,
mesir, tunisia, algeria , iran.
3@4 jam ceramah beliau dirasakan sekejap.
diri terasa dahaga dengan ilmu.
terasa diri perlu untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang
SAUDARA-SAUDARA SEAGAMA kita di sana.
isu palestin bukanlah isu sensitif!
tapi isu kemanusiaan.
kenapa masih ada golongan,yang apabila diutarakan isu palestin
dalam suatu pembentangan,
mereka berkata itu "isu sensitif,isu keagamaan,
mana boleh campurkan belajar dgn isu ni.Aku sendiri pun
TAK TAHU pasal Palestin ni."
dah tak tahu tu,kajilah,yg xde kaitan dgn islam,ummah kau pakar pulak.
SNSD lah,2p.m lah ape lah.semua kau tahu,kan =)
cuba kau bayangkan,keluarga kau dekat sana?
ape perasaan kau?

sedih sangat masa 2 penceramah hebat ni beri speech,
hanya dalam lebih kurang 50 orang sahaja yang hadir memenuhi
daripada 400 tempat duduk.cuba bayangkan.
sedikit.terlalu sedikit.
dan aku amat terharu apabila ada golongan non-muslim
juga datang menyertai program ni.
terharu sangat,kerana mereka antara yang terpilih
berbanding kawan-kawanku yang syahid di bilik,
bersama-sama katil yang empuk.
alhamdulillah.
terima kasih ya Allah kerna
Kau memilihku dalam usaha ini.


Antara sahabat-sahabatku yang komited:
suffian
"aku skrg ni dah xkesah dah ade exam ke,test ke,
tapi aku yakin akan janji Allah
47:7"
aku tersenyum bila fikrah pian selari dgn fikrah kami.
3.96 ni,haa aku 3.17 je.alhamdulillah.


aku mmg x thiqah,kan.=)

haris sharim
"Jangan bincang soal cinta-cintun andai Palestin akan jauh dari jiwaku."


Prof Madya Hafidzi dan Prof Madya Zin Kandar bersama
Al-Farabi Band dan barisan kepimpinan Unimas

Fazlee dan Ahmad Nazrul Mubin

kencang sikit!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...