Metamorfosis kebaikan

Thursday, November 4, 2010

Rehlah Pantai Damai






"Subhanallah,indahnyaaa!!"
monologku takala kakiku melangkah,memijak
pasir-pasir di Pantai Damai,Sarawak..
Ya Allah,
sangat indah!
xtergambar dek kata-kata.
sangat-sangat indah.
dengan dikelilingi dengan bukit-bukit yang gagah berdiri.
Ya Allah,
besar sungguh!
tapi itulah bukit-bukit yang dahulunya pernah menolak
pabila ditawarkan oleh Allah,
utk menjadi khalifah di muka bumi ini.

"Sesungguhnya Kami telah mengemukakan tanggungjawab amanah Kami kepada langit dan bumi, serta gunung-ganang untuk memikulnya, maka mereka enggan memikulnya dan mereka bimbang tidak dapat menyempurnakannya, sedang manusia yang ada persediaan padanya sanggup memikulnya...".(Surah Al-Ahzab:72)


jika nak dibandingkan dengan diri kita,manusia?
jauh,jauh sekali.
apa yang membezakan kita,dengan mereka,
yakni kita makhluk Allah yang
istimewa.
kita punyai kebolehan dan akal fikiran.
dan lebih istimewa andai kita gunakannya,
ke arah mardhatillah =)

-------------------------------------------------------------------------------------

seronok sgt.
berehlah dgn ikhwah sekalian.
berenang bersama-sama.
bermain bersama-sama.
gurau senda dengan naqib.
subhanallah.
indahnya pengalaman ni..



solat bersama-sama




terasa hina di hadapan-Nya




kelaparan.




sultan alfateh&salahuddin al-Ayyubi-wanna-be







encik presiden




subhanallah



kami inginkan syahid di jalanMU


xsabar utk bermuhayam bersama pula =]
alhamdulillah.
bersyukur.kerna.aku.terpilih.di.sini.
banyak.yang.telah.kupelajari.


p/s:mata sepet je buat post ni.huhu

Monday, November 1, 2010

bila dunnya merasuk hati

rasulullah bersabda ;"sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging.apabila daging itu baik,maka baiklah seluruh anggota.dan apabila daging itu rosak,maka rosaklah seluruh anggota.ketahuilah,itulah hati."

hati,hati,hati.
kaulah ibarat raja kerajaan diriku ini.
kau yang menjadi pemerintah tubuh badanku ini.
andai kau zalim,maka zalimlah
seluruh tubuh badanku.
andai kau mulia,mulialah
seluruh hendak-NYA.
melahirkan jasad yang senantiasa dahagakan
saat pertemuan dengan yang Maha Esa,
buntuhkan menangis merintih akan segala khilaf
di setiap sepertiga malam harinya.
duhai hati,kenapa kau begitu fragile?
terlalu mudah buatmu untuk melupakan
TUHAN-MU.
adakah kehebatan dunnya ni,
terlalu hebat?
sehinggakan segala apa yang telah
Allah firman,kau lupa?

"Kesenangan di dunia ini hanya sebentar dan akhirat itu lebih baik untuk orang-orang yang bertaqwa dan kamu tidak akan dianiaya sedikitpun."(surah an-Nisa';77)

apakah kau lupa?


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


-------------------------------------------------------------------------------------

ya Allah..
aku malu pada-MU,
pandagan wanita lebih kuagungkan daripada pandagan-Mu..
astargfirullahala'zim..

suatu hari tu,sedang aku melayari facebook,
aku ternampak comment-comment
wanita UNIMAS;

"suka suaranya,sedap"
(bacaan al-Quran)

fuh,ntah tak tahu kenapa,
aku tiba-tiba diselubungi perasaan cemburu yang amat sangat.
ntah.
aku tak tahu kenapa aku teringin sangat ingin menunjuk
bacaanku pun sedap juga.
lumrah manusiakah ingin nampak hebat?

sehinggalah suatu hari,
aku jadi imam subuh.
tetbe je aku terngiang-ngiang komen dari fb tu,
so mulalah.
hati ni gelora nak mencipta nama di hati muslimat-muslimat.

"Allahuakhbar"
tetbe je suaraku jadi garau.
sakit tekak.
aku pun meneruskan bacaanku.
surah al-fatihah.
garau.pecah.
surah al-Fath
garau.sakit tekakku untuk menyebut kalimah
kalimah Allah,susah bagiku untuk membetulkan
mehraj-mehraj huruf.

SINDIRAN DARIPADA ALLAH

nauzubillah.
bukanlah pada mereka aku sepatutnya
tunjuk hebatnya aku,hebatnya
segala amalanku,
tapi pada-Mu
YA ALLAH.
astargfirullah.
aku lupa.
aku leka.
aku alpa.

hamba-MU ini ingin menjadi seperti
Panglima Tariq bin Ziyad.
singa di siang hari,
tetapi a'bid di malam hari.
diriku ini ingin mencontohi Rasulullah saw,
dijanjikan syurga,
namun amalan.
tak tertanding dek manusia.
mulianya amalanmu,
indahnya budi pekertimu
ya Rasulullah.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


FITNAH WANITA


Dari Usamah bin Zaid r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda “Tidak ada suatu fitnah (bencana) yang lebih besar bahayanya dan lebih bermaharajalela-selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain daripada fitnah yang berpunca daripada kaum wanita”

(Bukhari, Muslim, Imam Ahmad, at-Tirmidzi, Nasa’i dan Ibnu Majah)


Huraian
1.Dunia mempunyai daya penarik yang kuat kerana Allah SWT telah menjadikannya berkeadaan demikian untuk menguji manusia siapakah yang dapat menguasai hawa nafsunya dan dapat menjalani kehidupan di dunia menurut jalan yang diredhai Allah.

2.Antara daya penarik dunia ialah wanita kerana lazimnya mereka mendorong lelaki dengan tutur kata yang manis, gerak geri yang menggoda dan pakaian yang memberahikan. Semua ini mencabar keimanan kaum lelaki sehingga mereka menjadi lalai terhadap tugas dan kewajipan mereka.

3.Oleh itu Rasulullah SAW menuntut kita supaya memelihara dan mengawal diri daripada diruntun oleh kemanisan dan keindahan dunia dengan menambahkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah sambil mengingati bahawa segala yang ada di dunia hanyalah sementara sahaja berbanding dengan segala nikmat di akhirat yang kekal abadi.

4.Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita yang solehah.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


renung-renungkanlah.

p/s:maaf kpd muslimat2 tertentu,aku dah 'ter'delete korang daripada
friend list aku,maaf.aku xmahu korang menjadi fitnah buatku,aku
tak mahu korang berdosa.
biarlah aku memilih jalanku ini.

Sunday, October 31, 2010

kisahku sbg ketua

"Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah
kepada RasulNya serta pemerintah di kalangan kamu, kemudian jika kamu berlainan
pendapat tentang sesuatu, maka kembalilah kepada Allah dan rasulNya, jika kamu
benarbenar beriman kepada Allah dan hari Kemudian. Yang demikian itu lebih utama
(bagimu) dan lebih baik akibatnya." (al-Nisa': 59).


salama'laik =]

huaaaaa!
dah lama sangat dah xupdate blog ni.
rindu sgt sgt sgt!
medan da'wah yg dah lama aku xkunjungi.
nak berbicara pun,lidah tak bisa
lantang mengelurakan kata2,
body language pun,xmampu untuk mempengaruhi
insan2.
biarlah kalam yang berbicara.
inginku menjadi seperti Sayyid Qutb yg
tajam penanya.bisa menyentuh hati2 mereka,
biarpun kutahu hidayah itu hak milik kekal abadi Allah,
tp inilah ikhtiarku,
usahaku,
utkmu duhai insan2 akhir zaman.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


ya Allah,susahnya nak jd pemimpin.
bukan senang,nak jaga hak sendiri,
hak org2 yg dibawah kepimpinan,
apatah lagi hak Agama.
ya Allah..
wlaupun aku ni,cumalah ketua utk 1 group utk
society and leadership,tp,
cabarannya amat berat bagiku.



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Cabaran melaksanakan hak Pemimpin dan pengikut.

1.Mendapat Kepatuhan dan Taat Setia
2.Memberi Kerjasama
3.Mendapat Teguran dan Nasihat

nak ringkaskn cerita,
dalam group aku ni,adelah
seorang ni,cik Q.
ntahlah,at first,aku tgk die ok je.
sbb tu aku excited sgt tarik die masuk group aku
mse pembahagian group bagi pelajar2 baru.
tapi,bila tiba masanya kami
buat perbincangan,Q slalu sgt xhadir.
dan bermacam alasan yg aku dgr.
mungkin salah aku kot at the first place,
sbb aku xsebar maklumat,
aku hanya membri pengharapan penuh pd Dzatul sbb aku sndiri
xpunyai no. mereka2(perempuan)
bila diadakan meeting,tiada.
jarang sekali.
bagi aku,aku ok je.
sbb it is between her and Allah.
tapi,atas dasar sbagai seorang ketua+
rungutan dari anak2 buahku+
aku sendiri risau akan markah die nnt bila kami buat
evaluation,
so,suatu hari tu,hari khamis.
aku pun decide dgn penolongku utk ketemu Q,personally.
dalam pertemuan tu,
aku bicaralah sedikit kekhilafan,kekurangan yang die
sndiri telah lakukan.
titik demi titik air mata mencurah.
aku lihat die menangis.
"alhamdulillah,die sedar agaknya"monologku sendirian.
yg berbicara cumalah dzatul,sbb bila nak uruskan hal2 ppuan nih,
kerna aku tidaklah mahir,ppuan lebih mengetahui.
aku hanya mampu tambah sedikit2 je.
tapi bila si Q mula berbicara.
"Q nak tukar group"
kami berdua tersentak,terdiam seketika.
keningku sedikit terangkat.
aku terkejut bila Q keluarkan statement sebegitu.
"itu hak Q,andai Q nak kluar,kami xde hak utk halang."
kataku.

-setel-

namun,pada suatu hari,sedang aku,dan
pihak JPPU sdg brmesyuarat.tetbe bangkit kisah
ni.
terkejut aku apabila aku dpt tahu,
si Q tu buat cerita buruk pasal kami.
"Fathihi nak buang aku dari group"
byk lagi yg buruk diperkatakan.
subhanallah.
aku punyalah bersusah payah nak selamatkan dia.
xpelah,
aku dah jalankn tugasku.
itu hakikat,xsemuanya suka akan apa yg kita buat.
aku,sbg seorg hamba,perlu
terima dgn reda.
inginku marah,sbb ini kaitan dengan maruahku,
tapi,
bagiku,xpelah.
aku xkan tegas,lantang suaraku,menggunakan kekuatanku,
kerah tenagaku
melainkan utk HAK AGAMAKU.


Dari Usamah bin Zaid r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda “Tidak ada suatu fitnah (bencana) yang lebih besar bahayanya dan lebih bermaharajalela-selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain daripada fitnah yang berpunca daripada kaum wanita”

(Bukhari, Muslim, Imam Ahmad, at-Tirmidzi, Nasa’i dan Ibnu Majah)

والفتنة أشد من القتل

tiada lain yang aku harapkan melainkan sepenuh
pengharapan pada Allah,agar,aku,Q dan seluruhnya diberikan hidayah iman.
amin..


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Friday, October 1, 2010

bukan Mesir,tapi Sarawak


"selamat jalan kawan-kawanku!
teruskanlah perjuanganmu di sana!
jangan lupakan kami di sini,
doa kami agar semua berjaya
peroleh kejayaan dunia,apatah lagi
kejayaan terbesar pabila saat bertemu Allah
nanti..
sayonara!"


buat sahabatku sejak sekolah rendah lagi,
Wan Ahmad Fawwaz,rezekimu di sana.
akukan merinduimu,minta maaf sbb xdpt menghadiri
majlis doa selamat sempena keberangkatanmu.
buat kawan2ku,khair,mundzir,anas,ili,wan nur hanis,aisyah,irsalina,fayaqun,
banggakanlah,julanglah agama Allah dipuncak dunia.inshaALLAH

=']

suasana hiba,tatkala kedengaran khabar berita tentang keberangkatan
mereka ke bumi piramid.
bukan sedih kerana tidak sanggup melepaskan mereka,
tapi hiba kerna tidak tergolong sekali dalam barisan saf
pejuang ke kota itu.
Ya Allah..
tidak tergambar perasaan itu..
tapi,
bukanlah aku ingin menyalahkan sesiapa,
tapi sudah takdirku untuk menagih sedikit ilmu Allah
di sini,SARAWAK..



"Allah sayang kita,fath,DIA sayang kita tinggalkan Malaysia.Perjuangan kita di sini"
kata Haris Sharim.presidenku yang pening bersama selalu.

perlukah lagi aku mengeluh?
menangis?
menyalahkan takdir?
TIDAK!
tetapi menyahut suratan takdir dengan penuh
bertanggungjawab.
menggalas segala amanah yang diberikan.
berat sungguh keadaan di sini.
berat sungguh untukku mengemudi jentera da'wah di sini.
apatah lagi aku ini,
seorang yang penuh dengan kelemahan,
mudah terpengaruh,
mudah hanyut dalam pasang surut kealpaan dunia...
aku tidak punyai kekuatan..

Ya ALLAH,
tiada lain yang aku pinta melainkan
KAU kurniakanlah kami kekuatan,
rangsangan untuk meneruskan usaha2 dan perjuangan para anbiya'.
ya Allah,
KAU permudahkan bicara kami,hilangkan gemuruh kami
petahkan kami dalam menyampaikan
suara-suara yang mengagungkan-MU..
ya ALLAH,
bantulah kami...
kami mencintai-MU.
.

ayuh wahai umat islam,
kita bangkit!
jangan biarkan yahudi laknatullah memperkotakkatikkan
kita lagi.
mari kita julang islam
ke puncak tertinggi!
Allahuakbar!


p/s:aku slalu post pasal mesir sbb,aku mmg bercita2 nak ke sana =]

Tuesday, August 31, 2010

Bukan Niatku

Album : Koleksi Nasyid Indie Vol. 1 - Nasyeed Underground
Munsyid : Devotees
http://liriknasyid.com


Berjanji ku
Disuatu ketika
Bahwa aku takkan menduakanMu
Dan aku takkan biar sesiapa
Cuba memalingku dari jalan bahgia
Ooo...

Ternyatalah perjalanan ini
Tidak semudah yang ku tafsirkan
Jalannya berliku
Turunnya berliku
Jika tersilap langkah
Menyesal sesal selamanya

Kasih andai cinta yg kusemai
Rapuh menanti ditewas dugaan
Maafkan aku
Kiranya tak tertanggung
Segala harapan yang diberikan
Maafkan aku
Yang tiada berdaya
Kerna bukan niatku untuk melakukannya

Kasih andai cinta yg kusemai
Rapuh menanti ditewas dugaan
Maafkan aku
Kiranya tak tertanggung
Segala harapan yang diberikan
Mungkinkan ada pengampunan dariMu
Kembalikan fitrah kehambaanku
Hinanya aku
Merayu kepadaMu
Setelah kering dosa yang kulakukan
Maafkan aku
Yang tiada berdaya
Kerna bukan niatku untuk melakukannya



maaf,bukanlah niatku untuk menyinggung perasaanmu.
andaiku kutahu itulah apa yang kau cuba elakkan selama ini.
aku pasti takkan berbicara sprtmana aku selalu berbicara denganmu.
aku tahu segalanya pasalnya,tapi aku sering cuba lari.
aku tak mahu sentuh langsung tajuk tu.
sebab aku ingin selalunya manis bersamamu.
rupanya aku salah.
maaf.aku berdosa.
sangat sangat sangat sangat berdosa.
inshaALLAH tiada lagi selepas ini.
aku akan jaga.
atau aku akan cuba lari jauh-jauh darimu,
kerna aku tak ingin ianya berulang kembali.
AKU Mahu kau jd yang halal buatku.
inshaALLAH.
akukan setia.
Doaku moga kitakan diperjodohkan suatu hari nanti.

Friday, August 27, 2010

hati ohh hati

hangat2 tahi ayam.
mudah mengalah.
tidak istiQamah.
amalan2ku kian berkurangan.
itulah ape yg aku rse buat mse ni.
tak tentu hala.
jiwa hura-hara.
bercelaru.
ya Allah ya Allah.
ya Allah,
diriku terasa sungguh munafiq di hadapan-MU,
aku..



ya Allah!
bagaimana utkku meraih syurga-MU?
sdgkan amalan hambaMU ini,hanyalah
sedikit,
sedikit.. terlalu sedikit..
dan tiada jaminan langsung bahawa
amalanku yg TERLALU sedikit tu,
valid ketika dipertemuan dgn mu,
Ya Rabbi..

"afala akunu a'bdan syakura"
sabda baginda Nabi Muhammad ketika ditanya oleh aishah r.a
mengapa rasulullah sggp beribadah sehingga bengkak2 kakinya..
walaupun Allah telah menjanjikan keampunan segala dosa2 baginda yg akan
dtg..

"tidak patutkah aku menjadi hamba yang bersyukur?"

ya Allah..
subhanallah..
itu Nabi,
yang telah dijanjikan syurga,
dijanjikan segala keampunan bg selaga dosanya..
tp amalannya,bagaikan amalan seorang hamba yg belum pasti mendapat
syurga..
sungguh2 beribadah,agar syurga tidak terlepas berlalu begitu sahaja..
kita?
persoalannya sekarang ialah KITA?
apakah kita telah dijanjikan syurga?
keampunan?
syafaa't di akhirat kelak?
ada jaminan?
TIDAK!!
tidak!tidak!dan tidak sama sekali!
tiada jaminan langsung!
tapi,apakah amalan kita ni..
mampu membawa kita ke arah
meraih
syurga abadi yang dibawahnya mengalir sungai2?
ya Allah..
jauh sekali.. amalan kita ni..
naik turun turun turun..
bila penuh dgn mood,amalan tetbe je meningkat secara mendadak.
bila down je,berkuranglah amalan,kadang2 xbuat langsung..
nau'zubillah..
berbeza sungguh keadaan kita.
sepatutnya Nabi beribadah mcm kita,biasa2 je,supaya
baginda dpt prepare diri untuk berda'wah esoknya,
merangka plan penubuhan negara islam,sbb
baginda telah dijamin syurga.
KITA?
sepatutnya beramal sprt Rasulullah.
beribadah.
berQiamullail,
lidah sentiasa basah dgn zikrullah,
menjaga pandangan.
sebab nama kita masih lagi tidak tersenarai dalam senarai
ahli syurga Allah.
kan?kan?sepatutnya begitu,kan?
terbalik la pula,kan.

hmm,aku tak tahu nak cakap ape..
1st dah,
dpt 4 juzu'.konsisten je.
tp ble masuk 2nd week of puasa..
ya Allah,,
berat sggh..
terlalu bizi dgn kehidupan duniawi agaknya.
Allah.. malunya aku..
segan.. tak tahu nak letak mana muka ni..

ayoh!kita bangkitkan semangat!
mari meraih pahala sebanyak-banyaknya
di baki2 ramadhan yang masih tggl..
ayoh!


“Sesungguhnya Kami menurunkannya di dalam malam Al-Qadr, dan adakah kau tahu apa itu Malam Al-Qadr? Malam Al-Qadr itu lebih baik dari sebulan bulan. Pada malam itu turunlah para malaikat, dan Ruh(Jibril) dengan izin Tuhan mereka untuk segala urusan. Sejahteralah malam itu sehingga terbitnya fajar
” ayat 1-5.




Allah subhanallah..
Maha Pemurahnya Allah.
ayuh!
kita mara atau syahid!
MARI DAPATKAN LAILATUL QADR!


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Tuesday, August 10, 2010

Hadirmu yang amatku nantikan..

"Syaaban pergi tidak terasa,
Insgatan murni pada yang ada,
bersihkan jiwa sabar berpuasa,
ramadhan membawa pahala berganda.
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK"



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Alhamdulillah,dengan rahmat dan innayah dari-NYA,
aku masih lagi diberi peluang utk
ketemu dgn Ramadhan yang penuh
Barakah ini..
bukan semua punyai peluang ni,
so,kita yang terpilih ni perlulah sentiasa
berasa bersyukur akan ni'mat yang Allah kurniakan
pada kita.
Dalam masa yang sama,kita perlu sentiasa tajdid niat kita,
agar kita masih berada dalam landasan,jalan dan toriq
yang Allah redhai..
biarlah segala amalan kita,kerja yang lakukan,
Allah sebagai matlamatnya.

"Allahu Ghayatuna"
-ALLAH MATLAMAT KAMI-


tapi,adakah dgn hati kita yang penuh kelalaian ni,
penuh kealpaan ini,
Redha Allah,Kasih Allah,keampunan Allah,
apatah lagi syurga ALLAH

bisa kita gapai dgn begitu sahaja?

"Ataukah kamu mengira
bahawa kamu akan masuk surga,
padahal belum datang kepadamu
(cobaan) seperti (yang dialami)
orang-orang terdahulu sebelum kamu.
Mereka ditimpa kemelaratan, penderitaan
dan diguncang (dengan beragai cobaan),sehingga
rasul dan orang-orang yang berman bersamanya
berkata,"Kapankah datang pertolongan Allah?"
Ingatlah,sesungguhnya pertolongan Allah
itu dekat."

(surah Al-Baqarah:214)




Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


ya Allah,
kita mudah mengaku diri kita baik,
sedangkan kita tidak diuji lagi...
tapi apakah bila tiba saat diuji nnt,
mampukah kita,
tetap kekal "kita" yang "baik" ini..
mungkin dipandangan manusia,kitalah
paling baik,paling mulia,
tapi,
bagaimanakah keadaan kita
dihadapan Allah?
adakah se"mulia" kita dihadapan manusia yang
kita gah-gahkan itu?
Allah...
tiada lainku harapkan melainkan
pandagan-Mu,
oh Allah,
pandanganlah aku yang penuh
kehinaan ini dengan pandangan
Rahmat dan kasih sayang-Mu,
ya Allah,
janganlah KAU palingkan pandangan-Mu dari kami..
Allah..


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


TAPI,
bagaimanakah caranya utk kita memperolehnya?

1.Awalu Ad-Din : Makrifatallah
- yakni kita mengenal Allah dengan segala sifat
kebesaran-NYA.
-mengetahui segala sifat mustahil bagi-NYA

secara tidak langsungnya,bila kita mula mengenal
Allah,
akan memupuk sifat2 kehambaan dlm diri kita,
mengikis keEGOan,sifat SOMBONG.

2.Takut dan gerun kpd Allah : Taqwa
-jiwa kita ni,perlu dan perlu,sentiasa dan sentiasa
TUNDUK dan GERUN pada Allah
-bila kita takut,amalan kita kpd-NYA akan jd lebih
sempurna,kerna kita melakukannya dgn berhati2.
-mendidik perasaan khauf(takut) dlm benak hati kita.

3.Afdhal Mahhabah : ALLAH
-jadikanlah cinta kita ni,semata2 kerna ALLAH.
alangkah indahnya pabila Allah menjadi kekasih hati kita..
bilamana seorang muslim itu,
hatinya,
telah tertaut dengan cinta Agung daripada Allah,
maka hilanglah keni'matan dunnya.
tiada apa yg dilakukan melainkan utk meraih
cinta Pencipta-NYA.
Dunia ini hanyalah menjadi persinggahannya
sebelum bertemu Tuhan,
dalam penuh KENIKMATAN yang jauh,jauh lebih
hebat daripada apa saja yang ada di dunia ini.

-itulah namanya HALAWATUL IMAN-


4.Menjaga niat.


ya Allah,
saat aku bertemu dengan Ramadhan semalam,
aku tidak terasa apa-apa..
bagai sperti malam-malam yang sebelumnya..
aku tidak boleh menangis lagi dihadapan-MU,
Aku tidak lagi mampu merintih dgn penuh keinsafan dan kesyukuran
pada-MU,
Ya Allah,
hatiku ini telah rosak..
aku cuba dan cuba,
tapi tidak,
setitis pun tidak mengalir,memcurah
melalui pipiku..
Allah,
apakah adalagi ruang bagiku,
untukku berada dalam kelompok manusia
yang sentiasa mujahadah dalam merebut-rebut
kasih-MU,
oh Allah,
apakah adalagi tempatku di sisi-Mu?
Ya Allah,
aku takut,
cintaku selama ini pada-MU,
hanyalah satu CINTA PALSU...
Allah..
terimalah cintaku,amalanku,rintihanku pada-MU,
biarlah air mataku yang mencurah ini,
bisa memadam kemarakkan api neraka..
Andai benar mengalir,
dari nasuha nurani...

Destinasi cinta yang ku cari
Sebenarnya terlalu hampir
Hanya kabur kerana dosa di dalam hati
Telah ku redah daerah cinta
Yang lahir dari wadah yang alpa
Tiada tenang ku temui
Hanya kecewa menyelubungi


-FASTABIQUL KHAIRAT-

ayuh sahabat-sahabat sekalian!
kita berlumba-lumba dalam melakukan kebaikan!
fastabiqul khairat!
kerna ramadan hanya sebulan sahaja kejelmaannya..

terdapat 3 katogori manusia selepas dia melalui madrasah Ramadhan:
1- seseorang yang bertambah imannya, amalnya berbanding yang sebelumnya
2- seseorang yang sama imannya, amalnya berbanding yang sebelumnya
3- seseorang yang berkurang imannya, amalnya berbanding yang sebelumnya


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


alangkah indahnya andai kita tergolong dalam golongan pertama,kan?
ayuh!ikhwah!
kita bangun!kita tingkatan ibadah kita,amalan2 baik kita,
agar melalui puasa ini,
bukan lapar dan dahaga sahaja kita peroleh,
tapi ada lagi satu hadaf dan matlamat yg lebih besar dari itu,
YAKNI SYURGA ALLAH,idaman kita semua =]

kencang sikit!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...